Chapter - 21 pulang

Romance Series 55237

Dengan perlahan tubuh kecil anak kesayangannya di alihkan dari tangan, anak kecil itu mengeliat , punggungnya segera di upuk. Setelah anaknya kembali lena, Liza mencium dahi dan mengusap lembut belakang anaknya, dia pun bergerak dengan perlahan dan terus ke bilik air tidak mahu melengahkan masa yang ada sementara anaknya masih tidur.

Rumah segera di kemas, kain di sidai dan sarapan pagi turut di sediakan,Secangkir kopi dengan aroma menyegarkan turut di sediakan lantas dia membawa kopi berserta biskut tawar dan telur rebus ke balcony appartment kecilnya. Empat tahun berlalu dan dia sudah sebati dengan persekitaran luar bandar di Osaka, aroma kopi di hidu kemudian di hirup dengan perlahan, hari yang cerah di musim Luruh di Osaka.

Liza berdiri di tepi balcony, menarik nafas dalam untuk menyedut segar, dari jauh Liza melihat seorang wanita tua bersama dengan cucunya mungkin seumur dengan Amanda berjalan bergandingan tangan di tepi jalan. Sosok tubuh wanita itu mengingatkan dia pada seseorang, serta merta airmatanya jatuh menitis.

" Ibu ampunkan Liza, Liza tidak berniat untuk tinggalkan ibu, ampunkan dosa Liza ibu" rintih hatinya, rindu yang terlalu tidak dapat di ungkapkan dengan kata kata.

Baju Liza di tarik , mengejutkan dia dari sendunya,airmata segera di hapus dan senyuman di beri.

" Sayang dah bangun ye, anak mama nak susu ye" Amanda di angkat dan di gendong.

" prak" bunyi pinggangnya. " adui sakitnya pinggang mam sayang, anak mama ni dah berat sangat" keluhnya, mana kan tidak Amanda telah pun berumur 3 tahun lebih tapi perlakuan Amanda masih seperti kanak kanak berumur 2 tahun, Amanda lahir premature di masa kandungan Liza 32 minggu secara pembedahan akibat komplikasi darah tinggi semasa mengangung.

Menurut doktor yang merawatnya ketika itu, risiko mendapat darah tinggi terjadi di kehamilan yang pertama, stress masa megandung ataupun pemakanan tidak sihat. Teringat lagi ketika pembedahan kecemasan di lakukan untuk menyelamatkan dia dan Amanda, apabila doktor bertanyakan megenai orang yang boleh di hubungi jika ada apa apa berlaku, Liza masih berkeras tidak ingin menghubungi sesiapapun termasuk ibunya dan itu menjadi penyesalannya, mujur pembedahan berjaya tanpa sebarang komplikasi namun Amanda di tempatkan di Neonate intensive Care selama sebulan di sebabkan premature baby.

Amanda kini berusia 3 tahun lebih, seperti kanak kanak normal tapi belum pandai berkata kata, Liza telah membawa Amanda berjumpa dengan pediatrik doktor dan Amanda di sahkan hanya mengalami speech Delay.

Susu di berikan kepada anaknya dan Amanda di baringkan dengan kepala di atas pahanya, wajah anaknya di tenung manakala jari jarinya mengelus lembut rambut kemudian mengurut kening, dahi dan telinga anaknya dengan lembut. Perlakuan itu buat Amanda kegelian lalu ketawa dengan suara kecilnya, wajah anaknya di tenung kembali.

" Ya Allah, penatnya mama membawa Amanda dalam perut, tapi kenapa muka orang tu juga Amanda ikut" keluh Liza,ya muka anaknya persis seperti lelaki itu, Mr Hans. Lama Liza merenung wajah anaknya dan berfikir demi kebaikkan ananknya dia harus kembalintuk ke tanah air lagipun rasa rindu terhadap ibunya meluap luap.

" Amanda Amanda Amanda " jerit Liza memanggil anaknya yang tidak mahu berhenti berlari di lapangan terbang,Amanda berlari hingga terlanggar seseorang.

" Amanda, sayang ok " Amanda cuma memegang dahinya.

" Ok ke" soal orang tu.

" Ok Encik,sorry ye anak saya terlanggar encik" Ucap Liza.

" Oo it' s ok, biasalah budak budak, saya pergi dulu" kata orang itu,sebelum pergi dia memegang tangan.Amanda. " bye uncle pergi dulu ya, jangan lari.lari nanti.jatuh,sakit tahu" pesan orang itu terhadap Amanda. Liza membalas pesanan itu dengan memberikan senyuman sebelum orang itu berjalan meninggalkan mereka berdua.

Applikasi Grab di buka dan di pesan menuju ke rumah pn Asiah, sepanjang masa di dalam perjalanan hati Liza tak keruan, berdebar tidak sabar mahu melihat dan memeluk pn Asiah.

" Assalamualaikum ibu" jerit Liza, pn Asiah pun keluar terkejut dengan kepulangan Liza dan anak kecil di tepi Liza, Liza segera memeluk pn Asiah dengan tangisan.

" Ibu, maafkan Liza ibu, maafkan Liza" kata Liza teresak esak

" Liza apa salah ibu nak, kenapa Liza tinggalkan ibu" pn Asiah juga menangis teresak esak.

" Ibu maafkan Liza" kedua dua mereka menangis dan tidak lama kemudian Amanda pun ikut menangis.
Pn Asiah memeluk cucunya dengan erat.

" Ini nenek sayang, ini nenek" kata pn Asiah, Liza memeluk Ibu dan Amanda, ketiga tiga mereka menangis teresak esak.

" Jom masuk, cucu nenek mesti lapar" kata Pn Asiah,airmata di seka dan mereka bertiga pun masuk ke dalam rumah.

" Ibu kesal tahu, kenapa Liza bertindak begini, melarikan diri dan tidak mempertahankan hak Liza.Liza ada hak tahu" marah Pn Asiah sambil memangku cucunya ketika mereka sudah selesai makan malam dan Amanda telah pun tidur di pangkuan neneknya.

" Ya Liza tahu Liza ada hak, dan Liza minta maaf sebab tak bagitahu ibu,Liza juga minta maaf sebab belakangkan ibu dan melarikan diri" jelas Liza.

" Mak Itih dah bagitahu ibu semuanya, tentang Liza tentang Is, Liza tak salah,kenapa nak larikan diri lepas tu beranak seorang diri, Liza berpantang pun tak " marah ibunya , airmatanya di seka, sakit hati seorang ibu mengingat anaknya beranak tanpa di temani oleh sesiapapun.

" Sudahlah ibu, jangan nangis lagi, Liza dan Amanda dah ada dekat ibu" kata Liza memujuk ibunya yang mulai mengalir airmata.

" Jadi Liza dengan Is macammana" soal ibunya.

" Liza tak akan kembali pada orang yang mengkhianati Liza, Liza harap kepulangan Liza dan Amanda tidak di ketahui oleh sesiapapun di sana, Liza tak nak si syaitan tu jumpa dengan anak Liza" kata Liza dengan tegas.

" Yelah mana yang Liza fikir baik ibu ikut je, yang penting cucu ibu tetap dengan ibu" kata Pn Asiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience