Part 2.

Romance Completed 17819

" Papa nak cakap apa dengan Alif? Macam penting jer. Sampai tak sabar nak tunggu cakap kat rumah jer " soal Alif.

Mujur sahaja pejabat dia dan Datuk Kamal tidak terlalu jauh. Jadi mudah untuk dia berjumpa dengan ayahnya itu.

" Benda ni memang penting. Sangat penting " jawab Datuk Kamal.

Alif menyedut sedikit jus oren di dalam gelasnya.

" Apa yang penting sangat tu papa? " .

" Papa harap Alif boleh terima lah. Papa nak kahwin " beritahu Datuk Kamal.

Hampir tersembur keluar jus oren daripada mulut Alif saat mendengar kata-kata Datuk Kamal.

" Papa biar betul ni? Jangan bergurau papa " soal Alif seakan tak percaya.

Sudah 10 tahun arwah mama nya meninggal dunia. Setahu Alif papa nya itu tidak pernah berhubungan dengan mana-mana perempuan. Datuk Kamal sangat sayangkan arwah isterinya. Tidak mungkin ada wanita lain yang dapat menggantikan arwah isterinya itu.

" Papa serius. Tak main-main. Papa dah buat keputusan " .

" Dengan siapa papa? Kenapa tiba-tiba ni? Setahu Alif papa tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan pun lepas arwah mama meninggal dunia " .

" Sepupu Munirah. Dah nak dekat setahun papa kenal dengan dia. Cuma papa tak pernah beritahu pada Alif dan Alia " cerita Datuk Kamal.

Munirah ialah PA kepada Datuk Kamal. Sudah lama dia bekerja dengan Datuk Kamal. Hampir 7 tahun.

" What? Seriously papa? Maknanya perempuan tu muda lagi? " .

Datuk Kamal mengangguk perlahan.

" Dia sebaya dengan Alif " .

Ternganga luas mulut Alif.

" Papa, apa ni? Papa bercinta dengan perempuan muda? Bakal mak tiri Alif sebaya dengan Alif? " .

" Alif, papa tak pernah sangka pun hubungan papa dan dia akan serius macam ni. Papa dah mula cintakan dia. Sebab tu papa pilih akhiri hubungan kami dengan perkahwinan" .

" Mengarutlah semua ni papa. Alif tak boleh terima papa nak kahwin semula. Lagi-lagi dengan perempuan sebaya Alif " .

" Alif papa dah lama hidup seorang. Papa perlukan teman hidup jugak. One day Alif and Alia akan kahwin. Akan ada keluarga masing-masing. Macam mana dengan papa nanti? " .

Alif mengeluh perlahan.

" Itu alasan jer papa. Bukannya kita orang akan buang papa lepas kahwin. Entah-entah perempuan tu nak kan harta papa jer. Alif tak boleh terima langsung lah " .

" Alif tak nak tengok papa hidup bahagia? " .

" Papa tak cukup bahagia ke dengan Alif dan Alia? " soal Alif semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience