Part 14

Romance Completed 17819

Dengan sekali lafaz, Riyana dan Datuk Kamal sah sebagai suami isteri. Mereka dinikahkan di masjid berdekatan. Hanya saudara mara dan kenalan rapat sahaja yang hadir.

Sebaik akad nikah selesai, Alif terus berlalu keluar daripada masjid itu. Malas dia mahu berlama-lama di situ.
Kedatangannya juga terpaksa kerana kasihan dengan Datuk Kamal.

Alif bukanlah kejam sangat sehingga sanggup membiarkan papa nya datang sendirian sahaja.

" Alif " panggil Datuk Kamal.

Langkah Alif terhenti. Dia menoleh ke belakang.

" Tak nak tunggu ambil gambar kita sekeluarga dulu? " soal Datuk Kamal.

" Tak payah lah. Alif nak tengok Alia kat rumah " jawabnya.

Alif sempat menjeling sekilas ke arah Riyana.

Datuk Kamal mengangguk faham. Kehadiran Alif ketika majlis akad nikahnya sudah cukup baginya.

???

Alif terus memandu kereta pulang ke rumah. Hampir 15 minit perjalanan, dia tiba juga.

Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah. Dia sudah boleh menerima hakikat papa nya itu berkahwin dengan bekas kekasihnya. Biarpun luka sudah kering di hatinya namun masih meninggalkan parut.

Bukan semudah itu dia boleh memaafkan Riyana. Betapa tersiksanya diri apabila ditinggalkan oleh Riyana dulu. Masih ada dendam di hatinya.

Sewaktu melintasi bilik Alia, Alif sempat menjengah adiknya seketika. Pintu bilik Alia diketuk perlahan.

" Lia " panggiilnya.

Namun masih tiada sahutan.

" Alia " panggil Alif sekali lagi.

Kali ini dia menguatkan lagi ketukan. Namun masih sama, tiada sahutan.

Alif terus mencari kunci pendua bilik Alia. Adiknya itu sukar untuk dijangka.

Sebaik membuka pintu bilik Alia, Alif terkejut melihat Alia terbaring di tepi katil.

" Alia! Ya Allah " .

Beristighfar panjang Alif saat melihat ubat tidur yang bertaburan berhampiran Alia. Dia yakin adiknya itu overdose ubat tidur.

Tubuh Alia terus dicempung.

???

Alif duduk di ruang menunggu. Dia meraup wajahnya. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa semoga tiada perkara yang buruk terjadi pada adiknya.

" Alif " Datuk Kamal tergesa-gesa datang ke arah Alif.

Riyana di sisinya juga sama tergesa-gesa.

" Alif macam mana keadaan adik? Kenapa dengan dia? " soal Datuk Kamal risau.

" Dia overdose ubat tidur. Ni semua sebab papa. Kalau papa tak berkeras untuk kahwin, semua ni takkan jadi ".

" Alif! Alif cakap apa ni? Papa dah sah berkahwin " marah Datuk Kamal.

Riyana sudah tunduk. Dia tidak berani memandang dua beranak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience