Part 5.

Romance Completed 17819

" Kau sure? Datuk ada beritahu aku yang dia sekarang tengah pujuk anak-anak dia untuk terima aku " .

" Yeke? Insya Allah tak ada apalah. Kau tak payah risau. Alif dan Alia tu bukannya kejam sangat sampai tak boleh terima kau " .

" Manalah tahu kan. Lagi-lagi anak sulung Datuk tu sebaya dengan aku ".

Munirah ketawa kecil.

" Tak dapat lah kau nak jadi mak tiri macam mak cinderella tu " guraunya.

" Haishh kau ni, ke situ pulak. Aku kan kalau boleh nak bina family yang bahagia. Bukannya yang bergaduh sana-sini. Aku tak nak " .

" Dah lah kau tak payah risau. Tahu lah Datuk handle anak-anak dia tu. Takkan dia orang tak nak tengok bapak dia orang bahagia " .

" Ha'ah kan. Kau doa-doakan lah eh Mun. Aku takut sebenarnya ni " .

" Dah tak payah takut. Kalau dah tertulis Datuk Kamal jodoh kau, tak akan ada sesiapa boleh halang. Lagipun kau bukannya kacau suami orang " .

Riyana tersenyum kelat.

???

" Munirah " .

Munirah terkejut melihat lelaki di hadapannya itu.

" Encik Alif? " .

" We need to talk " .

Pucat terus wajah Munirah.

???

Alif mengajak Munirah ke sebuah restoran. Ada benda penting yang hendak dibincangkan. Alif sanggup meninggalkan kerja-kerja di pejabatnya.

" Ada apa encik Alif nak jumpa saya? " soal Munirah takut-takut.

Melihat wajah serius Alif sudah cukup membuatkan perutnya kecut.

" Apa motif awak kenalkan sepupu awak dengan papa saya? " soal Alif.

Munirah tunduk.

" Jawab bila saya tanya. Awak tak bisu kan? " suaranya lebih tinggi sedikit kali ini.

" Saya tak kenalkan dia orang pun. Masa tu Datuk datang kenduri kahwin abang saya. Dari situ dia kenal dengan sepupu saya " cerita Munirah.

" Apa yang sepupu awak nak dengan papa saya? Nak kikis harta? " .

" Ehh tak encik Alif. Encik Alif jangan salah faham. Sepupu saya tak macam tu " .

Alif tersenyum sinis.

" Boleh percaya ke? Perempuan zaman sekarang semua nak duit. Sanggup kahwin dengan orang tua disebabkan duit. Macam dah tak ada maruah diri " .

Munirah terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Alif.

" Encik Alif, sepupu saya bukan perempuan macam tu " .

" Berapa dia nak? Saya boleh bayar " soal Alif.

" Encik Alif tolong jangan macam ni. Bukan semua benda boleh dibayar dengan duit " .

" 10 ribu? 20 ribu? 50 ribu? Saya boleh bagi " .

Munirah menggelengkan kepalanya. Dia tidak sangka Alif bersikap begitu. Suka-suka sahaja menghina Riyana. Seolah-olah Riyana perempuan yang hanya gilakan harta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience