Part 4.

Romance Completed 17819

Malam itu Alif berkurung sahaja di dalam biliknya. Selalunya dia akan turun makan malam.

" Abang Alif mana papa? " soal Alia.

" Ada dalam bilik. Ada kerja kot sebab tu dia tak turun " jawab Datuk Kamal.

" Tapi macam pelik jer abang tak turun makan. Selalunya sibuk macam mana pun, abang tetap turun makan jugak " .

Datuk Kamal hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tahu kenapa Alif tidak turun makan pada malam ini. Ini semua kerana protes terhadap Datuk Kamal.

" Dah kita makan jer dulu. Nanti bila abang lapar, pandailah dia turun " .

Alia hanya mengangguk.

???

Alif termenung seketika. Sengaja dia tidak mahu turun makan pada malam ini. Biarkan Datuk Kamal tahu dia protes kerana tidak setuju Datuk Kamal berkahwin lagi.

Tidak mungkin zaman sekarang ada perempuan sebaya dengannya mahu bercinta dengan lelaki berumur 50-an seperti papa nya itu. Walaupun wajah Datuk Kamal tidaklah nampak terlalu tua.

Alif yakin perempuan itu hanya ingin mengikis harta Datuk Kamal dan bukannya kerana benar-benar mencintainya.

Sepatunya Datuk Kamal lebih bijak dalam hal ini. Bukannya senang-senang mahu berkahwin dengan perempuan yang sebaya dengan anaknya sendiri.

Alif sendiri masih belum berkahwin. Calon juga tiada. Peristiwa lama membuatkan dia takut untuk jatuh cinta lagi.

???

Riyana melabuhkan punggungnya di sebelah Munirah.

" Cerita apa ni? " soalnya pada Munirah.

" Syurga yang tak dirindukan. Sedih weh " jawab Munirah.

Matanya masih fokus pada kaca televisyen.

" Cerita tentang apa? " soal Riyana lagi.

" Suami dia kahwin satu lagi sebab nak selamatkan perempuan tu daripada bunuh diri " .

" Perlu ke? Kesianlah wife pertama dia " .

" Entahlah Riya. Tapi seriously sedih. Aku tak dapat bayangkan kalau aku ada kat tempat Arini " .

" Alaa kau ni, feeling lebih-lebih. Drama jer pun " Riyana mencebikkan bibirnya.

" Eh Mun, anak-anak Datuk Kamal tu baik tak? " soal Riyana tiba-tiba.

Munirah ketawa kecil.

" Kenapa kau tanya ni? Kalau dia orang tu jahat? Kau takut lah? " soal Munirah mengusik.

" Ish kau ni. Aku tanya jer " .

" Anak-anak dia okay jer. Yang sulung kerja sebagai CEO di syarikat Datuk yang lagi satu. Anak bongsu dia pulak masih belajar. Cuma tu lah aku pernah dengar cerita yang dia orang tak suka Datuk Kamal berkawan dengan perempuan lain. Tapi tu mungkin dulu, sekarang dia orang dah boleh terima agaknya " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience