chapter 2

Romance Series 55237

8 tahun dahulu..

Sudah enam bulan ayah Liza meninggal dan sejak enam bulan ni Liza berusaha mencari kerja yang tetap,dengan berbekalkan di ploma in Human Resources dia mengisi borang kerja dan menghantar sendiri borang permohonan kerja,hari ini Liza menghantar lima borang permohonan dan semuanya di tempat yang berasingan.

Petang itu langit kelihatan gelap dan hujan mulai turun perlahan,kelihatan liza yang berlari lari anak menuju perhentian bus yang ada di depan,namun belum sempat dia sampai, tiba tiba ada kereta meluncur laju dan menyembur air berlumpur yang bertakung di tepi jalan dan mengena Liza.

'Aaah 'teriak liza terkejut dengan air lumpur yang mengena seluruh badannya.

Kereta yang meluncur tadi itu berhenti di tepi jalan dan pemandu kereta itu keluar dan datang menghampiri liza.

"Adik sorry pak cik tak sengaja tadi,sorru sangat,adik ok ke" tanya pak cik tu serba salah.

"Ok pak cik saya ok" jawab liza terketar ketar kesejukan.

"Adik nak pi mana,mari pak cik hantarkan" tawar pak cik yang serba salah kerana telah menyebabkan liza basah kuyup dengan air lumpur.

Melihat pada situasi sekarang liza tiada pilihan selain memgikut pak cik itu

"Saya nak balik rumah pak cik,betul ka pak cik hantarkan"tanya Liza masih was was dengan tawaran pak cik itu.

"Ya mari pak cik hantarkan lagipun ini semua salah pak cik" kata pak cik itu.

liza pun menaiki kereta namun masih serba salah sebab bajunya basah kuyup ,liza takut akan mengotorkan kerusi kereta itu.

" Naik la adik,pak cik boleh bersihkan kerusi ni kemudian" ajak pak cik yang seakan memahami fikiran Liza.

liza pun mengangguk lalu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang.

"Terima kasih ya pakcik" ucap liza.

"Adik dari mana ni,pak cik nampak adik bawa fail sekali" tanya pak cik itu.

"liza dari jalan,Liza hantar borang borang permohonan kerja" jelas Liza

"Nama adik liza ye,nama pak cik,Rahmat,pak cik ni kerja driver,kereta ni kereta boss pakcik tapi jangan risau boss pakcik ni baik setakat kereta kotor dia tak kisah"kata pak cik Rahmat lagi.

liza setakat senyum mendengar pak cik Rahmat bercakap.

"liza nak cari kerja apa"tanya pak cik Rahmat lagi.

"Sebenarnya liza ada diploma je pakcik,apa apa kerja pun liza terima"ujar liza.

"Oo kebetulan boss pak cik ingin mencari pembantu, minta nombor telefon liza,nanti pak cik call liza,pak cik tanya boss pak cik dulu" kata pak cik Rahmat.

Dengan gembira liza menulis nama dan nombor telefonnya di buku pak cik Rahmat,sampa di rumah liza,liza mengundur diri dan berterima kasih,pak cik Rahmat sempat lagi dia akan telefon Liza.

Ketibaan liza di rumah di sambut oleh ibunya Pn Asiah.

"Ya Allah basah nya awak liza,dah masuk terus pi mandi nanti demam pulak"tegur Pn Asiah

" Y ibu liza pi mandi dulu" kata liza yang terus ke kamar mandi,setelah selesai mandi liza pun ke meja makan ingin mencari makan setelah seharian tidak makan.

"Ada nasi dengan sup ayam je,liza makan la ye "kata Pn Asiah

Tanpa sebarang kata Liza terus makan.

"Dapat kerja hari ni" tanya pn Asiah.

liza mengeleng kepala" belum ada rezeki ibu" jelas liza

"Tak apa pelan pelan,duit insuran ayah masih cukup lagi untu kita makan minum,Liza sabar rezeki itu tak kan kemana" pujuk Pn Asiah.

Hari ini cuaca cerah dan perasaan Liza akan ada berita baik untuknya,sedang liza memasak makanan tengahari untuk adiknya yang akan balik dari sekolah,telefon bimbitnya yang ketinggalan zaman berbunyi.

"Hello,assalmualaikum liza ke ni" suara pak cik Rahmat kedengaran di telefon.

"Waalaikumsalam ,ya ini liza" sahut

"liza ini pak cik Rahmat ingat lagi tak" tanya pak cik Rahmat

"Ya ingat pak cik" jawab Liza

"Pak cik dah tanya boss pakcik,dia mahukan liza datang untuk temuduga esok"

"Betulkah ni pak cik,ya Allah syukur"

"Ya liza betul la,jangan risau boss pak cik ni baik,nanti esok pagi pak cik ambil Liza di rumah Liza"

"Baik pak cik,terima kasih banyak pak cik" ucap Liza.

Panggilan dari pak cik Rahmat di matikan dan Liza tidak henti henti mengucapkan syukur.

Pagi itu dengan mengenakan baju kurung pink dengan bunga bunga kecil warna biru putih, rambut di sanggul tinggi kaca mata di pakai,tidak lama kemudian kereta yang di pandu Pak cik Rahmat tiba di luar pagar.

"Assalamualaikum pak cik" ucap Liza.

"Waalaikumsalam liza jemput naik" ajak pak cik Rahmat.

liza mengangguk dan masuk kedalam kereta dan duduk di sebelah pemandu.

"Pakcik akan hantar liza ke office dan liza akan di temuduga oleh boss pak cik,nama dia Hans Iskandar tapi semua pekerja panggil dia Mr Hans" terang pak cik Rahmat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience