Seawal pagi Chempaka telah bersiap-siap untuk ke pejabat bagi melaporkan diri. Fira telah dihubungi melalui telefonnya semalam. Mereka berjanji akan bertemu di lobi syarikat Berjaya Padu Holdings pagi ini. Dia tidak mahu terlambat pada hari pertama melaporkan diri. Adam masih lagi berada di biliknya. Chempaka terasa lambat sangat Adam keluar dari bilik pada hari ini.
“Tok…tok…tok…”. Chempaka mengetuk perlahan pintu bilik Adam.
“Masuk!...”. Adam menjawab dari dalam.
“Awak, saya nak cepat ke tempat praktikum ni”.
“ kenapa awal sangat nak kena pergi?”.
“Saya tak tahu sangat jalan-jalan kat sini. Takut sesat nanti lambat saya sampai”. Chempaka tak begitu arif dengan jalan di sekitar Bandar raya Kuala Lumpur.
“ You drive ke?.”
“ Saya cuba bawa kereta hari ni. Tu yang nak keluar awal sikit. Kalau tak saya takut lambat”.
“Janji you tak menyusahkan i. kalau mummy tanya you sendiri yang jawab sebab you yang nak drive, bukan I yang minta you pergi sendiri”. kenyataan selamat dari mulut Adam.
Mereka berdua serentak keluar dari rumah pada pagi itu. Adam menyerahkan kunci rumah pada Chempaka. Tangan Adam di tarik oleh Chempaka. Terkejut Adam dengan perlakuan Chempaka . Chempaka menyalami tangan Adam dan diciumnya dengan pantas. Itulah Chempaka…malu, takut, dan ada masanya masih terlebih berani menghadapi kerenah Adam Hasif yang tidak oleh diduga itu.
“ Apa-apa nanti you call i. Jangan pandai-pandai sendiri. Bawa kereta jangan ingat nak rempit je…” Langkah kaki Chempaka terhenti seketika apabila mendengar kata-kata dari Adam. Berasap telinga Chempaka mendengar sindiran spontan dari mamat perasan bagus ni.
“ Saya janji saya takkan menyusahkan encik Adam lagi mulai sekarang. Encik Adam pun tak payah nak sidir-sindir saya”. Sempat lagi Chempaka membidas balik kata-kata dari Adam.
“ Tak takut terlambat ke tempat kerja ke? Kalau macam ni la…jangan harap nak buat latihan ke tempat i. Tak ingin I nak ambik budak beringus macam you ni, tau…buang masa syarikat I, je”. Masih belum puas mengenakan Chempaka, Adam menambahkan perisa tambahan dalam sindirannya kali ini.
“ Uwekkk!!!...saya pun tak teringin nak kerja kat syarikat cabuk kepunyaan encik Adam tu. Buang tenaga saya je. Jangan nak perasan la…saya pun tak teringin langsung tau!!!...”. Masih dengan nada marah Chempaka membidas balik sindiran Adam.
Hati Chempaka masih berbuku dengan sikap Adam yang tidak pernah memikirkan perasaannya. Bukan sekali Adam menyakitkan perasaannya. Kali ini biar apa anggapan Adam padanya dia tetap tidak akan mengalah. Biar bernanah telinga Adam menadah kata-kata darinya pula. Malas melayan perangainya yang bukan-bukan.
Sambil memandu, Chempaka melilau mencari tanda-tanda yang boleh memudahkan dia mengecam kawasan yang hendak dituju. Harap-harapnya jangan terlepas jalan sudah. Sebaik sahaja sampai di Berjaya Padu Holdings, Chempaka terus mencari kawasan meletak kereta. Jam tangannya menunjukkan ke angka lapan dua puluh pagi. Masih awal. Fira sudah menantinya di lobi pejabat tersebut.
“ Rindunya aku dekat kau, Chempaka”.
“ Aku pun sama, rindunya aku kat kau”.
“ Mana tak rindunya, kau langsung tak contact aku masa cuti. Mana kau hilang?”. Tak sabar rasanya Fira mahu mendengar cerita perkembangan terbaru sahabatnya.
“ Ada…aku masih lagi kat bumi Malaysia ni. Ada apa-apa perkembangan berkenaan kawan-kawan yang lain ke . Mana budak berdua ni?. Dia orang pun kena lapor diri hari jugakan?” Fira hanya menjawab melalui anggukan sahaja.
“ Jom…kita kena melapor diri di bahagian sumber manusia kan?” seiring mereka bergerak mencari jabatan berkenaan.
“ Chempaka, harap-harapnya kita di tempatkan di jabatan yang sama la hendaknya”. Semakin mendekat mereka menghampiri penyambut tetamu yang berada di aras tersebut.
“ Berdoa ajelah, mudah-mudahan dimakbulkan”. Balas Chempaka.
“ Assalamualaikum…saya nak tumpang tanya. Jabatan sumber manusia syarikat berada di aras mana?” Fira mendahului Chempaka untuk berurusan.
Chempaka dan Fira menerangkan tujuan mereka berada di situ. Mereka berdua telah dibawa oleh Hana ke jabatan sumber manusia. Hana seorang yang peramah. Sesuai sekali jawatan yang di sandang oleh Hana dengan keperibadian yang dimilikinya. Berbadan kecil molek, lincah dan penuh dengan sopan santunnya. Chempaka menilik Hana dari hatinya.
Mereka berdua telah diperkenalkan dengan encik Hazril, selaku pegawai yang akan menyelia mereka berdua selama enam bulan berada di Syarikat Berjaya Padu Holdings. Encik Hazril masih menerangkan prospek kerja yang perlu dilakukan oleh Chempaka dan Fira semasa di bawah seliaannya.
Encik Hazril kelihatan agak serius semasa memberikan penerangan berkaitan tugasan yang perlu mereka lakukan. ‘ Handsome jugak encik Hazril ni…seriusnya pun boleh tahan gak’. Chempaka sempat lagi mencuri pandang pada wajah kacak encik Hazril. Mereka berdua telah ditempatkan di dalam satu bilik yang bersebelahan dengan bilik kerja encik Hazril.
Hari pertama berada di pejabat begitu meletihkan Chempaka. Berbeza sekali dunia pekerjaan dengan dunia belajar. Orang-orangnya juga berbeza-beza. Dengan bantuan pekerja-pekerja lama Chempaka cuba menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Tak sabar Chempaka mahu menamatkan hari bekerjanya pada hari ini.
“ Balik nanti cam mane? Dapat ke kau drive dalam jem jalan jap lagi?”. Sikap prihatin Fira masih belum berubah. Masih seorang sahabat yang terlalu mengambil berat berkaitan dengan diri Chempaka.
“ Insya Allah, aku bawa slow-slow nanti. Lagipun aku bukan biasa memandu kat kawasan ini.”Chempaka menjawab dengan penuh yakin. Jangan terperangkap dalam kesesakan jalan raya sudah.
“ Macam mana mama kau boleh lepas kau memandu kat KL ni? Aku tak percaya tadi,bila tengok kau memandu sendiri”. Fira masih belum berpuas hati.
“ Nanti-nanti le aku citer kat kau. Sekarang ni, aku nak balik rumah dulu. Ni, ha…kau nak balik dengan apa?”. Chempaka mengubah tajuk perbualan mereka.
“ Aku tunggu sepupu aku datang ambik. Dia kerja dekat-dekat sini juga. Aku tumpang le…dah duduk pun serumah. Makcik aku yang beria-ia minta aku tumpang sepupu aku tu. Kau tu kena hati-hati masa memandu nanti”.
“ Ya…aku tahu la, Cik Fira…nanti aku sms kau bila aku dah sampai rumah. Boleh ke kau tunggu sepupu kau tu sorang-sorang kat bawah tu?” Chempaka bercadang mahu menemani Fira dulu sebelum dia sendiri balik.
“ Boleh!...tak payah kau nak tunggu aku. Tak de sape nak kidnap aku. Kau tu lain…kalau kau yang menunggu kat bawah tu, aku wajib tunggu kau…takut ada yang tak balik rumah, kena culik pulak nanti”. Fira menolak cadangan Chempaka untuk menunggunya .
Setelah selesai mengemas meja masing-masing, mereka bersiap-siap untuk balik. Esok pasti mereka akan diberikan tugasan yang lebih mencabar berbanding hari ini. Kakitangan syarikat kebanyakannya baik dan peramah. Senang memberikan kerjasama dan pertolongan kepada mereka berdua.
“ Belum balik ke? Nak balik nanti naik apa?”. Encik Hazril betul-betul terpacak didepan Chempaka. Terkejut Chempaka dibuatnya.
“ Belum lagi…dah siap-siap nak balik ni. Encik Hazril pun belum balik lagi ke?”. Fira mewakili Chempaka menjawab pertanyaan dari encik Hazril.
“ Belum…dah nak gerak juga ni. Chempaka tinggal kat mana? Kalau sama jalan boleh saya tumpangkan”. Encik Hazril masih berminat untuk mengetahui latar belakang Chempaka.
“ Terima kasih…saya memandu sendiri. Lagipun kawasan rumah kita berlainan arah”. Chempaka membalas dengan baik pelawaan dari encik Hazril.
Kelihatan encik Hazril masih mahu bertanyakan sesuatu kepada Chempaka. Persoalan dari encik Hazril tergantung buat sementara waktu. Chempaka dan Fira bergegas keluar dari bilik mereka dan telah meminta izin dari encik Hazril tanda mereka menghormatinya. Encik Hazril menyaingi Chempaka dan Fira menuju lif.
“ You all berdua ni tak tinggal serumah ke?”.
“ Tak. Fira tinggal dengan makcik dia. Saya tinggal sendiri dengan kawan. Rumah kawan saya. Menumpang sekejap, sementara saya praktikum kat office ni”. Chempaka menerangkan pada encik Hazril.
Fira hanya memerhatikan langkah kawannya bersama encik Hazril menuju tempat parking kereta kakitangan syarikat ini. Encik Hazril menghantar Chempaka sehingga ke kereta. Chempaka meminta diri dari encik Hazril memandangkan ada mata-mata yang sedang menjeling mereka di situ.
Jam di dashboard kereta menunjukkan ke angka enam dua puluh petang. Chempaka berkira-kira untuk singgah di mana-mana kedai makan untuk membeli makanan. Bungkuskan dan makan dirumah sahaja. Terfikir Chempaka sama ada hendak bungkuskan sekali untuk Adam atau tidak.
‘ Tak payah susah-susahkan diri aku untuk belikan nasi bungkus untuk mamat perasan tu. Nanti kalau dia lapar pandai-pandai la dia cari sendiri’. Hati Chempaka berkata sendirian. Keretanya di halakan ke sebuah gerai menjual makanan panas. Memadailah dia membeli sebungkus nasi campur untuk mengisi perutnya nanti.
Pelbagai jenis menu masakan yang mengiurkan Chempaka terdapat di gerai tersebut. Kecur air liurnya melihat menu yang disuakan pelayan gerai. Tanpa memerhatikan sekeliling Chempaka memilih menu yang hendak dipesannya. Sementara menanti makanan yang dipesannya sampai, Chempaka memerhatikan persekitaran gerai tersebut.
Selesai membayar makanan yang dipesan, Chempaka keluar dari gerai tersebut. Matanya bertembung pandang dengan sepasang mata yang sedari tadi asyik memerhatinya. ‘ siapa pula mamat ni. Asyik sangat memerhati aku ni. Eiii…gerun juga aku di buatnya’.
“ Assalamualaikum… ni Chempaka Maisara kan?. Masih ingat saya lagi tak?.” Terkejut Chempaka dengan sapaan dari seseorang yang mengenalinya tetapi dia pula ingat-ingat lupa. Bukan ingat-ingat lupa…tapi langsung tak ingat.
“ Waalaikummussalam…ya, saya Chempaka Maisara. Macam mana encik ni boleh kenal dengan saya ni?. Saya minta maaf, saya tak ingat dengan encik ni. Kita pernah jumpa dekat mana, ya?”.
“ Saya Adib, anak makcik Leha. Kita sekampung, tapi jarang jumpa.”
“ La…lama betul kita tak jumpa. Makcik Leha apakhabar? Awak kerja kat mana sekarang ni?”.
“ Itu yang saya pun teragak-agak tadi nak tegur Chempaka. Takut tersalah orang. Chempaka sekarang bertambah-tambah cantik, tu yang takut nak tegur tadi. Mak saya sihat je…awak tanya mak saya. Saya yang depan mata awak ni, awak tak tanya pun sihat ke tidak. Saya kerja dekat-dekat sini je”.
“ Ops…saya kena balik cepat ni. Nanti lain kali kita sembang lagi”. Chempaka terpaksa meminta diri dulu memandangkan hari semakin lewat.
“ Chempaka, boleh bagi nombor contact tak?. Senang nak berhubung nanti”. Adib meminta nombor telefon Chempaka.
“ O.k. awak bagi nombor telefon awak nanti saya dail. Saya call awak sekarang”.
Kedengaran deringan telefon apabila nombor yang diberikan oleh Adib didail oleh Chempaka. Chempaka memohon diri dan berlalu ke keretanya.
Terasa begitu penat sekali. Chempaka sudah merancang untuk berehat sepuas-puasnya malam ini bagi memudahkan dia bangun esok pagi. Setibanya di rumah, kelihatan kereta Adam sudah tersadai di dalam garaj. Bergetar hati Chempaka apabila terkenangkan peristiwa pagi tadi. ‘Marah lagi ke dia kat aku. Argh!..pedulikan je’.
Pintu rumah di buka menggunakan kunci yang talah diberikan oleh Adam kepadanya. Chempaka berjalan dengan pantas menuju kebiliknya. Maghrib telah berada di penghujung. Chempaka mahu mengerjakan suruhannya terlebih dahulu.
“ Amboi…seronok sangat ke kerja sampai dah lupa jalan nak balik”. Tersentak Chempaka dengan teguran mengejut dari Adam.
“ Eiii…orang tengah nak cepat ni. Belum solat maghrib lagi. Semua soalan dari awak akan saya jawab sekejap lagi, ya. Harap sabar menunggu. Itupun kalau nak tunggu le…”. Sepantas kilat Chempaka menyelinap masuk ke biliknya.
“ Tak de maknanya I nak tunggu you. Macam bagus sangat!!!...dah le kerja pun dekat mana-mana syrikat cabuk. Itu pun nak berlagak”. Laung Adam pada Chempaka. Puas hatinya apabila dapat menyakitkan hati Chempaka.
Selesai mengerjakan solat maghrib, Chempaka menapak turun ke ruang tamu. Chempaka mencari kelibat Adam. Tiada di ruang tamu atau mana-mana tempat di dalam rumah tersebut. Chempaka malas mahu mengambil tahu berkenaan Adam. Badannya yang penat lebih utama dan memerlukan rehat buat masa ini.
Chempaka berpusing ke belakang dan alangkah terkejutnya apabila dia dapati Adam betul-betul berada dibelakangnya. Terjerit kecil Chempaka akibat dari kejutan. Adam mentertawakan Chempaka dengan bersungguh-sungguh. Geram Chempaka melihat cara Adam mentertawakannya. Dengan spontan Cempaka memukul dada Adam dengan tangannya. Adam tidak mengelak atau menghalang Chempaka, sebaliknya ketawanya semakin menjadi-jadi. Chempaka terus memukul dan mencubit Adam.
Tangan Chempaka dipegang Adam. Chempaka tersedar dengan perlakuannya terhadap Adam. Wajah Chempaka telah bertukar warna. Malu…tetapi Adam hanya tersenyum memandang tepat ke wajah Chempaka. Seronok pula timbul di hati Adam dengan perlakuan Chempaka terhadapnya. Tangan Chempaka masih digenggamnya. Terasa panas seluruh wajah Chempaka tika ini.
Adam menarik Chempaka ke dalam pelukannya. Rambut hitam lebat Chempaka dicium dan dibelainya. Chempaka merelakan perlakuan Adam ke atasnya. Leher Chempaka dicium dan sepasang bibir merah Chempaka menjadi sasaran bibir Adam. Terbuai seketika Chempaka dengan kelembutan Adam padanya.
Perlakuan Adam terhadap Chempaka terberhenti apabila deringan telefonnya kedengaran nyaring minta diangkat. Adam menolak lembut badan Chempaka, bagi menjarakkan kedudukan mereka.
“ Chempaka, I minta maaf. I tak sengaja…you yang buat I jadi macam tu”.
“ Kenapa perlu minta maaf dengan saya”.
“ Kenapa you tak cuba halang I tadi?”. Adam memandang Chempaka mengharapkan Chempaka memahaminya.
“ Saya tak halang awak sebab…saya tahu ia bukan satu kesalahan dan bukan satu dosa untuk kita. Awak boleh buat lebih dari itu…andainya awak rasa saya adalah milik awak.”.
“ Chempaka, you kena tahu…yang I belum bersedia untuk semua ini. Tapi…I tak tahu macam mana I nak control diri I bila bersama you. Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?”. Adam masih belum dapat menerima perlakuannya terhadap Chempaka.
“ Awak…kalau apa-apa yang terjadi pun saya tak akan marah awak. Percayalah…”.
Adam terkejut mendengar kata-kata yang terkeluar dari ulas bibir Chempaka. Sudah bersediakah Chempaka untuk menerima semua tragedi yang menimpa mereka berdua. Berkahwin dengan cara yang amat memalukan. Mengaburi mata kedua – dua ibu bapa mereka. Mereka seolah-olah pasangan yang paling bahagia kala berada bersama keluarga masing-masing. Semudah itukah Chempaka dapat menerima kenyataan pahit yang terpaksa mereka harungi.
Hati kecil Adam masih sukar untuk menerima Chempaka dalam hidupnya. Baginya perkahwinan tanpa cinta hanyalah ceritera yang terhasil dari novel-novel cinta yang dilakarkan oleh penulisnya. Tidak!!!...Adam sama sekali tidak dapat menerima Chempaka sebagai isterinya. Chempaka Maisara adalah mangsa keadaan dan dia tidak mahu menempatkan Chempaka dimana-mana ruang didalam dirinya. Terserah…
“ Chempaka!...you sedar tak, apa yang you cakap tadi?. You tahu tak kesannya pada you sekiranya terjadi sesuatu antara you dan I?” Adam cuba menyedarkan Chempaka tentang sebuah hakikat antara mereka berdua. Chempaka hanya mendiamkan diri. Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari bibirnya.
“ You harus tahu…you bukan sesiapa pada I. I tak pernah menyintai you dan anggaplah perkahwinan antara kita tak pernah berlaku. You anggaplah I sebagai rakan serumah you sahaja. You bebas melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan diri you. Tapi…kalau keluarga kita datang atau mereka ada bersama kita…pandai-pandailah you”.
Terdiam Chempaka mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut Adam. Sampai hati Adam memperlakukan sedemikian pada sebuah perhubungan yang suci. Mempermainkan sebuah perkahwinan yang mulia. Tiada perasaankah seorang manusia yang bernama Adam Hasif ini?. Begitu tega melukakan hati seorang insan yang bergelar isteri.
Chempaka berlari mendaki tangga dan menjatuhkan badannya di katil. Menangis teresak-esak. Bukan mudah dia menerima kata-kata Adam tadi. Hinakah dirinya dimata Adam sebagai seorang isteri. Bukan dia pinta untuk menjadi begini. Rendah sangatkah martabatnya disisi Adam. Sehingga sebelah matapun Adam tidak dapat menerimanya.
Share this novel