Sesampainya mereka di bangunan Kenanga Holdings pak cik Rahmat terus mebawa liza ke bilik pengarah.
tok tok tok...bunyi ketukan
"Masuk" arah suara dari dalam.
"Assalamualaikum tuan" ucap pak cik Rahmat pada Mr Hans.
" Eh pak cik Rahmat,waalaikumsalam pak cik,ada apa datang office ni" tanya Mr Hans dengan lembut.
" Ini pak cik hantar orang yang pak cik cakap semalam tu,Liza namanya" pak cik Rahmat memperkenalkan mereka berdua.
"Oo ok duduk cik liza,pak cik dah boleh keluar" arah Mr Hans. Liza pun mengambil tempat duduk.
Mr Hans mengamati Liza yang kelihatan sangat gugup dan hanya tunduk memandang meja.
"Cik Liza pernah bekerja sebelum ini" temuduga pun bermula
" Saya tidak pernah bekerja tuan" jawab Liza ringkas
"Baik,perkenalkan diri awak" kata Mr Hans.
Dan Liza pun memulakan ayat formal.
"Nama sya liza binti Hamid,umur 23 tahun ,tinggal di taman sepuyih, saya ada 3 orang adik beradik,saya anak pertama,saya lepasan diploma in Human Recources,habis belajar enam bulan yang lalu,tidak mempunyai pengalaman bekerja" kata Liza dengan sekali lafaz
"Emmm" kata Mr Hans sambil mengangguk angguk kepala.
"Perjalanan dari rumah awak ke bangunan ni mengambil masa berapa lama" tanya Mr Hans lagi.
" Mungkin dalam masa satu jam setengah hingga ke dua jam tuan" jawab Liza lagi.
"Sudah berkahwin,mempunyai teman lelaki atau single" tanya Mr Hans lagi.
Untuk seketika Liza terdiam mendengar soalan itu dalam hatinya ingin bertanya adakah soalan itu relevan.
"Liza masih single tuan" walaupun soalan itu seperti tiada kaitan namun Liza masih menjawab dengan jujur.
"Baik lah,Liza,i akan terangkan skop kerja ini,i nak setiausaha merangkap pembantu peribadi i,bila di office i nak setiausaha i handle semua hal hal pejabat dan bila di rumah i nak pembantu peribadi i urus semua keperluan harian i" terang Mr Hans
"Jelas setakat ini" tanya Mr Hans lagi.
Liza cuma mengangguk kepala,tidak pasti apa sebenarnya yang di katakan oleh Mr Hans.
"Kalau awak terima tawaran ini,awak mesti tinggal dengan i,telefon awak sentiasa aktif dan awak sentiasa ada bila i perlu" jelas Mr Hans lagi.
Entah mengapa meremang bulu Liza mendengar permintaan Mr Hans ini.
" Dan kalau awak terima tawaran ini,i akan beri gaji sebanyak Rm 5k sebulan dan sekiranya kerja awak bagus i akan naikkan lagi,makan,minum dan duit minyak awak semua i tanggung" jelas Mr Hans lagi.
Liza terdiam seketika.
"Tuan,boleh Liza fikirkan dulu,esok Liza akan bagi keputusan" dalam hati gaji yang di tawarkan besar tapi skop kerja sangat berat.
" Baiklah awak fikir sampai esok,nanti keputusan tu awak bagitau je dengan pak cik Rahmat"
" Baik tuan,Liza keluar dulu" kata Liza,lalu Liza pun keluar dengan perlahan.
Liza pun turun ke tingkat bawah dan di situ ada pak cik Rahmat setia menunggunya.
" Macam mana temuduga tadi,ok ke" tanya pakcik Rahmat.
" Pak cik hantar Liza pulang boleh nanti di perjalanan Liza bagitau pak cik" pinta Liza
Liza dan pak cik Rahmat pun beredar dari Bangunan itu,di perjalanan Liza menceritakan tentang skop kerja yang di beri oleh Mr Hans dan pak cik Rahmat setia mendengar bebelan Liza.
"Gaji berapa"
" Rm 5 k pak cik"
Lama pak cik Rahmat berfikir
"Begini,Mr Hans tu baik sebenarnya cuma dia terlalu sibuk sehingga perlukan perkhidmatan pembantu,Liza boleh cuba dulu kalau tak mampu nanti boleh berhenti" cadang pak cik Rahmat.
Liza tidak memberikan sebarang keputusan,dia hendak berfikir masak masak terlebih dahulu,sebelum keluar dari kereta Liza sempat berpesan akan memberitahu keputusannya esok,pak cik Rahmat pun beredar dari rumah Liza.
Petang itu Pn Asiah dan anak anak d duduk santai di beranda rumah menikmati minum petang yang di sediakan oleh Pn Asiah.
"Ibu liza dah dapat kerja tapi kalau nak terima kerja tu Liza kena pindah rumah,boss Liza nak Liza tinggal berdekatan dengan bangunan tempat Liza ,Liza dapat tawaran kerja jadi setiausaha" kata Liza memulakan perbualan mereka.
"Dapat jadi setiausaha ok la tu,syukur,mana Liza rasakan yang terbaik untuk kerja ibu ok je,lagipun rumah kita ni jauh dari bandar" kata Pn Asiah.
" Ibu tak kisah ke kalau Liza jauh"soal Liza.
Pn Asiah tidak menjawab soalan Liza,ibu mana yang tak risaukan anak,tapi Pn Asiah kuatkan hati.
" Bila Liza mula kerja" soal Pn Asiah.
"lusa ibu,esok Liza nak kemaskan apa yang patut dulu"jawab Liza
"Alhamdullilah,kerja baik baik nak"pesan ibu.
"Syukur Alhamdullilah" bisik hati Liza kerana berkat Ibu itu penting,dan berkat Ibu menguatkan lagi usaha Liza untuk bekerja.
Di awal pagi yang damai,Liza mendail nomnor telefon Pak cik Rahmat.
"Assalamualaikum pak cik" ucap Liza.
"waalaikumsalam "jawab pak cik Rahmat.
" Liza terima kerja tu pak cik" kata Liza.
"Alhamdullilah,esok pagi pak cik jemput Liza"
"Baikla pak cik" Liza pun mematikan panggilan telefon lalu mula mengemas pakaian.
Di pagi yang damai itu,angin bertiup sepoi sepoi bahasa,kelihatan Liza yang berbaju kurung warna kuning susu dengan rambut di sanggul tinggi setia menunggu ketibaan kereta pak cik Rahmat di beranda rumah.
"Dah siap packing nak" tanya pn Asiah.
" Dah ibu" jawab Liza.
"Dah makan"tanya pn Asiah lagi.
"Liza dah makan sarapan tadi" Liza tau ibunya pun resah melihat anaknya akan mula bekerja dan berpindah rumah sekaligus hari ini.
Tidak lama kemudian kereta yang di pandu pak cik Rahmat memasuki kawasan perumahan mereka.
"Assalamualaikum" ucap pak cik Rahmat.
"Waalaikumsalam" jawab Liza dan ibunya.
pak cik Rahmat segera membuka bonet kereta dan membantu mengangkat luggage Liza.
"Ini ja ka barangnya " tanya pak cik Rahmat setelah mengangkat 2 luggage kecil.
" Ya pak cik,jemput lah naik dulu pak cik,ibu ini pak cik Rahmat,dia yang tolong Liza"kata Liza.
" Lain kali la pak cik naik,kita kena gerak sebab banyak benda nak buat" jelas pak cik Rahmat.
" Rahmat,tolong tengok tengok Liza ye" pesan pn Asiah .
"Insyallah puan,kami gerak dulu,Assalamualaikum"pak cik Rahmat pun masuk ke dalam kereta.
" Ibu Liza gerak dulu nanti Liza call ibu,ibu jaga makan minum jaga kesihatan,dapat cuti nanti Liza balik" pesan Liza pada ibunya sayu.
"Yalah nak,kerja baik baik di tempat orang,ingat solat dan jaga makan" pesan Pn Asiah juga yang sedang hiba.
Liza pun masuk kedalam kereta,dan sebelum keluar dari pagar sempat lagi pak cik Rahmat membunyikan hon kereta.
Manakala Pn Asiah berdoa agar anaknya selamat walau di mana juga dia berada dan jatuh juga airmatanya melihat anak sulungnya menjadi lebih dewasa hari ini.
Thank you semua...nantikan next chapter esok..
Share this novel