Part 6.

Romance Completed 17819

" Encik Alif tak nak Datuk bahagia? " soal Munirah.

" Dia dah cukup bahagia dengan kami. Tak perlukan sesiapa lagi " .

" Encik, encik patut bagi peluang untuk Datuk bahagia. Encik tak boleh halang Datuk berkahwin " .

" Awak ingat adik saya boleh terima? Keluarga kami dah cukup bahagia. Kami tak perlukan orang luar. Saya tak nak disebabkan perempuan tu nanti keluarga kami hancur " tegas Alif.

" Encik tak percaya pada takdir Allah ke? Sepupu saya hadir bukan nak hancurkan keluarga encik. Dia cuma nak menumpang kasih " .

" Kalau nak duit, cakap jer nak duit. Saya boleh bagi. Tolonglah cakap dengan sepupu awak tu, baik dia batalkan rancangan dia untuk kahwin dengan papa saya. Sebab saya dan adik saya tak akan pernah terima dia. Sedar diri tu sikit " .

" Encik tak boleh pentingkan diri encik sendiri " .

" Saya buat semua ni untuk keluarga saya. Awak ada keluarga kan? Letakkan diri awak kat tempat saya. Jangan sampai sepupu awak menyesal. Termasuk awak. Kalau awak nak kerja lama, jangan cuba cabar saya. Ingat tu " Alif terus berlalu pergi daripada restoran itu.

Munirah mengeluh perlahan. Alif benar-benar ego. Dia terlalu pentingkan diri sendiri. Dengan dirinya sekali kini terjebak. Ugutan Alif membuatkan Munirah takut hilang kerjanya nanti.

Tapi siapalah dia untuk menghalang Riyana berkahwin dengan Datuk Kamal seandainya itu memang jodoh mereka yang telah ditentukan oleh Allah.

???

Alif meraup kasar wajahnya. Fikirannya berserabut. Semuanya kerana perempuan itu.

Hubungannya dengan Datuk Kamal juga sentiasa dingin. Datuk Kamal tetap berkeras dengan keputusannya untuk berkahwin.

Tok..tok..

Pintu bilik Alif diketuk daripada luar.

" Masuk " laung Alif dari dalam bilik.

Pintu biliknya dikuak perlahan oleh Alia.

" Boleh Lia masuk? " soal Alia di muka pintu.

" Masuklah Lia. Kalau abang tak bagi masuk pun, Lia tetap nak masuk kan " jawab Alif.

Alia ketawa kecil. Dia terus melangkah masuk.

" Abang kenapa? Ada masalah ke? " Alia mengambil tempat di sebelah Alif.

" Tak ada apalah. Abang okay jer " jawab Alif.

" Betul ke? Asyik berkurung dalam bilik jer. Pelik Lia tengok " .

" Betul lah. Abang penat sikit sebab banyak kerja kat office. Macam mana study? " .

" Study okay jer. Abang ni asyik busy dengan kerja. Bila nak kahwin? Lia dah tak sabar nak dapat kakak ipar tau " .

Kakak ipar ? Tunggulah Alia. Tak lama lagi Alia akan dapat mak tiri baru.

Alif ketawa kecil. Pipi Alia dicubit perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience