Aku hanya mendengar perbualan mereka tanpa perasaan. Mereka berbual di selang seli dengan tawa penuh keseronokkan. Aku rasa terasing dari kelompok mereka dan Adam tidak mempedulikan kehadiran aku.
“ Adam, sejak bila you bertukar selera ni? Jauh bezanya dengan Shila…macam mana dengan Shila sekarang? Lama betul I tak jumpa dia. Tadi ada Razmin bagitahu I yang Shila nak join kita. Mungkin dia datang dengan Razmin, lambat sikit”. Suara kawan Adam begitu jelas di pendengaran Chempaka.
“ You ajak Razmin ke? I memang lupa nak bagitahu dia sebab dah dua hari dia di Sabah. Memang I tak jumpa dia dalam dua tiga hari ni. Wow!...Razmin datang dengan Shila”. Keterujaan terpamer pada wajah Adam apabila menyebut nama gadis tersebut.
Terdetik dihati kecil Chempaka bahawa Shila tentunya seseorang yang istimewa pada Adam. Terpancar keceriaan pada raut wajah Adam apabila mengetahui bahawa gadis bernama Shila akan menyertai mereka malam ini. ‘ Siapakah aku sebenarnya pada lelaki bernama Adam ini’. Desis hati Chempaka. Mungkin bukan sesiapa padanya dan aku…bisakah begini, mengharap pada sesuatu yang bukan milik aku.
Semua mata tertumpu pada sepasang manusia yang sedang menghampiri meja mereka. Chempaka lebih-lebih lagi kerana dia juga mahu menyaksikan sendiri sang gadis yang begitu istimewa dipandagan mata Adam.
“ Semua ada kat sini…rupa-rupanya aku yang terlewat. Shila, untung you malam ni, ada orang yang setia menunggu. Masih seperti dulu…takkan berganjak kalau you tak datang. I dah cakap kat you tadi, bertuah you ada orang yang sayang you walaupun you dah buat dia macam-macam. Look at me, he’s still love you forever”. Sambil Razmin bersalaman dengan semua yang ada disitu. Matanya terpaku pada satu wajah yang menarik perhatiannya.
“ Group kita dah bertambah, ya. I pernah jumpa you kan sebelum ni, kat Berjaya Padu Holdings. You Chempaka Maisara, right? Selamat bertemu kembali”. Razmin beramah dengan Chempaka.
“ Ya, kita pernah jumpa kat sana. Seronok jumpa encik Razmin lagi”. Senyuman dilemparkan oleh Chempaka. Adam memerhatikan gerak geri Razmin semasa berbicara dengan Chempaka. Geram pula dia apabila melihat keramahan Razmin yang berlebihan apabila bersembang dengan Chempaka. Razmin tidak akan melepaskan Chempaka dengan mudah kali ini. Tekadnya di dalam hati.
Shila mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Adam. Chempaka pura-pura tidak nampak dan kelebihan berpihak kepada Chempaka apabila Razmin duduk bersebelahannya. Liuk lentok badan Shila yang dibuat-buat semasa bercakap dengan Adam, jelas memberikan gambaran kepada Chempaka bahawa mereka berdua mempunyai hubungan yang istimewa.
Cara layanan Adam yang berlebihan terhadap Shila telah membuktikan yang mereka berdua bukan sekadar kawan biasa. Chempaka menyedari kini, dia sedikit pun tiada tempat dihati Adam. sejauh mana dia berlari untuk mendapat perhatian Adam, sejauh itu jua Adam mencampakkan dirinya jauh dari hidupnya. Chempaka terpaksa akur yang kewujudannya hanya satu kebetulan di dalam hidup Adam. Bukan itu pintanya sewaktu tragedi hitam yang menyatukan mereka berlaku dulu. Dia akur tiada sekelumit pun cinta di hati Adam untuknya.
“ Sure…you dah tak marah i. I miss you so…much, Adam”. Suara manja Shila menampar gegendang telinga Chempaka. Sakit hati Chempaka melihat perlakuan mereka berdua. Apa motif Adam membawanya ke sini. Ada agenda yang tersembunyikah yang tidak aku ketahui. Sakit hati terpaksa dipendam sendirian, hanya sekadar memerhatikan perbualan sepasang merpati sejoli di hadapan mata. Betapa tegarnya Adam beriaksi sedemikian dihadapan mata aku yang bergelar isteri. Aku tahu status itu tidak membawa apa-apa pengertian kepada sang suami.
Aku begitu bernasib baik kerana Razmin sudi menjadikankan aku rakan perbualannya, kalau tidak…aku hanya menjadi kera sumbang. Sendirian…dikelompok rakan-rakan Adam yang tidak pernah aku kenali. Adam sudah lupa pada aku…teman serumah yang dibawa untuk makan malam bersama. Shila telah berjaya melenyapkan kewujudan aku di mata Adam pada malam ini atau…untuk hari-hari yang bakal aku tempuhi nanti. Sayu hati aku apabila melihat reaksinya yang begini terhadap aku.
Adam dan Shila tidak habis-habis bersembang. Pelbagai cerita yang aku tidak tahu hujung pangkalnya diperbualkan. Masa berlalu terlalu lama aku rasakan. Mata aku telah semakin letih untuk menunggu lagi. Jadi…wajarkah aku bermohon diri sedangkan aku datang bersama Adam. Bersabarlah wahai hati…
Sesekali jam tangan yang aku pakai aku perhatikan. Jarum jam telah merangkak ke angka dua belas tengah malam. “ Esok kerja…lain kali kita jumpa lagi. Kalau hari minggu lagi bagus…boleh kita jumpa lama sikit”. Salah seorang dari mereka meminta diri. Semua melihat jam tangan masing-masing. “ O.k, dah lewat ni. Esok aku ada hal penting yang kena arrangekan. Lain kali kita boleh dinner sama lagi”. Razmin seolah-olah memahami gelodak hatiku.
Sekali lagi mereka bersalaman sesama sendiri tanda memohon diri. “ Shila you macam mana malam ni? Nak I hantar ke you nak balik dengan kekasih hati you tu?” Razmin menujukan soalannya kepada Shila.
“ Dam, you boleh hantar i ke tak ni? Dam,…you hantar I o.k”. tangan Adam dielus-elusnya dengan manja. Chempaka tidak mahu melihat suasana yang mengganggu kedamaian hatinya.
“ You nak I hantar juga ke? Apa kata malam ni you balik dengan Razmin. Lain kali I sendiri yang akan hantar you”. Adam menolak permintaan Shila dan dia cuba melihat reaksi Chempaka pula. Chempaka tidak menghiraukan pandangan Adam. Tangan Adam kelihatan menggenggam erat tangan Shila. Renggekan Shila menimbulkan rasa geli geleman pada pendengaran Chempaka.
“ Kalau you nak hantar Shila, I boleh hantar Chempaka balik. Jom…I hantar you”. Razmin mahu menghantar Chempaka balik.
Pandangan tajam Adam menakutkan Chempaka. Adam seolah-olah menghantar isyarat ‘jangan’ kepada Chempaka. Chempaka hanya memandang lantai. Serba salah dia apabila berhadapan dengan situasi begini. Adam masih lagi dengan adengan memujuk sang kekasih hatinya.
“ Raz,…aku akan hantar Shila dan Chempaka sekali. Nanti mak cik aku marah pula kat aku bila tengok orang lain yang hantar Chempaka balik. Tadi aku yang jemput dia kat rumah…kalau tak jangan harap dia boleh keluar. Makcik aku tak akan benarkan orang lain yang bawa anak dara dia ni keluar malam”. Pandai Adam memanipulasikan keadaan kami. Peduli apa aku…janji malam ni, aku sampai rumah dan tidur.
Razmin terpaksa mengalah dengan kehendak Adam. Janjinya dia akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan Chempaka. Chempaka akan ditawannnya dan hanya akan menjadi miliknya satu masa nanti. Adam tidak akan melepaskan Chempaka pulang berdua dengan Razmin. Banyak bahaya yang sedang menunggunya, andai kata mereka balik bersama.
Adam sudah cukup arif dengan sikap Razmin. Dari pandangan matanya terhadap Chempaka, dia tahu Razmin berminat dengan Chempaka. Dia tidak akan sesekali membenarkan Chempaka rapat dengan mana-mana lelaki walaupun lelaki itu adalah Razmin. Razmin sang kasanova tersohor yang memang pandai memikat hati gadis-gadis yang termasuk ke jeratnya.
“ Jom sayang, I hantar you balik”. Tangan Shila di tarik Adam dengan lembut sekali. Shila tidak puas hati apabila terpaksa berkongsi kereta dengan Chempaka. Di jelingnya Chempaka dengan jelingan yang tajam. Chempaka pura-pura tidak nampak sambil membetul-betulkan tudungnya yang sudah terletak cantik.
“ Chempaka…jom I hantar you sekali. First I hantar Shila dulu, kemudian baru hantar you”. Pandangan tajam Adam boleh menghancur lumatkan hati Cempaka saat ini. Dikawalnya segala rasa yang sedang bersarang di hatinya agar tidak nampak ketara pada penglihatan Shila.
“ You ni baik sangat le, sayang. Tadi Raz nak hantar dia ni balik tapi you nak juga hantar. Bukan ke dah menyusahkan you. Lain kali I tak suka tau!..you tumpang-tumpangkan orang kalau I ada”. Di hentak-hentakkan kasut tumit tinggi yang dipakainya ke lantai. Adam tetap berlembut dan cuba memujuk Shila.
“ O.k. lain kali I tak akan buat macam ni lagi. Kalau you ada…hanya I dengan you je. I promise…”. Adam menganggat kedua-dua belah tangannya tanda berjanji sungguh denga Shila.
Shila masuk dan duduk dibahagian depan bersebelahan dengan pemandu. Masih meneruskan aksi-aksi manjanya dengan Adam. Chempaka memejamkan matanya serapat mungkin. Dia tidak mahu tahu dan tidak mahu ambil tahu apa yang sedang dilakukan olah sepasang kekasih tersebut. Walaupun ditahan hatinya, air jernih tetap mengalir lesu dipipi gebu miliknya.
Kereta yang dipandu Adam, berhenti di hadapan sebuah rumah banglo mewah milik keluarga Shila. Shila masih berlama-lama di dalam kereta semacam mereka berdua sahaja tanpa merasa canggung dengan kehadiran Chempaka bersama.
“ Sayang…lain kali, jangan bagi orang lain ada dengan you terutama dalam kereta. I jealous tau!...teksikan banyak. You nak jadi driver pulak ke? Biar je dia naik teksi…senang, tak de nak menyusahkan you”. Shila masih menunjukkan protesnya terhadap Adam.
Adam membalas lambaian Shila. Kereta dipecut Adam meninggalkan kawasan perumahan milik keluarga Shila. Tiba-tiba sahaja Adam memberhentikan kereta di gigi jalan dengan mengejut. Terkejut Chempaka dibuatnya.
“ Cik Puan Chempaka…saya bukannya driver you. Boleh tak pindah kat depan sekarang. Duduk kat sebelah I ni…tak le I rasa macam driver you pulak”. Adam menoleh ke belakang bagi memastikan Chempaka memenuhi permintaannya.
Tanpa mengeluarkan suara, Chempaka berpindah tempat duduk. Dia duduk bersebelahan dengan Adam yang sedang memerhatikan reaksinya tanpa perasaan. Dia terlalu penat dengan peristiwa makan malam bersama Adam dan kawan-kawannya. Dia tidak mahu menambahkan kelesuan yang bersarang di badannya dengan perbalahan antara mereka lagi.
Adam juga tidak berminat untuk memulakan perbualan antara mereka. Hanya muzik instrumental sahaja yang memenuhi ruang kala ini. Mata Chempaka dipejam rapat sementara badannya disandarkan ke kusyen empuk kereta. Dia mahu merehatkan badan seketika sebelum sampai ke rumah yang di huninya bersama Adam. Sesekali Adam memandang Chempaka yang seolah-olah tidur dengan selesanya. Adam tahu, Chempaka hanya berpura-pura tidur sahaja.
Berada bersama Adam umpama berhadapan dengan hakim yang pada bila-bila masa sahaja akan menjatuhkan hukuman ke atas pesalahnya. Chempaka cuba mencerna otaknya kini, apakah salahnya terhadap lelaki ini. Hanya yang terlintas difikirannya kini adalah peristiwa hitam itu sahaja. Peristiwa itulah yang telah menghukumnya. Adam masih tidak boleh menerimanya dengan apa cara sekalipun.
Chempaka masih mengekori langkah Adam dalam jarak yang agak jauh. Dia tidak mahu sebarang pertelingkahan akan wujud antara mereka. Kalau boleh, mukanya pun tidak mahu ditunjukkan pada Adam. Chempaka tahu, Adam tidak sudi memandang wajahnya saat ini selepas dia bertemu kekasih hatinya. Biarlah dia dengan dunia dia dan Adam dengan dunia Adam buat masa ini. Pintu utama rumah telah dibuka Adam. Chempaka masuk tanpa memandang kiri dan kanan lagi. Dalam fikirannya kini hanya satu perkara sahaja, rehat. Tidak perasan yang Adam masih berdiri tegakdi hadapan rak kasut sambil memerhati tingkahnya. Tanpa sengaja Chempaka terlanggar bahu Adam dan…saat ini pertembungan dua pasang mata menambahkan kekalutan yang sedia ada.
“ Kenapa dengan you ni? Tak nampak ke badan I yang besar gedabak kat sini sampai you main langgar je? Adam menggosok-gosok bahunya yang dirempuh Chempaka sebentar tadi.
“ Sorry!...saya memang tak perasan tadi. Tu la, lain kali jangan berdiri kat situ kalau orang tengah nak simpan kasut. Jangan nak menyusahkan orang lain”. Nada marah terkeluar juga dari kedua ulas bibir Chempaka.
Dengan pantas lengan Chempaka ditariknya. Terpusing badan Chempaka mengadap Adam. pergelangan tangan Chempaka di pegang kemas Adam. Renungan mata Adam menyesakkan nafas Chempaka. Dengan perlahan-lahan Chempaka cuba melepaskan pegangan tangan Adam dari tangannya. Gagal untuk meleraikan pegangan tersebut, Chempaka hanya membiarkan sahaja apa tindakan Adam seterusnya.
“ Hari dah lewat malam, saya letih dan masa untuk berehat. Tolong jangan buat saya macam ni, please…” Chempaka cuba berdiplomasi dengan Adam. Dia tidak mahu memarakkan api yang sedang membakar dada Adam kala ini. Perlahan-lahan terasa cengkaman pada tangannya dilepaskan. Lega Chempaka apabila dia Berjaya menggendurkan kemarahan Adam.
“ Tunggu jap, I nak tanya you sesuatu. You mesti jawab!!!...i nak tahu sekarang, bukan esok atau selepas ni”. Adam mula menunjukkan kuasa vetonya ke atas Chempaka.
“ Apa yang awak nak tahu dan nampak penting sangat. Saya betul-betul penat ni. Saya akan cuba jawab apa yang awak nak tahu tu”. Tahap kesabaran yang semakin menipis di dada Chempaka cuba dipertahankan.
“ I nak tahu,…selama ni you praktikum kat mana? Lagi berapa lama you kat tempat tu? Kenapa you tak pernah nak bagitahu I kat mana you bekerja?” Adam menunjukkan riak tak puas hati pada Chempaka.
“ Saya membuat latihan kerja kat Syarikat Berjaya Padu Holdings. Saya masih ada lebih kurang tiga minggu sahaja lagi. Saya tak bagitahu kat mana saya membuat latihan kerja kerana awak tak pernah tanya saya. Saya ingat awak tak berminat untuk tahu tentang saya”. Semua soalan Adam dijawab satu persatu oleh Chempaka.
“ Esok pagi-pagi lagi I nak jumpa you kat pejebat. Tak payah nak sediakan sarapan untuk I. Jangan lupa esok jumpa I kat bilik I di pejabat. Kalau you tak datang, I tak akan lepaskan you”. Sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Chempaka, Adam mengambil kesempatan dengan mencium pipi gebu milik Chempaka. Sesuatu yang paling di benci Chempaka.
Tersenyum sendirian Adam apabila melepaskan Chempaka dengan cara sedemikian. Puas hatinya apabila dapat melihat wajah tidak puas hati Chempaka dengan perlakuannya tadi. Raut wajah Chempaka sentiasa tergambar di kotak fikiran Adam. Kecomelan Chempaka terserlah apabila wajahnya bertukar rona kemerah-merahan. Shila tidak mungkin dapat menandingi keperibadian Chempaka yang satu ini. Sikap Chempaka yang semulajadi membuatkan hati lelakinya terbakar apabila bersamanya. Keinginannya untuk terus bersama Chempaka adakalanya tergugat apabila dia menyedari Chempaka bukan pilihannya. Cintanya tidak pernah ada untuk Chempaka hingga saat ini.
Sebal hati Chempaka apabila teringatkan perlakuan Adam ke atasnya tadi. ‘Depan kekasih hatinya bukan main lagi tak suka aku. Aku yang ada depan matanya macam tak wujud sahaja. Lelaki jenis apa dia ni? Malangnya sesiapa yang dapat dia ni…dah le tak de perasaan. Hati beku macam batu’. Gumam Chempaka sendirian. Tergelak Chempaka apabila menyedari kata-katanya sendiri. Orang yang malang dapat Adam adalah dirinya sendiri.
Matanya semakin memberat sambil otaknya ligat berfikir apabila teringat pesanan Adam tadi. Bermakna esok dia perlu awal ke pejabatnya. Apa lagi yang Adam inginkan darinya. Teruk Chempaka apabila hendak mencari punca sebenar Adam asyik tidak berpuas hati dengan dirinya sehingga kini.
Tidurnya terjaga apabila kedengaran suara bilal melaungkan azan di hening pagi itu. Gemersik suara bilal menusuk ke kalbunya. Merdu sungguh pada pendengaran telinga Chempaka. Cepat-cepat selimut ditolak ke hujung kakinya. Chempaka mencapai tuala dan menuju ke bilik Air. Curahan air kedengaran dari bilik mandi Chempaka. Seusai bersiap Chempaka terus menunaikan solat subuh bersendirian.
Bilik Adam diketuk perlahan. Chempaka tidak mahu kehadirannya dipagi ini untuk mengejutkan Adam akan menjadi masalah lagi. Pintu bilik tidak dikunci dari dalam oleh pemiliknya. Perlahan sahaja Chempaka melangkah masuk ke bilik Adam. Chempaka tahu sudah menjadi tugasannya setiap pagi mengejutkan Adam. Rutin ini tidak pernah dilupakan olehnya semenjak mereka tinggal bersama walaupun berada di bilik berasingan. Dia tidak mahu dengan kesilapan yang sekecil ini, akan mengundang kemarahan Adam sepanjang hari.
Kelihatan Adam masih berlingkar dalam selimut di atas katil bertilam empuk pagi ini. Tidak sedar Chempaka berada di biliknya. Chempaka mengetap bibir tanda geram dengan Adam. Kemarahannya masih bersisa pada Adam apabila teringatkan perkara lewat malam tadi. Pantang bagi Adam sekiranya dia dikejutkan secara keras sewaktu tengah tidur. Sedikit sebanyak Chempaka mula mengetahui kesukaan dan kebencian Adam.
“ Awak!...bangun, dah pagi ni. Nanti terlepas solat subuh”. Pada mulanya Chempaka hanya berdiri sambil memanggil-manggil nama Adam. Dia mahu menjarakkan dirinya dari Adam. Masih tidak ada respons dari Adam. Sedikit pun tidak ada pergerakan yang menunjukkan tanda-tanda yang Adam akan bangkit dari tidurnya. Setelah puas mengejutkan Adam dengan cara sedemikian, Chempaka duduk di birai katil Adam. Direnung Adam seketika, sambil memikirkan bagaimana cara untuk mengejutkan Adam. Masih takut-takut, Chempaka mengejutkan Adam dengan menyentuh kakinya. Adam mengeliat seketika tetapi masih belum membuka matanya.
“ Awak…bangun, nanti terlepas subuh”. Kaki Adam masih disentuh perlahan. Chempaka tahu Adam kepenatan akibat dari balik makan malam yang agak lewat malam tadi, tambahan dengan perbualan ringkas mereka sebelum masing-masing mebawa haluan sendiri. Selimut Adam ditarik Chempaka andai kata dengan cara itu mampu mengejutkan Adam dari tidur. Adam masih tidak membuka mata…saat Chempaka mahu bangun dari katil terasa tangannya di tarik kasar. Chempaka terduduk semula di birai katil, terasa tangan kasar Adam memeluk pinggang Chempaka.
“ Hish…awak!...apa awak nak buat kat saya ni?”. Chempaka cuba meleraikan pautan tangan Adam yang seenaknya melilit dipinggangnya kini.
“ Tak ada apa-apa. Saje…I nak peluk you. Tak salahkan? Lagipun…sape yang suruh you tarik comforter I tadi?” tergagap –gagap Chempaka untuk menjawab soalan dari Adam.
“ Saya nak bangunkan awak tadi. Saya tak tahu macam mana nak bagi awak terjaga, tu yang saya tarik selimut awak”. Chempaka menjelaskan dengan menolak tangan Adam dari terus memaut pinggangnya.
“ Sekarang I nak ajar you bagaimana cara you nak kejutkan I kalau I susah nak bangum pagi”. Adam menarik Chempaka ke tengah katil dimana Chempaka tidak akan mudah untuk memboloskan diri kali ini.
“ Saya tak nak awak ajar saya cara macam ni…saya tak suka!!!...saya boleh belajar cara lain”. Jawapan Chempaka yang kedengaran begitu naïf, menyebabkan Adam mentertawakannya.
“ O.k, you nak I ajar cara yang macam mana? I boleh ajar you macam –macam cara untuk kejutkan I”. Dakapannya terus diperkukuhkan agar Chempaka tidak meronta dan terlepas dari dirinya.
“ Saya tak nak belajar apa-apa dari awak. Tolong lepaskan saya. Saya dah siap nak ke pejabat ni”. Rayuan Chempaka tidak dihiraukannya. Malahan tangan dan bibirnya semakin ligat memainkan peranan ke atas Chempaka.
“ Awak!...nanti saya lewat ke pejabat. Malam tadi awak cakap nak saya jumpa awak kat bilik awak pagi ni. Kalau awak tak lepaskan saya, dah tentu saya akan lambat ke pejabat dan penyelia saya akan marah saya nanti”. Chempaka mencari alasan yang lebih bijak agar dia tidak terus terperangkap dengan perlakuan Adam pagi ini.
“ Tak payah takut lambat ke pejabat hari ni, kalau you langsung tak datang pun tak ada sesiapa yang berani marah dekat you. I akan pastikan penyelia you tak akan mengambil sebarang tindakan. Confirm…tapi temankan I tidur jap”. Wajah Chempaka dirapatkan ke dada bidangnya yang tidak berbaju.
“ Awak, saya ni tengah buat praktikum kat syarikat tu,…kalau lecture tau saya ponteng hari ni, dah tentu saya kena tindakan dari pihak Universiti”. Chempaka masih mahu melepaskan dirinya dari cengkaman Adam.
“ I tak kata you tak payah masuk kerja hari ni. I cuma nak you masuk lambat je…sekarang ni, kat rumah kita bukan pejabat. You kena penuhi permintaan i. Temankan I tidur jap. Badan kecil Chempaka yang telah siap berpakaian kerja dipeluk erat Adam.
Rambut Chempaka dicium dan dielus-elus Adam. Hanya doa yang tidak putus-putus Chempaka panjatkan agar Adam tidak melakukan sesuatu yang lebih jauh dari ini. Tidak terkutik walau sedetik Chempaka apabila Adam memperlakukannya sedemikian rupa. Berbantalkan lengan Adam, Chempaka juga turut terlena dalam pelukan Adam. Seingat Chempaka Adam hanya mahu dia menemani tidurnya sekejap sahaja.
Deringan telefon Adam yang nyaring menyebabkan mereka berdua terjaga dari lena dipagi itu. Terpisat-pisat Adam menggosok matanya, sementara tangan yang sebelah lagi masih erat memeluk Chempaka. Telefonnya dicapai dan dia melihat panggilan yang tertera di skrin. Jam telah menunjukkan ke angka 9.30 pagi. Hatinya begitu berat untuk bangun tetapi digagahkan kerana timbunan kerja yang sedang menunggu di pejabat.
Sentuhan lembutnya pada rambut hitam lebat milik Chempaka memeranjatkan Chempaka dari pembaringan. Keselesaan yang dinikmatinya sebentar tadi terus hilang apabila menyedari yang dia bersama Adam di atas katil empuk milik Adam. Badan Chempaka sengaja dikeraskan apabila Adam mula mencium seluruh wajahnya. Ketika bibir Adam melekat pada bibir milik Chempaka, getaran halus terasa disetiap pembuluh darahnya. Lama mereka berada dalam keadaan begitu. Chempaka pasrah kini kerana dia tahu dia tidak mungkin dapat berbuat apa-apa.
“ Chempaka,…you adalah hak i. I berhak ke atas you selagi you isteri I”. Adam mula menunjukkan siapa dia pada Chempaka. Akibat dari kejutan yang dihadiahkan Adam padanya, Chempaka tidak dapat berkata-kata.
“ I tak akan apa-apakan you. Selagi you belum bersedia,I tak akan paksa you”. Adam mengungkapkan janjinya pada Chempaka.
Kelembutan Adam sukar untuk dipercayai Chempaka. Alangkah bahagianya dia kalau benar Adam boleh terus-terusan bersikap selembut ini apabila melayaninya. Hati perempuannya bergetar hebat saat Adam memeluknya tadi. Selama ini Adam jarang sekali melayannya dengan baik.
Share this novel