Part 12.

Romance Completed 17819

Sewaktu Alif melangkah ke dalam rumahnya dia melihat banyak barang-barang hantaran di ruang tamu.

Alif tidak sangka papa nya tetap mahu meneruskan perkahwinannya.

" Alif dah balik? " tegur Datuk Kamal.

" Papa masih nak teruskan perkahwinan ni? " soalnya.

Datuk Kamal mengangguk perlahan.

" Papa buat semua ni untuk kebahagiaan kita sekeluarga jugak " .

" Tak. Tu cuma alasan papa. Alif dah muak lah dengar alasan papa. Papa buat semua ni sebab kepentingan diri papa jer. Bukan sebab kami " Alif terus berlalu naik ke tingkat atas.

Datuk Kamal hanya mampu menghantar pandangan. Dia tidak tahu lagi bagaimana hendak memujuk anak-anaknya.

Alia langsung tidak bertegurnya. Sudah hampir sebulan. Alia masih sama. Masih dengan protesnya.

???

Alif menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mengeluh kasar.

Bagaimana dia mahu menghadapi realiti bekas kekasihnya itu akan menjadi ibu tirinya.

Biarpun rasa cintanya pada Riyana sudah hilang, Alif tetap merasa janggal. Lagi-lagi apabila memikirkan dendamnya pada gadis itu.

Alif meraup wajahnya kasar. Serabut!

???

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " Mak Munah membuka pintu rumahnya.

" Mak " .

Mak Munah terkejut melihat tetamu yang datang.

???

" Dah dekat setahun kau hilangkan diri. Kenapa tiba-tiba nak balik sini? " soal Mak Munah.

" Riya nak kahwin. Riya nak mintak restu pada mak. Riya tahu Riya berdosa sebab tinggalkan mak dengan abah macam tu jer. Riya minta maaf ".

Mak Munah tersenyum sinis.

" Patutlah kau balik. Ada kepentingan sendiri rupanya " .

" Mak, Riya minta maaf. Riya memang tak nak kahwin dengan Jamil. Sebab tu Riya lari daripada rumah. Riya minta maaf " Riyana mencium tangan Mak Munah.

" Kau bukan anak aku. Anak aku tak lawan cakap aku. Tak malukan aku " Mak Munah pantas menepis tangan Riyana.

" Kau nak nikah sangat kan? Nikah lah. Aku izinkan kau nikah. Tapi lepas jer kau nikah, kau bukan anak aku lagi " .

" Mak, tolong jangan buat Riya macam ni mak. Riya tak ada niat nak sakitkan hati mak. Ampunkan Riya mak " rayu Riyana.

" Menyesal aku jaga kau daripada kecil. Kalau aku tahulah ini balasan kau pada aku, aku buang kau! " .

Riyana tersentak. Dia tidak sangka kata-kata itu akan keluar daripada mulut maknya sendiri.

" Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Kau nak sangat hidup bahagia kan? Pergilah. Aku takkan halang " Mak Munah terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Riyana ditinggalkan sendirian di ruang tamu. Hanya air mata yang menemaninya. Berat benar ujiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience