Part 20.

Romance Completed 17819

" Baiknya awak. Beruntung ayah awak dapat anak macam awak " puji Alif.

Mawar tersenyum kecil.

" Saya dah tak ada adik beradik lain. Siapa lagi nak berbakti pada abah dan mak kalau bukan saya kan? " .

" Betul tu " Alif setuju.

Tiba-tiba dia teringat pada Datuk Kamal.

" Oh ya saya lupa nak tanya awak. Apa tujuan awak datang ke sini ea? " soal Mawar.

" Saya lari rumah " jawab Alif.

Mawar terkejut.

" Lari rumah? Kenapa? " .

" Saya lari sebab saya marahkan papa saya. Baru-baru ni dia berkahwin lagi. Arwah mama saya dah 10 tahun meninggal. Saya tak suka dia berkahwin lain " .

" Kenapa? Awak tak suka tengok papa awak bahagia? " .

" Bukan sebab tu. Saya ada alasan saya yang tersendiri " .

" Apa dia? " .

" Mak tiri saya tu bekas kekasih saya ".

" Dah lama awak putus dengan bekas kekasih awak? " .

" 5 tahun dah berlalu. Kita orang hampir kahwin dulu. Tapi dia tinggalkan saya sebab ibu bapa dia tak restu hubungan kami. Ibu bapa dia nak jodohkan dia dengan lelaki pilihan mereka " .

" Lepas daripada tu awak memang tak pernah jumpa dia lagi? " .

Alif menggelengkan kepalanya.

" Tak. Sampailah papa saya kenalkan bakal isteri dia pada saya " .

" Papa awak berhak bahagia Alif. Awak tak boleh pentingkan diri awak sendiri " .

" Saya tak pentingkan diri sendiri. Entah saya sendiri tak tahu kenapa susah sangat untuk saya terima kenyataan itu " .

" Saya mula-mula macam awak jugak. Tak suka bila abah tiba-tiba nak berkahwin lagi. Saya memberontak. Tapi abah tetap kahwin jugak. Bila abah disahkan sakit tulang belakang, abah terpaksa berhenti kerja. Saya kena kerja untuk tampung perbelanjaan kami. Mak lah yang jaga abah bila saya pergi kerja. Baru saya nampak yang Allah tu tahu apa yang terbaik untuk kita. Kalau abah tak kahwin dengan mak, mungkin tak ada siapa yang nak jaga abah bila saya pergi kerja " cerita Mawar panjang lebar.

Entah mengapa dia selesa bercerita kisah hidupnya dengan Alif walaupun dia dan Alif baru sahaja berkenalan.

" Mak Senah mak tiri awak? " .

" Ha'ah. Tapi dia layan saya macam anak kandung. Kasih sayang yang dia beri tak putus-putus. Sama seperti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya " .

" Alif, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak. Surah Al-baqarah ayat 216 " .

Alif terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience