Peristiwa yang memalukan Chempaka sewaktu dirumah mummy mertuanya tidak dapat dilupakan dengan mudah. Terbawa-bawa sehingga ke tempat kerja. Mood kerjanya terganggu. Fira menyedari keadaan Chempaka yang berada dalam keadaan tidak baik.
“ Apa hal dengan kau ni?. Dari tadi aku tengok tak de mood, macam orang mati laki je”. Pertanyaan Fira hanya dijawab dengan jelingan oleh Chempaka.
“ Mak oiii…garangnya!...tak kan dengan aku sekali kena tempiasnya. Ini dah kes teruk. Citer le…citer le…meh sini aku dengar kau punya problem”. Semakin menjadi-jadi Fira mengusik Chempaka.
“ Jangan serabutkan lagi kepala aku yang tengah bengang ni. Boleh tak kau buat kerja kau. Aku malas nak layan kau sekarang. Payah le…kalau dapat kawan kaki penyibuk macam orang kat depan aku ni”. Bersahaja Chempaka mengutuk Fira sambil tangannya ligat mencari fail yang perlu mereka bentangkan isi kandungannya kepada penyelia mereka sekejap lagi.
“ Kacang je…isi perut projek kita tu, aku dah hafal. Bukan susah nak bentangkan dekat encik Hazril. Sekali aku kenyit mata aje…dah tentunya aku dapat A++ nanti”. Senyum meleret Fira kearah Chempaka.
“ Banyak la kau punya A++. Kalau gagal aku dah malas nak jadi geng kau. Ingat tu!!!...kita nak dapat buat praktikum kat sini pun bukannya perkara mudah. Semua mulut lecture kita melopong bila tahu kau dengan aku dapat tempat kat sini. Aku takut tau tak???...”. mencerlung mata Chempaka memandang Fira.
“ Kau ni…aku gurau sikit pun tak boleh. Apa salahnya kalau encik Hazril syok kat aku. Ha…ha..ha…macam best je dapat berangan encik Hazril tu jadi boyfriend aku. Jadi boyfriend kat dalam mimpi pun jadik le…dari langsung tak, macam orang tu”. Bibir Fira di muncungkan ke arah Chempaka.
“ Tak ada kerjanya aku nak berangan perkara tak senonoh macam tu. Kalau kau tak dapat A++ nanti, siap kau”. Amaran buat Fira kali ini lebih kepada satu gurauan.
“ Hah!...ni, baru kawan baik aku. Cuba senyum sikit. Baru cantik plus lawa lagi. Tak gitu? Jangan pula kau goda boyfriend idaman aku tu nanti.” Terbahak-bahak Fira mentertawakan sahabat baiknya. Cubitan kecil singgah di lengan Fira. Mengaduh kesakitan Fira apabila terasa pedih pada permukaan kulit lengannya kesan cubitan sebentar tadi.
“ Nak lagi?...kalau tak cukup lagi dekat lengan tu, boleh aku tambah dekat lain pula. Cakap lagi yang bukan-bukan.” Hilang seketika bayangan peristiwa di rumah mertuanya malam tadi.
“ Kau memang jenis spesies yang zalim. Kau ni jenis ketam berjalan. Lebih teruk dari ketam yang merangkak tau!!!...sakit. Aku report dekat mak aku kat kampung. Kau asyik dera aku je kat sini”. Sambil membebel Fira menggosok-gosok lengannya kesan cubitan Chempaka.
Keceriaan antara mereka jelas tergambar. Tiada lagi kesuraman yang terbias di raut wajah Chempaka. Terlupa seketika dia dengan peristiwa malam tadi. Biar masa yang akan menentukan rentak kehidupan yang bakal dilalui oleh Chempaka dan Adam. Andai kata mereka terpaksa melalui jalan kehidupan dilandasan masing-masing, seharusnya mereka berdua redha. Tiada yang dapat menghalang ketentuan dari Yang Maha Esa.
Bunyi riuh di ruang legar Berjaya Padu Holdings menarik perhatian Chempaka dan Fira. Mereka berdua turut terpanggil untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Fira mendahului Chempaka menghampiri kelompok ramai yang sedang rancak bersembang.
“ OPS!...sorry. I terpijak kaki you”. Dalam keterujaan untuk mengetahui cerita sebenar apa yang sedang berlaku, kaki Chempaka dipijak oleh seseorang.
“ O.k. Sikit je. Tak pe, tak sakit sangat”. Balas Chempaka tanpa memberi perhatian kepada orang yang memohon maaf.
“ Cik, cik ni staff baru kat sini ke? Tak pernah Nampak sebelum ni. Saya Razmin, salah seorang staff kat sini. Tangannya dihulur ke arah Chempaka. Tangannya tak bersambut. Razmin menarik semula tangannya. Dia memahami situasi ini, bukan semua perempuan mahu menyalami tangan lelaki. Mungkin salah seorang adalah gadis di depannya ini.
“ Saya minta maaf. Saya tak biasa bersalam dengan lelaki, sekali lagi saya minta maaf kalau encik terasa hati dengan cara saya ni. Saya bukan staff kat sini tetapi sedang menjalani latihan amali di bawah Berjaya Padu Holdings”. Chempaka menerangkan serba ringkas berkaitan keberadaannya di syarikat gergasi ini.
“ Boleh saya tahu sape nama cik ni? Itupun kalau cik tak keberatan. Boleh kita berkenalan.” Razmin mula memainkan peranannya apabila menyedari inilah gadis yang dilihatnya bersama Adam tempuh hari.
“ Encik Razmin…selamat berkenalan. Saya Chempaka Maisara.” Hanya itu yang boleh Chempaka cakapkan. Dia tidak berminat untuk memanjangkan perbualan.
“ Cik Chempaka terlibat ke dalam program syarikat kali ini?”. Tanya Razmin.
“ Program syarikat?. Program apa tu?”. Balas Chempaka.
Ketawa Razmin dengan pertanyaan Chempaka. Rupa-rupanya gadis manis ini tidak tahu lagi berkaitan dengan program syarikat mereka yang akan mengadakan hari keluarga untuk seluruh warga Berjaya Padu Holings. Kesian…tersungging senyuman di bibir Razmin.
“ Dua minggu lagi syarikat kita akan mengadakan hari keluarga syarikat untuk semua pekerja kat sini. Semua staff diwajibkan, tiada pengecualian kecuali mereka yang betul-betul ada keuzuran. Berminat atau tidak semua orang kena ikut”. Razmin mengambil kesempatan yang ada untuk berbual dengan Chempaka.
“ Maksudnya kami pun kena join ke? Kami bukan staff kat sini. Saya kena tanya bahagian mana, ya?. Kalau kami ikut, nanti lari pula budget syarikat. Buat malu je…nanti memandai ikut, padahal tak ada dalam list”.
“ You tanya bahagian HR. I ingat you dengan kekawan kena join. Buat masa ni, you all pun staff sini. Kalau syarikat tak mahu support you takut budget lari, I pun boleh keluarkan budget i.” Jelas Razmin bersungguh kepada Chempaka. Senyuman masih menghiasi bibirnya.
“ Eh…mana boleh macam tu, encik Razmin. Tahun ni pergi mana? Mesti seronok bercuti ramai-ramai. Macam satu keluarga besar.” Chempaka menolak dengan baik usul encik Razmin padanya.
“ Sorry, saya minta diri dulu. Ada perkara yan perlu saya selesaikan dengan penyelia saya hari ni.” Chempaka meminta diri dengan cara yang paling terhormat bagi tidak menyentuh perasaan orang yang dilawan bercakap.
Dengan pandangan dan anggukkan kecil dia memberi laluan kepada Chempaka. ‘ Mana le minah ni pergi. Tak tahu ke encik Hazril nak jumpa, tadi dia yang beria-ria nak jumpa sangat dengan encik Hazril. Aku malas betul le dengan minah ni. Dari berangan nak dapat A++ terus tak dapat apa – apa karang. Tenguk-tenguk semester depan masih ada kat Berjaya Padu Holdings’. Merungut sendirian Chempaka apabila lama menunggu Fira yang keluar bersamanya tadi tetapi masih belum muncul-muncul.
“ Chempaka…aku ada news gembira nak bagitahu kau ni. Dua minggu lagi semua staff Berjaya Padu akan mengadakan family day kat Pulau Pangkor. Wow!...bestnya. Semua staff kena join termasuk kau dan aku. Kita pergi ramai-ramai dalam kumpulan naik bas. Aku seronok sangat sebab kita pun dapat ikut sama”. Terlompat-lompat Fira menceritakan penuh keterujaan kepada Chempaka. Hanya sekilas sahaja Chempaka memandang Fira.
“ Dah habis cerita percutian yang kau nak cerita kat aku. Punya lama aku menunggu kau kat sini, kata nak ke bilik encik Hazril. Nak dapat A++ konon. Nak ke semester depan muka kita kat sini lagi. Orang lain sibuk kat dewan kuliah kita sibuk kat bilik ni pulak lagi. Eiii…aku wajib habiskan pengajian aku tahun ni juga. Tak mahu dah aku nak ulang-ulang buat benda yang sama”. Chempaka masih lagi sempat memerli Fira.
“ Ala…aku nak dengar penerangan yang diberikan oleh pengerusi kelab staff syarikat berkenaan ‘family day’ syarikat tu…yang terlambat sikit”. Memuncung mulut Fira kearah Chempaka.
“ Jom kita pergi jumpa encik Hazril. Kalau dia masih ada kat biliknya lagi. Kalau tak…kita kena buat temujanji baru le…itu yang leceh”. Chempaka masih menunjukkan sisa-sisa ketidakpuasan hatinya kepada Fira.
Chempaka dan Fira beriringan bergerak ke bilik encik Hazril. Dengan bacaan bismillah, pintu bilik encik Hazril diketuk perlahan oleh mereka. Harapan mereka menggunung agar encik Hazril masih berada di biliknya. Kelewatan mereka menggusarkan Chempaka, risau kiranya encik Hazril tidak menunggu mereka kerana waktu yang dijanjikan adalah sejam yang lalu.
“ Masuk!...”. kedengaran suara empunya bilik memanggil mereka berdua masuk. Perlahan pintu ditolak oleh mereka berdua. Salam diberikan tanda mereka menghormati pemilik bilik tersebut.
“ Lama saya tunggu you all, dah dekat satu jam ni. Kenapa tak maklumkan kalau ada hal lain”. Nampak benar encik Hazril tidak menyenangi kelewatan mereka berdua.
“ Kami minta maaf atas kelewatan kami hari ni. Kami memang nak datang awal jumpa encik Hazril tetapi tadi, kami mendengar taklimat berkaitan dengan hari keluarga staff Berjaya Padu Holdings kat lobi. Kami minta maaf banyak-banyak dari encik Hazril”. Fira menjelaskan tentang kelewatan mereka hari ini.
“ O.k, saya pun ada dengar tentang percutian tu. Cuma…saya tak sempat nak turun tadi kerena ada hal yang perlu saya uruskan lagi pun, saya juga menunggu kamu berdua kat sini sebab nak tahu tentang perkembangan projek yang telah saya serahkan pada you all hari tu”.
Suasana sunyi seketika di dalam bilik encik Hazril. Terasa panas ruang bilik tersebut meskipun penghawa dingin terpasang. Berpeluh-peluh juga mereka berdua. Risau kiranya encik Hazril memarahi mereka dengan kelewatan yang tidak disengajakan. Semuanya gara-gara keterujaan si Fira untuk mengetahui percutian yang bakal diadakan oleh syarikat gergasi ini.
Menggeleng-ngeleng kepala encik Hazril. “ Serahkan fail yang saya minta hari tu. You all nak bentangkan pada saya sekarang ke atau nanti minggu depan je”. Fail yang dipegang oleh Chempaka bertukar tangan. Encik Hazril mengambil dan meneliti seketika lantas memandang mereka berdua dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
“ Saya bentangkan dulu apa yang dah kami jalankan setakat ini”. Dengan penuh berkeyakinan Chempaka memberikan pandangannya.
“ Boleh. Silakan Cik Chempaka. Saya akan memperbetulkan apa-apa yang patut dan kita boleh membuat penambahbaikan kalau-kalau ada part yang memerlukan. Saya rasa kamu dah buat sesuatu yang bagus”. Ketegangan pada wajah kacak encik Hazril mula mengendur.
“ Fira boleh terangkan serba ringkas bahagian yang seterusnya. Saya rasa, saya perlu mendengar dan meneliti projek ini secara bersama”. Pandangan encik Hazril diarahkan pada Fira.
Pembentangan dan penerangan serta sesi soal jawab dengan encik Hazril berjalan lancar. Terpancar kelekaan pada wajah Chempaka dan Fira. Jelas mereka melihat kepuasan pada raut wajah encik Hazril dengan projek yang sedang merka jalankan. Hanya doa yang dipanjatkan kepada Allah agar mereka dapat menamatkan latihan di syarikat ini dengan berjaya. Hanya tinggal lebih kurang tiga minggu lagi untuk mereka menghabiskan latihan disini.
“ Errr…jangan lupa ya, saya dah masukkan nama you all dalam senarai staff yang akan mengikuti program bercuti ke Pulau Pangkor nanti. Saya akan pastikan you all dalam group saya nanti”. Mata encik Hazril memandang tajam ke arah mereka berdua terutamanya pada Chempaka. Tertunduk Chempaka apabila matanya bertembung pandang dengan mata encik Hazril.
“Encik Hazril, kalau dah tak ada apa-apa lagi kami minta diri dulu”. Fira juga turut mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Chempaka.
“ O.k nanti kalau ada apa yang perlu, boleh datang jumpa saya terus. Bilik saya selalu terbuka untuk sebarang masalah yang timbul dalam projek yang you all jalankan. Setelah selesai nanti, saya nak bawa cadangan ini untuk dijadikan salah satu modul pemasaran syarikat ini”. Encik Hazril memang seorang yang senang untuk dibawa berunding. Yang pastinya dia seorang yang suka membantu dan tidak memandang kedudukan seseorang.
Sehabis sahaja encik Hazril bercakap dan memberikan kebenaran untuk mereka beredar, Chempaka laju menapak ke arah pintu keluar. Lega apabila satu tugasan penting telah Berjaya disampaikan dengan baik walaupun terlewat.
“ Hah!...tadi bukan main lagi bercakap. Boyfriend konon, bila depan encik Hazril menikus macam tikus mondok je aku tengok. Mananya boyfriend yang kacak lagi bergaya tu?. Penakut rupanya kawan aku ni. Sejak bila jadi perempuan melayu terakhir yang penuh sopan santun ni”. Sengaja Chempaka mengenakan Fira kali ini. Bukan asyik dia sahaja yang sering menjadi mangsa mulut Fira.
“ Aku malas nak tunjuk aje sebab depan kau. Kalau kau tak ada tadi tahu le aku nak mengayat encik Hazril tu”. Masih belum mahu mengaku kalah, Fira tetap mempertahankan dirinya.
“ Apa kata lepas ni, aku bagi chance kau pergi mengayat encik Hazril. Biar aku yang jadi orang tengah untuk kau orang. Jap…jap…aku nak pergi bilik encik Hazril ni. Aku nak bagitahu dia yang kau ada hal sikit dengan dia”. Seraya dengan itu Chempaka bangun dari kerusi dan mahu keluar dari bilik.
“ Woit…woit…tunggu dulu. Kau jangan nak memandai-mandai ya!. Aku tumbuk muka kamu tau”. Tangan Chempaka ditariknya dan dengan menggunakan dialek negeri Sabah Fira memberi amaran kepada Chempaka.
Tergelak Chempaka dengan perlakuan Fira. Terhibur dia dengan gurauan dari sahabat baiknya itu. Sepanjang hari dia berasa seronok. Gambaran semasa bermalam dirumah mummy mertuanya terhakis sedikit demi sedikit. Masa bersama Fira adalah masa yang teramat berharga bagi Chempaka. Tempat dia bergembira dan tempat dia meluahkan rasa sedih. Pendek kata Fira adalah tempatnya bermanja kala mamanya berada jauh darinya.
Rindunya menggamit pada mama. Sejak dia berkahwin dan menjalani latihan praktikum di sini, jarang sekali dia sempat berbual panjang dengan mama meskipun melalui telefon. Sekembalinya dari tempat kerja, dia akan sibuk menyelesaikan kerja-kerja rumah. Bukan mummy mertuanya tidak menyarankan pada Adam agar menyediakan pembantu rumah bagi meringankan beban Chempaka. Adam tidak mahu privacynya bersama Chempaka terganggu. Itu semua hanya alasan seorang lelaki yang bernama ‘Adam Hasif’.
Senak dada Chempaka apabila membayangkan sikap Adam yang pelbagai. Sukar untuk menelah perlakuannya yang tidak menentu. ‘Ahli meteologi lagi senang kerjanya berbanding dengan aku apabila menghadapi Adam’. Sakit hati Chempaka bila mengenangkan sikap Adam terhadapnya. Penganalisis kaji cuaca boleh bekerja dengan aman tanpa ada rasa marah dan tidak puas hati apabila menghadapi cuaca buruk yang tidak menentu, bukan sepertinya yang sering menghadapi angin pasang surut Adam yang juga tidak stabil. Seringkali perangainya sukar diramal oleh Chempaka, rasanya sudah puas dia membuat analisis tentang siapa sebenarnya suami yang telah menikahinya tempoh hari.
“ Eh…seronok pula kau mengelamun. Aku kat depan kau ni dah macam tak wujud, ya. Kongsi le…apa yang best sangat sampai terlupa kat aku. Dah sampai ke kutub ke…tengah syok tengok salji … ”. Celupar mulut Fira bila time mengutuk Chempaka.
“ Tak de mana aku nak kongsi dengan kau. Nak kongsi-kongsi, ingat mee segera ke. Suka aku le nak berangan ke mana pun. Rasanya aku tak guna kepala kau, tak juga minta duit dari kau. Puas hati???”. Sempat lagi Chempaka memerli Fira. Tersengih Fira bila mendengar balasan dari Chempaka.
“ Aku nak bergossip sikit dengan kau ni, Chempaka. Nak dengar ke tak nak ? Ini cerita yang harus kau tahu dan patut ambil tahu. Kalau tak kau akan menyesal meninggalkan Berjaya Padu Holdings tanpa mengetahui cerita ni ”. Fira cuba memancing perasaan ingin tahu Chempaka.
“ Banyak le kau punya menyesal. Aku tak kenal mana-mana artis kat sini, so…tak ada apa yang perlu aku kesalkan. Malah aku dah tak sabar untuk meninggalkan syarikat ni dan…kembali menjadi senior student kat kampus. Seronoknya nak tinggal balik kat hostel, kat bilik aku”. Chempaka tidak mempedulikan Fira yang sibuk ingin bercerita.
“ Kau dengar le dulu apa yang aku nak citer ni. Pasang telinga betul-betul tau. Kau nak tahu tak, semalam aku terserempak dengan CEO syarikat tau. Ya!Allah…handsome gila, kau. Aku tak percaya bila aku nampak dia. Aku ingat CEO kat sini dah tua tapi….”. Fira membuat muka gatalnya dengan mengerdipkan matanya berkali-kali.
“ Handsomenya…tak jadi le aku nak ngorat encik Hazril, lebih baik aku cuba encik CEO ni. Aku bagi encik Hazril tu kat engkau aje le…sudikah kau menerima encik Hazril bagi pihak aku dan…aku akan memastikan encik CEO jadi boyfriend terhangat di pasaran Berjaya Padu Holdings”. Terbahak-bahak Fira ketawa selepas selesai menutur kata-katanya. Mencebik Chempaka ke arah sahabatnya yang memang tidak berinsurans mulutnya.
“ Malangnya nasib sesiapa yang menjadi pakwe terhangat Cik Noor Afira ni”. Terkekeh-kekeh Chempaka membalas kata-kata Fira.
“ Harap-harap jangan le encik CEO yang handsome tu pun menjadi mangsa Cik Fira kita ni. Pembetulan semula…menjadi mangsa anganan. Bermimpi di siang hari nampaknya Cik Fira untuk menjadi Puan kepada CEO Berjaya Padu Holdings. Oh! La…la… Cik Fira cayang”. Segumpal kertas dibaling oleh Fira tepat terkena tepat ke muka Chempaka.
Mereka berbalas-balas balingan kertas tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka berdua. Deheman seseorang mengejutkan mereka berdua. Cepat-cepat mereka memunggut kembali gumpalan kertas yang bersepah di lantai bilik kerja mereka berdua.
“ Apa nama games yang you all main ni? Rasanya saya tak pernah tahu jenis games yang macam ni dalam hidup saya. Boleh la saya menuntut dari you all berdua. Hebat pula saya tengok permainan ni, tak payah di gelanggang atau pun kat padang. Boleh main kat bilik kerja je kan?”. Berubah air muka Chempaka dan Fira bila di kejutkan dengan kehadiran encik Hazril di bilik yang menempatkan mereka berdua.
“ Err…err…sebenarnya encik Hazril, saya Cuma bergurau je dengan Fira. Tak sangka pula encik Hazril datang time cam ni. Saya minta maaf…lain kali kita orang akan lebih fokus pada kerja”. Masih ada kekuatan yang hadir dalam diri Chempaka untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya kepada pegawai muda tersebut merangkap penyelia mereka berdua.
“ Saya tak kisah pun…janji kerja yang saya bagi dapat disiapkan dengan baik. Ada saya marah ke? Muka saya sekarang nampak macam orang tengah marah atau tak?” senyumannya terus berkembang di bibir, apatah lagi apabila terpandang wajah Fira yang kelihatan ketakutan.
Matanya masih menyoroti wajah Chempaka. Terpandang wajah penuh keibuan yang menjadi milik Chempaka meruntun hati lelaki Hazril untuk mendapatkan maklumat yang lebih berkaitan dengan pemilik wajah itu. Sisa waktu yang ada tidak ingin dipersiakan olehnya.
Dia tidak akan melepaskan Chempaka berlalu semudah itu. Hazril mahu perhubungan yang telah terbina seketika ini akan terus berpanjangan. Akan dijejaki langkah gadis ini nanti dan keinginannya akan disuarakan pada masa yang sesuai. Dia tidak mahu mencemarkan kedudukannya selaku penyelia kepada mereka dengan mempamerkan rasa hatinya secara terus.
“ Macam ni, sebenarnya ada perkara berkaitan dengan perancangan syarikat sempena family day nanti. Saya telah diamanahkan untuk menyampaikan perkara ni kepada you all berdua”. Setelah puas meratah wajah Chempaka, Hazril menerangkan tentang tujuan kedatangannya ke bilik mereka berdua.
“ Esok mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 4 petang di bilik mesyuarat 1. Semua staff wajib menghadirkan diri termasuk Chempaka dengan Fira. CEO kita pun telah dimaklumkan tentang perkara ini. Saya rasa esok kita akan diterangkan secara terperinci berkaitan dengan perkara ini oleh pengerusi kelab staff”. Hazril menggingatkan mereka berdua berkaitan dengan perjumpaan yang akan diadakan oleh pihak pengurusan kelab staff syarikat. Dia bertanggung jawab untuk memastikan staff di bawahnya menghadirkan diri.
“ Baik encik Hazril, kita orang akan berada di bilik mesyuarat tepat jam 4 petang esok. Kami pasti tidak akan menguzurkan diri dalam program yang telah diaturkan syarikat”. Fira sudah berani bersuara kali ini.
Encik Hazril beredar dari bilik mereka. Secara automatik mereka berdua membersihkan lantai yang bersepah dengan gumpalan kertas bahan balingan tadi. “ Nasib baik encik Hazril tu baik, kalau pegawai lain tadi yang datang dah tentu kita kantoi”. Becok mulut si Fira bercakap.
Tangan Chempaka ligat mengumpulkan longgokkan kertas yang bergumpal dan terus dicampakkan ke bakul sampah di penjuru bilik kerja mereka. “ Encik Hazril baik ada makna dekat kau tu, fira. Jangan kau tak tahu…impian bakal menjadi kenyataan. Jangan-jangan malam tadi kau termasuk dalam mimpi dia kot. Bertuahnya badan!...”. Tergelak Chempaka dengan kata-kata sendiri.
“ Kau jangan melampau!!!...aku dah pass encik Hazril dekat kau tadi. Aku tak nak buruk siku. Orang tua-tua ada mengatakan, jangan ambik balik barang kita kalau dah bagi pada orang lain nanti buruk siku. Aku ikhlas bagi dia kat kau tadi tu. Ambik le…”. Dengan wajah bersungguh-sungguh Fira cuba menyakitkan hati Cempaka.
“ Kau nak tahu tak, encik Hazril tu bukan barang yang senang nak diagih-agihkan kat aku. Kalau dia dah masuk dalam mimpi kau, bermaksud dia itu memang milik kau…jangan nak perasan tukar calon la pulak”. Otak Chempaka ligat berputar untuk mengenakan Fira balik. Hari ni dia tidak mahu memberi peluang pada Fira untuk menang. Dia akan membalas setiap kata-kata Fira.
Terbayang diruang mata Fira wajah kacak CEO yang terserempak dengannya semalam. Dia tersenyum sendirian. Perlakuannya diperhatikan oleh Chempaka. Idea untuk mengenakan Fira kembali berkembang di ruang legar otak Chempaka.
“ Fira, encik Hazril panggil kau tu. Dia nak kau jumpa dia kat depan bilik dia lepas habis kerja. Ada sesuatu yang dia nak bagi kat kau. Jangan lambat macam tadi. Tak pasal-pasal hilang sudah kebaikan dia pada kau”. Chempaka cuba menyembunyikan senyumannya.
“ Eh, betul ke dia panggil aku ni. Apa yang dia nak bagi aku, ya. Jangan kau main-main Chempaka. Kalau kau saja nak kenakan aku siap kau”. Cuak juga Fira apabila melihat kesungguhan pada wajah Chempaka.
“ Betul…kalau kau tak caya sudah. Sebelum kau pergi bilik encik Hazril kau bagitahu aku dulu. Ada benda yang aku nak kirimkan pada encikHazril. Jangan lupa…bagitahu aku”. Tukas Chempaka.
“ Chempaka, kalau kau permainkan aku…aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila. Ingat!!!...ini amaran keras dari kerajaan Malaysia. Menipu membahayakan kesihatan rakyat Malaysia, tau”. Jari telunjuk Fira diacukan ke muka Chempaka tanda amaran yang serius.
“ Sebab tu,…sebelum kau ke biliknya aku nak turunkan sedikit petua agar tidak membahayakan sesiapa terutamanya warga Berjaya Padu Holdings. Aku tak mahu penyakit kau menular dan melarat kepada staff bujang yang lain”. Patah kata yang keluar dari bibir comel Chempaka membuatkan Fira meragui kebenaran pesanan dari encik Hazril yang disampaikan oleh Chempaka kepadanya.
“ Chempaka, kau agak-agak apa yang encik Hazril nak sampaikan pada aku eh. Penting tak?”. Fira mula memainkan peranannya apabila menyedari dia dipermainkan Chempaka.
“ Entah. Tapikan…aku rasa benda tu penting la. Kalau tak penting masakan dia minta kau jumpa dia. Pergi je la…”. Masih meneruskan lakonannya Chempaka bersahaja.
“ Pelik pula dengan encik Hazril ni. Kenapa dia tak bagitahu aku terus. Tapi boleh pula dia melalui kau. Jangan-jangan dia sengaja nak bersembang dengan kau tadi. Sengaja nak jumpa kau…nak tatap wajah kau agar kau hadir dalam mimpinya malam ni, setelah dengar rasminya aku menyerahkan dia kepada sahabatku yang tersayang”. Berasap telinga Chempaka mendengar ayat dari mulut Fira. Disabarkan hatinya agar rahsia diri tidak terbongkar saat itu.
“ Macam ni le…kau bagitahu aku apa benda yang dia nak bagi aku tu. Aku yakin dan percaya kau dah tahu sebenarnya barang yang dia nak serahkan pada aku. Aku janji aku tak akan bocorkan rahsia kita. O.k kau bagitahu aku, ya”. Fira masih memujuk Chempaka untuk berterus terang.
“ Kau nak tahu sesangat nampaknya. Baik aku akan cakap tetapi ada syaratnya. Setuju tak?”. Chempaka bermain tarik tali dengan Fira. Hanya anggukan yang Fira berikan tanda bersetuju dengan syarat yang dikehendaki Chempaka.
“ Syaratnya adalah senang aje…kau jangan marah dan hanya boleh senyum sahaja. Setuju ke tak ni?”. Provok Chempaka.
“ Setuju bersyarat. Kalau kau setuju aku pun setuju. Ingat kau je yang boleh meletakkan syarat. Cam mana? Boleh ke tak, kita bertukar syarat. Barulah fair and square.Adilkan?”. Fira tidak akan mengalah selagi dia merasakan kemenangan masih boleh diperolehinya.
“Baik, apa syarat kau”. Soal Chempaka.
“Tak susah pun. Kalau kau tipu aku, kau wajib belanja aku sepanjang minggu ni. Boleh?”. Fira laju meletakkan syaratnya.
“ Setuju…kacang je setakat belanja kau”. Ulas Chempaka pendek.
“ Kau boleh cakap sekarang. Apa benda yang penting sangat encik Hazril nak bagi kat aku, tu”. Tanya Fira seolah tidak sabar-sabar nak tahu.
“ Jeng…jeng…jeng…aku buat muzik latar dulu. Ingat syarat aku tadikan?” Chempaka memperingatkan Fira sekali lagi.
“ Weh…jangan main-main la…cakap sekarang. Sebelum tapak kasut aku ni naik kat kepala kau”. Tak menyempat Chempaka meneruskan kata-katanya, Fira telah mencantas ayat-ayat terakhir dari mulut Chempaka.
“ Ni, aku dah serius ni. Kau pulak yang tak sabar-sabar. Encik Hazril nak bagi kau hati dan perasaannya supaya kau tak berangan di siang hari lagi”. Chempaka menjarakkan sedikit dirinya dari Fira. Masih ada kebimbangan kiranya Fira tidak dapat mengawal pergerakannya dan memberikan hadiah kat mana-mana bahagian badannya.
“ Fuh!...leganya aku. Akhirnya encik Hazril terpaksa meminggirkan saingan aku yang merupakan minah tak cukup tiga suku kat depan aku ni,…yang memang tak lena tidurnya sebab asyik terkenangkan jejaka melayu terakhir kat opis ni”. Sengihan Fira memang membengkakkan hati Chempaka.
“ Suka hati kaulah Fira, malas aku nak layan kepala otak kau yang sengal ni”. Balas Chempaka pendek. Sakit hatinya apabila Fira tidak terkesan dengan percubaannya kali ini. Percubaanya gagal lagi!!!.
Share this novel