Part 24 (ENDING)

Romance Completed 17819

" Makcik Riya " panggil Alia.

Riyana yang sedang memotong sayur itu terhenti seketika. Dia menoleh ke arah Alia.

" Ya Alia? " .

" Lia nak minta maaf. Lia banyak buat salah dengan makcik. Lia tak hormat makcik, tuduh makcik yang bukan-bukan. Maafkan Lia ya? " .

Riyana memeluk tubuh Alia. Belakang gadis itu diusap perlahan.

" Makcik tak pernah marahkan Lia. Makcik tahu Lia anak yang baik. Cuma Lia takut kalau makcik kahwin dengan papa Lia sebabkan harta jer. Sebagai seorang anak Lia mesti nak yang terbaik untuk papa Lia kan. Makcik tak pernah salahkan Lia " .

Alia tersenyum lebar.

" Terima kasih makcik " .

Riyana mengucap syukur di dalam hati. Allah sudah mendengar doanya. Kini semuanya sudah berubah. Keluarga mereka mulai bahagia kembali.

???

" Saya tak sangka awak datang semula. Saya ingat awak saya dah tak akan jumpa awak lagi. Tiba-tiba awak datang, siap bawak rombongan meminang lagi " .

Alif ketawa kecil.

" Suprise. Mestilah saya datang sini semula. Awak dah curi hak saya " .

" Curi? Demi Allah saya tak curi apa-apa pun barang awak. Kenapa awak tuduh saya? Kalau saya ni pencuri kenapa awak nak kahwin dengan saya? " .

Pecah ketawa Alif. Lurus juga si Mawar ni.

" Awak curi hati saya " .

" Eiii main-main tau dia ni " Mawar merengus geram.

" Ohh kau pencuri hatiku... " lagu nyanyian Ayda Jebat dinyanyikan Alif.

Mawar ketawa.

" Awak nak kahwin dengan saya tak Mawar? " soal Alif.

" Entah tak tahu lah. Tak nak kot " Mawar terus berlari.

" Mawar! " Alif mengejar langkah Mawar.

Mereka saling berkejaran di tepian pantai.

???

Dengan sekali lafaz kini Mawar sudah sah bergelar isteri kepada Alif.

Majlis yang di adakan sangat meriah. Memandangkan Alif ialah anak sulung mereka, Datuk Kamal membuat majlis secara besar-besaran.

Antara tetamu yang hadir ialah rakan-rakan Datuk Kamal, rakan-rakan Alif dan juga saudara mara mereka.

Mawar anggun memakai gaun kembang berwarna ungu lembut. Dipadankan pula dengan shawl berwarna ungu terang. Alif kelihatan segak memakai suit berwarna hitam.

" Riya " .

Riyana yang sibuk melayani tetamu menoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

" Mak? Ayah? " Riyana terus memeluk mereka erat.

Air matanya terus mengalir.

" Mak minta maaf Riya. Mak minta maaf sebab seksa perasaan Riya. Maafkan mak " Mak Munah benar-benar menyesal dengan kesilapannya.

" Ayah pun minta maaf Riya. Maafkan ayah " sambung Pak Mahat.

" Riya dah maafkan mak dan ayah. Riya sayang mak dan ayah. Jangan marahkan Riya lagi ya? " .

Tiga beranak itu hanyut dengan dunia mereka.

Alhamdulillah kini semuanya sudah bahagia. Aku sudah boleh menerima hakikat bahawa Riyana kini sudah menjadi ibu tiri aku. Alia juga begitu. Aku bahagia dengan Mawar. Allah hantar Mawar kepada aku supaya aku mampu membuat keluarga aku bersatu semula.

Ibu bapa Riyana juga sudah menyesal atas segala perbuatan mereka. Aku bahagia sangat dengan Mawar. Dia lah penguat semangat aku. Kini baru aku sedar harta yang paling berharga adalah keluarga.

Bukan seberapa besar dan luas sebuah rumah, tapi seberapa banyak kasih sayang yang dapat kita ciptakan di dalamnya sehingga bahagia. Inilah syurga kita. Terima kasih ya Allah.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience