chapter 11-rasa cinta ini

Romance Series 55237

" Good morning" ucap Mr Hans seraya menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Liza,Liza memandang Mr Hans dengan kerut di dahi.

" Why" tanya Mr Hans ..

" Tuan tak kerja ka ni" tanya Liza yang melihat Mr Hans hanya memakai casual,jeans biru dan T-Shirt berkolar.

" I kerja lah tapi nak tukar selera,"

" Baju tuan kan Liza dah readykan untuk seminggu"

" I tahu,i saja nak pakai begini,lepas ni Liza tak payah siapkan lagi untuk I, I akan buat semua mulai sekarang"

" Betul ke ni, jadi Liza tak payah nak susun stokin,boxer tuan and boxer pun tuan beli sendiri ke lepas ni" soal Liza.

" Aha betul Liza tak payah urus,lepas ni I urus sendiri" kata Mr Hans malu.

" Tuan hari ni Pak cik Rahmat cuti,Tuan nak Liza drive atau Tuan drive" soal Liza memecahkan perasaan malu Mr Hans.

" I drive and Liza ikut I' jawab Mr Hans,mereka berdua pun bergerak keluar setelah kedua duanya siap bersarapan.

" Jujur ku tak ingin engkau pergi" nanyian spontan Mr Hans ejurus mendengar Lagu Tak ingin Usai yang berkumandang di radio buat Liza tersenyum mendengar.

" Eh tuan tahu lagu ni" soal Liza yang agak terkejut mendengar Mr Hans menyanyi.

" Hehe tak semua tentang I Liza tahu kan, I suka dengar lagu ni" jawab Mr Hans,lagu ini pernah di nyanyikan oleh Fakhrul semasa mereka berdua di club dan masa itu Fakhrul sedang patah hati dan ketika menyanyikan lagu ini Fakhrul turut mengalirkan air mata,mengingat tentang itu buat Mr Hans senyum.

Sebulan lebih berkhidmat dengan Mr Hans buat Stacy
mengimpikan yang lebih,meninginkan Mr Hans menjadi lelakinya namun hari ini Liza dan Mr Hans kembali rapat menyebabkan Stacy tidak senang duduk,sejak dari pagi asyik mundar mandir sengaja mencari pasal dengan Liza dan paling tidak munasabah sengaja menjatuhkan diri dan berpura pura sakit di depan Mr Hans.

" Auch sakitnya kaki Stacy,Tuan tolong Stacy" pinta Stacy yang pura pura jatuh dan terseliuh di kaki,Mr Hans pun memapah Stacy duduk di sofa dalam officenya.

"Duduk dulu,I tengok kan" kata Mr Hans lalu membuka kasut Stacy dan cuba mengerakkan kaki Stacy dengan perlahan

" Auch Tuan,sakitnya " jerit kecil Stacy dengan suara manja,dari pintu Liza hanya melihat perangai gedik Stacy,kemudian menginggalkan mereka berdua dengan rasa menyampah terhadap Stacy.

" Sikit je ni, cuba gerakkan buku lali awak perlahan" Stacy pun mengerakkan kakinya.

" Masih sakit sikit Tuan' jerit manja Stacy.

" Kalau begitu I hantar you pi klinik then lepas tu awak balik rumah terus la" Mr Hans pun berdiri memanggil Liza.

"Liza temankan I hantar Stacy pi klinik" kata Mr Hans

" Okey Tuan" jawab Liza,kemudian Liza membantu mengemaskan barang barang Stacy manakala Mr Hans membawa Stacy dengan bridal style.

Akhirnya Stacy di hantar pulang setelah mendapatkan rawatan dan MC selama 2 hari.

" Thank you Tuan sudi hantar Stacy,emm Tuan dan Liza nak kemana lepas ni" soal Stacy.

" Dah habis waktu kerja,nak pulang rumah le,Stacy rehat la ya" sampuk Liza yang semakin geram dengan kegedikkan Stacy.

Mereka berdua pun meninggalkan Stacy yang terkebil kebil marah kerana rancangan untuk berduaan dan untuk menggoda Mr Hans tidak berjaya hari ini di sebabkan olehb keberadaan Liza yang turut mengikut menghantarnya pulang ke rumah.

"Liza Liza kacau la" jeritnya marah sambil memikirkan idea lagi untuk menggoda Mr Hans.

" Liza tak ada program kan petang ni" soal Mr Hans apabila mereka berdua kembali ke kereta Mr Hans.

" Tak ada Tuan,kalau Tuan free maknanya Liza pun free" jawab Liza.

" Jom jalan" ajak Mr Hans

" Serius ke Tuan"

" Yes I am, lagipun dah bertahun tak santai ni" kata Mr Hans seraya memandu menuju ke taman,setibanya mereka di taman mereka berdua di sambut oleh cuaca yang baik.

" Tuan,cantiknya taman ni,banyak bunga lagi" puji Liza yang tidak sabar untuk berjalan meneroka taman itu.

" I nak sewa basikal,senang sikit nak bergerak" ajak Mr Hans lalu ke pusat untuk menyewa basikal dan kebetulan basikal untuk di sewa hanya tinggal satu.

" Liza jalan kaki ja Tuan, Tuan naik je basikal tu,Liza ok " kata Liza menolak tawaran Mr Hans untuk naik basikal bersamanya.

" Liza naik belakang sini,cepat lah,jom naik" Mr Hans memaksa Liza,Liza pun naik di belakang namun teragak agak untuk memegang pinggang Mr Hans.

Mr Hans pun mengayuh basikal namun sengaja membrek memaksa Liza untuk memeluk pinggang Mr Hans dan itu buat Mr Hans senyum riang gembira manakala Liza gugup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience