Part 1.

Romance Completed 17819

" Kita putus. Tu jalan yang terbaik " tegas Riyana.

Alif pantas menoleh ke arah gadis itu. Semudah itu dia membuat keputusan.

" No. Kita kahwin lari " bantah Alif.

Riyana menggeleng laju.

" Saya tak nak jadi anak derhaka Alif. Awak tak boleh paksa saya. Parents saya tak setuju dengan hubungan kita. Apa lagi yang saya boleh buat? " .

" Kita cuba pujuk dia orang lagi. Saya sendiri akan jumpa dia orang " cadang Alif.

" Kalau dah ditakdirkan Allah awak jodoh saya, Insya Allah kita akan bersatu jugak suatu hari nanti Alif. Kita kena redha dengan takdir Allah ".

Alif memandang wajah polos Riyana.

" Saya sayangkan awak Yana. Awak tahu kan? Saya tak nak berpisah dengan awak. Saya cintakan awak sangat-sangat " .

" Saya pun. Tapi tak guna kalau tak ada restu daripada ibu bapa saya Alif. Saya nak restu daripada mereka. Saya tak nak berpaling pada ibu bapa saya. Anggap sajalah kita tak pernah berjumpa. Saya akhirkan hubungan kita dekat sini " .

" Tak...awak tak boleh buat macam ni Yana, I love you so much " .

" Maafkan saya. Demi Allah saya tak pernah terniat untuk lukakan hati awak. Saya sendiri berperang dengan jiwa saya. Melepaskan lebih baik daripada pertahankan Alif. Assalamualaikum " Riyana terus berlalu pergi meninggalkan Alif sendirian.

Alif terduduk lemah. Hancur semua impiannya. Butiran pasir di pantai itu digenggam erat.

Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hatinya ketika ini. Hubungannya bersama Riyana yang sudah mencecah 5 tahun hancur begitu sahaja dalam sekelip mata.

Semuanya kerana ibu bapa Riyana tidak menyukai hubungannya dengan Alif. Dia mahu menjodohkan Riyana dengan lelaki pilihan mereka.

" Semua ni tak adil! " jerit Alif sekuat hati.

???

5 tahun kemudian...

Alif menyelak fail-fail di atas mejanya. Beberapa minggu ini dia agak sibuk dengan kerja-kerja nya di pejabat. Banyak projek baru yang masuk. Jadi dia harus menguruskan semuanya.

Telefon di sebelahnya berbunyi minta diangkat. Alif terus menjawab.

" Alif, boleh papa cakap sekejap? " soal Datuk Kamal.

" Ermm Alif busy sikit lah apa. Papa nak cakap pasal apa ea? " soalnya.

" Benda ni penting. Lunch nanti kita jumpa okay? " .

" Okay papa " .

Panggilan ditamatkan.

Datuk Kamal mempunyai dua buah syarikat. Satu syarikat di uruskan oleh Alif. Manakala satu lagi syarikatnya diuruskan sendiri. Mujur sahaja anak sulungnya itu berminat untuk menguruskan syarikatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience