Part 3.

Romance Completed 17819

" Tolong terima keputusan papa Alif. Beri papa ruang untuk diri papa sendiri. Papa yakin dengan keputusan papa " .

" Papa ingat Alia boleh terima macam tu jer? Lagi-lagi bakal mak tiri dia sebaya dengan abang dia sendiri. Tak papa. Alia takkan terima semua ni " .

Datuk Kamal diam seketika. Dia sudah dapat menganggak reaksi anak-anaknya apabila dia memberitahu berita itu.

" Sebab tu papa beritahu Alif dulu. Papa nak minta tolong Alif pujuk Alia. Boleh kan? " .

" Papa macam mana Alif nak pujuk Alia untuk terima semua ni sedangkan Alif sendiri tak boleh terima " .

Datuk Kamal sudah mati kata.

" Papa dah tak sayang arwah mama ke? Papa dah lupakan arwah mama? Mana cinta agung papa pada mama tu? " soal Alif.

" Alif jangan salah faham. Papa bukan dah tak sayang atau cintakan arwah mama. Arwah mama masih bertakhta dihati papa. Papa cuma perlukan teman hidup. Salah ke Alif? " .

" Dah lah pa. Waktu lunch dah nak habis. Alif nak balik office " .

" Makan lah dulu " .

Alif menggelengkan kepalanya.

" Alif dah tak ada selera " dia terus bangun dari kerusi.

" Papa fikirkanlah keputusan papa tu baik-baik " pesan Alif sebelum berlalu pergi daripada restoran itu.

Datuk Kamal meraup wajahnya. Dia mengeluh perlahan. Dia sendiri dalam dilema.

???

" Anak-anak abang tak boleh terima saya ? " soal Riyana.

Dari awal Riyana sudah dapat menganggak. Mana mungkin anak-anak Datuk Kamal dapat menerimanya sebagai ibu tiri mereka.

" Itulah masalahnya sekarang ni Riya. Abang sendiri buntu " .

" Tak apalah abang. Mungkin kita tak ada jodoh. Kita lupakan jer lah soal perkahwinan ni " .

" Mana boleh macam tu Riya. Riya jangan risau. Abang akan cuba pujuk anak-anak abang. Batu kalau disiram air hari-hari pun akan lembut jugak. Abang tahu apa nak buat nanti " .

" Riya bukan apa abang. Riya tak nak disebabkan Riya nanti, abang bergaduh pulak dengan anak-anak abang " .

" Tak adalah. Riya tak perlu risau. Abang kenal anak-anak abang " .

Datuk Kamal yakin sekeras-keras hati anaknya pasti akan lembut juga suatu hari nanti. Alif dan Alia bukanlah anak yang degil.

Riyana mengangguk faham.

" Lega Riya dengar bang. Kita sama-sama doa semoga anak-anak abang lembut hati untuk terima Riya " .

" Insya Allah Riya " .

Riyana redha sekiranya jodoh dia dan Datuk Kamal tiada. Mungkin kerana kifarah atas dosa-dosa menyakiti hati insan lain dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience