Sebulan tinggal bersama ibunya, percakapan Amanda sudah ada perubahan, sudah pandai memanggil nek untuk neneknya dan ma untuknya.
Apakan tidak Pn Asiah rajin membawa cucunya bercakap dan membawa berjalan melawat jiran jiran di kampung.
" Hei gadis kampung tak penat ke, jom lah masuk mandi lepas tu minum susu" ajak Liza pada anaknya yang rancak bermain dengan anak anak jiran sebelah. Pn Asiah keluar dan menghidangkan air dan biskut kepada anak anak yang ada di rumahnya, setelah siap mereka di hantar pulang oleh Pn Asiah dan Amanda.
" Ibu, dah sebulan Liza kat sini, kalau Liza kerja ok tak ibu" soal Liza pada Pn Asiah setelah mereka selesai solat isyak bersama.
" Liza perlukan duit ke" soal Pn Asiah.
" Amanda makin membesar, perlukan belanja" jawab Liza.
" Ibu ok, setakat nak sara kamu berdua ibu mampu lagi, tapi kalau Liza nak kerja pun ibu ok juga, dah ada tawaran kerja ke" kata Pn Asiah.
" Ada ibu, kerja macam dulu juga, setiausaha, kawan Liza namanya Stacy dia yang tawarkan kerja ni, dia nak berhenti kerja nak jaga anak " kata Liza.
" Kerja lah, lagipun Liza tak ada buat apa, daripada diam terperuk di rumah lebih baik kerja" Liza tersenyum mendengar kata ibunya,.
" Ma kasih Ibu" ucap Liza.
Setelah empat tahun menganggur, hari ini Liza akan mula bekerja, di depan cermin make up yang simple di kenakan dengan lipstick merah, rambut di sangul kemas, dia mengenakan blouse putih berserta seluar slack berwarna putih.
" Sayang mama kerja hari ni, jangan nakal tau,dengar cakap nenek" pesan Liza kepada anaknya, muka Amanda di ciumnya berkali kali dan tangan ibunya di cium memohon restu untuk bekerja. Liza pun memandu ke bangunan Melur Bhd, sebuah syarikat yang sedang berkembang maju terletak di bandar.
" Stacy" jerit kecil Liza memanggil kawannya, Stacy pun bergerak ke arah lalu keduanya berpelukan.
" Lamanya tak jumpa kakak ni, sihat ke" soal Stacy.
" Alhamdullilah sihat, Stacy sihat, anak sihat" soal Liza juga.
" Syukur, anak dan Stacy sihat" ujar Stacy, " Jom kak,Stacy kenalkan dengan bos" mereka berdua pun masuk ke dalam.
Tok tok pintu bilik Ceo Melur Bhd di ketuk.
" Masuk" suara dari dalam bilik mengizinkan mereka untuk masuk.
" Good morning Mr Firdaus, Stacy nak kenalkan dengan setiausaha baru Mr Firdaus" kata Stacy, Mr Firdaus yang sedang sibuk membaca dokument pun mengangkat muka untuk melihat orang yang di kenalkan oleh Stacy.
" Hey, lady from the airport" ujar Mr Firdaus, " bertemu lagi" kata Mr Firdaus.Liza pun terkejut melihat Mr Firdaus, orang yang di langgar pleh Amanda ketika mereka pulang dari Osaka.
" Nampaknya kamu dah berkenalan, Liza ini Ceo Melur Bhd, Mr Firdaus, Mr Firdaus Ini Liza, kawan Stacy yang Stacy katakan tu"
" Liza dah berpengalaman jadi setiausahakan jadi Saya harap Liza dapat membantu Melur Bhd untuk terus maju,selamat bekerjasama Liza" kata Mr Firdaus, tangan pun di hulur untuk bersalaman.
" Thank you Mr Firdaus, Liza akan bekerja sebaik mungkin" kata Liza.
Stacy pun Liza berkenalan dengan staff staff yang ada di Megah Bhd.
" Kak, Stacy akan berhenti minggu ni, kakak boleh juga kan seorang orang lepas ni" kata Stacy.
" Boleh, thank you Stacy, tak sangka begitu lama kita tidak berhubung nombor fon Stacy tetap sama" Stacy tersenyum mendengar kata Liza.
" Kak, Stacy ni nampak nakal tapi Stacy jenis setia kawan, apa yang berlaku di antara kakak dengan Mr Hans pun Stacy tahu, cuma Stacy nak kan kakak berterus terang dengan Stacy tapi kakak menghilangkan diri pula" terharu Liza mendengar pengakuan Stacy.
" Sorry Stacy, kakak bukan bermaksud membelakangkan Stacy cuma waktu itu sukar untuk Liza membawa diri sebagai isteri, setiausaha dan pembantu Mr Hans, kakak takut di cop sebagai perempuan murahan yang tamakkan gelaran" jelas Liza.
" Tapi kakak dah tak nak ingat semua itu, biarlah perhubungan rahsia itu tetap menjadi rahsia" ujar Liza lagi.
" Ya la Kak, Stacy akan simpan selagi Stacy mampu, kakak jangan risau lagi pula Mr Hans pun ada ada anak dan isteri" Liza terdiam kemudian memeluk Stacy, mendengar khabar tentang Mr Hans sedikit sebanyak menganggu emosinya.
" Thanks Stacy, kakak nak menyibuk sikit, Stacy kahwin dengan siapa ye" soalan Liza buat Stacy senyum.
" Dengan Fakhrul, kawan baik Mr Hans itu " Liza sedikit terkejut, mengingat Fakhrul yang seperti Mr Hans, kaki perempuan dan kaki club in.
" Stacy tahu kakak risau kan, Fakhrul dah tak seperti dulu, dah insaf,dah jadi suami dan bapa yang baik dan bertanggungjawab" ujar Stacy
" Syukur " kata Liza. " Tapi Fakhrul kawan baik si syaitan tu" kata Liza bimbang.
" Kak, Stacy dah kata Stacy ni setia kawan, Stacy tak akan bagitahu suami pun tentang kakak" kata Stacy meyakinkan Liza.
Seminggu kemudian Stacy pun berhenti kerja, mujur dengan pengalaman bertahun Liza dapat mengambil alih kerja Stacy dengan mudah dan cepat.
" Liza " Mr Firdaus memanggil Liza masuk ke dalam biliknya.
" Ya ada apa encik" soal Liza.
" Next week kita akan submit untuk new project, kita akan submit idea kita untuk memdapatkan tender baru, tender ni besar nilainya dan ini bagus untuk Melur Bhd, jadi saya nak Liza buat cantik cantik, susun ayat dengan cantik untuk prensentation pada isnin minggu depan" kata Mr Firdaus.
" Baik Encik, Liza akan buat sebaik mungkin"
Share this novel