Chapter 23 - Do i know you?

Romance Series 55237

Minggu untuk submit tender pun tiba, Mr Firdaus akan menunggu Liza di bangunan milik kerajaan persekutuan manakala Liza pula akan datang sendiri dengan memandu kereta miliknya dari Melur Bhd.

Mr Firduas mundar mandir menunggu Liza di lobi bangunan, Liza sudah lewat 15 minit. Tidak sabar dengan kelewatan Liza,Mr Firdaus pun masuk ke dalam Lift, belum lift tertutup Mr Hans pun turut masuk ke dalam Lift.

Dengan bersuit lengkap serta berkaca mata hitam, nampak segak di mata.

" Mr Firdaus, Melur Bhd" tegur Mr Hans.

" Ya saya, Mr Hans from Kenanga Holdings " kata Mr Firdaus juga, mereka berdua sama sama akan mengusulkan tender pada pagi ini, masing masing akan berusaha mendapatkan tender milik kerajaan persekutuan.

Sesampainya mereka di bilik conference, Mr Firdaus memilih duduk di tengah manakala Mr Hans memilih untuk duduk di depan.

" Liza,lambat nya awak " kata Mr Firdaus, Liza dengan nafas yang semput sambil berjalan terenjut enjut mengambil tempat duduk di sisi Mr Firdaus.

" Sorry encik, susah sangat nak cari parking, ini pun dapat parking jauh" jelas Liza, melihat Liza yang masih termengah mengah buat Mr Firdaus kasihan melihat dan tidak jadi memarahi Liza.

" Kaki awak kenapa" soal Mr Firdaus.

" Terkehel sikit, Liza lari tadi tapi terkehel pula" jelas Liza.

" Assalamualaikum dan a very good morning to Ladies and gentlemen, thank you for coming today, so siapa di antara para pembida tender yang sudah siap untuk presentation sila hadir ke depan dan buat presentation" kata emcee.

Serta merta Mr Firdaus bangun dan mengangkat tangan.

" Kami dah bersedia " kata Mr Firdaus sambil menarik tangan Liza, membawa Liza ke depan bersamanya.Mr Hans terkejut melihat Liza, serta merta kaca mata di buka bagi memastikan pandangan matanya tidak salah.

Liza berdiri di sebelah Mr Firdaus yang sedang memberikan presentation dengan penuh semangat, Kaki Liza berdenyut denyut, dia ingin beredar dari situ dan ingin duduk namun tangannya di gengam erat oleh Mr Fidaus, Mr Firdaus tidak mahu Liza meninggalkannya seorang diri di depan.

Mr Hans memerhati Liza dari jauh, Liza dengan rambut warna burgundy, berkata mata moden, berblouse coklat dan bermini skirt hitam, terlopong Mr Hans melihat Liza.

" Sayang " bisiknya perlahan.

Setelah siap menyampaikan idea Megah Bhd, Mr Firdaus memimpin tangan Liza dan membawanya duduk kembali ke kerusi asal mereka.

" Sorry sakit sangat ke kaki awak" soal Mr Firdaus, Liza mengangguk kepala.

"Next presentation is from Kenanga Holdings" kata Emcee pagi ini.

Mr Hans bangun untuk menyampaikan presentation untuk Kenanga Holdings, manakala Liza dan Mr Firdaus pula keluar dari bilik conference, Mr Hans cuma melihat Liza keluar tidak sempat untuk menegur kerana masanya untuk memberi presentasi.

Mr Firdaus membawa Liza duduk di lobi, dia pun menunduk dan membuka heels Liza lalu mengurut buku lali Liza dengan perlahan.

" Sakit lagi ke, muscle ja ni" kata Mr Hans seraya mengurut kaki Liza." awak tunggu kat sini,saya ambil kereta nanti kereta awak tu saya minta orang ambil dan bawa ke office" kata Mr Firdaus, Liza cuma mengangguk tanda setuju.

Liza pun duduk di lobi sementara Mr Firdaus mengambil kereta.

" Sayang " tegur Mr Hans , melangkah laju menuju ke arah Liza, melihat Mr Hans semakin menghamipirinya Liza segea berdiri dan melangkah keluar.

" Sayang " jerit Mr Hans lagi, kali ini dia berlari, Liza pula tidak dapat melangkah dengan laju di sebabkan kakinya yang sakit.

Tangan Liza di capai, " Sayang" kali ini lebih kuat.

Tangan Mr Hans segera di hempas.

" Do i know you?, let me go sir" kata Liza dengan marah, bunyi hon mengejutkan mereka, kereta yang di pandu oleh Mr Firdaus menghampiri mereka, Liza segera masuk ke dalam kereta tidak ingin berdekatan dengan Mr Hans.

Mr Hans di tinggalkan dengan perasaan kecewa, dia melihat kereta itu berlalu sambil meraup mukanya beberapa kali.

" Liza ,fon for you at line 1" Liza pun mengangkat telefon itu.

" Hello, this is Liza speaking,may i know who's speaking" Soal Liza.

" Sayang" suara Mr Hans di telefon.

" Sorry, Tuan kita dah tak ada urusan, sila bercakap hal yang penting sahaja" jelas Liza dengan tegas.

" Sayang, abang nak jumpa" kata Mr Hans

" Baiklah, Liza pun nak settelkan semua ni, jumpa di mana" Liza pun bertemu dengan Mr Hans di restauran jepun tempat yang selalu mereka makan bersama.

" Sayang" kata Mr Hans lalu menarik kerusi untuk Liza, Liza pun duduk bertentangan dengan Mr Hans.

" Firstly, jangan panggil Liza dengan perkataan sayang, tak sesuai and Liza muak nak dengar"

" Sayang, sayang pi mana selama ni, abang cari tak jumpa"

" Bukan urusan kamu, sekarang ni Liza nak kita bercerai, Liza tidak akan menuntut walau sesen pun harta jadi jangan risau, Liza nak kita bercerai secepat mungkin"

" Kita boleh bincang "

" Tak nak, full stop Liza tak nak ada kaitan dengan kamu lagi, lagipun Liza ni bukan sesiapa pun dalam hidup kamu"

" Tak,bukan begitu, abang yang salah semua ni terjadi sebab abang, please sayang, bagi abang tebus balik semua kesalahan abang" pujuk Mr Hans.

" Liza kata dah tak nak sebarang kaitan dengan kamu, Liza telah lama maafkan kamu, tak payah nak tebus salah bagai, lepaskan Liza" kata Liza yang mulai geram dengan Mr Hans.

" Abang tak nak cerai, abang masih sayangkan sayang" kata Mr Hans pula.

" Eeeh apa salah Liza sampai buat Liza cam ni, dah dapat isteri yang lagi cantik lagi hebat dari Lizakan, tak payah nak tamak sangat Encik Hans Iskandar" marah Liza.

" Ok bagi abang masa untuk ready" kata Mr Hans.

" Ha berapa lama nak minta masa ni, sehari 2 hari" soal Liza dengan marah.

" Sebulan" kata Mr Hans

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience