Jam telah menujukkan ke angka satu pagi. Terasa lesu seluruh badanku. Mindaku seolah-olah telah lumpuh. Dengan berat hati, aku terpaksa menukar baju dengan baju yang lebih sopan untuk ke pejabat agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Adam kelihatan lebih tenang berbanding aku.
Menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat memutarkan semula masa. Adam masih membisu, sesekali kelihatan dia membelek-belek telefon bimbit canggihnya. Aku dan Adam dibawa menaiki kenderaan jabatan agama.
Malu…aku malu pada semua orang apabila terpampang di dada-dada akhbar nanti kisah tangkap khalwat aku dan Adam. ‘Mama…ayah…tolong Chempaka’ bukan ini yang Chempaka inginkan. “Along…angah…tolong Chempaka…”. Perlahan aku menyeru nama abang-abangku.
Di pejabat agama Adam menelefon Tan Sri dan Puan Sri. Begitu pun aku terkesan dengan sikap tenang yang ada pada dirinya. Aku hanya berdiam diri dan juraian air mata tetap membasahi pipiku. Tiada istilah malu dalam kamus hidupku buat masa ini. Hanya Allah sahaja yang Maha mengerti tanggungan perasaanku pada masa ini.
Setelah ditahan dan disoal siasat oleh pegawai yang bertugas barulah pasangan Tan Sri dan Puan Sri sampai. Aku dipujuk oleh Puan Sri manakala Tan Sri dan Adam berjumpa dengan pegawai yang menggendalikan kes kami.
“ Makcik…Chempaka tak bersalah. Chempaka tak buat perkara tak senonoh tu…percayalah. Macam mana Chempaka nak terangkan pada keluarga Chempaka nanti. Dapat ke mama, ayah, along dan angah terima semua ini.” Dengan esakan yang masih berbaki Chempaka mengharapkan pengertian dari Puan Sri.
Kelihatan merah padam muka Adam apabila keluar dari bilik pegawai agama tersebut. Pasti ada sesuatu yang tidak beres di dalam perbincangan tadi. Kami dibenarkan balik dengan ikat jamin dan diminta hadir pada esok pagi. Tangan Puan Sri masih kemas menggenggam tanganku bagai menyalurkan kekuatannya kepada ku.
“ Adam tak dapat terima cara pegawai tu tadi menyelesaikan masalah ni, papa. Tak ada cara lain ke?. Macam mana nak buat ni…papa kena tolong Adam. Kami tak bersalah papa. Papa pun tahu, Adam dengan Chempaka tak akan buat perkara terkutuk tu. Kami masing-masing tak bersalah”. Baru kini aku nampak dia betul-betul tertekan dengan kejadian malam ini.
“ Papa tahu, Adam anak yang baik. Begitu juga dengan Chempaka. Perkara ni telah berlaku jadi…kita cari jalan penyelesaian yang paling baik. Adam lelaki, kesannya lebih kepada Chempaka. Papa kena berlaku adil pada kamu berdua dan Adam mesti ingat…maruah keluarga kita juga mesti dijaga. Begitu juga dengan maruah keluarga makcik Hanum dan pakcik Razak kerana anaknya adalah perempuan. Papa mahu Adam tolong fikirkan baik-baik cadangan pegawai tadi”. Adam bungkam dengan kata-kata papanya. Perkara ini boleh ditutup sekiranya mereka bersetuju untuk dinikahkan. Tertutup dari dihebahkan oleh media massa. Faham-faham sahajalah wartawan-wartawan di luar sana memang suka menulis perkara panas sebegini. CEO Berjaya Padu Holdings ditangkap khalwat. Seluruh Malaysia akan gempar dengan perkara ini. Mana lagi nak disorok muka keluarga Tan Sri Zaid dan Puan Sri Zaida.
Pagi-pagi lagi Chempaka telah bangun dan menyediakan sarapan pagi bagi menghilangkan gundah dihatinya. Fikirannya buntu untuk menceritakan perkara malam tadi pada ayah dan mamanya. Esok mama dan ayah akan sampai juga untuk mengambilnya di rumah yang telah mencatatkan sejarah hitam dalam diari hidupnya.
Tan Sri turun ke ruang bawah kemudian diikuti oleh Puan Sri. Melihat sarapan pagi telah terhidang dimeja makan, mereka kehairanan kerana setahu mereka Mariam, pembantu rumah mereka tiada kerana bercuti. Apabila melihat Chempaka menatang seteko air ke ruang makan baru mereka tersedar…Chempaka yang membuat sarapan pagi untuk mereka sekeluarga.
“ Chempaka jangan susah-susahkan diri untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami. Nanti pakcik dengan Adam boleh bersarapan kat office. Kejap lagi Adam turun, boleh kita bincang pasal perkara malam tadi.” Ujar Tan Sri.
Chempaka menggangguk-angguk kepala sahaja. Seketika kelihatan Adam menuju ke ruang makan. Puan Sri menuangkan air ke dalam cawan milik Adam. Tan Sri meminta Chempaka dan Puan Sri bersiap-siap kerana mereka akan ke pejabat agama. Tan Sri dan Adam akan ke pejabat sekejap sahaja dan akan keluar untuk sama-sama ke pejabat agama.
Puan Sri Zaida menelefon mama dan menceritakan kejadian yang telah berlaku. Hanya perbualan ringkas sahaja antara Puan Sri Zaida dengan mama. Menurut makcik Zaida, mama akan sampai ke rumahnya pada esok hari.
Setelah bersiap seadanya, aku dan Puan Sri meninggalkan rumah menuju ke pejabat agama. Doaku agar Adam lebih rileks berbanding malam tadi. Semoga perbincanga hari ini lebih ke arah penyelesaian yang berpihak kepada kami berdua. Setibanya di sana, Tan Sri Zaid dan Adam Hasif sudah menunggu kami di ruang menunggu. Perbincanga berlangsung dalam keadaan terkawal dan sesekali sahaja kelihatan Adam beremosi. Aku hanya mendengar dan terus mendengar.
Kata putus telah diambil oleh pegawai yang dipersetujui oleh kami berdua. Aku dan Adam Hasif. Kami telah didenda dan diminta hadir ke pejabat agama tiga hari lagi. Kami semua akan berbincang setibanya mama dan ayah nanti.
Wajah tegang Adam ku renung seketika. Sedang asyik aku berteka-teki dengan diri sendiri, Adam memandang ke arahku. Aku tertangkap dengan perbuatan sendiri. “ Apa pandang-pandang I, you ingat salah I seorang ke?”. Membuak-buak darah merah menyerbu ke mukaku.
“ Ngapanya?. Awak ingat saya suka sangat kena tangkap basah macam ni?. Senang-senang cakap,..ingat saya nak sangat pandang muka awak tu…kalau tak macam ni jangan harap saya nak pandang muka awak tau!!!...”. Chempaka juga tidak mahu mengalah, mamat tak cukup akal ni mesti diajar cukup-cukup. Biar padan muka dia.
Lewat petang ayah dan mama tiba dan disambut mesra oleh Puan Sri Zaida. Adam dan Tan Sri masih belum pulang dari pejabat. Kepenatan terpamer di wajah ayah kerana pemanduan yang jauh. Mama dan makcik Zaida bersembang mesra, bagaikan tiada apa-apa yang merunsingkan mereka. Tangan ayah dan mamaku salam dengan pelbagai rasa. Ayah memandang ku tanpa berkedip dan memeluk erat aku ke dalam dakapannya. “ Ayah sayang Chempaka, dan ayah tahu Chempaka dipihak yang benar. Jangan takut, ayah tak salahkan Chempaka dalam perkara ni”.
Tangisan berlagu lagi. Dalam pelukan ayah aku lepaskan segala yang terpendam sejak semalam. Tidak dapat ku tahan tangisan sendu ini. Tidak pernah ku pinta perjalanan hidup yang indah ku rancangkan sebaliknya begini pula yang terpaksa ku lalui.
Sedang asyik aku melepaskan perasaan pada ayah dan mama, Tan Sri dan Adam sampai. Mereka bersalam dan berbalas pelukan. Makcik Mariam telah tiba lewat tengahari tadi dan telah dijemput oleh Puan Sri di Pudu Raya. Minuman petang telah dihidangkan dan kata sepakat telah dambil.
Aku menerima keputusan keluarga dengan perasaan yang teramat berat. Aku yakin Adam juga seperti ku tidak merelakan keputusan yang telah dibuat oleh ibu bapa kami. Kami tiada pilihan. Terpaksa merelakan diri dengan keputusan ini. Kami akan dinikahkan dalam masa yang terdekat. Esok bermulanya persiapan pernikahan kami. Pernikahan semata-mata, tiada sebarang majlis dulu buat masa ini.
Pernikahan ini adalah untuk menutup aib keluarga dan demi menjaga maruah keluargaku dan keluarga Tan Sri. Aku bersetuju dan Adam juga bersetuju. Lusa pernikahan kami akan diadakan di pejabat agama sahaja. Hancur berkecai hatiku, serasanya mahu aku mati sahaja. Terikat dengan Adam bukan impian hidupku. Kalau diberi pilihan, mati hidup semula pun aku tidak mahu berkahwin degannya.
Mama menghubungi angah dan along. Mereka juga seperti mama dan ayah tidak pernah menyalahkan aku malah memberikan sokongan moral padaku. Aku bertuah kerana memiliki mereka sebagai abang. Mereka akan balik dan akan datang ke majlis pernikahan ku nanti. Pernikahan yang tidak pernah dirancang dan akan berlaku dalam masa sehari sahaja lagi.
“ you rasa macam mana perhubungan antara kita nanti selepas kawin?. You boleh terima I sebagai husband you ke?. Rasa-rasanya macam mana?”. Buat pertama kalinya selama seminggu aku berada di sini kami bersembang berdua sahaja.
“ Bagi saya benda ni terlalu besar dan amat mengejutkan. Selebihnya saya masih belum dapat fikir lagi. Saya baru kenal awak dalam lima enam hari ni, tak tahu macam mana nak cakap”. Wajah lembut Chempaka direnung lama oleh Adam. Cantik dan mempesona mata lelakinya. Menipulah Adam kalau menafikan pandangan mata lelakinya ke atas Chempaka. Menarik dan terasa mahu memandang terus wajah Chempaka…terus memandang dan merenung lama. Chempaka termalu sendiri dengan perlakuan Adam.
Majlis serba ringkas telah menyatukan Adam dan Chempaka dalam satu ikatan perkahwinan. Sedih tetapi inilah perancangan Allah yang tidak boleh dielakkan oleh manusia sepertinya. Sakit untuk diterima tetapi inilah percaturan Allah untuk hidupnya. Hanya airmata yang lebih mengerti hatiku tika ini.
Selesai akad nikah sebentar tadi, tangan Adam ku salam dan ku cium buat pertama kalinya. Selama aku hidup, dialah orang pertama yang ku benarkan memegang dan menciumku selain dari keluargaku yang sepatutnya. Perlahan-lahan dahiku dikucup olehnya. Terasa sejuk seluruh badanku…pun begitu Adam adalah Adam tetap dengan caranya tersendiri. Hati batu betul dia ni…
Kelihatan seorang dua kawan Adam turut ada sama di situ. Adam masih bersembang dengan teman-temannya. Masih sempat bergelak tawa lagi dan yang paling ketara mata mereka memandang ke arah ku. Terasa hina sekali diriku diperlakukan begitu oleh Adam. Air mataku tumpah lagi untuk sekian kalinya. Mama menyedari keadaan ku yang sedang larut dalam kesedihan. Mama memeluk dan membisikkan kata-kata semangat buatku.
Setelah semuanya selesai kami semua berangkat balik ke rumah Tan Sri Zaid. Makan tengahari telah disediakan oleh makcik Mariam. Berbagai-bagai juadah istimewa disajikan untuk keluarga kami. Makcik Mariam tidak kelihatan sedih dengan kejadian yang telah menimpa ku. Sampai hati makcik Mariam tidak bersimpati dengan nasib yang menimpaku.
Sehabis sahaja makan tengahari semua orag bersembang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tahukah mereka betapa remuknya hatiku kala ini. Tidak bersimpatikah mereka dengan diriku ini. Adam???...bersama along dan angah sedang leka bersembang. Apa sebenarnya semua ini?. Adakah aku seorang sahaja yang berduka atas kejadian ini.
Mama akan balik ke Ipoh pada esoknya. Aku tidak akan membenarkan mama dan ayah balik tanpa aku ikut sekali. Adam masih sama tidak pernah menghiraukan kehadiranku. “ Chempaka!...nanti tidur bilik Adam. Mummy nak along atau angah tidur kat bilik tu malam ni. Adam nanti bawa Chempaka masuk bilik Adam. Jangan buat hal pula. Mummy tak nak dengar apa-apa pun dari Adam. Chempaka tu dah jadi isteri Adam…dah sah…dah halal segala-galanya. Sedia atau pun tidak Adam kena terima Chempaka sebagai isteri Adam. Begitu juga dengan Chempaka. Tidak boleh tidak-tidak”. Melopong mulutku apabila mendengar arahan dari mummy mertuaku ini.
Malam semakin lewat, masing-masing telah mengantuk. Mama dan ayah telah bergerak ke bilik. Mummy dan papa juga telah meminta diri begitu juga dengan along dan angah. Yang tinggal hanya kami berdua sahaja, masih menonton televisyen diruang tamu keluarga. Adam memandang aku yang separuh sedar. Masing-masing sudah mengantuk tetapi digagahkan juga. Adam bangun dan bergerak ke bilik., Chempaka masih setia disitu. Terasa bersalah pula apabila membiarkan Chempaka bersendirian di depan televisyen.
Langkah Adam terhenti di anak tangga yang pertama. Berpusing seketika dan berpatah balik ke ruang menonton. “ Chempaka…jom naik atas, tidur kat bilik I. Kalau dah ngantuk sangat nak I dukung you ke?.” Terus hilang ngantuk Chempaka, sepantas kilat dia bangkit dan mengikut Adam ke bilik.
“ Malam ni you boleh tidur dekat mana saja yang you suka kat bilik I ni. Kalau rasa tak selesa dengan I you boleh tidur kat sofa, kat bawah tu, atau nak yang paling special lagi kat bilik air tu.” Kata-kata Adam begitu menyakitkan hati Chempaka. Ingat aku kebulur sangat nak tidur dalam bilik dia ni.
“ Saya kat mana-mana pun boleh tidur. Tak tidur pun boleh tapi…kalau mummy awak tanya, saya akan jawab dengan jujur apa yang telah awak lakukan pada saya”. Jawapan Chempaka telah mengubah pendirian Adam. Kalau you berani nak tidur kat atas katil I ni, memang dialu-alukan. Kalau terjadi apa-apa yang tak diingini jangan salahkan I pulak.” Kata-kata dari Adam menakutkan Chempaka.
“ O.k, I boleh bagi you tidur kat katil tu dengan i tapi…you kena janji dengan I, kalau terjadi apa-apa nanti jangan nak report kat mummy pula”. Merona merah muka Chempaka mendengar amaran dari Adam.
“ Takut ke?. I bukan jenis yang mengambil kesempatan tau!...cepat…sebelum tawaran nie I batalkan. Bilik ni sejuk. Kalau you boleh tahan sejuk sila tidur kat tempat-tempat yang I dah bagitahu tadi. Kalau bangun esok you dah beku, jangan salahkan I”.
Lama Chempaka mempertimbangkan kata-kata Adam. Segala baik buruknya telah dipertimbangkan. “ Awak…saya rasa saya nak tidur dekat sofa tu. Ada selimut lebih tak?. Kalau tak ada, tak pe le…”.kedengaran terlalu naïf kata-kata Chempaka.
“ I kata you mesti tidur kat katil nie, kalau tak I call mummy sekarang juga. You jangan ingat I main-main. You nak I call mummy ke?.” Pantas tangan Adam mencapai telefonnya. Sepantas kilat Chempaka melompat ke atas katil.
“ I pelik la dengan you ni, tidur pun nak pakai tudung ke?. I ni your husband tau…bukak tudung tu. Tak pasal-pasal malam ni, I ingat hantu bungkus yang tidur sebelah I ni. Cepat!!!...kalau tak I panggil mummy tengok perangai aneh you ni.”
Dengan hati sebal, Chempaka membuka tudung yang membungkus kepalanya. Segan pun ada apabila menyedari Adam asyik memandang ke arahnya. Adam mengizinkan aku menggunakan sikatnya. Aku berlama-lama di situ. Aku mahu dia tertidur dulu.
“ Cepat sikit. I nak tutup lampu ni. Kalau rasa nak tidur kat almari solek tu, I tak ada halangan.” Segera lampu dipadamkan oleh Adam.
Malas aku melangkah ke katil. Harap-harap malam ni sahaja aku tidur sekatil dengannya. Esok aku tetap akan mengikut mama dan ayah balik kampung. Jangan ada yang menghalang aku.
Akibat keletihan aku tidur dengan begitu lena tanpa menyedari hari telah meninggi. Apabila aku terjaga dari tidur, Adam masih lagi berselimut. Maknanya kami berdua sama-sama tidak terjaga untuk menunaikan solat subuh. Perlahan-lahan aku bangkit dan terus menyelinap keluar dari bilik Adam kerana semua pakaian dan peralatanku berada di bilik sebelah.
Selesai mandi dan berpakaian aku keluar ke ruang dapur. Tidak tergerak hatiku untuk mengejutkan Adam. Salam ku berikan kepada semua yang sedang makan di ruang makan keluarga. “ Lena tidur malam tadi Chempaka?”. Pertanyaan dari mummy tidak ku jawab. Hanya anggukan sahaja yang menjadi jawapan. Papa mertuaku sudah lama ke pejabat, hanya Adam yang masih lena di dalam bilik.
“ Mana tak lenanya makcik, dah dapat bantal peluk baru. Bantal peluk ajaib…yang boleh diubah mengikut kesesuaiannya”. Kata-kata along dijawab dengan gelak oleh semua orang termasuk makcik Mariam. Aku buat-buat tak dengar sahaja. Muka ku tarik agar kelihatan lebih garang, tanda protes dengan jenaka dari along.
“ Mana bantal peluk baru Chempaka ni…dah jam sepuluh lebih pun masih tak keluar-keluar lagi dari bilik. Chempaka!...pergi kejutkan Adam cepat. Mama dengan ayah dah nak balik Ipoh pagi ni”. Arahan dari mummy ku ikut, walaupun berat hati untuk mengejutkan mamat tak sedar diri tu.
“ Awak!!!...bangun la. Mummy dah bising kat bawah tu…bangun la”. Selimut yang digunakan Adam ku rentap kasar.
“ Eh!!!...apa you buat kat sini. Chempaka…mana selimut I tadi. Bagi balik!!!...”. bukan main meradang lagi Adam apabila menyedari selimutnya telah ditarik Chempaka. Terkejut Chempaka apabila menyedari Adam tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek sahaja. Selimut di campak semula ke arah Adam dan sepantas kilat dia meluru keluar dari bilik. Adam hanya tersenyum melihat telatah Chempaka tadi.
“ Mana Adam?. Masih tak siap-siap lagi ke?.” Tanya Puan Sri pada Chempaka. Chempaka hanya memandang ke arah tangga. Doanya agar sekejap lagi Adam akan turun. Doanya telah dimakbulkan oleh Allah…Adam menapak menuju ruang makan utama keluarga dengan senyuman. Kerusi di sebelah Chempaka ditarik. ‘Sengal betul mamat ni, banyak-banyak kerusi, kat sebelah aku pula yang di duduknya’.
Mama meminta aku menuangkan air dan memasukkan nasi lemak ke dalam pinggan Adam. Sekali pandang tak ubah macam isteri solehah la pula…tak ingin… aku dekat mamat ‘afrid’ sekor ni…macam mana ya!...dialah suami aku buat masa ni dan masa-masa akan datang.
“ Mama, ayah…Chempaka nak ikut balik Ipoh hari ni. Mama dah janjikan…seminggu aje Chempaka kat sini. Sekarang Chempaka nak balik juga, Chempaka tak kira nak balik juga”. Semua mata memandang kearah aku. Sikap keanak-anakan yang terlihat dari diri aku menarik perhatian Adam. Adam memandang aku dengan senyuman terukir dibibir. Macam handsome…tapi memang handsome pun…sekali pandang macam Azlee khairi, pelakon televisyen tu.
“ Mama tak tahu nak kata apa. Dalam hal macam sekarang ni, Chempaka kena minta izin dari Adam dulu. Sebelum ni, memang mama janji nak ambil Chempaka sebab Chempaka masih lagi anak manja mama tapi…hari ni dah jadi lain dah…kena minta kebenaran dari suami dulu”. Hatiku pilu apabila mendengar kata-kata dari bibir mama.
Air mata sudah mula bergenang ditubir mataku. Adam masih tidak memberikan sebarang reaksi pada perbualan kami. Masih menyuap nasi lemak ke mulutnya. Sesekali dia mencuri pandang kepada ku. Ayah juga sama tidak mengulas apa-apa.
“ Awak!...boleh tak saya nak ikut mama dan ayah balik Ipoh ni”. Soalan Chempaka tidak dipedulikan Adam.
“ Chempaka…biar suami tu makan dulu. Tak baik tengah makan nak bincang benda lain”. Ayah mencelah seketika. Adam seronok mendengar kata-kata ayah mertua yang memahami keadaan. Biar terdera perasaan Chempaka sikit. Bukan Adam tak tahu keinginan Chempaka yang berkobar-kobar untuk balik ke kampungnya.
Selesai makan, sekali lagi Chempaka menyuarakan hasratnya untuk balik kampung. Adam hanya mendiamkan diri. “ Awak!!!...dengar tak apa yang saya cakap ni”. Geramnya hati Chempaka dengan perangai Adam yang buat-buat tak dengar. “ Buat apa nak balik Ipoh? I kan kat sini, masih cuti hari ni”. Kata-kata Adam menyebabkan Chempaka menangis sesungguh hatinya. Berjaya juga Adam mempermaikan Chempaka untuk sekian kalinya.
“ Kalau You nak juga balik kampung, jom ikut I naik bilik jap”. Ajakan Adam untuk ke tingkat atas cepat aje diikuti Chempaka. Beberapa pasang mata turut memerhatikan pasangan muda itu. “ Saya dah ikut awak dah ni, apa dia yang awak nak saya buat untuk awak lagi”.
“ I bukan nak apa-apa dari you, Cuma…I nak ingatkan you yang you sekarang adalah seorang isteri so,…pandai-pandailah you jaga diri. Kalau you nak balik terus pun I tak kisah. Baliklah…jaga maruah I sebagai suami you buat masa ni. You faham tak?. Jangan bagi masalah pada I dan keluarga I lagi”. Betapa sampai hatinya seorang suami melafazkan kata-kata sedemikian pada seorang isteri yang baru di nikahinya.
Air mata berjurai-jurai membasahi pipi Chempaka. Tanpa menuggu lagi Chempaka terus keluar dari bilik tidur kepunyaan Adam. Pakaian dan barang-barangnya dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Malas hendak ambil peduli dengan apa yang telah terjadi. Pandai-pandailah mereka menyelesaikan masalah yang akan timbul nanti. Bagi Chempaka perjalanannya masih panjang…jika jodohnya memang terus berkekalan dengan Adam Hasif, dia pasrah menerianya.
Adam hanya memandang perlakuan Chempaka. Tiada bantuanyang dihulurkan semasa Chempaka memasukkan beg pakaian ke dalam bahagian belakang kereta. Selesai bersalam-salaman masing-masing telah bergerak ke kereta, yang tinggal hanya Chempaka sahaja. Mata Adam tidak lepas memandang Chempaka yang sedang berpelukan dengan mummynya dan makcik Mariam.
Langkah kakinya dihalakan ke arah Adam. “ Awak!!!...saya balik dulu, saya nak minta maaf dari awak ni”. Susah payah patah-patah ayat tersebut dikeluarkan untuk memberitahu Adam. Kedudukan Adam yang agak jauh dari mereka menjadikan keadaan antara mereka berdua lebih mudah. Tangan Adam dicapai dan disalamnya.
Adam menghantar Chempaka ke kereta ayah mertuanya. Tangan kedua-dua mertuanya disalam dan diciumnya. “ Nanti jangan lupa call, bila dah sampai kampung”. Sudah hilang ingatan ke mamat ni, nak main call-call pula. Aku tersedar apabila tangan ku ditarik Adam. Adam memberikan nombor telefonnya kepadaku.
“ Adam…dalam seminggu dua lagi Chempaka kena balik semula ke sini. Latihan kerjanya akan bermula pada bulan depan”. Ayah ni terlebih ramah la pula pada hari ni. “ Oh, ya ke ? apa-apa nanti call Adam. Adam tak tahu tentang perkara ni. Kahwin pun kahwin ekspress, nak buat macam mana.” Terkejut aku dengan kenyataan Adam pada ayah. ‘Ini dah tahap melampau!!!...jangan kau nak libatkan ayah pula dalam perkara ini.’
Rindunya pada kampung tak terkata lagi. Aku mahu pergi jauh dari tragedi hitam yang telah melanda hidupku dalam minggu ini. Masalahnya aku bukan lagi Cik Chempaka Maisara tetapi dah bergelar Puan Chempaka Maisara. Status diriku telah berubah dan akan terus berubah kalau perkahwinan ini hancur tidak lama lagi.
Share this novel