Part 7

Romance Completed 17819

" Lambat lagi lah Lia. Bayang kakak ipar Alia pun abang tak nampak lagi ".

Alia ketawa terbahak-bahak. Begitu juga dengan Alif. Hilang seketika masalah Alif apabila berbual dengan adiknya itu. Ada-ada sahaja loyar buruk yang keluar.

" Cari lah cepat-cepat. Muka macam abang ni laku keras tau " .

" Amboi-amboi ingat abang ni barang ke nak laku-laku? Lia lah carikan untuk abang. Kawan-kawan Lia tak ada yang single? " gurau Alif.

" Takda. Kawan-kawan Lia semuanya dah berpunya. Abang kalau lambat kahwin, terpaksalah Lia langkah bendul " .

" Belajar pun tak habis ada hati nak kahwin ea. Gatal " hidung Alia ditarik.

Mereka sama-sama ketawa. Datuk Kamal yang sejak daripada tadi memerhati tersenyum kecil melihat anak-anaknya. Semoga kebahagiaan akan terus kekal begini. Doanya dalam hati.

???

Air mata Riyana mengalir perlahan. Dia tidak sangka anak Datuk Kamal memandang hina terhadap dirinya.

Tidak pernah terlintas langsung di fikirannya mahu mengikis harta Datuk Kamal. Dia ikhlas mengahwini Datuk Kamal. Bukan kerana harta semata-mata.

" Sabarlah Riya. Mungkin dia marah sangat sebab tu dia tuduh kau bukan-bukan " pujuk Munirah.

Dia menyesal pula menceritakan pertemuannya dengan Alif siang tadi. Kalau tahu Riyana akan menangis begini, dia tak akan ceritakan pada sepupunya itu.

" Aku rasa nak give up jer Mun. Aku dah tak sanggup " .

" Riya, mana boleh macam ni. Kau cintakan Datuk Kamal ikhlas dari hati kau sendiri kan. Pedulikan apa yang orang cakap " .

" Yang cakap tu anak Datuk Kamal sendiri Mun. Macam mana bila aku dah kahwin nanti? Lagi teruk. Aku tak nak " .

Munirah menarik nafas seketika.

" Riya pedulikan jer. Dugaan orang nak berkahwin memang macam ni. Kau kena ingat, aku akan selalu ada dengan kau. Jangan mengalah okay? ".

" Terima kasih Mun " tubuh Munirah dipeluk erat.

Sudah hampir setahun dia tinggal dengan Munirah. Riyana melarikan diri daripada rumah kerana tidak mahu dipaksa berkahwin dengan Jamil.

Jamil ialah seorang kaki judi. Hanya Riyana yang tahu perangai sebenar Jamil.

Jamil telah mengaburi mata kedua-dua ibu bapanya dengan ayat-ayat manis yang keluar daripada bibirnya.

Riyana lebih rela dibenci oleh kedua-dua ibu bapanya asalkan tidak hidup dengan lelaki seperti Jamil. Riyana tidak rela hidup tersiksa dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience