Part 9

Romance Completed 17819

" Papa nak kahwin? Apa ni papa? " soal Alia.

" Papa boleh explain sayang " pujuk Datuk Kamal.

" No. Tak perlu. Papa memang dah tak sayangkan Lia lagi kan. Lia benci papa" Alia terus berlari keluar daripada hotel 5 bintang itu.

Alif tunduk. Dia sudah mengagak respon adiknya itu. Datuk Kamal pula sudah serba salah.

" Sekejap ya Riya. Abang pergi tengokkan Lia " .

Riyana hanya mengangguk. Datuk Kamal terus melangkah mencari anak bongsunya itu. Dalam waktu-waktu begini Alia boleh membuat apa sahaja. Dia risau keselamatan anaknya itu. Alia sukar dijangka.

Alif merenung perempuan di hadapannya itu. Sudah 5 tahun berlalu.

" Alif, saya tak sangka awak anak Datuk Kamal " kata Riyana.

Alif tersenyum sinis.

" Dan aku tak sangka kau bakal mak tiri aku. Apa kau dah buat dengan papa aku ha? Sampai dia tergila-gila nak kahwin dengan kau " soal Alif kasar.

Riyana agak terkejut melihat perubahan Alif. Lelaki itu sudah tidak seperti dulu. Perwatakannya berubah menjadi kasar.

" Alif saya... " .

" Kau ni perempuan jenis apa ha? Dulu kau tinggalkan aku macam tu jer. Pernah kau fikir bertapa seksanya hati aku masa tu? Sekarang ni kau nak kahwin dengan papa aku pulak. Sebab apa? Harta? " .

" Alif biar saya jelaskan " .

" Kau tak perlu jelaskan apa-apa lah. Aku dah tak nak dengar. Kau tengok adik aku tadi, kau sanggup tengok dia menderita hanya disebabkan kau? Kau suka tengok keluarga aku hancur. Itu yang kau nak? " .

" Tak. Saya bukan perempuan yang awak sangkakan Alif. Saya tak tahu langsung Datuk Kamal ayah awak. Kalau saya tahu, semua ni takkan terjadi. Saya minta maaf sebab pernah lukakan hati awak dulu. Saya tak berniat " .

" Eh dah lah. Semakin kau jelaskan pada aku, hati aku makin sakit. Aku dah bosan dengar perkataan maaf kau tu. Dah tak ada erti lagi maaf kau tu. Sampai bila-bila pun aku takkan pernah terima kau sebagai mak tiri aku, kau ingat tu " .

Air mata Riyana mengalir deras.

Datuk Kamal melangkah masuk semula ke dalam hotel itu. Riyana pantas mengesat air matanya. Dia tidak mahu Datuk Kamal tahu.

" Lia dah balik naik teksi " beritahu Datuk Kamal tanpa ditanya.

" Alif pun nak balik dah. Tak ada selera nak makan " Alif sempat menjeling sekilas ke arah Riyana sebelum berlalu.

Riyana dan Datuk Kamal saling berpandangan seketika. Malam yang sepatutnya menjadi ceria bertukar menjadi malam tragedi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience