Part 16.

Romance Completed 17819

Dua minggu sudah berlalu. Hubungan Alia dan Datuk Kamal masih sama. Dingin sahaja. Kewujudan Riyana di dalam rumah itu bagaikan patung sahaja.

Hanya Datuk Kamal dan Nek Jah yang melayaninya. Alif dan Alia hanya akan turun makan apabila Riyana tiada sahaja.

Pagi itu Riyana membersihkan rumah. Bingkai-bingkai gambar sudah berhabuk. Jadi dia mengambil kain basah untuk mengelapnya satu persatu.

" Kau buat apa tu? " tegur satu suara.

Riyana menoleh.

" Saya bersihkan bingkai ni. Dah berhabuk " jawabnya.

" Siapa suruh kau sentuh? Kau alihkan bingkai gambar ni sesuka hati kau. Apa masalah kau?! " tengking Alif.

Riyana kecut perut mendengar tengkingan Alif. Terhinjut bahunya.

" Sa..sa..saya minta maaf. Saya cuma nak bersihkan jer " .

" Kau tahu tak, bingkai gambar ni arwah mama aku yang susun. Bila kau angkat bersihkan bermakna susunan bingkai gambar ni dah berubah. Aku tak suka! Tak ada siapa boleh alihkan susunan bingkai gambar ni " .

" Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak tahu " .

" Maaf, maaf, maaf! Tu jer yang kau tahu kan. Aku dah muak lah. Muak! Kau tahu tak?! " .

Air mata Riyana mengalir. Siapa sahaja yang tidak menangis jika sudah dijerkah begitu. Sungguh Riyana tidak tahu bingkai gambar itu disusun oleh arwah. Patutlah bingkai gambar itu sudah berhabuk tetapi tidak dibersihkan oleh Nek Jah. Mungkin Nek Jah juga tidak berani untuk menyentuh bingkai gambar itu.

" Kau ni daripada dulu suka sakitkan hati aku kan? Tak habis-habis dengan drama air mata kau. Kau tahu tak, makin lama aku tengok kau makin aku benci! Aku masih tak boleh terima keluarga aku jadi kelam kabut macam ni semuanya disebabkan oleh kau! " .

" Alif! " jerit Datuk Kamal.

Dia melangkah ke arah Alif.

Pangg! Satu tamparan diberikan kepada Alif. Bergetar tangan Datuk Kamal. Dadanya turun naik menahan amarah.

Alif memegang pipinya. Dia tidak sangka Datuk Kamal tega menamparnya.

" Jaga mulut kamu tu. Jangan sampai kamu lawan takdir Allah disebabkan ego kamu sendiri. Papa tak pernah ajar anak papa jadi kurang ajar " .

" Papa bela perempuan ni? Walaupun dia yang salah? Wow! Hebat. Kalau macam ni lebih baik Alif keluar daripada rumah ni. Alif pun dah tak tahan lah. Sejak ada perempuan ni, rumah ni dah tak macam dulu. Semuanya dah berubah. Lebih baik Alif keluar " Alif terus berlalu ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience