BAB 15

Romance Series 2801

Rindu pada keluarganya di kampung serasa menggunung di dada tetapi tidak diluahkan kepada sesiapa. Apabila ada masa lapang, Cempaka akan menelefon mamanya untuk bersembang. Sudah hampir tiga bulan dia tidak menatap wajah mama dan ayahnya. Along dan angah hanya sesekali sahaja menghubunginya kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Angah masih berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jepun bagi menguruskan projek syarikat tempatnya bekerja, manakala along telah diarahkan untuk memantau projek syarikatnya di Sarawak. Rindu pada orang-orang tersayang memaksa Chempaka untuk menyimpan hasratnya untuk balik ke kampung setelah menghabiskan latihan kerjanya di Berjaya Padu Holdings nanti. Hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi.
“ Chempaka…nanti kat Pulau Pangkor kita duduk sebilik tau. Kau jangan nak mengada-ngada cari pasangan lain pulak. Kalau aku duduk sebilik dengan orang lain tak best nanti”. Fira meraih tangan Chempaka dan mengengamnya erat.
“ Aku tak pasti lagi…kalau pihak pengurusan dah tetapkan macam mana? Aku pun kalau boleh nak duduk dengan kau. Kalau kita duduk sebilik kat hotel nanti mesti best giler kan?. Kalau tak dapat nak buat macam mana? Kita usahakan nanti…”. Chempaka begitu teruja untuk menghabiskan percutiannya bersama rakan-rakan satu pejabat. Mungkin ini adalah pengalaman pertama dan terakhirnya bercuti bersama keluarga besar Berjaya Padu Holdings.
“ Nanti jangan lupa bawa pakaian yang sesuai untuk majlis yang akan diadakan masa kat sana. Macam-macam aktiviti tau!...wow bestnya. Aku dah tak sabar ni…lagi tiga hari…balik nanti aku nak packing baju”. Keseronokan Fira terserlah dari gaya percakapannya.
“ Insya Allah…aku akan bawa pakaian secukupnya. Kalau tak cukup…kaukan ada, nanti aku boleh pinjam baju kau”. Tersengih Chempaka memperlihatkan giginya yang du tersusun cantik. Saiz badan yang hampir sama memberi peluang bagi mereka berdua memenuhi keperluan yang mendesak semasa berkongsi bilik di universiti dulu.
“ Tak jadik masalah…janji kita dapat bilik sama. Aku dah tak sabar nak join dia orang sebab…dah lama tak dapat peluang macam ni. Kalau boleh le…habis je semester akhir nanti aku nak cuba apply kerja kat sini, kalau nasib baik mana tahukan…sangkut kat sini. Dapat le aku ngorat CEO yang handsome tu. Kalau tak dapat pun…encik Hazril kan masih kosong, ada peluang lagi”. Dengan gaya gatal sambil mengerdip-ngerdipkan matanya, Fira masih sempat berangan untuk digandingkan dengan encik CEO syarikat.
“ Suka hati kau le Fira…makan boleh sebarang makan, berangan jangan sebarang berangan nanti tak pasal-pasal aku ada bff yang tiga suku. Masa tu, kau jangan mimpi nak mengaku aku ni kawan kau. Minta maaf…dekat pun aku tak teringin dah dengan kau”. Chempaka sengaja menyakat Fira agar dia tidak tersalah cakap berkaitan CEO yang amat-amat dikenalinya itu.
“ Chempaka…kalau aku dah dapat CEO tu, kau jangan pulak terhegeh-hegeh nak jadik kawan aku. Masa dan saat tu…aku dah tak perlukan kau lagi. Bye…bye….ta…ta…ti…tu…”. Tergelak besar Fira dapat mengenakan Chempaka balik. Dia seronok melihat warna muka Chempaka yang sudah kemerahan kerana dapat dikenakannya. Fira tidak akan ambil hati dengan sikap Chempaka.
“ Malas le nak layan kau ni. Aku tak nak kawan kau dah…kawan le dengan mat perasan bagus tu”. Chempaka bangun dan berkemas-kemas barang-barangnya. Sekejap lagi mereka diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat akhir berkaitan dengan ‘ Family day’ yang akan diikuti oleh mereka pada hujung minggu ni. Mereka akan diberi taklimat berkaitan dengan acara-acara yang telah disusun oleh pihak penganjur.
Semua berkumpul dan aktiviti yang telah dirancangkan agak menarik. Masing-masing begitu seronok dengan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan nanti. Pengerusi kelab mengharapkan kerjasama dari semua ahli yang terlibat. Anggukan kepala ahli-ahli menandakan mereka memahami agenda yang akan mereka ikuti di sana nanti.
“ Hai!...first time ke ikut trip macam ni? Kami kat sini every year ada trip macam ni, kadang-kadang jauh…ada masanya kat sekitar KL je. Last year kita orang buat kat Cherating…best sebab ramai yang join”. Sapaan dari Razmin secara tiba-tiba mengejutkan Chempaka.
“ Saya tak biasa sangat dengan aktiviti macam ni. Kalau pergi pun dengan trip family. Kali ni, berbeza sangat kerana pergi ramai-ramai dengan kekawan pulak tu. Encik naik bas juga ke nanti?”. Soalan berbasa-basi dari Chempaka. Sebenarnya dia terlupa nama orang yang menegurnya, tetapi untuk menutup masalahnya supaya tidak ketara dia sengaja menunjukkan sikap ramahnya agar salah seorang orang kuat syarikat ini tidak tahu yang dia terlupa namanya.
“ Tak tahu lagi. I ingat nak drive je…kalau you nak join dengan I pun boleh. I tengah cari kawan untuk temankan I ni. I gembira kalau you boleh temankan I nanti, you boleh ajak kawan you sekali join kita”
Sedang leka mereka berdua bersembang, Chempaka mahupun Razmin tidak perasan ada seseorang sedang ralit memerhatikan mereka berdua. Langkahnya diatur menghampiri mereka berdua. Terperanjat Chempaka apabila menyedari seseorang sedang berdiri di sebelah Razmin. Kepalanya ditundukkan kerana dia tidak mahu terpandang wajah mengancam sang suami yang sedang merenungnya tajam.
“ Raz…tengah memancing ke? Dapat ke tak ikan? Kau ni masih sama…pantang tenguk ada peluang terus je…dah tak toleh kiri kanan lagi”. Renungan Adam masih tidak dialihkan dari memandang Chempaka. Sengaja dia merenung Chempaka lama…dia mahu Chempaka merasa serba salah. Adam tahu Razmin sedang mencuba-cuba Chempaka. ‘ Iskh…betul ke tak dia ni, masakan encik Razmin memancing kat dalam bilik ni pulak’.
“ Mana ada bro…aku tengah nak try ni, kalau nasib aku baik aku taubat tak pandang yang lain dah lepas ni”. Kata-kata Razmin membuatkan Adam semakin terbakar.
“ Raz, kalau try pun kau tak kan dapat punya yang ni.Gerenti tak dapatnya. Kerat ibu jari kaki aku kalau kau dapat ikan yang satu ni. Aku cabar kau!...kalau kau dapat tangkap ikan baru ni, aku nak bagi motor kesayangan aku tu sebagai hadiah”. Tepukan pada bahu Razmin berkali-kali oleh Adam menyebabkan Chempaka merasa rimas.
“ Aku nak drive je pergi Lumut nanti. Kau nak join aku ke tak ni….malas aku nak ikut bas, takut apa-apa hal kat KL senang aku nak balik. Aku ajak Cik Chempaka ikut aku nanti…ni tengah dok ayat dia, kau pula datang kacau daun”. Adam buat-buat tak dengar sahaja kata-kata Razmin sebaliknya dia terus merenung Chempaka. Perbuatannya menarik perhatian Razmin kali ini.
“ Aku drive sendiri nanti, kalau Shila nak join kita punya program…mungkin aku bawa dia sekali pergi sana. Tak de le aku boring sangat dalam perjalanan pergi dan balik sorang-sorang nanti”. Matanya masih memerhati tingkah Chempaka walaupun dia tahu Razmin sudah menyedari perbuatannya kali ini.
“ Dam,…kau jangan main kotor. Kalau nak pandang Cik Chempaka lama sekali pun jangan potong line aku. Nanti terbatal perjanjian kita tadi, aku dah pasang strategi ni…jangan kau pulak kacau daun aku”. Persoalan yang bermain dalam kepala Chempaka masih belum terjawab. Apakah games yang sedang dimainkan oleh dua sahabat baik ini. Adakah dia melibatkan dirinya. Sedari tadi tiada sepatah kata yang keluar dari bibir milik Chempaka.
“ Raz, betul ke Cik Chempaka ni masih cik lagi. Kau jangan silap masuk daun…jangan-jangan Cik Chempaka ni sebenarnya…puan Cempaka ke…kau dah risik betul-betul ke ni. Aku tak nak nanti ada yang masuk hospital dek penangan sang suaminya pula. Aku tak campur…jangan libatkan aku”. Perubahan pada air muka Chempaka membuatkan Adam merasa puas kali ini. Berbaloi dia menghabiskan masanya bersembang dengan Razmin apabila Chempaka ada bersama.
“ Aku tak main le…isteri orang ni, kali ni…aku nak tunjuk kat mak aku bakal menantu dia. Macam tak caya lak aku dah dapat calon yang sesuai dalam masa yang terdekat ni. Mak aku tak akan tolak pilihan yang aku bawa untuk di beri penilaian kali ini. Calon ni…pasti dapat full mark dari mak aku, A+ + ni… kau tunggu kad aku nanti”. Seronok Razmin mengenakan Adam apabila menyedari mata Adam tak lekang dari memandang kenalan barunya kali ini. Adam juga menunjukkan reaksi seolah-olah dia pun berminat dengan Chempaka.
Semakin serba salah Chempaka dengan perbualan dua jejaka idaman Malaya kali ini. Wajarkah dia memohon untuk keluar dari tempat itu, sedangkan Fira sedari tadi tak juga muncul-muncul. ‘ Fira ni pun satu tak boleh nak harap bila time kecemasan dan terdesak macam ni…tak guna betul Fira ni, boleh dia tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Mamat tak cukup sekupang ni pun boleh pulak buat muka tembok kat depan mata aku ni, dah tak reti-reti nak masuk bilik sendiri ke? Atau dah tak ada kerja nak dibuat kat dalam bilik dia’.
“ Cik Chempaka, macam mana dengan permintaan I tadi. Jadi tak you temankan I nanti. I tak le bosan kalau you sudi ikut kereta I. Tak kan tak sudi kot…ke ada yang marah, tu yang you susah nak bagi jawapan kat I”. Adam memasang telinga supaya dia tidak terlepas mendengar jawapan dari mulut Chempaka.
“ Sorry le…saya tak dapat bagi jawapan sekarang, nanti-nanti saya bagitahu encik Razmin. Lagi dua hari kita nak gerak. Lambat lagi tu”. Senyuman manis terukir jua pada bibir comel Chempaka.
Chempaka meminta diri kerana dia mahu menyiapkan tugasan yang perlu dihabiskan sebelum mengakhiri praktikum di Berjaya Padu Holdings. Tak semena-mena Adam juga bangkit berdiri dan memaklumkan pada Razmin yang dia mahu balik ke biliknya. Pantas langkahnya bagi menyaingi Chempaka yang berada beberapa meter darinya. Tangan Chempaka ditariknya ke tepi dan langkah Chempaka dihadangnya. Terkejut Chempaka dengan tindakan Adam kali ini. Badannya ditolak ke dinding oleh Adam dan pergerakan Chempaka terkunci apabila kedua-dua belah tangan Adam memagari badannya.
“ Apa awak buat ni? Kalau ada orang nampak macam mana? Saya yang malu dan awak pun akan dipandang serong oleh pekerja sendiri nanti”. Chempaka sedaya mungkin cuba melepaskan diri dari cengkaman Adam tetapi sedikitpun tidak meninggalkan kesan pada Adam. Muka Adam semakin hampir dengan muka Chempaka, hembusan kasar nafas Adam terasa dikulit muka Chempaka. Adam meratah puas muka Chempaka yang semakin mendekat pada wajahnya dan sekelip mata sahaja bibir Chempaka menjadi mangsa bibir Adam. Chempaka meronta-ronta untuk membebaskan dirinya tetapi masih gagal.
“ Awak!...please…tolong lepaskan saya, apa salah saya pada awak kali ni? Awak jangan buat saya macam ni…”. Rayuan Chempaka tidak dihiraukan langsung oleh Adam tetapi wajah mulus milik Chempaka sekali lagi menjadi mangsa hidung Adam, beberapa saat berlalu dan Chempaka pasrah untuk sekian kalinya. Derap tapak kasut seseorang semakin menghampiri tempat mereka berdua berada. Sekelip mata Adam melepaskan Chempaka dari pegangannya.
“ Ingat!...perkara ni masih belum selesai lagi, jangan ingat you dah terlepas dari I. Sebelum balik datang bilik I…I tunggu you”. Ini bukan permintaan Adam tetapi arahan yang harus dipatuhi dan sesekali tidak boleh ingkar. Chempaka hanya menganggukkan kepala kerana dia sudah kehilangan suara kerana terkejut dengan tindakan Adam terhadapnya. Chempaka membetulkan baju dan tudung yang dipakainya manakala Adam sudah menjauh sedikit dari dirinya. Adam juga turut membetulkan kemeja yang dipakainya dan dengan menggunakan jari-jarinya dia membetulkan rambutnya yang tidak sekemas tadi.
“ Eh!...bos buat apa kat sini? Cik Chempaka pun ada sama?”. Kelihatan ada kejutan pada wajah Nani apabila melihat situasi bosnya dan Chempaka dalam keadaan yang sangat mencurigakan itu. Berbagai persoalan yang muncul di benak Nani berkaitan perhubungan bosnya dengan Chempaka.
“ I lalu kat sini tadi tetiba I nampak Cik Chempaka macam ada masalah je…tu yang I ada kat sini. Dia pening kepala tu, nanti you tolong bawa dia ke bilik dia. Nani jangan lupa bagi dia panadol sekali…”. Dengan pantas langkah Adam diatur ke biliknya. Ada ketegangangan terukir pada wajah tampannya apabila dia teringatkan pelawaan Razmin untuk membawa Chempaka ke Lumut nanti.
“ Chempaka you o.k ke tak ni? Macam mana sampai jadi macam ni. Nasib baik bos ada kat sini tadi…kalau tak, tak tahu apa jadi pada you. Encik Adam tu memang baik dan penuh perhatian kepada orang bawahannya. Untung sesiapa yang dapat tawan hatinya. Nasib baik akak dah kawin…kalau tak dah lama akak tackle bos kita tu”. Nani sempat memuji bos kesayangan mereka kepada Chempaka.
“ Oh!...ya ke? Saya tak tahu pula yang bos kita tu baik orangnya. Beruntung staff kat sini dapat bos muda, handsome dan baik pulak tu”. Sengaja Chempaka menunjukkan reaksi yang positif apabila membicarakan tentang Adam. ‘ Baik la sangat tu…mamat perasan tu yang dia orang kata prihatin…telinga aku tak silap dengar ke? Aku yang setiap hari mengadap dia macam tak tahu dengan perangai dia yang macam-macam tu’. Nani cuba membantu Chempaka tetapi telah ditolak dengan cara yang baik oleh Chempaka.
“ Chempaka…hati-hati jalan, tak pasal-pasal nanti I yang dipersalahkan bos kalau jadi apa-apa kat you”. Setelah berpesan agar Chempaka lebih berhati-hati, Nani masih sempat memerhatikan Chempaka melangkah menuju lif untuk turun ke tingkat bawah. ‘ Budak Chempaka ni memang cantik, mana tak juling mata pegawai-pegawai kat sini melihat dia. Sekarang ni…dah tiba giliran bos pula ke nak mengorat dia ni. Kalau betul pun apa salahnya…boskan bujang lagi dan si Chempaka pun masih solo…tak salah pun’.
Di biliknya Chempaka melepaskan perasaan sakit hatinya dengan menconteng-conteng kertas tanpa tujuan. Dia membayangkan kertas tersebut adalah muka Adam dan dengan sepenuh hatinya dia menconteng kertas tersebut. Hatinya masih belum puas dan tindakan terakhirnya adalah mencampak kertas tersebut ke bakul sampah. Terasa sedikit lega setelah dia membayangkan Adam telah di bakul sampahkannya.
“ Mana kau hilang tadi Chempaka, jenuh aku cari kau kat sana. Kau dah dapat nombor bilik tak? Aku dah dapat dah ni…tapi, masalahnya bukan kau pasangan aku tapi kat Lia le…”. Fira tiba-tiba muncul dalam bilik kerja mereka berdua. Mereka bersembang dari satu isu ke satu isu sehingga Chempaka menyedari yang dia masih belum ada bilik dan tidak mengetahui siapakah gerangan yang akan menjadi pasangannya nanti. Itu bukan masalah besar baginya kerana dia yakin syarikat ini akan menyediakan penginapan yang cukup untuk ahli yang menyertai trip mereka kali ini.
“ Tak kisah le Fira dengan siapa kita berpasangan nanti janji kita masih bersama nanti kat sana. Jangan kat sana nanti kau lupakan aku pulak bila dah dapat pasangan baru, macam hari ni. Aku duduk le tercongak dekat sana sendirian, dok tunggu kau macam patung cendana. Last-last kau dah dapat kawan baru…aku kau tinggalkan sorang-sorang”. Berjeda seketika Fira bila mengakui kesilapannya tadi.
“ Aku minta maaf pasal tadi. Aku tak sengaja,…nasib baik kau masih selamat kat sini. Kalau kau hilang kena kidnap dengan mana-mana lelaki tadi…tentu aku dapat makan nasi minyak kau kan?”. Masih sempat membuat lawak bodoh kala hati Chempaka membengkak mengenangkan kejadian dia terperangkap dengan encik bos mereka tadi.
“ Tak payah nak tunggu aku kena kidnap dulu baru kau nak makan nasi minyak…bila-bila masa aku boleh belanja kau kat kedai mamat seberang jalan tu. Kalau aku tak kena kidnap, kesian kau tak dapat makan nasi minyak. Kau asyik doakan aku kena kidnap je…kalau masin mulut kau macam mana? Kau tak kesian ke aku ni…kalau dapat penjahat yang baik tak pe la gak, tetiba aku di kidnap oleh penjahat yang betul-betul jahat…macam mana? Sampainya hati kau, Fira…doakan agar aku dikidnap oleh pakwe-pakwe yang glamour je tau!...”. Chempaka mempamerkan riak tidak puas hati dengan kata-kata Fira tadi. Sengaja mukanya di masamkan dan dia tidak menoleh pada Fira walau sedikit pun.
“ Chempaka aku tak bermaksud macam tu. Aku hanya bergurau sahaja tadi tu. Kau memang terasa hati ke? Sorry le…aku tak bermaksud macam tu terhadap kau. Jangan kau salah sangka pulak kat aku. Bagi aku kau le…sahabat dunia akhirat aku. Aku dah anggap kau macam saudara kandung aku dah…selama ni kalau aku gurau dengan kau…kau macam tak kisah je. Kau ada masalah lain ke? Kalau betul kau ada masalah, kau citer le kat aku…mana tahu aku boleh ringankan beban kau tu”. Fira dapat melihat Chempaka macam tak gembira sahaja sejak akhir-akhir ni, bagaikan orang yang bermasalah. Apabila ditanya dia hanya mengatakan tiada apa-apa masalah yang melandanya.
“ Kenapa tetiba je kau serius pula ni. Aku hanya bergurau je tadi. Tak tahu pula aku ada bakat terpendam dalam bidang lakonan. Nanti kalau ada audition untuk mencari pelakon baru…aku nak minta kau temankan aku. Nanti kalau aku dah jadi pelakon terkenal, kau juga yang akan berbangga kerana memiliki seorang kawan pelakon hebat seperti aku”. Sekali lagi Fira terkena dengan permainan Chempaka.
“ Wah!!!...kau bukan sahaja mempunyai bakat terpendam tetapi bakat yang telah direndam selama berkurun-kurun lamanya. Itu yang membezakan kau dengan pelakon lain nanti. Kemunculan pelakon berbakat terendam lama akan mewarnai persada filem Malaysia. Fuh…meletop kau nanti Chempaka”. Ulasan Chempaka membuatkan mereka berdua ketawa terbahak-bahak kali ini.
Jam telah menunjukkan ke angka lima petang. Chempaka bercadang untuk bersolat asar dulu baru dia akan ke bilik Adam. Jika dia tidak menunaikan kewajipannya kepada Yang Esa sekarang dia takut dia tak sempat nanti. Setelah habis menunaikan solat baru dia melangkah ke bilik Adam.
Salam diberi oleh Chempaka sambil mengetuk pintu bilik Adam. Semasa melintas ruang pejabat yang menempatkan pekerja-pekerja dibahagian tersebut, suasana sudah mula lenggang. Kebanyakannya sudah balik dan ada yang berkemas-kemas untuk pulang ke rumah masing-masing. Arahan agar dia masuk telah menyelamatkan dia dari terus menjadi perhatian staff yang masih ada ketika itu.
Mata Chempaka menerokai segenap ruang pejabat yang menempatkan CEO muda yang berkaliber di mata masyarakat korporat tetapi tidak pada mata kasarnya. Chempaka tidak berani duduk kerana tidak dipersilakan duduk oleh tuan punya bilik tersebut. Mata Chempaka masih meliar memerhati segenap ruang bilik tersebut. Terpampang gambar keluarga mertuanya. Tan Sri Zaid, Puan Sri Zaida dan Adam berada ditengah-tengah antara mereka berdua. Ralit dia memerhati gambar tersebut sehingga tidak menyedari yang dirinya pula menjai santapan mata nakal Adam.
“ Silakan duduk Puan Chempaka Maisara binti Razak. Tak lenguh ke kaki tu nak berdiri je…”. Adam mengecilkan anak matanya apabila terperasan Chempaka memandangnya terus tanpa mempedulikan kata-katanya. Sakit kepalanya kembali menyerang, berkerut-kerut dahinya menahan sakit kepala. Menyesal pula dia kerana memberitahu Nani yang Chempaka pening kepala tadi. Keadaan sudah terbalik sekarang apabila dia pula yang mengalami sakit kepala, berdenyut-denyut apabila sesekali ia menyerang.
“ Boleh saya duduk sekarang encik Adam? Tak menjadi kesalahan kalau saya duduk kat kerusi ni kan? Ada apa encik Adam nak sangat jumpa dengan saya ni? Ada hal penting sangat ke sampai tak menyempat nak bersembang di rumah ni?”. Pertanyaan demi pertanyaan yang dilontar oleh Chempaka tidak dibalas oleh Adam. Matanya dipejam celikkan kerana menahan rasa sakit yang semakin menyengat di kepalanya.
“ Chempaka…you tolong picitkan kepala I jap. Sakit sangat ni…please…I janji, I tak kan buat apa-apa pada you kat sini”. Permintaan Adam mengejutkan Chempaka. ‘ Biar betul dia ni. Sakit sangat ke? Nak tolong ke tak ni…kalau aku tak tolong dia ni, karang jadi apa-apa aku juga yang susah…memang menyusahkan aku betul le dia ni’. Kesian pula melihat Adam tersandar dengan mata terpejam kala ini. Dengan berat hati Chempaka menghampiri kerusi tempat duduk Adam dan…dengan segala kepakaran mengurut yang memang tiada dalam kamus hidupnya dia tetap melakukan picitan di bahagian leher dan kepala demi permintaan Adam.
“ Encik Adam, o.k tak saya picit ni. Kalau sakit bagitahu saya, ya…saya tak ada ilmu dalam bab picit memicit ni. Kat kampong saya ada makcik Limah ni, dia memang pandai urut tapi saya masih belum sempat nak berguru dengan dia. Kalau encik Adam nak, nanti saya minta ayah carikan tukang urut betul-betul untuk urutkan”. Adam tidak memberikan apa-apa komen dengan cerita yang disampaikan oleh Chempaka. Hanya picitan Chempaka yang lembut di bahagian leher dan kepala sahaja yang sedang di nikmatinya. Tidak terluah apa-apa dari mulut Adam kerana dia mahu meredakan kesakitan yang sedang menyerangnya. Omelan dan cerita Chempaka berlalu begitu sahaja di pendengaran Adam. Suasana hening di bilik Adam semakin dirasakan apabila tidak kedengaran percakapan antara mereka berdua. Masing-masing enak melayan perasaan sendiri-sendiri tanpa mahu menngganggu antara satu sama lain. Jari runcing Chempaka masih menari lembut pada kening dan dahi Adam yang kelihatan memejamkan matanya.
“ Awak…o.k tak saya buat ni? Awak nak saya picit lagi ke?”. Chempaka memecahkan keheningan antara mereka berdua.
“ Emmm…picit sikit lagi. Ada lega dah ni. Saya nak tidur jap”. Hanya jawapan yang ringkas sahaja Adam nyatakan pada Chempaka.
“ Awak dah nak maghrib ni…saya nak balik dulu…boleh ke tak?. Kat rumah nanti saya sambung picit awak lagi”. Chempaka mahu balik sekarang kerana dia tidak mahu memandu pada waktu malam. Boleh dikira dengan jari, semenjak dia boleh memandu jarang sekali dia memandu pada waktu malam kerana dia tidak mahir dengan suasana gelap. Adam sendiri tidak tahu tentang kelemahan Chempaka yang satu itu.
“ Ugh!!!...dah senja ke? I tak sedar, rupanya dah nak maghrib. You solat je kat bilik I, lepas solat baru kita balik. Kat hujung tu bilik air dan kalau I tak silap kat laci sana tu ada telekung. You boleh gunakan telekung tu…itu telekung mummy I, dulu dia kerap datang sini bila I ada banyak tender nak masuk”. Jarak yang terlalu dekat menakutkan Chempaka, cepat-cepat dia mahu ke bilik air agar dia terselamat dari Adam dalam sebarang bentuk ancaman mahupun perbuatan.
“ Awak tak nak solat sekali ke? Kalau awak dah o.k dan nak solat…saya tunggu awak. Nak solat sekarang ke tak ni?”. Pertanyaan Chempaka yang telus dan berterus terang menyebabkan Adam terus mengiakan yang dia juga mahu bersolat waktu itu.
Mereka menunaikan kewajipan dalam suasana yang sungguh mendamaikan. Bilik pejabat Adam dijadikan ruang bersolat oleh mereka berdua. Adam mengimamkan solat maghrib mereka dan hanya doa ringkas sahaja yang dibaca oleh Adam sehabis solat. Chempaka begitu seronok apabila Adam sudi berjemaah dengannya. Inilah solat pertama yang diimamkan oleh Adam setelah mereka sah menjadi suami isteri yang sah.
“ Chempaka, nanti you naik kereta dengan I balik ni. Kereta you tinggal je…esok baru ambik. Nanti I akan bagitahu guard yang bertugas malam ni, untuk tengok-tengokkan kereta you. Tak ada masalah hilang atau pecah kereta kat kawasan syarikat kita sebab guard bertugas 24 jam. You siap dan tunggu I jap. I nak kemas barang-barang I dulu”. Lembut pula tutur kata Adam menyapa pendengaran Chempaka. ‘ Baik pula mamat ni kat aku malam ni. Baik sebab dia sakit ke?. Kalau macam tu, baik sakit memanjang…tak de le aku teruk kena dengan dia tiap-tiap hari. Takkan aku nak doakan dia sakit setiap hari, itu dah melampau pulak. Allah pun tentu tak makbulkan doa aku kerana doakan dia sakit memanjang’.
“ Jom gerak, I dah siap. Takkan kita nak tidur kat pejabat pula malam ni. Kalau you nak tinggal kat sini pun boleh…you boleh tolong jagakan bilik I untuk malam ni”. Satu kejutan bagi Chempaka apabila Adam yang sudah di anggap insaf tadi telah mula menunjukkan sikapnya yang sebenar.
“ Oh!...o.k…jom le. Tak ingin saya nak jadi jaga kat bilik awak ni”. Adam membontoti langkah Chempaka untuk ke tempat parking kereta. Guard syarikat yang bertugas shif malam menegur Adam, siapa yang tak kenal dengan Adam di Berjaya Padu Holdings, dari serendah-rendah pangkat sehinggalah sebesar-besar pangkat yang disandang di sini.
“ Pakcik, saya nak pakcik tengok-tengokkan kereta yang di sana tu…esok saya akan datang ambil, pakcik pastikan keselamatan kereta tu kerana saya tak mahu ada sebarang masalah”. Pesanan Adam menyebabkan guard yang bertugas terus menyuluh-nyuluh ke arah kereta yang dimaksudkan oleh Adam. Mereka berdua terus melangkah ke kereta Adam untuk balik ke rumah.
Chempaka menyedari guard yang bertugas masih mahu mencuri pandang kepadanya. Dia sempat mengelakkan diri dari menjadi santapan mata pak uard yang berusia lewat tiga puluhan. Chempaka tidak mahu dia menjadi mangsa fitnah dan umpatan pekerja di situ. Bahaya untuk keselamatan peribadinya…kerana setakat ini tiada sesiapa yang mengetahui statusnya yang telah berubah. Adam selamba sahaja memandu dan sesekali kelihatan tangannya mengurut-ngurut leher sendiri.
“ I ingat lepas ni…you tolong masakkan sup untuk I. Badan I ni macam nak demam la pula. Kalau dapat makan benda-benda panas mungkin sedap sikit”. Jarang sekali Adam meminta Chempaka menyediakan makanan untuknya. Menyediakan sup bukannya perkara yang sukar bagi Chempaka, Cuma…dia takut masakannya nanti tidak menepati dengan selera Adam.
“ Awak nak saya masakkan sup apa? Nanti salah masak awak tak makan, buat penat saya masak je…”. Chempaka melontarkan kata-kata yang bersarang di hati kecilnya.
“ You masak le sup apa-apa pun tak kisah, janji sup…I akan makan lepas solat isyak nanti”. Permintaan kecil Adam membuatkan Chempaka berbesar hati untuk memasakkan sup sebagaimana yang telah diminta oleh Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience