Chapter 10 - Bunga Kekwa

Romance Series 55237

" Hmmm cantik " puji Liza pada diri sendiri setelah selesai bermake up,simple tapi menawan manakala blouse warna maroon mendedahkan lengan dan di paras lutut kelihatan cantik di badannya.

Ting bunyi wassap,

" Haikal dah sampai" mesej dari Haikal di baca,telefon segera di tutup dan di masukkan ke dalam beg tangan,liza pun keluar dari bilik.

Kelihatan Mr Hans sedang duduk di sofa sambil bermain telefon,mahu tidak mahu Liza terpaksa juga menegur Mr Hans,Liza datang kearah Mr Hans di ruang tamu.

Mr Hans melihat Liza dari atas ke bawah seakan tidak percaya dengan penampilan Liza yang berbeza lalu Liza melihat blousenya juga.

" Ada yang tak kena dengan baju Liza ke tuan " tanya Liza dengan risau, gara gara Mr Hans melihatnya dengan serius.

" Tak der la,ok je,jam berapa Liza balik nanti" tanya Mr Hans seperti seorang bapa yang melepaskan anaknya dating untuk pertama kali.

" Dalam jam 11 macam tu tuan,tuan nak apa apa tak sebelum Liza keluar ,Haikal dah tunggu di luar pagar" Soal Liza.

" Emm tak nak apa apa" jawabnya kemudian Liza pun keluar dari rumah,sebaik sahaja Liza menaiki kereta Haikal,Mr Hans segera keluar dan berlari ingin melihat kereta Haikal.

Pak cik Rahmat menggeleng kepala melihat aksi Mr Hans dari tadi, di lihatnya Mr Hans keluar masuk rumah entah buat yang kali keberapa sudah sambil melihat jam,ke hulu ke hilir bagai orang hilang isteri.

Mr Hans duduk di tepi pagar menunggu kepulangan Liza bagai menunggu bulan jatuh ke riba, di lihat jam sudah melepasi angka 11 dan dia membebel sendiri.Tidak lama kemudian kereta Haikal berhenti di tepi pagar Liza pun keluar dari kereta Mr Hans dengan serta merta berlari masuk ke dalam rumah.

Dalam keadaan gelap, Liza masuk ke dalam rumah dengan perlahan dan berhati hati kerana tidak mahu terlanggar dengan barang barang yang ada di rumah.

" Baru balik" tegur Mr Hans membuat Liza berteriak terkejut kerana di sergah tiba tiba oleh Mr Hans.

" Tuaaaaaan " jerit Liza terkejut.

" Apa ni tuan tiba tiba muncul dalam gelap terkejut Liza tau" herdik Liza.

" I haus jadi i turun bawah nak minum, tadi cakap balik lambat tadi cakap balik jam 11 ini dah 11.30 malam,napa lambat" perli Mr Hans seolah olah Liza itu anaknya.

" Err order lambat sampai lagipun ramai orang di restauran tadi itu lah sebab Liza balik lambat sikut,tuan haus ye, nak Liza ambikkan air ke" cadang Liza.

" Boleh juga,i tunggu dekat sofa" Mr Hans pun duduk di atas sofa manakala Liza bergerak ke dalam dapur untuk mengambil air, Liza berjalan menghampiri Mr Hans dan tiba tiba entah mengapa dia tersalah langkah lalu jatuh ke atas badan Mr Hans dan untuk seketika itu bagaikan ada aliran elektrik yang mengalir di badan mereka.

"Eer tuan,sorry Liza terpelocok, Liza ambilkan tuala ya,badan tuan dah habis basah" Liza pun berlari mengambil tuala untuk Mr Hans,manakala Mr Hans terduduk seperti patung tidak berganjak,pelukan tidak sengaja Liza tadi membuat jantungnya berdegub laju,lalu Mr Hans mengusap di bahagian jantung yang seakan terkeluar dari posisi.

Liza segera menghulurkan tuala.

" Tuan tuan tuala" Liza mengejutkan Mr Hans yang sedang duduk seperti patung.

" Thank you,Liza " tuala segera di ambil dari tangan Liza dan dengan perlahan dia mengelapkan muka.

" Tuan, Liza masuk dulu " kata Liza,dia pun malu dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

" Eeh malunya" jerit Liza kecil.

Lain pula bagi Mr Hans,pelukan tidak sengaja itu membangkitkan perasaan aneh di hatinya yang membuat dia sedar bahawa dia sebenarnya telah jatuh hati dengan Liza.
Beberapa bulan dia cuba untuk menghindar diri dari Liza tapi malam ini menyedarkan dia.

Dan malam itu Mr Hans bertekad untuk memikat hati Liza,lebih baik mencuba daripada tidak mencuba dan kecewa sendiri.

" Liza masuk bilik " buat pertama kali dia meminta Liza untuk masuk ke biliknya setelah lebih sebulan mengelak untuk meminta bantuan

Liza pun bangun,Stacy pula melihatnya seakan akan dia berdosa padanya,pandangan itu tidak di hiraukan dan dia segera mengetuk pintu bilik Mr Hans dan masuk ke dalam.

" Ada apa tuan" soal Liza .

" Petang ni i ada dinner dengan Anna,dan i nak you hantarkan sendiri bunga untuk Anna" arah Mr Hans dengan serius.Liza pun tidak berani untuk berkata tidak kerana sudah lebih sebulan Mr Hans tidak memberinya arahan.

" Baiklah tuan,nanti tuan mesej Liza bunga apa tuan nak dan di mana jam berapa" Liza pun setuju dengan permintaan Mr Hans

" Ok " begitu bersahaja jawapan Mr Hans,liza pun keluar dan terus mencari kedai bunga di google.

Tepat jam 8 malam,denganb sebakul bunga rose merah Liza datang ke restauran yang di pilih oleh Mr Hans,sebaik tiba di restauran itu Mr Hans mengajaknya duduk.

" Kenapa mata dan hidung Liza merah ni " belum sempat Liza menjawab pertanyaan Mr Hans dia terbersin.

" Tuan ambil bunga ni cepat, Liza alergik bunga rose" Mr Hans segera mengambil bunga itu dan meletakkannya di bawah kaki.

" Liza alergik bunga rose, tak bagi tahu i pun"

" Bunga tu bukan untuk Liza kan" pertanyaan Liza buat Mr Hans terpinga pinga.

" Awak ada bawa ubat tak" soal Mr Hans risau dengan muka Liza yang semakin merah,Liza pun memeriiksa beg sandangnya dan nasib baik ada ubat tersimpan di dalam,

" Ms Anna mana tuan" soal Liza yang semakin baik. selepas memakan ubat.

" Ooo Anna tak jadi datang jadi Liza teman i dinner,boleh" jawab Mr Hans tanpa rasa bersalah.

" Tuan, Liza baliklah tak sesuai kita berdua makan bersama" ujar Liza cuba mengelak.

" Duduk dan makan dengan I,I dah order makanan pun,siapa nak tolong i habiskan lagipun tak kesian ke dengan i makan seorang orang" Lalu Liza pun duduk dengan tenang mengikut cakap Mr Hans.

" Jadi selama ni kalau i arah Liza hantar bunga dekat Ex Ex i tu Liza bagi bunga apa " selama ini selepas One Night Stand Mr Hans akan memberi bunga kepada wanita wanita sebagai tanda permohonan maaf dan selalunya wanita wanita itu tidak akan datang merayu kepadanya.

" Hmmm i bagi bunga kekwa tuan" jawab Liza spontan,membuat Mr Hans tergelak.

" Patutla tak ada seorang pun antara mereka tu datang balik pada I "

updated...sila komen ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience