Part 8.

Romance Completed 17819

" Papa tak sangka Alif macam ni. Bertindak macam orang tak matang. Alif tahu tak kalau tuduhan Alif tu tak betul, boleh jatuh fitnah. Dosa fitnah tu lebih besar daripada membunuh " marah Datuk Kamal.

Panas hatinya saat mengetahui Alif berjumpa dengan Munirah dan menawarkan wang kepada Riyana supaya membatalkan niatnya untuk berkahwin.

" Dia mengadu? See papa, belum kahwin dengan papa lagi pun dia dah macam ni. Mengadu domba macam-macam. Apatah lagi bila papa dengan dia dah kahwin nanti " .

" Bukan dia yang mengadu. Tapi Munirah yang cerita dengan papa. Alif betul-betul memalukan papa. Susah sangat ke Alif nak terima? " .

" Susah. Susah sangat. Lagi-lagi perempuan yang papa nak kahwin tu sebaya dengan Alif. Apa benda ni papa? " .

" Kalau dah ditakdirkan dia jodoh papa, tak ada siapa boleh halang. Alif papa harapkan Alif tau. Papa ingat Alif berfikiran matang. Tapi papa silap " .

Alif mengeluh perlahan.

" So papa nak Alif buat apa? " soal Alif.

" Papa buat semua ni untuk kebahagiaan kita sekeluarga Alif. Umur Alif dah 27, tolonglah jadi matang. Jangan macam budak-budak lagi. Papa cuma harap Alif boleh terima dia sebagai ibu tiri Alif. Papa tak mintak banyak pun " .

" Okay fine. Alif akan terima dia " .

Datuk Kamal tersenyum kecil.

" Terima kasih Alif. Papa yakin dia bukan macam yang Alif fikirkan " .

Alif hanya diam. Dia sudah penat bertekak hari-hari dengan Datuk Kamal hanya kerana hal itu. Mungkin dia patut beri peluang untuk Datuk Kamal bahagia.

Akhirnya Datuk Kamal dapat menarik nafas lega.

???

Malam ini Datuk Kamal mengajak anak-anaknya makan malam di hotel 5 Bintang. Malam ini juga untuk pertama kalinya dia mahu mengenalkan bakal isterinya kepada Alif dan Alia.

" Ada apa-apa yang special ke malam ni papa? " soal Alia.

Datuk Kamal tersenyum kecil.

" Mestilah ada. Sebab tu papa ajak anak-anak papa dinner kat hotel 5 Bintang ni " jawabnya.

Alif hanya diam. Dia sudah tahu sebentar lagi bakal ibu tirinya itu akan datang. Cuma Alia yang masih tidak tahu.

" Tak sabar pulak Lia nak tahu suprise tu " kata Alia teruja.

" Sekejap ya " Datuk Kamal berlalu seketika daripada meja makan.

Alif menoleh ke arah Alia. Wajah adiknya itu begitu gembira. Dia yakin sebentar lagi semuanya akan berubah.

" Alif, Alia kenalkan ini Riyana bakal isteri papa " .

Alif dan Alia pantas menoleh. Alif terkejut melihat perempuan di sebelah papa nya itu.

Riyana juga seakan terkejut melihat Alif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience