Part 17

Romance Completed 17819

Alif mendaki anak tangga. Langkahnya terhenti pada anak tangga yang terakhir. Wajah Alia dipandang seketika lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

Tidak sampai sepuluh minit Alif keluar dengan bagasi di tangannya. Dia nekad untuk keluar daripada rumah itu.

" Abang nak tinggalkan Lia? " soal Alia.

Wajahnya sugul sahaja.

" Abang minta maaf. Abang dah tak sanggup tinggal kat sini lagi " .

" Abang " Alia terus memeluk Alif.

Alif menahan sebak.

" Lia nak ikut abang " pinta Alia.

" Tak boleh sayang. Abang janji abang akan jumpa Lia nanti. Lia jaga diri Lia. Abang sayang Lia " dahi Alia dikucup lembut.

Pelukan dilepaskan. Alif terus menuruni tangga. Alia yang susah basah dengan air mata ditinggalkan di tangga.

" Alif tinggu " panggil Datuk Kamal.

Namun Alif tidak menghiraukan langsung panggilan Datuk Kamal. Dia terus menghidupkan enjin kereta. Keretanya terus meluncur laju.

Datuk Kamal mengeluh perlahan. Makin lama makin teruk jadinya. Dia sangka dia mampu menjadi ayah yang terbaik buat anak-anaknya. Tapi dia silap. Dia sudah gagal mendidik anak-anaknya.

???

Alif memandu laju keretanya. Hatinya begitu sakit. Dia sendiri tidak tahu kemana hendak dituju. Akhirnya Alif membuat keputusan untuk ke Melaka.

Mungkin di negeri itu dia dapat menenangkan fikirannya yang sedang serabut sekarang ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Alif melihat ada pasar malam di seberang jalan. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Perutnya juga sudah berbunyi minta di isi.

Dia melangkah ke pasar malam. Sempat juga dia membeli beberapa jenis makanan untuk mengisi perutnya yang kosong. Sudah lama dia tidak pergi ke pasar malam.

Sebaik membeli makanan, Alif memandu keretanya semula. Dia singgah di sebuah masjid. Lagi beberapa minit akan masuknya waktu maghrib, alang-alang sudah lalu di hadapan masjid Alif menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid itu.

Alif menutup Al-Quran. Dia menyimpan semula di rak. Selepas solat isyak tadi dia sempat membaca beberapa muka surat ayat suci al-quran. Tenang seketika hatinya.

Otaknya ligat berfikir mahu menginap di mana malam itu. Alif terus memandu keretanya. Dia sendiri tidak tahu tempat ingin di tuju.

Waktu juga semakin lewat. Akhirnya Alif memberhentikan kereta nya di tepi jalan.

Dia mengeluh perlahan. Kenapalah keluarganya harus menjadi begini. Jujur dia rasa bersalah kerana meninggikan suaranya pada Datuk Kamal.

Dia masih ingat pesan arwah mama nya, " Kita sebagai seorang anak kena jaga adab kita dengan mak ayah kita. Jangan sesekali tinggikan suara pada mereka " .

Ahh rindunya dia pada arwah mama nya. Akhirnya Alif terlena dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience