BAB 21

Romance Series 2801

Puan Sri Zaida sekadar mahu bersiar-siar sekejap sementara itu Chempaka dan Nisa terpaksa meminta diri dulu kerana acara sukan pantai akan dimulakan sekejap lagi. Mereka akan bersaing dalam semua acara yang akan dipertandingkan sebentar lagi. Setelah meminta diri, masing-masing membawa haluan sendiri. Pada awalnya Nisa mahu menemani Puan Sri Zaida tetapi telah ditolak secara halus olehnya. Dia mahu mereka mengikuti acara yang akan diadakan sebentar lagi oleh pihak pengurusan. Puan Sri Zaida dapat meradakan ketidak selesaan Chempaka semasa mereka bertiga bersembang. Chempaka lebih banyak mendengar perbualan antaranya dengan Nisa, hanya apabila diminta pandangan mahu pun pendapatnya sahaja barulah dia bersuara. Puan Sri Zaida tidak mahu meletakkan diri Chempaka secara berterusan dalam keadaan sedemikian.
Dari jauh Chempaka sudah mendengar suara ketua kumpulan masing-masing mengagihkan pemain-pemain untuk pasukan masing-masing. Kak Yati melambai-lambaikan tangannya ke arah Chempaka. Dia tahu Chempaka juga mungkin tidak mahu melepaskan peluang menjadi salah seorang pemain untuk pasukannya. Permainan yang agak menarik untuk di pertandingkan. Bowling pantai yang memerlukan tiga orang pemain setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah memilih wakil masing-masing dan diminta untuk bersedia. Chempaka tidak mengambil bahagian kerana dia lebih berminat untuk permainan yang seterusnya. Acara demi acara telah dipertandingkan.
Pemain-pemain yang akan menyertai permainan air pula di minta bersedia. Pertandingan mendayung kenu akan melibatkan sebahagian peserta. Semua orang di minta mencari pasangan masing-masing. Semua syarat dan peraturan telah diterangkan oleh urus setia kepada semua yang terlibat. Jaket keselamatan di wajibkan ke atas ke semua peserta yang mengambil bahagian. Tepukan yang gemuruh tiba-tiba sahaja kedengaran apabila si CEO juga mahu menyertai kumpulan kenu.
“ Boss!!!...nanti pilih pasangan yang sesuai. Kalau kalah pun boss masih boleh menang…menang bergaya nanti”. Kedengaran satu suara menjerit ke arah boss mereka. Sorakan dan tepukan semakin riuh apabila jaket keselamatan diserahkan kepada Adam. Adam menyarungkan jaket keselamatan sambil diperhatikan oleh semua staffnya.
“ Disebabkan I telah ditempatkan di dalam kumpulan bunga cempaka oleh urus setia so…I akan memilih nama seseorang yang berkaitan dengan kumpulan tersebut untuk menjadi pasangan I. I dapat tahu dalam kumpulan Cempaka ada seseorang yang bernama Chempaka jadi…Chempaka adalah pasangan I”. Siulan dan sorakan semakin menjadi-jadi apabila Adam menyebut nama Chempaka sebagai pasangan yang akan bergandingan dengannya nanti. Hati Chempaka menjadi tidak keruan apabila Adam memilihnya untuk acara berkayak.

“ Come on…Chempaka…The big boss dah pilih pasangan yang sesuai untuk dia tu”. Kak Yati mahu menyakat Chempaka lagi. Dia tahu Chempaka tidak selesa bergandingan dengan CEO mereka. Dia sendiri dapat menyaksikan keadaan Chempaka sebentar tadi apabila Adam menyebut namanya. Terus air muka Chempaka berubah, dia seolah-olah mahu menangis sahaja lagaknya. Setelah mereka semua memberikan semangat dan sokongan kepadanya barulah dia bergerak ke hadapan dengan berbekalkan sedikit keyakinan. Perlahan-lahan dia menghampiri kayak yang sudah berada di gigi air yang mana Adam sudah berada berhampiran dengan kayak mereka. Kayak berwarna merah garang menjadi pilihan Adam…masing-masing memberikan sokongan dan semangat kepada kumpulan sendiri. Acara berkayak merupakan acara yang terakhir untuk mereka pada pagi ini. Selepas ini mereka akan makan tengahari dan acara santai sahaja pada sebelah petangnya. Acara kemuncak aktiviti mereka kali ini akan bermula pada malam nanti.
Semua peserta sudah berada di dalam kayak masing-masing. Apabila sahaja arahan mula dikeluarkan semua kayak sudah meluncur laju ke hadapan. Masing-masing mahu menghabiskan dayungan dengan cepat…Adam dan Chempaka juga tidak ketinggalan. Sepuluh pusingan bukannya satu perkara yang mudah untuk dihabiskan. Walaupun tiada had masa yang ditetapkan tetapi masing-masing mahu menjadi juara. Masing-masing mahu menunjukkan kepantasan berkayuh.
“ You penat ke? Kalau penat, biar I aje yang dayung…you rileks. Kalau kalah pun tak pe…kalau you nak hadiah bila-bila masa I boleh bagi you hadiah”. Suara Adam jelas pada pendengaran Chempaka tetapi Chempaka tidak mengendahkannya. Dia terus mendayung tanpa mempedulikan saranan dari Adam.
“ Nampak aje kecil tetapi boleh tahan juga you ni. Kalau nak tunjuk kuat pun tak payah nak bermati-matian mendayung macam ni…kalau apa-apa jadi kat you, I juga yang susah nanti”. Kata-kata Adam tidak dipedulikan oleh Chempaka, sebaliknya makin laju kayuhannya kali ini. Berdebum…berkocak air dipermukaan laut apabila Chempaka tidak dapat mengimbangi badannya kali ini. Badan kecilnya tercampak ke dalam laut dan terapung-apung kerana jaket keselamatan yang tersarung di badannya. Chempaka cuba di tarik naik semula oleh Adam ke dalam kayak tetapi sebaliknya yang terjadi. Kayak tersebut juga turut terbalik dan badan Adam juga terapung di atas permukaan air laut. Kedua-duanya sekarang berada di tengah lautan.
Adam mengarahkan Chempaka agar berpaut padanya sementara menunggu bantuan dari pihak penganjur pantai. Adam sengaja menakut-nakutkan Chempaka dengan mengatakan bahawa dalam laut yang mereka berada sekarang merupakan kawasan ikan jaws. Kalau tersilap sahaja mereka berdua boleh menjadi mangsa ikan tersebut. Kecut juga perut Chempaka apabila teringatkan kata-kata Adam sebentar tadi. Dia tidak mahu menjadi mangsa kepada ikan-ikan jaws yang menghuni lautan ini. Adam tahu kali ini dia berjaya menakutkan Chempaka apabila Chempaka tidak melepaskan pegangan tangannya pada bahu Adam.

Bot bantuan dari pihak penganjur sampai dalam beberapa minit sahaja. Chempaka lega dengan kepantasan mereka memberikan bantuan. Senyuman melebar terukir dari bibir Adam apabila melihat keadaan Chempaka yang ketara cemas. Kerana tidak dapat menahan perasaan geramnya dengan perlakuan Adam kali ini, Chempaka mencubit kuat lengan Adam. Itulah kali pertama dia berkelakuan begitu terhadap Adam. Menyeringai Adam akibat cubitan dari Chempaka. Perlahan-lahan Adam menggosok lengannya yang berbekas akibat cubitan Chempaka sebentar tadi. Bot telah menghampiri pantai, kayak mereka telah dibawa balik ke pantai oleh petugas yang terlibat. Kedua-duanya kebasahan dan mereka di sambut dengan tepukan gemuruh oleh sebahagian besar staff Berjaya Padu Holdings.
“ Saya dah cakap dekat boss tadi…boss memilih orang yang tepat untuk berkayak. Lihat hasilnya…boss dah menang dalam acara kali ini, tempat ke 22…nombor satu kat belakang…hoooreeeyyy…boss kita memang hebat…menang bergaya gitu”. Kata-kata tersebut disambut dengan jerit pekik peserta-peserta lain…Adam hanya tersengih dengan usikan dari para pekerjanya. Hanya Chempaka menunjukkan muka kelat dengan usikan yang tidak disukainya.
“ Itu le you, Dam…kalau you pilih I untuk pasangan kayak you tadi, I garenti kita boleh menang. Ini tak…Si Chempaka yang tak tahu berkayak cam tu yang you pilih. I ingatkan you nak pilih I tadi. You pun tahu kan…kebolehan I dalam acara sukan air macam ni”. Suara Nisa yang sengaja dimanjakan kedengaran tenggelam timbul dalam keriuhan suara pekerja yang lain.
“ Nisa…cuba you tengok cara you dressing…ini bukan pakaian orang yang nak bersukan tetapi orang yang nak bershopping. Macam mana I nak ajak you berkayak”. Merah muka Nisa dengan teguran Adam.
“ Ala…kalau betul you nak ajak I, I boleh ganti pakaian I ni. Bukan susah pun…you aje yang tak nak ajak I. Sekarang ni bukan main lagi you dengan budak praktikum tu…sampai Shila pun you dah lupa, I yang kat depan mata you pun dah tak nampak lagi”. Cara Nisa membalas kata-kata Adam menyebabkan hatinya terbakar kali ini.
“ I nak ingatkan you…jangan sesekali you cuba nak campur urusan peribadi I . Selama ni I layan you baik sebab you adalah anak kawan mummy I . Lagi satu…you jangan samakan I dengan mummy I . Shila tak ada kena mengena dengan you. Jangan you nak pandai-pandai mencampuri urusan hidup I .” kemarahan Adam kali ini begitu jelas. Nisa terdiam apabila Adam memberikan peringatan yang sedemikian. Dia tidak menyangka Adam boleh memalukannya kali ini.
Adam meninggalkan Nisa dan kumpulan pekerjanya. Dia mahu segera menukar pakaian basah yang membaluti badannya. Masih terbayang diruang matanya keadaan Chempaka sebentar tadi. Lenyap seketila bayang Nisa yang sudah dirasakan keterlaluan dalam mencampuri urusan hidupnya. Dia begitu menyenangi cara hidup Chempaka yang tidak banyak meminta itu dan ini. Terlalu telus dalam semua perkara…dan yang paling disukainya berkaitan dengan Chempaka adalah kesederhanaan yang dimiliki olehnya. Chempaka yang lemah lembut…tidak pandai bermuka-muka dan yang paling penting Chempaka tidak pernah hipokrit dalam menunjukkan rasa hatinya. Timbul rasa takut di hati, andainya Chempaka menjadi milik orang lain selepas ini. ‘ Ah!!!...mana mungkin Chempaka akan jatuh ke tangan orang lain kiranya kakinya sudah ku rantai kemas…rantai yang akan aku jaga kuncinya selagi aku termampu. Shila???...macam mana dengan permata hati, pengarang jantungku yang satu itu. Mahukah dia menerima hakikat yang aku ini sebenarnya sudah menjadi suami kepada seseorang yang tidak sepatutnya. Bagaimanakah penerimaan mummy dan papa terhadap Shila, akan adakah restu mereka berdua buat aku dan Shila…setelah hampir lima tahun memadu kasih dengannya, berbagai janji telah ku taburkan…dapatkah aku kotakan segalanya’. Buntu Adam apabila mengenangkan kekasih hati yang tidak tahu status dirinya sudah berubah kini. Lagi satu masalah yang terbeban pada fikirannya kini apabila memikirkan restu kedua ibu bapanya nanti. Dia harus bijak dalam mencari jalan keluar dari rantaian masalah yang sedang melingkari hidupnya sekarang.
Kunci bilik penginapannya dibuka dan dia meloloskan diri ke dalam. Bunyi air mencurah-curah dari bilik air menandakan Chempaka sedang mandi. Adam memilih untuk menikmati pemandangan laut dari balkoni biliknya sambil menunggu Chempaka bersiap. Dia tidak berniat untuk mengganggu Chempaka buat sementara waktu. Dari jauh kelihatan kapal-kapal dagangan sedang belayar di lautan, beberapa buah kapal layar juga kelihatan bagaikan rama-rama sedang mengepak sayapnya dari jarak yang jauh…sekawan burung camar juga turut terbang rendah di permukaan air laut menambahkan lagi keasyikan Adam memerhatikan panorama pantai dari balkoni bilik tersebut.
Chempaka sudah kemas berpakaian, haruman perfume yang dipakainya menusuk lembut lubang hidung Adam. sekilas Adam memerhatikan Chempaka yang sedang bersiap-siap mengenakan tudung sedondon dengan baju yang dipakainya. Gayanya yang sederhana tetapi cukup manis pada pandangan mata yang memandang, menimbulkan rasa cemburu di hati Adam. Tidak menjadi perkara pelik apabila Chempaka dapat menambat hati mummy dan papanya dengan semua yang ada pada diri Chempaka. Cukup sempurna…daya tarikan yang kuat sehingga mampu menambat hati ramai staff lelakinya. Dia tidak sanggup menggigit jari melihat Chempaka menjadi rebutan kaum sejenis dengannya terutamanya dari sahabat baiknya sendiri, Razmin.
Gelangsar cermin ditolak Adam…Chempaka terkejut, disangkakan seseorang telah mencuri masuk ke bilik penginapan mereka. “ Awak!!!...kenapa masuk bilik senyap-senyap. Saya terkejut ni…saya ingat ada penceroboh tadi. Lain kali bagi salam dulu sebelum masuk…kalau saya ni ada penyakit jantung, tak ke dah keras kat sini, mati terkejut saya dibuatnya”.

“ I pun tak tahu yang you dah ada kat dalam bilik, salah I ke? Bilik ni kita kongsi…faham tak erti K.O.N.G.SI…maksudnya I pun berhak masuk sesuka hati I kat bilik ni. Tak ada sebarang masalah, perlu ke I minta kebenaran dari you dulu sebelum I masuk bilik penginapan I sendiri. I dah masuk kat bilik ni hampir dua puluh minit…sekarang baru you nak rasa terkejut. Kalau betul tadi tu penceroboh…I ingat you dah selamat dibahamnya”. Dengan gaya seolah-olah hendak menerkam ke arah Chempaka, Adam menghampirinya. Chempaka menggelak dengan melarikan dirinya menyorok di penjuru bilik. Adam ketawa sekuat-kuat hatinya apabila melihat keadaan Chempaka yang betul-betul berada dalam ketakutan, dia sebenarnya tidak berniat untuk menakutkan Chempaka dengan gaya menerkamnya tadi tetapi sekadar untuk mengenakan Chempaka. Sifat keanak-anakan Chempaka menjadikan Adam semakin kuat menyakatnya. Adam semakin galak mengenakan Chempaka tetapi dia terus melencong ke bilik air.
“ Jangan you keluar dulu, tunggu I…mummy dan papa nak join kita lunch nanti”. Adam sempat mengginggatkan Chempaka. Terdiam Chempaka kali ini. Untuk sekian kalinya dia menjadi takut…takut menjadi perhatian semua yang ada di dewan makan pada hari ini. Dia tidak mahu menjadi tontonan sesiapa. Sedari tadi dia sudah merancang untuk menghabiskan masanya bersama Fira dan kawan-kawan yang lain. Nasib masih menyebelahinya kerana dia belum membuat sebarang janji dengan Fira. Kalau tidak apa tanggapan Fira terhadapnya. Sudah berkali-kali Fira bertanya berkaitan dengan bilik yang dihuninya. Berbagai alasan telah diberikan kepada Fira untuk menggelak dari Fira datang bertandang ke biliknya. Nasib baik aktiviti yang dijalankan sedikit padat dan tidak memberi banyak peluang dan ruang kepada Fira untuk menjejaki dirinya.
Telefon milik Adam berbunyi menandakan pemanggil di talian minta panggilannya dijawab segera. Bergegas Adam keluar dari bilik air lantas menjawab panggilan tersebut. Chempaka tidak berminat untuk tahu siapakah yang membuat panggilan. Sambil bersembang di talian Adam menggunakan tuala mengelap rambutnya. Chempaka duduk santai sahaja sambil menonton televisyen yang sengaja dipasangnya untuk menghilangkan kebosanan. Tumpuannya terarah pada skrin televisyen tanpa memandang Adam yang sedang bersiap. T-shirt putih berlengan pendek berjenama polo dipadankan dengan jeans biru gelap menambahkan kekacakan Adam…
“ Jom…tadi mummy yang call I, mummy penat nak join kita lunch…cancel…dia nak makan kat bilik sambil rehat dengan papa. Sorry…I rasa I je yang lunch dengan you…tak jadi masalah untuk you kan?”. Adam mengajak Chempaka sambil tangannya mencapai beberapa barang peribadinya. Chempaka menutup televisyen dan mencapai ‘handbag’ yang terletak berhampirannya. Dia menyarung sandal yang sengaja dibawa untuk bersantai…selepas ini dia mahu menjelajah sepuas-puasnya kawasan pantai disekitar resort itu. Ini adalah hari terakhir dia dan yang lain berada disitu, esok pagi-pagi lagi selepas bersarapan mereka semua akan bertolak balik ke Kuala Lumpur.
“ I nak tanya you sikit…kenapa you mahu mengelak dari I sejak dari mula lagi…kalau kat rumah you macam o.k je dengan I . Tak boleh ke you buat baik dengan I depan kawan-kawan I hari ni”. Soalan Adam yang berlainan benar itu menyebabkan langkah Chempaka terhenti, dia sendiri rasa hairan dengan cara Adam menyoalnya kali ini. ‘ Buat baik depan kawan-kawan dia, oh!...tidak!!!...tidak sama sekali…permintaan yang di luar dugaan ini boleh membunuhnya dengan segera’. Suara hati Chempaka menyebabkan roman mukanya juga turut beriak dan semua ini dapat menarik perhatian Adam.
“ Kenapa muka you berkedut sejuta tu? Kalau you selalu buat mimik muka macam tu…I ingat semua orang pun takut nak dekat dengan you. Tak sampai setengah tahun lagi…penuh kedut, macam nenek kebayan dalam cerita dulu-dulu. Eiii…seram nak dekat dengan you bila muka dah berkedut berjuta-juta ni, sebabnya muka I tetap kacak sepanjang zaman”. Semakin geram Chempaka apabila muka dia disamakan dengan muka nenek kebayan dalam cerita melayu dulu-dulu. ‘Kurang asam si Adam ni…dia tak sedar diri…dah le…garang macam singa jantan…dia ingat aku ada hati nak dekat dengan spesies macam dia…lain le kalau Shila ke Nisa…pijak semut pun tak mati bila bercakap dengan dia orang…dia ingat aku hairan ke…mintak maaf, tak ada maknanya aku nak dekat dengan dia’. Secara tak sengaja bibir Chempaka dijuihkan dihadapan Adam.
“ Dah le dari tadi soalan I tak berjawab…ni apahal mulut you terjuih-juih macam tu? Nak I ikat bibir tu? Macam muncung itik serati pun ada…elok sangat tu, muka nenek kebayan dengan bibir muncung itik serati”. Sengihan Adam menyalakan kembali bara yang sedia ada dalam hatinya. Tanpa berfikir panjang lagi Chempaka mencubit lengan Adam sekuat hatinya. Nah!!! rasakan penangan dari nenek kebayan bermuncungkan itik serati ni. Meraung Adam kesakitan akibat cubitan yang tidak terduga dari Chempaka. Kakinya dihayun laju meninggalkan Adam yang sedang menggosok-gosok lengannya yang kemerahan kesan dari cubitan si nenek kebayan. Nasib Chempaka sungguh baik kerana tiada siapa yang menyaksikan kejadian antaranya dengan Adam tadi…kalau tidak mahu malu sepanjang hayat hidupnya kerana mungkin akan disalah anggap oleh mata-mata yang melihat kejadian tadi.
Chempaka merasa puas kerana dapat membalas balik perbuatan Adam terhadapnya. Dia mahu Adam sedar bahawa kata-katanya tadi sebenarnya telah mengundang sakit hati yang teramat sangat kepada Chempaka. Chempaka mengambil makanan dan dia mahu menyendiri tanpa ada gangguan dari sesiapa. Dia tidak mahu ada sebarang gangguan terutamanya dari Adam.kelihatan dan Fira sedang memilih juadah makan tengahari bersama beberapa orang kenalan mereka. Chempaka tidak mahu Fira menyedari yang dirinya sedang bersendirian di situ. Panas hatinya masih belum hilang. Radang sungguh dia dengan sikap Adam yang selalu mempermainkannya.

Kedengaran satu suara garau meminta izin untuk duduk semeja dengannya. Untuk menolak permintaan tersebut adalah tidak wajar kerana sesiapa sahaja bebas untuk memilih tempat duduk di sini. Chempaka mempersilakan encik Razmin makan bersama dengannya. Amaran keras dari Adam semalam dan malam tadi berkaitan dengan staff lelakinya kembali berlegar di benak Chempaka. Dia takut sekiranya Adam ternampak dia sedang enak menjamu selera berdua sahaja dengan encik Razmin. Masakan hendak di halau encik Razmin makan semeja dengannya. Hanya doa dipanjatkan agar ada sesiapa yang sudi memenuhkan ruang di meja yang didudukinya ini. Dia tidak mahu membakar perasaan Adam.
“ Hai!!!...berdua je Raz…jenuh aku mencari, rupa-rupanya ada kat sini. Boleh aku join? Tak syok le aku nak makan sorang-sorang. Mengganggu you all ke? Kalau mengganggu aku tumpang meja lain”. Berderau darah Chempaka apabila orang yang mahu dielakkan tetiba muncul didepan matanya. Chempaka menjadi tak tentu arah apabila menyedari Adam merenung tajam padanya…dia gerun dengan kemarahan Adam…
“ Eh!!!...silakan. Tak jadi masalah, aku tak tahu pula dengan orang depan aku ni…kot-kot segan dengan kau…maklum le CEO syarikat nak makan semeja. Macam mana Chempaka?”. Jawapan Razmin kepada Adam berserta soalan secara terus kepada Chempaka mengejutkan dirinya.
“ Would you mine if I sit here?. Masakan tak boleh sekadar berkongsi meja…berkongsi benda yang lebih dari ini pun kita pernah buatkan? I think you don’t mind if I sit here right…”. Terpinga-pinga Razmin mendengar Adam berkata sedemikian. Dia cuba untuk memahami maksud kata-kata Adam. Adam langsung tidak memberikan ruang untuk Chempaka mahupun Razmin bertanya dengan lebih lanjut berkaitan dengan kata-katanyansebentar tadi.
Muka Chempaka ditenungnya lama-lama. Ada masanya Chempaka menjadi tidak keruan dengan pandangan yang sedemikian. Kecut perutnya apabila dia teringatkan kata-kata amaran dari Adam. Rancak perbualan antara Razmin dan Adam. Dia tidak ambil pusing kerana otaknya sedang sarat dengan berbagai perkara yang akan terjadi sebaik dia dan Adam bertemu di dalam bilik nanti. Dia cukup kenal dengan perangai Adam, selama bersama dengannya…tidak pernah Adam tidak mengotakan apa yang dia kata. Gusar hatinya kerana Adam kerap memandang padanya. Tidak ada sepatah kata yang keluar dari ulas bibirnya…yang dia tahu dia mahu cepat menghabiskan makanannya dan berlalu dari situ.
“ Perhatian!!!...sorry, saya nak umumkan beberapa perkara berkaitan dengan acara kita pada malam ini. Malam ini adalah malam terakhir kita di sini, acara kemuncak akan diadakan seperti tahun-tahun sebelum ini. Malam yang akan meninggalkan kenangan manis untuk kita semua kerana inilah julung-julung kali boss kita bersama kita semua semenjak dari hari pertama sehingga berakhirnya percutian kita. Seperti yang telah kita maklumi…semua peserta di minta mengenakan pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan sebelum kita bertolak hari tu…saya harap semua faham…”. Pengumuman pengerusi kelab staff menarik perhatian semua yang ada.
Riuh rendah dewan makan seketika dengan berbagai-bagai soalan dari peserta yang mahukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan acara yang akan di pertandingkan malam ini.
“ Semua staff sudah faham dengan acara kemuncak apabila kita mengadakan percutian setiap tahun. Semua orang diwajibkan memilih pasangan masing-masing dan mengenakan pakaian warna yang sedondon. Couple of the year kat Berjaya Padu Holdings…”.
“ Wow!!!...malam yang penuh kehangatan dan majlis kita malam ni akan menjadi sejarah coz semua sporting termasuk big boss…akan bertambah-tambah hot dengan kehadiran Mr.CEO”. Suara-suara sumbang sentiasa memanaskan keadaan.
“ Malam yang penuh warna-warni…malam ni, dah pasti menjadi milik I . I mesti dapatkan couple yang standing dengan I . Kalau I tak menang malam ni…I bukan Nisa, primadona kat Berjaya Padu Holdings…siapa yang tak kenal dengan I kat sini”. Lagak Nisa memang tidak asing bagi yang telah lama mengenalinya. Tergedik-gedik mengalahkan ikan puyu yang terkena bubu…ada ke peribahasa macam ni…boleh le…
Ada antara mereka yang menjuihkan bibir tanda menyampah campur meluat dengan cara Nisa bercakap, langsung tak mahu mengaku kalah. Lenggang-lenggok Nisa betul-betul boleh meruntuhkan iman si mata belang umpama ulat beluncas sahaja lagaknya. Skirt ketat paras paha menambahkan keseksiannya apabila dia melenggang ke arah meja yang menempatkan Adam, Chempaka dan Razmin.
“ Hai!!!...kat sini rupanya. Puas I keliling cari you. Raz…malam ni siapa couple yang menjadi pilihan you? I ingat malam ni…I nak try dengan Mr. CEO. Dam…you pakai baju apa? Bagitahu le kat I . I nak tau colour apa? Senang!...boleh kita sedondon nanti”. Nak termuntah Chempaka apabila melihat gaya gatal Nisa apabila berdepan dengan mamat tiga suku sebelahnya. Badannya sengaja didekatkan ke badan Adam dan sesekali dia menjeling kepada Chempaka.
“ Entah…I belum ada perancangan apa-apa lagi malam ni, mana boleh cakap. I nak suprisekan semua orang. I punya gandingan pun belum I bayangkan sesiapa lagi. Tengok keadaan malam nanti. Sesiapa sahaja boleh menjadi pasangan I malam ni janji I rasa sesuai dengan I. Tak de sebarang syarat mahu pun peraturan untuk menjadi pasangan I . You pun tak berkecuali”. Makin menjadi-jadi gedik si Nisa apabila mendengar syarat dari Adam.
Berbulu mata Chempaka melihat liuk lentok Nisa apabila dapat bersama jejaka paling hangat di pejabat mereka. Baju nipis tidak berlengan yang dipakainya menampakkan semua bentuk badan dan segala lurah dendam yang sepatutnya tidak dipertontonkan kepada semua orang. Sesak nafas Chempaka melihat cara dan gaya Nisa. Jelingan Nisa langsung tidak dipedulikan oleh Chempaka.
“ Maaf ya…saya minta diri dulu encik Razmin, encik Adam. Ada janji dengan Fira”. Chempaka bangun dan menghulurkan tangannya untuk besalam dengan Nisa. Tangannya bersambut dengan hujung jari Nisa sahaja. Itu semua tidak meninggalkan bekas pada Chempaka. Dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang janji dengan Fira sekadar melepaskan diri dari kumpulan manusia yang aneh pada pengamatannya.
Chempaka meninggalkan mereka bertiga dengan melangkahkan kakinya menuju ke pantai. Pagi ini dia mahu menikmati keindahan pantai sendirian. Dia mahu menjadikan hari ini hari yang indah untuk dirinya. Jauh dia melusuri pantai sendirian, menikmati keindahan lautan dengan pandangan yang mengasyikan.
Chempaka melabuhkan punggungnya di bawah redupan pokok yang terdapat di pantai tersebut. Matanya masih leka memerhatikan ombak yang tidak pernah berhenti memukul pantai. Mampukah dia menjadi seperti ombak yang tidak pernah jemu memukul pantai walau ada berjuta halangan yang mendatang. Begitu setia…teguh sekali tidak mengira waktu tetap bersama…perginya ombak ke tengah lautan tetap kembali menagih gigi pantai sebagai tempatnya melepaskan rindu…tidak pernah sesekali meninggalkan pantai untuk tempoh waktu yang lama…
Lama sekali Chempaka bermesra dengan lautan dan camar-camar yang berterbangan bebas di permukaan laut. Tidak ketinggalan sang kedidi turut sama mengejar mangsanya di pasir pantai. Pantai yang putih bersih sungguh mendamaikan jiwanya yang sejak akhir-akhir ini begitu lelah dengan kehidupannya. Telah ditempah khas oleh pihak pengurusan sempena dengan Hampir tengah hari barulah Chempaka membawa kakinya melangkah semula ke resort.
Malam nanti mereka semua akan berkumpul di dewan yang telah ditempah oleh pihak pengurusan untuk majlis yang gilang gemilang itu. Chempaka hanya membawa sepasang baju kurung Pahang berona hijau lembut dengan tudung sedondon. Dia tidak mengharapkan apa-apa pada majlis tersebut…sekadar menghadiri acara yang dikatakan acara yang sangat ditunggu –tunggu oleh semua peserta yang hadir. Dia bukan orang sebegitu, hanya memenuhi agenda yang telah ditetapkan. Mahu turut merasai kemeriahan yang telah digembar gemburkan oleh semua.
Chempaka membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua yang terdapat padanya. Dia mengharapkan Adam tiada di dalam bilik. Dia mahu membersihkan diri dan bersolat zohor dahulu sebelum makan tengah hari. Terbuka sahaja pintu bilik, Adam kelihatan sedang enak terbaring di atas katil sambil menonton televisyen. Kedua belah tangan disilangkan untuk mengalas kepalanya. Chempaka buat tidak nampak kerana dia tahu tersilap sedikit sahaja dia akan menghadapi musibah yang lebih besar. Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata, andainya kata-kata itu bakal merobek hati sendiri nanti.

Bermuda yang dikenakan dengan baju T lengan pendek berwarna putih menampakkan Adam sangat kacak dan maskulin. Chempaka merenung Adam dari cermin solek yang berada di depannya. Keindahan yang pastinya tidak akan ditolak oleh sesiapa untuk menjadi santapan mata. Bukan salah dia, Adam yang sengaja mahu menggoda matanya. Kalau pun Adam hendak menggoda…tidak menjadi kesalahan dan dosa pun…halal untuk mereka berdua.
Adam tidak mempedulikan Chempaka sebaliknya dia terus menonton tayangan yang terpapar di skrin. Dua-dua kepala batu…seorang ego melaut dan seorang lagi dingin bagaikan ketul ais.
Chempaka tidak jadi untuk mandi kerana menyedari ancaman dari Adam. terlanjur dia di dalam bilik air, terus dia mengambil wuduk dan mahu menunaikan solat zohor. Kalau dia mahu mandi pun…dia mesti tahu keadaan. Zon selamat wajib menjadi pilihannya. Dia tidak sanggup dan tidak rela terus menjadi santapan mata Adam. Biar badannya panas melekit… biar… tak mengapa. Selesai sudah kewajipannya sebagai seorang muslimah…tidak perlu lagi rasa bersalah kepada sang pencipta.
“ You ada terhidu bau yang kurang enak tak? Bau macam….”. Kembang kempis hidung Adam cuba mencari punca bau menyebabkan Chempaka juga cuba mengesan bau yang dimaksudkan oleh Adam.
“ Tak ada….saya tak ada apa-apa bau…bau kat luar kot”. Chempaka betul-betul tidak ada berbau apa-apa yang busuk setakat ini. Dia tidak menghidu bau yang di maksudkan oleh Adam.
“ Tak…I bau kat dalam ni…kat dalam bilik. Bau dia…bau macam…”. Adam sengaja mahu menimbulkan kecurigaan pada hati Chempaka.
“ Bau macam apa???...”. Chempaka betul-betul mahu tahu apabila Adam semakin hampir dengannya.
“ Eh!...baunya ada dekat-dekat sini. Macam melekat dekat badan you je”. Sengaja Adam mencium-cium ke arah badan Chempaka.
“ Bau dekat badan saya…mana ada???...bau macam mana???...”. Chempaka turut mencium badannya sendiri.
“ Bau macam kambing gurun…sebab you tak mandi tadi kan?”. Adam ketawa berdekah-dekah kerana dapat mengenakan Chempaka lagi. Masam mencuka wajah Chempaka apabila dapat tahu Adam sengaja mengenakannya.

Spontan tangan Chempaka mahu mencubit Adam. Adam sempat menyelamatkan dirinya. Chempaka tidak mahu mengalah…dikejarnya Adam mengelilingi katil sehingga kedua-duanya terjatuh atas katil. Chempaka betul-betul jatuh ke atas badan Adam. Terkedu Adam dengan insiden yang tidak di jangka-jangkakan. Pelukan Adam ke badannya menjadikan mereka berdua terdiam seketika. Dekat, erat dan bersatu….
Chempaka tidak dilepaskan oleh Adam dengan mudah. Haruman rambut Chempaka disedut dalam-dalam oleh Adam. Dia mahu menikmati keharuman yang menyebabkan dia terbuai dan tenggelam ke dasar hati, hanya dia dan Chempaka sahaja mampu merasai segalanya. Mereka seolah-olah tenggelam dalam dunia khayalan yang begitu mengasyikkan. Chempaka juga tidak menunjukkan sebarang protes yang dia tidak menyenangi keadaan yang sedang berlaku. Hanya aksi dan reaksi sahaja yang memenuhi kamar penginapan mereka pada petang itu. Chempaka membiarkan sahaja perlakuan Adam terhadap dirinya dia telah bersedia dengan kemungkinan. Dia tidak lagi mahu menolak atau menafikan sesuatu yang halal disisi Allah SWT dan yang selebihnya dia merelakan dengan hati yang betul-betul ikhlas.
Kelembutan Adam menjadikan mereka sepasang merpati yang sedang bebas terbang di awan biru tanpa sebarang gangguan. Desah nafas sahaja yang memenuhi ruang petang itu…Adam memerhatikan keadaan Chempaka yang tenang di sebelahnya. Dia sekadar mahu melihat reaksi dari Chempaka di atas perkara yang terjadi. Dia tidak mampu menolak kehendak batinnya yang telah sekian lama dipendamkan apabila berdua sahaja dengan Chempaka. Sebenarnya Adam kehairanan apabila tiada penolakan daripada Chempaka dengan kejadian sebentar tadi. Terlalu pantas ianya berlaku kerana Chempaka menerima setiap perlakuan dan perbuatannya dengan rela.
Chempaka masih di dalam selimut bagaikan tidak terkesan dengan kejadian yang menimpanya. Adam melihat mata Chempaka masih tertutup bagaikan lenanya tidak mahu diganggu. Berselerak segala pakaian di lantai. Adam membiarkan seketika kerana dia sendiri tidak mahu mengganggu ketenangan yang ada sekarang. Dalam-dalam nafasnya ditarik…entah dia sendiri tidak tahu perasaan apa yang sedang dialaminya. Adam merasa cukup puas dengan kemenangan yang sentiasa berpihak kepadanya. Chempaka senang sekali untuk dijinakkan dan tidak sesukar yang digambarkan. Hujung hidung Chempaka dicium dan dia juga mencium sepuas-puasnya apa sahaja milik Chempaka yang dirasakan telah menjadi haknya yang mutlak.
Chempaka kegelian dengan cara Adam menciumnya, lehernya sudah menjadi mangsa Adam bukan sekali dua tetapi telah berkali-kali. Dibiarkan sahaja oleh Chempaka kerana dia tahu perlakuan itu bukan menjadi kesalahan kepada mereka berdua. Cuma…buat masa sekarang Chempaka belum berani menunjukkan mukanya kepada Adam kerana dia teramat malu. Kalau boleh dia mahu menyorok dibawah selimut selamanya. Dia tidak mahu menentang mata Adam…dia tidak mahu melihat muka Adam dan hatta bayang Adam pun dia tak mahu…
Adam masih memeluk Chempaka, dia bagaikan tidak mahu melepaskan Chempaka jauh dari sisinya. Bahagia sekali dia rasakan apabila berdua sahaja dengan Chempaka. Cuma…dia masih keliru apakah sebenarnya perasaannya terhadap Chempaka setelah melalui detik-detik yang tidak dirancang tadi. Indah sekali perasaan yang dialami. Ya!...dia akui…dia begitu mengambil berat berkaitan dengan Shila tetapi perasaannya terhadap Chempaka terlalu berbeza. Dibelai-belainya rambut ikal mayang milik Chempaka, sesekali dicium lembut rambut dan dahi Chempaka. Terpesona dengan keindahan milik Chempaka yang dianugerahkan oleh sang pencipta untuk dimilikinya.
“ Chempaka!...dah lewat petang ni. Tak nak bangun lagi ke? Cepat mandi…I lupa nak sampaikan pesanan mummy untuk menantu kesayangannya ni”. Hujung hidung Chempaka dicuitnya.Chempaka masih lagi membekukan diri apabila Adam mengejutkan dia dari tidur. Malas untuk bangkit dari peraduannya kali ini. Sebetulnya dia rasa tersangat malu apabila Adam masih berada di sisinya…dia mahu bangun apabila Adam sendiri beredar ke bilik air.
“Chempaka !...”. Sekali lagi Adam mengejutkanya dari tidur. Adam malas mahu memaksa Chempaka kala ini dia bangkit dan terus kebilik air. Apabila Chempaka menyedari Adam kembali ke katil mereka dengan perasaan malu setingi puncak gunung Kinabalu Chempaka sepantas kilat cuba menutup sebahagian badannya yang sudah terdedah dan menarik selimut lantas menutup kepalanya apabila Adam sudah betul-betul disebelahnya. Perlahan-lahan selimut Chempaka cuba dileraikan Adam tetapi gagal.
“ Chempaka…I tak kira you mesti mandi kerana bau you semakin busuk mengalahkan kambing gurun”. Sekali lagi selimut Chempaka ditarik Adam.
“ Nope!!!...saya tak nak kalau awak masih kat sini…awak masuk bilik air dulu..saya akan tunggu turn saya”. Chempaka membalas melalui dalam selimut.
“ You nak buka selimut ni…atau you nak I paksa you”. Perangai sengal Adam mula menakutkan Chempaka . Mamat tiga suku ni akan bertindak apa sahaja walaupun dengan cara paksaaan…Chempaka tahu sekali lagi dia akan gagal melawan Adam.
“ S.A.T.U….D.U.A…dan…T….I….G…A…”. Sepantas sebutan yang terakhirnya Adam menarik selimut lalu mencempung Chempaka ke bilik air. Hanya jeritan kecil dari ulas bibir Chempaka bersama tamparan dan cubitan di badan Adam. Semua itu tidak menjadi masalah bagi Adam…hanya ketawa kemenangan kedengaran kuat di cuping telinga Chempaka.
Setelah usai mandi, bersiap dan bersolat, Adam menghampiri Chempaka. Pesanan daripada mummynya untuk berjumpa Chempaka disampaikan. Lama Adam merenung Chempaka bagaikan tidak berkedip biji matanya. Tersipu malu Chempaka dengan perlakuan Adam yang cukup berbeza terhadapnya. Mata helang Adam mampu mencairkan setiap bongkah ais di kutub selatan apatah lagi hati milik gadis-gadis di Berjaya Padu Holdings, termasuk seorang Chempaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience