Part 19.

Romance Completed 17819

" Alia, mari sarapan " ajak Riyana sebaik melihat Alia melangkah ke dapur.

Alia menjeling tajam.

" Tak ingin lah nak makan makanan yang kau masak tu. Entah apa agaknya yang kau dah letak " .

Riyana terasa dengan kata-kata anak tirinya itu. Dia hanya diam.

" Lepas ni jangan lupa mengadu dekat papa. Nanti papa marah aku, then aku keluar daripada rumah ni. Nanti kau boleh lah jadi maam besar dalam rumah ni " perli Alia.

" Alia, saya.. " .

" Shutt..diam. Aku tak nak dengar " Alia terus berlalu.

Riyana beristighfar panjang. Hina sangatkah dirinya di mata Alia? Tergamak Alia menuduhnya begitu.

???

" Assalamualaikum " Mawar melangkah masuk ke dalam rumah.

Alif masih tercegat di luar rumah. Terasa segan pulak hendak masuk. Dia baru sahaja kenal dengan Mawar.

" Mari lah masuk. Awak tercegat kat situ buat apa? " .

Alif tersengih. Dia melangkah masuk ke rumah batu itu.

" Abah oh abah " panggil Mawar.

" Iya Mawar, abah ada kat belakang ni" laung Pak Samad.

" Jom awak, ikut saya jumpa abah dengan mak " ajak Mawar.

Alif mengangguk kecil. Dia mengikut langkah Mawar.

" Abah, mak Mawar nak kenalkan dengan Alif " beritahu Mawar.

Pak Samad dan Mak Senah menoleh ke arah Alif. Alif dengan segera menyalami tangan Pak Samad.

" Abah, Alif ni datang daripada KL. Dia tak tahu sangat selok belok kawasan kita ni. Jadi boleh kan kalau dia bermalam kat rumah kita? " .

" Boleh. Boleh sangat. Tak ada masalah " jawab Pak Samad.

Mak Senah mengangguk tanda setuju.

" Terima kasih pakcik, makcik " ucap Alif.

???

" Cantiknya pantai ni. Dah lama saya tak pergi pantai " Alif menikmati pemandangan di pantai yang sangat indah.

Selepas makan tengahari tadi Mawar mengajak Alif mengambil angin di pantai. Kebetulan rumah Mawar berhampiran dengan pantai. Jika berjalan kaki, 10 minit sudah sampai.

" Saya selalu datang sini. Kat sini lah tempat saya setiap hari " .

Alif memandang ke arah Mawar.

" Berapa umur awak ya? Awak just jual kuih tepi jalan everyday? " .

" Umur saya 23 tahun. Ha'ah tu lah kerja saya setiap hari. Saya bukan orang senang nak sambung belajar. Jadi saya jual jer lah kuih dekat tepi jalan " cerita Mawar. .

Alif mengangguk faham.

" Ayah awak kerja apa? " .

" Abah dah tak kerja. Saya seorang jer yang kerja. Mak pulak jaga abah. 5 tahun lepas doktor sahkan abah dah tak boleh buat kerja berat lagi sebab kesihatan dia tak mengizikan " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience