Part 10.

Romance Completed 17819

Alia membaling semua barang-barang di atas meja soleknya. Semuanya bertaburan jatuh di lantai.

Biliknya habis bersepah. Bantal di atas katil juga sudah bertaburan di lantai.

Tangisannya semakin kuat.

" Tak! Papa tak boleh kahwin lain! " jerit Alia.

Dia mengambil botol minyak wangi yang sudah bertaburan jatuh di lantai lalu dibaling ke arah cermin soleknya.

Prangg!

Berderai kaca. Alia duduk di sisi katil sambil memeluk tubuh. Terhinjut-hinjut bahunya menangis.

Dia tidak suka Datuk Kamal berkahwin lain. Tiada siapa yang dapat menggantikan arwah mama nya. Lagi-lagi apabila perempuan yang bakal menjadi ibu tirinya itu sebaya dengan abangnya. Sukar untuk Alia menerima kenyataan.

Pintu bilik Alia dikuak perlahan. Alif berdiri seketika di muka pintu. Dia terkejut melihat keadaan bilik Alia.

Langkah diatur ke arah adiknya itu.

" Alia " panggilnya lembut.

" Kenapa bang? Kenapa papa nak kahwin? Kenapa? Lia tak suka. Lia tak nak ada mak tiri " .

" Lia tak boleh macam ni. Ini keputusan papa. Abang sendiri taks setuju. Tapi kita tak boleh halang kehendak papa " pujuk Alif.

Meski hatinya terluka apabila mengetahui bakal ibu tirinya nanti ialah bekas kekasihnya. Alif harus kuat demi Alia.

" Tak ada siapa boleh ganti tempat arwah mama " .

" Abang tahu. Kita tak boleh buat apa-apa Lia. Papa pun berhak bahagia. Abang tak suka tengok adik abang macam ni " .

Alia terus memeluk Alif. Dia melepaskan tangisannya di dada Alif. Alif mengusap kepala adiknya.

" Lia kena ingat abang akan sentiasa ada dengan Lia. Abang sayang Lia. Dah jangan nangis, nanti princess abang ni dah tak cantik " pujuk Alif.

" Lia tak nak papa kahwin abang. Abang tolonglah buat sesuatu " Alia melepaskan pelukannya.

Alif merenung wajah bersih Alia.

" Abang mintak maaf. Abang sendiri tak boleh nak buat apa-apa " air mata Alia dikesat perlahan.

Alia memejamkan matanya. Dia sudah penat menangis.

Alif juga terasa sebak melihat adiknya. Matanya sudah berkaca namun ditahan sahaja air matanya.

???

Riyana termenung jauh. Dia sangka pertemuan dia dan anak-anak Datuk Kamal mampu membuatkan mereka menerima dia sebagai seorang ibu.

Namun dia silap. Sudah jelas di hadapan matanya anak-anak Datuk Kamal tidak suka padanya.

Apa yang paling membuat dia terkejut ialah Alif. Dia tidak sangka Datuk Kamal ialah ayah kepada Alif.

Sudah 5 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki yang pernah bertakhta dihatinya. Mereka hampir sahaja berkahwin dahulu. Tapi kerana ibu bapanya, Riyana sanggup melukakan hati Alif.

Mungkin ini balasan untuk dirinya. Riyana redha andai ini takdirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience