Today is your oppurtunity to build your tommorow- Demikian lah kata semangat dari google untuk Liza hari ini,dengan kata semangat itu dia segera bersiap kerana sebentar lagi dia akan di jemput oleh Haikal,memandangkan hari ini hari sabtu dia bertemujanji awal dengan Haikal.
Sebaik melangkah keluar ke ruang tamu,kosong tanpa ada sebarang bunyi,sejak semalam Mr Hans sukar untuk di hubungi dan sejak beberapa minggu ini Mr Hans juga sering hilang dan telefon pun tidak dapat di hubungi.
Haikal telah menunggunya di luar pagar banglo mewah Mr Hans,sangat teruja begitulah perasaan Haikal ketika ini dan cadangan Haikal hari ini adalah untuk menonton wayang dan cadangan itu turut di persetujui oleh Liza. Sesampainya mereka di panggung, merekabberbaris untuk membeli tiket kemudian berbaris lagi untuk membeli makanan.
Setelah selesai menonton wayang,Haikal dan Liza kemudian berjalan jalan di sekitar mall dan tiba tiba Liza berhenti di men's wear shop.
" Liza nak masuk dalam nak tengok kejap" kata Liza,Haikal pun ikut masuk dan hairan melihat Liza yang sibuk membelek belek boxer.
" Liza nak belikan boxer untuk Haikal ke,saiz Haikal bukan tu " mendengar kata Haikal dengan serta merta Liza melepaskan boxer itu dan keluar dari kedai. Liza menarik nafas dan memukul dahinya,membelikan boxer untuk Mr Hans seakan sudah menjadi tabiatnya.
" Sorry Haikal, actually Liza teringat pesan kawan kerja Liza yang nak Liza survey boxer sebagai hadiah anniversary " kata Liza berbohong.
" La,dia tak dapat pi survey sendiri ke,tak segan ke nak suruh Liza yang survey"
" Kawan Liza tu patah kaki susah nak berjalan" bohong Liza lagi,Haikal pula percaya dengan kata kata Liza dan tidak menanyakan soalan lagi.
"Ting" bunyi notifikasi whatsup masuk.
Liza membuka telefon dan melihat Nama Mr Hans di skrin telefon." Bila balik" itu mesej yang di terimanya,Liza kemudian membalas " sebelum isyak Liza balik,Liza keluar dengan Haikal" lalu menghantar mesej itu kepada Mr Hans.
Liza hairan macam mana Mr Hans tahu dia keluar,sedangkan dari semalam telefonnya tidak dapat di hubungi,namun begitu Liza mengabaikan saja dan terus berjalan dan makan makan dengan Haikal.
" Thank you sebab sudi temankan Haikal jalan,tengok wayang dan makan makan hari ini" ujar Haikal sebelum Liza melangkah keluar dari kereta Haikal.
" Thank you juga,Liza seronok hari ni,jumpa lagi Haikal" kata Liza dengan menunduk kepala sedikit tanda salam.
Tepat jam 8 malam Liza berada di dalam banglo,ruang tamu kelihatan gelap dan menyangka mesti Mr Hans belum balik lalu dia pun masuk ke dalam bilik dan membersihkan diri,sedang Liza sedang mandi lampu di bilik air mati,Liza segera memakai tuala dan keluar untuk melihat apakah betul electricity powerless,di biliknya pun gelap dan tanpa di sedari Liza keluar ke ruang tamu untuk memastikan apakah betul powerless dan dalam keadaan samar samar dia melihat figura seseorang.
"Tuan Tuan" jeritnya memanggil kalau figura itu Tuannya dengan tidak semena mena dia terlanggar kerusi dan terjatuh menghempap figura itu.
Tok tok tok pintu depan di ketuk dan di buka seakan pintu sengaja di biarkan tidak berkunci,lampu suluh di halakan tepat ke badan Liza dan figura itu lantas badan di tutup penuh dengan tuala yang di pakai oleh Figura itu.
" Kami dari pejabat agama, kamu di dapati berduaan dalam keadaan yang tidak menyenangkan"
" Tuan" jerit Liza yang kemudian menyedari dia hanya bertuala dan Mr Hans pula hanya berboxer setelah tuala yang di pakainya di gunakan untuk menutup badan Liza.
" Tak tak Ustaz bukan begini sebenarnya" Liza dengan gementar dan menangis menerangkan apa sebenarnya apa yang terjadi,manakala Mr Hans hanya duduk diam.
" Liza kita pakai baju dulu "kata Mr Hans seraya menarik tangan Liza membawanya ke bilik Liza.
Setelah siap berpakaian Liza, Mr Hans dan wakil wakil dari pejabat agama duduk bersemuka, Liza masih berusaha menerangkan kejadian sebenar.
" Cik,duduk berduaan bukan muhrim adalah haram dan apa yang terbaik adalah menghalalkan perhubungan kamu" kata wakil dari pejabat agama.
" Tuan cakap lah sesuatu " rayu Liza.
" Encik kami memang berdosa dan bersalah,saya akan bertanggungjawab,saya akan menikahi dia dan akan menjadikan perhubungan kami halal" ujar Mr Hans seraya melihat Liza dan bertentang mata dengannya seolah meminta Liza menerima cadangannya.
" Baiklah encik dan cik,sila keluarkan kad pengenalan kamu untuk kami buat report" kata wakil dari pejabat agama itu.
Jatuh berjuraian air mata Liza, dia tidak ingin mengaibkan keluarganya,mengingat ibunya menambahkan lagi derian air matanya.
Setelah siap,wakil pejabat itu pun beredar meninggalkan Liza,Mr Hans serta Pak cik Rahmat dan Mak Itih yang datang terkocoh kocoh setelah mendengar riuh di dalam rumah banglo.
" Pak cik rasa baiklah kamu menikah dengan segera,nikah dulu lepas tu baru sanding" kata Pal Cik Rahmat memecahkan hening di antara Liza dan Mr Hans.
" Pak cik Mak Itih,kamu tahukan Liza dan Tuan tak pernah bersentuhan pun,dah 8 tahun kami tinggal bersama tak pernah pun terjadi apa apa yang haram,tolong la Liza pak cik" rayu Liza.
" Liza redhakan hati terima semuanya dengan hati terbuka,mungkin ada hikmah di sebaliknya,dah jangan menangis lagi" pujuk Mak Itih.
Liza melihat Mr Hans dengan geram.
" Napa Tuan tak bela diri,kenapa berdiam dari tadi" marah Liza pada Mr Hans.
" Dah sayang jangan marah i"
muahaha muahaha agaknya ini idea siaoa,pak cik Rahmat,mak Itih atau Mr Hans sendiri.
Share this novel