Part 18.

Romance Completed 17819

Tok...tok..

Cermin tingkap Alif diketuk daripada luar.

Alif tersedar daripada lenanya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Hari sudah bertukar siang.

Dia menoleh ke arah tingkap. Seorang perempuan terjengul di tingkap keretanya. Cermin tingkap diturunkan.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab Alif.

" Kenapa encik tidur kat sini? " soal gadis itu.

" Saya terlelap " jawab Alif ringkas.

Gadis itu mengangguk kecil.

" Boleh alihkan kereta encik tak? Saya nak meniaga ni. Ni tapak saya meniaga " beritahu gadis itu.

" Oh yeke? Okay sekejap " Alif menghidupkan enjin keretanya.

Dia mengalihkan keretanya kehadapan sedikit. Selepas itu dia turun keluar daripada kereta.

" Boleh saya tahu sekarang ni kat mana? " soal Alif.

" Maksud encik nama tempat ni? " soal gadis itu semula.

Alif mengangguk.

" Pengkalan balak " jawab gadis itu.

" Encik bukan orang sini ke? " soal gadis itu pula.

" Bukan. Saya bukan orang sini. Sebab tu saya tak biasa dengan jalan kat sini" .

" Oh. Encik datang daripada mana? " .

" KL " .

Gadis itu membuka meja dan payung. Selepas itu dia menyusun kuih-muih dan nasi lemak yang sudah siap dibungkus di atas meja.

Alif hanya berdiri tegak sambil memerhati.

" Dah biasa buat semua ni? " soal Alif.

" Dah. Hari-hari saya meniaga kat sini
Sebab tu dah biasa " .

" Siapa nama awak? " .

" Mawar. Encik? " .

" Saya Alif. Panggil Alif jer. Tak perlu berencik-encik " .

Mawar mengangguk faham.

" Kenapa tak sewa hotel jer? " .

" Saya tak tahu jalan. Nak pakai waze bateri handphone pulak dah mati " .

" Kalau nak tumpang rumah saya boleh jer " pelawa Mawar.

" Eh tak apa lah. Tak manis pulak orang pandang nanti " .

Mawar ketawa kecil.

" Bukannya saya tinggal seorang. Mak, ayah dengan adik saya ada " .

" Dia orang tak kisah ke nanti? " .

" Eh tak adalah. Dia orang lagi suka terima tetamu. Itu pun kalau awak tak kisah lah nak tinggal kat rumah saya, rumah saya rumah kampung jer. Takut awak tak selesa " .

" Saya okay jer " .

" Okay kalau macam tu awak kena tunggu saya habis meniaga dulu lah. Baru boleh ikut balik. Awak tak kisah kan? " .

Alif mengangguk.

" Boleh. Saya tak kisah " .

Alif mengucapkan syukur di dalam hatinya. Ada juga orang yang sudi membantunya.

Dia menjadi pemerhati melihat Mawar melayan pelanggan-pelanggan. Ramai sungguh yang datang membeli di kedai Mawar. Mungkin kuih dan nasi lemak yang dijual sedap.

Tidak sampai sejam, kesemua kuih-muih dan nasi lemak Mawar habis dijual.

" Jom balik " ajak Mawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience