" PEREKA FESYEN TERKENAL DI TEMUI BERSAMA DENGAN BUAH HATINYA DI FESYEN WEEK LONDON"
" Ish semak la,asyik asyik pereka fesyen,tak ada berita lain ka nak bagi" gertu Liza, annoying betul Liza dengan berita yang asyik muncul di media sosialnya, media sosialnya dan whatsup di buka suaminya masih belum online, hanya mesej mengatakan suaminya sudah sampai di kota london itupun 2 hari yang lalu dan sehingga kini belum ada lagi berita mengenai suaminya.
" Liza" suara mak Itih memanggilnya dari Luar, memaksanya melupakan perasaan risau yang sedang berselubung di hatinya ketika ini.
" Ya mak Itih,ada apa tu " soal Liza ketika dia sudah pun berada di ruang tamu dan mak Itih berada di dapur, mak Itih sudah menjadi penemannya sejak dia memutuskan untuk bekerja dari rumah walaupun Liza sudah bekerja dari rumah.
" Tak ada apa apa,mak Itih saja nak berbual dengan Liza,mak Itih tengok Liza berdiam ja dari tadi,ada yang merisaukan Liza ke" soal mak Itih
Liza pun mengambil air kemudian duduk dan meminum seteguk air.
" Liza ok Mak Itih" Liza diam sebentar kemudian meneruskan lagi katanya " cuma abang dah dua hari tak call Liza tak mesej Liza" luah Liza, risau dengan keadaan suaminya di London.
" Ooo cam tu,eh tak payah la risau sangat,Suami Liza tu dah selalu tinggalkan Liza juga,selalu ke luar negara,tak payah lah risau" Liza berdiam diri, berfikir positif seperti yang di kata oleh Mak Itih.
" Ni Mak Itih nak tanya ni,Liza dan Tuan Hans kan dah setahun nikah"
"Liza faham apa Mak Itih maksudkan ni, kami masih belum ada rezeki lagi untuk menimbang anak" keluh Liza.
" Mak Itih ni kasihankan kamu berdua, Mak Itih ada kenal dengan orang yang pandai mengurut peranakan manatahu lepas berurut pintu rahim Liza terbuka, kita cuba iktihar mana yang ada dulu" cadang Mak Itih
" Liza ikut je cadangan Mak Itih,mana yang baik Liza ikut je" jawab Liza.
" Okey kalau begitu esok kita pi, Liza usaha dan berdoa, mungkin lepas ni ada rezeki Liza" kata Mak Itih .
" Yelah Mak Itih" Liza akur dengan kata Mak Itih,Liza memohon diri untuk berehat kerana sejak semalam kepalanya sakit berdenyut denyut.
Pagi berikutnya Liza dengan di temani oleh Mak Itih pun ke rumah untuk berurut,rumah kampung yang terletak agak jauh dari bandar.
" Jemput duduk Itih " jemput tukang urut itu,Mak Itih dan Liza pun duduk.
" Mak cik,saya Liza saya nak berurut dengan mak cik" Liza membuka kata.
" Itih dah bagitahu mak cik, dah setahun kahwin tapi belum lekat ye,tak apa kita cuba mana yang termampu,Liza masuk bilik tu lepas tu pakai kain dah siap panggil mak cik" Liza pun masuk ke dalam bilik kemudian membuka pakaian dan memakai kain sarung seperti yang di arahkan oleh tukang urut itu.
Tidak lama kemudian mak cik itu pun masuk menyuruh Liza untuk berbaring dan mulai mengurut Liza dari kepala hingga ke kaki dan kemudian di bahagian perut Liza manakala Liza pula berdoa agar urutan ini barjaya membuka rezeki untuknya,setelah berurut sejam lebih akhirnya mak cik itu berhenti.
" Nak dah siap,mudah mudahan lepas berurut ni ada hasil" kata mak cik.
" Aamin, terima kasih ya mak cik" ucap Liza kemudian menghulurkan sedekah dalam sampul raya,setelah selesai mak Itih dan Liza pun berangkat pulang.
"PEREKA FESYEN TERKENAL DI DAPATI BERDUAAN DI HOTEL TERKEMUKA DI LONDON:
Membaca headline gosip terkini yang muncul di media sosialnya sedikit mengusarkan hati Liza,lantas telefon di buka dan dia terus mendail nombor suaminya,mujur kali ini di jawab oleh Mr Hans.
" Salam abang" lama baru di jawab.
" Hello sayang" jawapan hello itu buat Liza terdiam.
" Abang sihat ke, lamanya Liza tunggu abang call Liza, Liza risau "
" Abang ok cuma buzy sampai tak ada masa nak call sayang,sorry sayang" jawab Mr Hans.
" Abang balik lusa kan" soal Liza
" Ya, abang balik lusa,dah jangan risau abang ok,sayang pun jaga diri, jumpa lusa" belum sempat Liza memberi salam telefon telah di matikan.
Telefon di genggam erat, airmata mengalir tidak berhenti.Jawapan hello dari suaminya sudah meresahkan kerana sejak berkahwin Mr Hans akan terus menjawab panggilan telefon dengan perkataan sayang.
Liza dengan sabar menanti kepulangan suaminya, setia menunggu di balai ketibaan,tidak lama kemudian kedengaran pengumuman ketibaan pesawat dari London, pengumuman itu seolah berita gembira buat Liza.
Keadaan agak sesak oleh itu Liza menunggu dari tepi, figura suaminya pun muncul dan di sampingnya kelihatan Anna dan mereka seperti berbual dengan mesra dan Anna berpaut di tangan suaminya.Liza segera bersembunyi tidak mahu di lihat oleh mereka,apabila dua jasad itu hilang Liza segera ke parking keretanya,lama dia di dalam kereta sambil melihat kembali gosip gosip mengenai pereka terkenal yang di sebut dalam gosip itu.
" Ya Allah" Liza mulai risau tidak terkata, tidak dapat membayangkan sekiranya yang di gosip itu adalah suami dan Anna.
Share this novel