" Kak Liza, good morning, dah pagi ni,nak mandikan kakak ya" kata Jururawat yang bernama Farah, lantas penghawa dingin di matikan sebelum mula memandikan Liza.
" Bismillahirrahmanirrahim" kata Farah, dia dan rakan sekerjanya bernama Narissa mula dengan melakukan mouth toilette,mambantu membersihkan gigi dan mulut Liza, kemudian mereka mencuci rambut dan memandikan Liza dengan teliti, semua prosedur di lakukan di atas katil. Luka tekanan akibat berbaring dengan tempoh yang lama mula muncul di punggung juga di sapu dengan krim ubat agar tidak membesar, rambut di sikat dan di akhiri dengan sapuan krim pelembab di muka.
Begitu lah rutin bagi pesakit di ICU setiap pagi, setelah siap mandi maka bahagian physioteraphy pula akan mengmbil alih untuk melakukan urutan urutan di kaki dan tangan agar sendi sendi di badan tidak mengecut dan keras, semua prosedur ini sudah di lakukan terhadap Liza selama sebulan.
" Assalamualaikum sayang, abang dah datang ni, sayang ok ke hari ni" ucap Mr Hans sebelum menukar bunga kekwa yang telah mulai layu, selesai menukar bunga itu Mr Hans pun duduk di sebelah Liza.
" Sayang anak kita tu dah petah sangat bercakap,tadi pagi sebelum abang pi kerja punyalah banyak soalan dia, dia tanya baba pi mana,jam berapa baba balik, baba nak makan di mana ,nak makan apa" kata Mr Hans , sambil memotong kuku isterinya yang sudah panjang sedikit.
" Amanda juga kata dia rindu sayang, abang pun rindu sayang, semua rindu sayang, bangunlah sayang dengar cakap abang ni" kata Mr Hans lagi pada Liza, selesai memotong kuku di jari isterinya Mr Hans beralih pula pada kuku kaki isterinya.
Seperti biasa selepas mendengar kata kata Mr Hans,air mata Liza akan jatuh mengalir di pipi, tisu di ambil dan airmata isterinya di kesat lalu pipi isterinya di cium lembut.
Airmatanya juga jatuh, kali ini jatuh mengena di pipi isterinya,lantas tisu di ambil dan air mata itu di kesat lagi, airmatanya juga di kesat.
" Ya Allah" bisiknya perlahan, Mr Hans pun duduk semula dan bacaan Yassin di perdengarkan di telinga Liza.
" Encik masa melawat dah habis nanti esok encik datang lagi ye" kata Nurse yang menjaga isterinya.Mr Hans menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan itu, Mr Hans pun bangun dan memeluk isterinya.
"Sayang abang pergi dulu, esok kita jumpa, i love you" ciuman di pipi di berikan dan senyuman turut di hadiahkan pada isterinya.
“… dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. – Suraf Ghafir, ayat ke-44.
“Allaahumma laa sahla illaa maa ja’altahu sahlan wa anta taj’alul hazna idzaa syi’ta sahlan.”
“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah.
Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.”
Selesai solat Zohor Mr Hans pun berangkat ke hospital mesra.
" Macam mana dengan Anna tuan" soal Mr Hans pada doktor psychiatric yang menjaga Anna di bilik khas untuk pesakit sakit mental.
" Dia masih seperti itu juga, belum ada perubahan kadang menangis kadang berdiam kadang ketawa, anxiety with schizorphrenzia" jelas doktor itu, kedua mereka sedang memerhati Anna dari CCTV
" Boleh saya bercakap dengan dia" soal Mr Hans setelah melihat Anna dari CCTV.
" Boleh, tapi kalau pesakit sudah aggresive ,awak kena keluar" kata doktor itu.
" Ok doktor, faham" pintu di buka dan dia pun bergerak perlahan ke arah Anna yang berbaring dengan memeluk kakinya seolah dalam keadaan ketakutan.
" Anna" Mr Hans mengejutkan Anna, serta merta Anna berpusing dan melihat Mr Hans, Mr Hans segera di peluk.
Mr Hans memegang muka Anna ingin bertentang mata dengan Anna ingin mencari jawapan namun Anna memalingkan muka tidak mahukan eye contact.
Jiwa yang kosong, Fikiran yang kadang kusut kadang kosong itulah Anna sekarang.
" Anna, Is pernah cintakan Anna,Anna insan pertama yang Is cinta tapi Anna sendiri yang tak pernah cintakan Is sebenarnya, Anna cuma anggap Is ini pelengkap kehidupan Anna, Is tak akan berdendam"kata MR Hans perlahan.
" Is ni hak mutlak Affan, bukannya anak Liza" kata Anna dan mula berkata
" Affan Affan Affan Affan Affan" akhirnya Anna mula berteriak "Affan Affan Affan Affan tu anak Anna kan"
Anna mula berdiri menghempas kepalanya di dinding.
" Anna , Affan tu Is dah anggap macam anak Is, Is tak akan pernah tinggalkan Affan, kenapa sanggup buat macam ni Anna, kenapa sanggup langgar Liza, dia tak salah,semua salah Is" jelas Mr Hans sambil menarik Anna dari menghempaskan kepalanya di dinding
" Aaaah aaaah tidaaaaak bukan Anna yang langgar Liza, yang langgar tu kawan Liza hahahhahha dia yang suruh langgar Liza hahhahhahhaha" Anna mula ketawa pula." padan dengan muka dia, dah mati pun hahhahahaha" ketawa lagi dan kembali menangis.
" Ya Allah, apa dah Is buat ni" Mr Hans pula mula emosi, ingin berteriak ingin meraung ingin menangis.
" En Is sabar, ingat Allah" kata doktor dan staff yang lain masuk kedalam bilik setelah melihat keadaan di dalam bilik melalui CCTV.
" Ya Allah,astagfirullah astagfirullah" bisik Mr Hans di hati.
Sesungguhnya..
Bercinta, mencintai dan di cintai itu hal yang mudah,
Namun Di Cintai Oleh Orang yang kita Cintai , Itulah Yang Tidak Mudah
Kelak dirimu akan mengerti , Bahawa Memiliki pasangan Itu bukan hanya tentang cinta tapi juga tentang siapa yang Akan menemani ibadahmu hingga Menutup mata
Oleh itu jangan pernah mencela alur hidupmu
Susah Senang , Bahagia Atau tidak
Semuanya Sudah Menjadi Screnario yang telah tertulis Di LAUHUL MAHFUDZ.
Share this novel