Part 13

Romance Completed 17819

" Abang, apa yang kita buat ni betul ke? " soal Riyana.

" Habis tu Riya nak batalkan perkahwinan kita ke? " soal Datuk Kamal semula.

" Riya takut. Anak-anak abang tak suka dengan Riya. Abang sendiri nampak kan? " .

" Riya tak perlu takut. Insya Allah tak ada apa-apa. Abang yakin one day dia orang akan terima Riya jugak. Trust me " Datuk Kamal meyakinkan Riyana.

Riyana tersenyum kelat. Dia mengangguk perlahan. Di dalam fikirannya juga risau tentang kedua-dua ibu bapanya. Mak Munah awal-awal lagi sudah membuangnya.

Fikirannya serabut memikirkan hubungannya dengan anak-anak Datuk Kamal selepas mereka kahwin nanti. Terutama sekali Alif.

???

" Alia, mari pergi sayang. Sekejap lagi papa Lia dah nak nikah " pujuk Nek Jah.

Nek Jah adalah orang gaji di rumah Datuk Kamal. Sudah hampir 15 tahun dia berkhidmat sebagai pembantu rumah Datuk Kamal. Dia sudah menganggap Alif dan Alia seperti cucu-cucunya sendiri.

Puas sudah dia mengetuk pintu bilik Alia sejak daripada tadi namun Alia masih tidak membukanya.

" Lia tak nak pergi. Kalau semua orang nak pergi, pergi lah. Jangan ajak Lia " jerit Alia daripada dalam bilik.

" Takpalah kalau macam tu " Nek Jah hormat keputusan Alia.

Takkan dia mahu paksa Alia mengikuti mereka pula. Gadis itu sendiri tidak mahu pergi. Sudah terang nyata Alia tidak suka dan setuju dengan perkahwinan Datuk Kamal. Nek Jah berlalu pergi daripada bilik Alia.

Alia menangis sendirian. Dia tidak sangka papa nya masih tetap mahu berkahwin juga.

Bingkai gambar di meja belajarnya diambil. Dia melihat gambar itu seketika. Gambar dia dan Datuk Kamal. Alia terus membaling bingkai gambar itu.

" Arghhh! Kenapa semua orang tak faham aku! " jerit Alia sekuat hatinya.

???

" Alia tak ikut ke Kak Jah? " soal Datuk Kamal.

" Dia tak nak ikut Datuk. Dia suruh kita pergi jer " jawab Nek Jah.

Datuk Kamal mengeluh perlahan.

" Takpalah " .

" Alif pergi tak? " soalnya lagi.

" Rasanya pergi. Sebab tadi akak nampak dia dah bersiap pakai baju melayu " .

Datuk Kamal mengangguk kecil. Sekurang-kurangnya ada anaknya yang pergi sekali.

' Maafkan abang Ida. Abang nak Ida tahu cinta abang pada Ida takkan pernah padam walaupun abang dah berkahwin lain ' katanya sendiri dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience