Chapter 8 - My Liza

Romance Series 55237

"Liza masuk dalam kejap" arah Mr Hans,Liza pun bangun lalu mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik Mr Hans.

" Ya tuan "

" I nak Liza ikut i meeting petang ni" arah Mr Hans.

" Tapi tuan,meeting tu tak perlukan Liza kan,pembantu pengurus akan join tuan kan "

" Tak,dia tak jadi join petang ni jadi awak yang akan ikut " tegas Mr Hans,Liza ingin menolak permintaan namun apakan daya dia hanya pekerja Mr Hans.

" Baiklah tuan" kata Liza lemah.

" Lagi satu teman i makan lunch,i dah booking tempat dah " Liza mencari alasan ingin mengelak tawaran Mr Hans.

" Tuan, mak Itih mungkin dah masak,nanti membazir" jelas Liza mencari alasan.

" I dah call dia, hari ini tak payah hantar makanan jadi tak ada alasan " kata Mr Hans dengan lantang.

" Baikla tuan,Liza keluar dulu" katanya lemah.

Liza pun keluar dari bilik,lalu duduk dan meneruskan kerja.

" Hai Liza" suara seseorang menyapa dia.

" Eh Tuan Rahman,Ms Anna,selamat datang " ucap Liza menyambut kedatangan mereka.

" Liza,Boss awak ada tak" tanya Tn Rahman.

" Ada tuan,Liza bagitau Mr Hans dulu ya" Liza pun bergerak ke pintu bilik Mr Hans.

Tok tok tok Liza mengetuk Pintu bilik Mr Hans.

" Sorry tuan,tuan ada pelawat" belum sempat Mr Hans bertanya,Tn Rahman dan Ms Anna masuk ke dalam.

" Is,abah datang dengan Anna ni,nak ajak Is Lunch sekali " Mr Hans agak terkejut dengan kedatangan mereka berdua.

" Baiklah abah,duduk lah dulu, Is siapkan dokumen ni kejap" Mr Hans segera menyiapkan dokumen yang sedang di pegangnya.

" Liza,please make a copy of this" kata Mr Hans lalu memberikan dokumen yang di pegangnya kepada Liza.

" Ok tuan " jawab Liza setelah mengambil dokumen itu dan beredar keluar.

" Yes" jerit hati Liza kegirangan,Liza selalu mengelak untuk makan bersama Mr Hans kerana dia seperti makan tak kenyang terpaksa mengawal selera makan dan cara makan.

"Abah, kenapa datang dengan Anna hari ni" soal Mr Hans.

"Abah nak kamu mula semula dengan Anna"

"Abah kami berdua dah lama putus,masing masing dengan haluan sendiri"

"Is i masih sayang kan you" statement Anna tiba tiba yang membuat Mr Hans berang.

" Abah Is minta maaf Is tak dapat tunaikan permintaan abah" Mr Hans lansung tidak memandang Anna.

" Sekarang ni Is pun tak ada someone special kan,apa salahnya Is mula semula dengan Anna,lagipun Anna masih sayang dengan kamu" Anna senyum mendengar kata Tn Rahman namun Mr Hans menyampah melihat Anna.

" Dah la abah,jom kita makan,Is tak nak lambat,Is ada meeting lagi petang ni" ingin mengubah topik perbicaraan Tn Rahman kemudian Mr Hans menghantar Mesej pada Liza.

"Call i sekarang" tidak lama kemudian telefon Mr Hans berdering.

" Hello Liza,apa,di mana ,baik i pergi sekarang" dengan serius Mr Hans berkata.

" Abah, Is terpaksa pergi, Liza call ada hal urgent nak di settle kan" Mr Hans segera bangun meninggalkan mereka.

Sejurus meninggalkan mereka berdua,Mr Hans mendail semula nombor telefon Liza.

" Hello tuan,kenapa"

" Liza turun sekarang,i tunggu dekat lobi" belum sempat Liza menjawab panggilan telefon terus di matikan oleh Mr Hans.?

" Hmmm ingatkan dah terlepas" keluh Liza,beg tangan segera di sambar dan Liza pun turun ke lobi.

" Tuan " tegur Liza lalu duduk di sebelah Mr Hans.

" Nak pi mana ni tuan"

" Nak pi makan ler,Liza belum makan kan"

" Aik bukan ke tuan keluar makan dengan Tn Rahman dan Ms Anna tadi" dengan pelik Liza melihat MR Hans.

" Tak payah tengok dengan pelik sangat lah,i masih lapar ok,tak selera tengok muka perempuan tu " jawab Mr Hans selamba,Liza pula cuma membulatkan mulut.

"dah sampai jom turun " mereka berdua pun masuk ke dalam restauran ala jepun.

" Liza,boleh i tanya, you nak kahwin ke " tanya Mr Hans,membuat Liza terpinga pinga.

' Mr Hans nak ajak Liza kahwin ke' fikir Liza dalam hati tapi Liza tahu itu mustahil.

" Memang la nak kahwin" jawab Liza

" Dah ada calon ke"

" Dah ada tuan, memandangkan tuan dah tanya Liza mecam ni kan,Liza nak berterus terang dengan tuan,Liza nak kahwin tahun ni jadi Liza nak letak jawatan,Liza nak beri notis letak jawatan 3 bulan dari sekarang " Mr Hans terdiam hanya melihat pinggan pinggan di restauran ala jepun tu berputar putar.

" Batalkan meeting i petang ni i nak rehat,semua call you sambut, i tak nak di ganggu,you balik naik grab, i jalan dulu" Mr Hans terus berdiri melihat Liza sebentar kemudian bergerak keluar meninggalkan Lizaa seorang diri di restauran.

Liza tercengang memikirkan kata kata yang telah di lontarkan tadi,mencari di mana silapnya,dan petang ini tentu menyakitkan kepalanya kerana terpaksa mencari alasan untuk menunda meeting dan terpaksa menerima semua panggilan untuk Mr Hans.

" Fakhrul jom jumpa,i tunggu di club" telefon di matikan dan Mr Hans pun bergerak ke Club,setibanya di sana tali leher di longgarkan blazer di hempas ke kerusi.

" wou wou wou you kenapa ni,stress gila ni,duduk tenang" Fakhul menenangkan Mr Hans lalu memesan air syaitan untuk mereka berdua.

" Dia nak letak jawatan nak kahwin ha ha ha" luah hati Mr Hans yang sudah mabuk.

" Siapa ni,Liza?"

" Ooh Liza,my Liza,i tak tau nak hidup tanpa dia "

" Salah you juga, you yang terlalu bergantung dengan dia sampai boxer you pun dia yang uruskan" perli Fakhrul.

" Cuba you fikir, Liza nak ke dengan you, dalam fikiran Liza kalau You jadi suami dia mesti jahanam yelah sebab you tak tahu nak buat ape pe pun,tak gentlemen tau" herdik Fakhrul lagi.

" Aah " jerit Mr Hans dan meneguk kembali air syaitan itu sehingga mabuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience