Berkali-kali Adam mengginggatkan Chempaka supaya mendapatkan bilik yang telah ditempahnya apabila sampai di Pulau Pangkor nanti. Walaupun agak keberatan tetapi Chempaka terpaksa akur kerana ibu dan bapa mertuanya juga ada bersama mereka nanti. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia mendapatkan bilik sebagaimana yang sepatutnya dihuni oleh staff - staff yang lain. Masih terdengar-dengar di telinganya peringatan Adam sebelum dia bertolak tadi. Dia tidak mahu Chempaka menumpang kereta mana-mana staff yang pergi menggunakan kenderaan persendirian. Kalau dia mendapat tahu Chempaka menaiki kereta dengan sesiapa terutamanya dengan Razmin, dia tidak akan bertolak ansur lagi. Chempaka tidak akan sesekali melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan Adam.
Sampai sahaja di perkarangan syarikat, Chempaka mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan keretanya. Dia tidak mahu masalah lain pula yang terpaksa ditanggungnya nanti apabila balik dari bercuti. Semua peringatan dan pesanan Adam bermain-main di kepalanya sambil mencari tempat parking yang sesuai. Chempaka mencuri-curi pandang di sekitar kawasan depan syarikat untung-untung dia ternampak kelibat sahabat baiknya, Fira. Terdapat beberapa buah kereta kakitangan syarikat, juga turut di letakkan dikawasan tempat parking kereta yang dipilih Chempaka. Apabila terasa keretanya selamat di situ selama peninggalannya nanti dia mencongak-congak sendirian, lama juga dia ke Pulau Pangkor… tiga hari dua malam tu. Teruja juga dia dengan perjalanan kali ini.
Mereka semua berkumpul di tempat parking kereta syarikat. Chempaka masih mencari-cari kelibat Fira tetapi hampa. Dia tidak sempat untuk menelefon Fira malam tadi kerana sibuk mengemas pakaiannya dan juga pakaian Adam dan pagi ini apabila dia cuba membuat panggilan hanya suara mesin yang menjawab. Berkali-kali dia mencuba tetap tidak berjaya. Hatinya dibalut kerisauan. Dia takut Fira ditimpa apa-apa masalah. Sedang dia sibuk mengenangkan hal berkaitan dengan Fira, pengumuman telah dibuat oleh salah seorang AJK kelab staff. Mereka diminta bergerak untuk menaiki bas. Bas akan bertolak ke destinasinya pada jam 7.30 pagi. Semua beg pakaian dan peralatan yang hendak dibawa mestilah dikumpulkan dan diletakkan di tempat menyimpan barang dibahagian bawah bas. Mengikut pemandu bas mereka wajib bergerak awal kerana tempahan feri telah dibuat di Jeti Lumut pada jam 3.00 petang.
Setelah semua menaiki bas, seorang pekerja Berjaya Padu Holdings merangkap ketua rombongan mereka membuat kiraan penumpang berdasarkan list nama pada kertas yang dipegang olehnya. “ Minta perhatian!...semua sekali nama peserta yang telah disenaraikan menaiki bas seramai tiga puluh lapan orang, so…saya nak tahu nama-nama ni ada ke tak de kat dalam bas sekarang. Kalau ada yang belum naik bas, sila maklumkan pada saya segera. Bas akan bergerak dalam masa lima belas minit lagi”.
Semua nama peserta yang menaiki bas telah dipanggilnya seorang demi seorang. Chempaka mendengar dengan tekun nama-nama yang dipanggil kerana dia tidak mahu terlepas dengan satu nama. ‘ Aiskh…kenapa nama Fira tak ada dalam senarai ni? Dia tarik diri ke saat-saat akhir macam ni. Apa dah jadi dengan dia ni. Ada masalah yag berlaku kat dia ke?’. Berlegar-legar pelbagai persoalan berkaitan dengan Fira di benaknya yang timbul, sekali lagi telefonnya didail ke nombor Fira. Masih jawapan yang sama… ‘nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat sementara waktu. Sila dail sebentar lagi’.
Setelah semua penumpang duduk di tempat masing-masing, pemandu bas mula menggerakkan bas tepat pada masa yang telah ditetapkan. Kegelisahan Chempaka semakin ketara apabila mendapati Fira tiada bersamanya. Tergambar jelas di matanya keseronokkan Fira untuk menyertai mereka ke satu lokasi percutian yang ditaja oleh syarikat tempat mereka menjalani latihan kerja. Keseronokkan Chempaka juga terbantut,umpama melayang dibawa pergi bersama Fira. Hilang semua mood cutinya gara-gara kehilangan Fira pagi ini.
Di dalam perut bas Chempaka duduk bersama dengan seorang staff bahagian kewangan syarikat di tempat duduk baris empat. Hanya sesekali sahaja mereka bersembang. Bosan memenuhi ruang perjalanannya kali ini. Matanya dilelapkan apabila perjalanan bas melepasi tol Jalan Duta menuju lebuh raya utara tanah air. Tidak dipedulikan riuh rendah suara kawan-kawannya yang bersembang sesama mereka. Kegembiraan jelas tergambar pada wajah masing-masing, cuma dia sahaja diselaputi mendung apabila mendapati sahabat baiknya tidak tersenarai sebagai salah seorang penumpang bas bersama-samanya kala ini.
Deringan telefon mengejutkan dia dari lena. Terpampang jelas nombor Fira pada skrin telefonnya. Dengan cepat Chempaka menjawab panggilan Fira seolah-olah tidak sabar lagi mahu mendengar suara kawannya.
“ Mana kau ni? Kenapa kau tak ikut trip ke Pulau Pangkor? Mak kau sakit ke?”. Tanpa memberi peluang kepada Fira, berdas-das seolan dimuntahkan Chempaka.
“ Wait, wait…assalamualaikum Cik Chempaka. Sekarang dah sampai mana?”. Suara Fira kedengaran ceria sahaja pada cuping telinga Chempaka. Keadaan ini menambahkan kehairanan Chempaka.
“ Waalaikummussalam Cik Fira…sekarang ni aku dan team Berjaya Padu sedang membelah highway menuju ke Pulau Pangkor le. Aku nak tahu kau sekarang dekat mana?”
“ Aku masih lagi di Berjaya Padu ni, semalam encik Razmin minta aku temankan dia hari ni. Pada mulanya aku malas nak ikut dia tapi…encik Razmin minta sangat-sangat”. Berdebar-debar dada Chempaka apabila mengetahui Fira menemani encik Razmin. Biar betul si Fira ni…saja cari penyakit ke???...
“ Kau naik kereta encik Razmin? Biar betul sikit kau ni. Kau berdua sahaja dengan encik Razmin dalam kereta tu? Kenapa dengan kau ni? Kau tak takut ke apa-apa jadi nanti. Encik Razmin tu lelaki dan kau tu perempuan,…tak faham betul aku dengan kau sekarang ni”. Bagai lupa seketika suasana di dalam bas apabila Chempaka mula membebel pada Fira.
“ Untuk pengetahuan kau…aku bukan berdua dengan encik Razmin tapi bertiga ni. Kak Nani yang minta aku temankan dia. Dia dengan encik Razmin ada urusan yang tak dapat dielakkan hari ni. Semalam kak Nani minta aku temankan dia”. Terkekeh-kekeh suara gelak Fira dihujung talian menambahkan sakit hati Chempaka. Sekurang-kurangnya Chempaka lega apabila mendapati Fira bukan berdua sahaja dengan encik Razmin.
“ Oh!...o.k. kalau macam tu, jaga diri kau baik-baik. Jangan biarkan encik Razmin menggatal dengan kau pula. Kau bukan tak tahu perangai playboy bos kita yang sorang tu. Takut aku dibuatnya. Take care!...”. masih sempat menjadi mak nenek buat Fira. Chempaka begitu mengambil berat tentang sahabat baiknya. Terluka Fira bermakna dia juga turut terluka dan menangis Fira bermakna dia juga turut menangis .
“ Baik le…Cik Chempaka Maisara. Saya janji saya akan menjaga diri saya sebaik mungkin dan untuk pengetahuan Cik Chempaka, encik Razmin sedikit pun tidak berminat dengan saya sebaliknya Cik Chempaka yang perlu menjaga diri kerana pada pengamatan dan pemerhatian saya…bos kita itu sangat-sangat berminat dengan Cik Chempaka. Apa-apa perkembangan selanjutnya saya akan melapokan kepada Cik dari semasa ke semasa. Lagi satu…saya nak minta maaf banyak-banyak kerana kita tak dapat duduk sebilik kat hotel nanti kerana saya telah mendapat maklumat yang…” Fira sengaja menghentikan percakapannya kerana dia mahu menanti reaksi Chempaka.
“ Apa maklumat yang telah kau dapat? Kau jangan nak mengada-ngada. Aku tak tahu apa-apa, kau pulak dah dapat macam-macam maklumat ni. Kalau aku jumpa kau nanti…siap kau aku kerjakan”. Chempaka bengang sekali dengan cara Fira kali ini. Mentang-mentang le dapat berkereta dengan bos dan setiausaha CEO dah macam-macam perkara yang dia dapat tahu dan yang paling menakutkan dia…Adam!!!. Adakah Fira telah mendapat tahu yang dia akan sebilik dengan CEO syarikat.
“ Kita tak dapat duduk sebilik kerana setiap ahli kumpulan telah ditetapkan untuk duduk sebilik dengan ahli kumpulan yang sama sahaja. Puas hati? Maaf le, aku dah nak gerak ni…bye…assalamualaikum”. Lega Chempaka kerana prasangkanya tadi meleset sama sekali.
Semangatnya kembali pulih. Matanya yang layu semakin segar apabila mendapati Fira akan menyertai percutiannya kali ini. Dia tidak perlu mencari alasan untuk tidak sebilik dengan Fira tetapi hati dan perasaannya menjadi takut apabila membayangkan yang dia terpaksa sebilik dengan Adam. Perasaan sakitnya masih belum berakhir apabila teringatkan layanan Adam terhadapnya. Bukan sekali Adam menyakitinya tetapi telah berkali-kali. Dia terpaksa akur dengan sikap Adam memandangkan dia telah memegang gelaran itu. Gelaran yang telah mengheretnya sejauh ini.
Sentuhan lembut tangan kak Yati yang menjadi temannya disepanjang perjalanan kali ini telah menyedarkan dia dari lamunan. “ Jom, kita turun jap. Bas berhenti di hentian rehat ni. Akak rasa kita dekat hentian rehat Tanjung Malim ni. Boleh singgah beli kudap-kudap sikit”. Ajakan dari kak Yati tidak disia-siakan Chempaka. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, dia laju sahaja bersetuju dengan ajakan kak Yati. Masa yang ada digunakan untuk menyelesaikan apa-apa yang patut. Kak Yati atau Puan Mahayati yang selama ini dikenali adalah seorang yang agak serius berbeza sekali dengan kak Yati yang bersama dengannya ini. Seorang yang mesra dan bersifat keibuan sahaja. Senang diajak berbicara dan sesekali diiringi dengan ketawa halus menandakan dia juga boleh dibawa bergurau. Chempaka begitu selesa menempuh perjalanan dengan ditemani dengan kak Yati.
“ Akak dah lama ke kerja dengan Berjaya Padu Holdings? Semua staff kat sini macam dah biasa je dengan akak. Saya je rasa kurang selesa dengan beberapa staff kerana tak kenal sangat dengan dia orang. Dah last-last ni baru nak kenal-kenal dia orang. Bila kat pejabat semua orang nampak serius je takut saya kak, nak-nak segala bos yang ada tu…eiii…macam nak makan orang pun ada. Bila macam ni seronok pula nampak semua orang macam okey. Kalau macam ni, habis belajar nanti saya nak apply kerja kat Berjaya Padu je, akak rasa boleh tak?”. Chempaka sengaja menguji Mahayati berkenaan dengan dirinya semasa berada di syarikat besar ini. Dia mahu tahu bagaimana penerimaan kakitangan lain terhadap dirinya dan Fira selama tiga bulan lebih mereka bekerja di situ.
“ Seronok akak bila dapat tahu yang Chempaka selesa berada dengan keluarga Berjaya Padu Holdings. Orang macam Chempaka ni, kat mana pun boleh dapat kerja. Senang-senang je…jangan susah hati le, kalau nanti dapat panggilan interview datang…jangan tak datang sudah”. Tersenyum Mahayati memandang tepat pada anak mata cantik milik Chempaka.
“ Kenapa akak confident sangat yang saya akan dapat jawatan kat sini bila saya mohon nanti. Saya tak berani nak mencuba nasib kat sini… al-maklumlah syarikat besar macam ni mana mahu terima saya. Takut nak mohon kak, kalau dapat tak pe juga, kalau tak dapat…tertelan gigi je nanti”. Dengan menggunakan alasan sedemikian dia merasa lebih selamat.
“ Orang cantik macam Chempaka ni…confirm dapat kalau ada jawatan kosong kat sini. Nak-nak kalau bos sendiri yang interview Chempaka nanti. Akak ni dah tua tau!...akak nampak bukan main lagi encik Adam tu kalau pandang Chempaka. Kalau bayang Chempaka tak hilang lagi tu le direnungnya macam nak terkeluar biji matanya. Akak pun hairan dengan encik Adam tu, jarang dia nak pandang pekerja perempuan kat sini, alih-alih dengan Chempaka bukan main lagi ditenungnya. Ini tak boleh jadi… kalau orang dulu-dulu, tak lama lagi makan nasi minyak free le akak”. Makin kuat Mahayati menyakat Chempaka.
“ Mana ada kak, orang macam saya ni siapa nak pandang kecuali orang tu dah rabun…tak kira le…rabun jauh ke rabun dekat ke, janji mata dia dah rabun…maka secara automatik pandangannya akan berubah terhadap saya. Bukan ke encik Adam tu dah ada girlfriend kak? Akak jangan nak memandai, nanti tak cukup tanah kat Kuala Lumpur ni saya nak lari. Tak pasal-pasal saya menang larian merentas desa nanti juara pulak lagi tu, tak ke kecoh Berjaya Padu dengan kepantasan saya membuat larian jogathon peringkat antarabangsa tu, kak. Eiii…tak nak saya jadik macam tu, jangan disebabkan santan pulut binasa kak…saya takut kerana mulut nanti body saya yang binasa”. Dalam lawak masih ada kesungguhan yang terpamer pada bias muka Chempaka.
Terkikih-kikih mereka berdua tergelak dengan kata-kata Chempaka. Bahagia seketika menyapa dadanya apabila dia terlupa nasib yang bakal menimpanya malam ini. Hilang sekejap gundah gulana yang bersarang dilubuk hatinya. Kalau dapat dia menentukan sendiri perjalanan hidupnya tanpa kehadiran insan-insan yang menyusahkan dirinya alangkah indah hari-hari yang bakal dilewati. Tidak perlu pening-pening kepala memikirkan perasaan mahupun status dirinya, main hentam sahaja pun jadi. Mahu ke mana, mahu buat apa dan apa-apa sahaja, tidak bersangkut paut dengan yang hidup ataupun yang sudah mati…arghhh!!!...silap lagi, aku masih terikat dengan bos paling besar…Puan Hanum dan encik Razak. Hahaha…masih boleh ku uruskan lagi kalau melibatkan yang berdua ini. Manusia yang akan menyusahkan aku selama-lamanya adalah dia…siapa lagi kalau bukan CEO syarikat yang memang taiko bila berdepan dengan aku…susah…susah…dengan mamat yang seorang ini memang aku sentiasa kalah dan wajib mengalah, kalau tak aku akan mendapat susah lagi!...dunia akhirat aku terikat dengan mamat ni…memang menyusahkan aku!!!...
“ Kak Yati, saya nak tanya soalan cepu emas ni…selama akak bekerja kat syarikat tu ada tak akak nampak encik Adam bawa mana-mana perempuan kat biliknya? Emmm…maksud saya steady girlfriend dia le…kalau ada cantik tak? Mesti cantikkan akak”. Soalan seumpama itu mungkin boleh dianggap soalan biasa-biasa sahaja bagi orang lain tetapi bukan bagi Chempaka. Dia perlu tahu, selain dari Shila adakah lagi orang lain yang sering bersama Adam.
“ Setahu akak tak ada pula…diluar pengetahuan akak, tak pula akak tahu. Ramai yang tergila-gilakan CEO kita yang handsome tu…tapi tak jalan punya, tak tembus tu…kebal dengan godaan perempuan. Sekarang ni ramai yang beria-ia nak goda tuan CEO kita tu, yang ni memang akak tahu sesangat. Nisa tu…akak tengok tergedik-gedik dekat boss besar kita tu tapi..tak jalan juga. Kat sana nanti kita boleh tengok adengan geli geleman yang akan di pertontonkan pada kita oleh Nisa depan boss. Akak gerenti Chempaka pun tak lalu nak tengok, jangan termuntah pulak…dah le nanti. Akak rasa encik Adam tu macam ada apa-apa dekat Chempaka pula…cara dia tengok Chempaka semacam aje. Jarang akak lihat dia tengok perempuan macam cara dia pandang Chempaka. Kalau betul jangan lepaskan peluang keemasan ni Chempaka…goda dia sampai dapat, macam mana nak belajar starategi nak mengoda…ni ha…akak boleh ajarkan. Jangan tak tahu, akak sedia menjadi guru dalam bab-bab macam ni. Biar pengsan empat puluh empat hari si Nisa tu…tak pun Shila terus demam tak kebah-kebah lepas ni”. Bersungguh kali ini kak Yati cuba menerangkan kepada Chempaka. Biar betul kak Yati ni…kalau le dia tahu perkara sebenar berkenaan aku dengan bossnya, mahunya dia yang mati terkejut.
“ Seriusnya akak ni. Takut saya akak…termasin mulut akak nanti tak pasal-pasal saya jadi misses Adam Hasif. Glamour tu kak…jangan akak pula yang terkejut beruk nanti. Ala…akak bukan tak tahu siapa saya kak. Saya ni apa yang ada…tak ada apa yang special pun…lain le, kalau akak ada adik bujang nak rekomenkan untuk saya…itu lain citernya. Kalau dengan boss akak tu, mana dia nak pandang saya ni. Sebelah mata pun dia tak pandang. Amacam kak…jadi ke cadangan saya tadi tu?”. Chempaka cuba menukar topik perbualan mereka berdua. Dia tidak mahu menimbulkan prasangka dengan pertanyaan darinya tadi di hati Mahayati.
“ Adik akak yang handsome dan bergaya tu… memang ada yang masih bujang trang tang tang lagi tapi…akak takut boyfriend Chempaka marah pula nanti”. Sengaja Mahayati mahu mencungkil rahsia diri Chempaka dengan bersembang secara tak langsung begini. Dia mahu tahu sejauh mana kejujuran Chempaka dalam membuka rahsia diri kepada orang yang baru dikenalinya. Secara jujurnya Mahayati begitu menyenangi gadis manis di sebelahnya kini. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi mempunyai kelebihan yang jarang ada pada gadis-gadis zaman moden sekarang. Kulitnya yang putih bersih melambangkan hatinya yang begitu naïf dalam menilai seseorang manusia yang baru dikenalinya. Chempaka memang menarik pada mata kasarnya, seorang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri dalam menonjolkan keperibadian diri seorang gadis moden dalam arus gelombang yang penuh cabaran. Kagum dia dengan gadis comel peranakan melayu Pakistan ini. Bagaimana agaknya cara ibu bapanya mencanai anak gadis ini dalam membentuk acuan peribadi yang boleh dikatakan sempurna. Kalau dia sebagai seorang perempuan boleh tertarik hati dengan gadis ini, apatah lagi bagi kaum yang berlainan jenis. Nampak gaya encik Adam pasti akan jatuh tertiarap pada gadis ini nanti.
“ Kalau ada yang nak kat saya, nanti saya buat doa selamat kak. Saya buat pulut kuning bagi semua orang kat Berjaya Padu, biar semua orang mendoakan saya agar cepat mendapat jodoh yang betul-betul menyayangi saya seadanya”. Getar suara Chempaka yang mengandungi maksud tersirat sukar untuk sesiapa mentafsirnya.
“ Akak tak nak pulut kuning…akak nak Chempaka sediakan menu yang sedap…macam…nasi hujan panas ke. Baru best…boleh ke masakkan kita orang nasi hujan panas kalau dalam masa yang terdekat ni bertemu jodoh yang baik, macam encik Adam kita Chempaka.
“ Tak habis-habis akak nak padankan saya dengan encik Adam. Mana sesuai pipit macam saya ni nak digandingkan dengan enggang yang besar gedabak macam tuan CEO kita tu, lain le kalau digandingkan dengan si merak kayangan syarikat kita…Cik Nisa yang ala-ala model terkenal gitu. Kalau akak tak nak pulut kuning, orait…nasi hujan panas ribut petir pun akan saya sediakan untuk akak. Memang Free of charge je…untuk akak dan staff kat sini, insya Allah akan saya sediakan tepat seperti yang termaktub dalam perjanjian kita”.
Kali ini Mahayati tidak dapat menahan tawanya. Meletus juga ketawanya. Bersungguh-sungguh dia ketawa sampaikan berair matanya. Ketawanya menarik perhatian kawan-kawan yang lain. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka berdua. Kak Yati buat-buat tak tahu sahaja. Bersahaja nampaknya dia dengan pandangan teman-temannya. Perbualan mereka tetap rancak walaupun sesekali terganggu dengan suara jeritan mengusik dari kawan-kawan.
“ Kak Yati, bagi chance kat saya duduk sebelah Chempaka ni. Asyik kak Yati je yang dapat bersembang dengan dia. Bagi peluang kat saya pula nak berkenalan dengan dia. Kak Yati ni tak patut betul le…boleh ke saya yang bujang ni nak berkenalan dengan anak dara jagaan kak Yati pula”. Sorakan kedengaran apabila encik Naqib meminta kebenaran dari Mahayati untuk duduk dikerusi yang didudukinya sekarang.
“ Yati!...bagi le peluang kat Naqib tu. Kita tengok minyak urat yang Naqib nak jual menjadi ke tak. Jual Naqib jangan tak jual…kami ni tahu laku je…kalau tak laku, nasib le badan”. Satu suara sengaja mahu menyemarakkan suasana menyakat dalam bas bagi menghilangkan rasa bosan.
“ Aku tak kisah…mana-mana pun boleh. Nak kena tanya tuan punya badan dulu. Kalau tuan punya badan setuju, baru saya boleh benarkan. Jangan Naqib tersalah jual minyak urat dah le…aku takut ada yang benjol dahinya pulak”. Jawapan dari Kak Yati menambahkan keriuhan dan kedengaran siulan nakal dari tempat duduk belakang.
“ Garang sangat ke anak dara sebelah kak Yati tu? Saya sanggup benjol dahi ni…janji minyak saya laris di pasaran nanti. Boleh le kak Yati…tak cuba tak tahu. Betul tak?”. Tepukan dan siulan kedengaran dari pekerja lelaki bersambung-sambung. Muka Chempaka sudah membahang kemerah-merahan akibat malu dari usikan yang tidak berhenti-henti dari pekerja lelaki yang turut sama berada dalam bas tersebut. Pemandu bas juga tidak ketinggalan, turut tergelak sama.
“ Naqib!...jap lagi belanja kita orang makan dekat hentian rehat Tapah, selepas makan nanti baru rundingan seterusnya boleh dibuat. Permohonan kau buat masa ni tak boleh dipertimbangkan buat sementara waktu”. Mahayati menegaskan suaranya, dia sengaja buat-buat jual mahal.
“ Kalau macam tu, kira jadi le…setakat belanja makan dekat R&R tak jadi masalah punya. Tak yah nak runding-runding sangat kak Yati. Tak kan dengan saya pun nak berkira sangat. Settle ya kak Yati urusan rundingan kita”. Naqib sengaja menyakat Mahayati dengan tawarannya.
“ Settle amendenya Naqib… merasuah akak namanya tu. Cancel le..akak dah tutup tawaran untuk kau. Lagi pun akak rasa anak dara sebelah akak ni dah ada orang yang punya. Tak payah nak susah-susah nak try le Naqib”. Kali ini makin galak mereka semua mentertawakan Naqib.
“ Akak memang berkira kalau dengan saya…boleh tak akak bagi chance kat saya tanya sendiri tuan punya badan. Kalau boleh, izinkan saya mengambil tempat akak sekarang. Akak boleh duduk sebelah Izah, gantikan saya”. Naqib sudah bediri menghampiri tempat duduk Chempaka dan Mahayati.
“ Jangan nak megada-ngada le Naqib…akak tak mahu tukar tempat dengan kamu. Dah memang ini tempat akak dari tadi lagi. Kalau nak kenapa dari awal-awal lagi ak tempeh tiket awal”. Jelingan maut kak Yati hadiahkan kepada Naqib.
“ Udah-udah le Naqib…masa masih panjang lagi. Kalau ada rezeki nanti tak akan ke mana. Betul tak? Kak Yati pun tak boleh nak kata apa dah…anak dara dia di kebas orang kat Pulau Pangkor jap lagi”. Suara menyokong Naqib tetap memberikan semangat agar pertempuran mulut yang terjadi antara dua team di dalam bas akan berpihak pada Naqib.
“ Jangan confident sangat…bunga di taman akak ni…bunga larangan tau!. Bukan sebarang orang yang boleh memetiknya. Kalau setakat nak cuba-cuba je, jangan harap nak dapat Naqib. Senang-senangnya kau lupakan saja hasrat di hati kau tu”. Kak Yati tetap tidak mahu mengaku kalah. Chempaka tidak mengendahkan kedua-dua belah pihak yang sedang berbalas-balas kata berkaitan dengan dirinya.
Bagaimana reaksi Adam kalau mendapat tahu mereka sekarang sedang berlawan-lawan cakap berkenaan dirinya. Mahukah dia mempertahankan dirinya atau…dibiarkan sahaja seperti selalunya…tidak menunjukkan sebarang reaksi. Chempaka merasa pelik dan hairan apabila teringatkan kata-kata dari kak Yati berkaitan dengan Adam. menurut kak Yati, Adam adalah lelaki yang baik dan mempunyai sikap yang menarik. Semacam tidak percaya sahaja jika dibandingkan tingkah laku Adam terhadapnya dengan gambaran yang baik oleh kak Yati.
“ Kak Yati ingat saya ni siapa…kalau kak Yati nak tahu, sayalah jejaka idaman Malaya yang paling hangat di pasaran sekarang ni. Tak caya? Kalau tak caya…kak Yati boleh dapatkan maklumat berkaitan di internet”. Sengaja Naqib mahu mengenakan kak Yati lagi.
“ Macam ni le, bas pun dah berhenti di R&R ni. Jap lagi kau belanja kami berdua. Masa tu, pandai-pandai kau le nak mengayat macam mana. Nak baca mentera apa pun boleh…kalau nak lagi menjadi kau bacalah mentera semerah padi nyanyian M.Nasir tu, akak garenti pasti kau akan dikenang dan diingati oleh Chempaka selamanya”. Kata-kata kak Yati disambut dengan gelakan yang gamat sekali.
Jarum jam diperelangan tangan Chempaka menunjukkan ke angka 11.00 pagi. Mereka semua sudah sampai di hentian rehat Tapah. Semuanya turun dari bas untuk menghilangkan lelah diperjalanan awal pagi ini. Chempaka dan Kak Yati menuju ke sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman. Mereka makan untuk mengalas perut kerana tidak mahu mengalami masalah nanti kiranya perut sudah dimasuki angin. Selepas makan Chempaka mahu membeli buah-buahan yang dijual di gerai-gerai yang berderet berhampiran tempat parking kenderaan.
Hampir empat puluh minit mereka berhenti di R&R Tapah dan bas meneruskan perjalanan menuju destani yang telah dirancangkan. Masing-masing mendiamkan diri kerana sudah kekenyangan. Hanya perakam CD sahaja sedang menayangkan sebuah cerita inggeris yang agak menarik, Chempaka juga sempat memberikan tumpuan pada tayangan cerita tersebut.
Sampai sahaja susur keluar arah Bidor, bas mula mengubah haluannya. Kami semua sudah berada di Bidor dan bas terus meluncur laju menuju ke Bandar kecil Teluk Intan. Chempaka sempat memandang pemandangan di sekitar melalui tingkap bas. Bandar Teluk Intan sudah jauh ditinggalkan dan mereka kini menuju ke Sitiawan dan seterusnya Bandar Manjung yang akan ditempuhi. Jeti Lumut pasti akan tetap setia menanti kedatangan rombongan kami yang tidak sabar-sabar lagi mahu menjejakkan kaki ke sana.
Kabanyakan peserta sudah mula keletihan kerana menempuh perjalanan yang agak lama. Suasana dalam perut bas mula senyap kecuali ada sesekali kedengaran suara bersembang perlahan antara mereka yang tidak menganggu peserta lain. Chempaka juga turut memejamkan mata mengharapkan dirinya terlena seketika. Semakin cuba dipejamkan matanya, semakin banyak persoalan yang menghantui fikirannya. Kusut…Chempaka berdoa mengharapkan yang baik-baik sahaja nanti apabila kakiknya menjejaki Pulau percutian tersebut.
“ Chempaka!...bangun kita dah sampai kat Lumut ni”. Perlahan bahu Chempaka di sentuh Kak Yati, kelihatan seumpama Chempaka sedang lena pada penglihatan Mahayati kala itu.
“ Dah sampai ke?. Lamanya perjalanan nak sampai sini”. Pergelangan tangannya diamati seketika. Keluhan perlahan terdengar dari mulut Chempaka apabila mendapati jam tangannya sudah melewati 1.30 tengah hari. Bas sudah diberhentikan dan beberapa orang staff telah turun dari bas. Chempaka bangun dan baju yang dipakainya dibetul-betulkan agar nampak lebih terurus. Bag sandang yang dibawaya tadi, dicapai dan disangkutnya dibahu sebelah kanan manakala Mahayati masih setia menunggu Chempaka disisinya. Mereka berdua beriring menuruni tangga bas. Beg pakaiannya dan staff lain sudah dibawa keluar oleh pemandu bas dengan dibantu oleh beberapa kakitangan lelaki yang.
“ Pengumuman!!!...minta perhatian semua…feri yang akan membawa kita akan bertolak pada jam 3.00 petang. Semua orang boleh melakukan aktiviti sendiri sehingga kita berkumpul balik di Jeti. Semua wajib berada semula di jeti pada jam 3.45 petang, kalau lambat pihak pengurusan tidak bertanggung jawab. Pandai-pandai le nak ke pulau sana tu sendiri”. Jari telunjuknya lurus menunding ke laut lepas.
“ Jom Chempaka kita join dia orang tu. Mesti dia orang pergi cari kedai makan kat seberang jalan sana”. Mahayati mahu makan tengahari dahulu sebelum menunaikan solat zohor. Mereka sudah dimaklumkan yang perjalanan menggunakan feri lebih kurang empat puluh ke lima puluh minit sahaja.
“ Jom…beg pakaian ni nak kena simpan dulu kat tempat simpanan beg kat jeti sana. Akak minta dia orang tunggu kita jap…”. Chempaka bersetuju untuk menyertai mereka yang hendak mengisi perut memandangkan sekarang adalah waktu terbaik untuk menjamu selera sebelum membelah laut sekejap lagi.
Selepas menyimpan beg dan mendapatkan kad nombor dari petugas, mereka bergegas mendapatkan kumpulan yang sedang menunggu mereka di tempat duduk yang telah di khaskan. Dari satu restoran ke satu restoran mereka jelajahi sehingga bertemu dengan makanan yang sesuai dengan selera masing-masing. Mereka berpecah, sementara Mahayati, Chempaka dan beberapa teman yang mahu menjamah nasi campur bergerak ke restoran yang menyediakan makan tengahari nasi campur.
Usai menunaikan solat zohor di surau yang ditempatkan berhampiran dengan Jeti Lumut, mereka telah diserahkan tiket feri masing-masing dan telah diminta berbaris untuk menaiki feri. Di terminal terdapat beberapa buah feri yang sedang menunggu penumpang. Kami telah diminta untuk menaiki feri yang akan ke Jeti Teluk Dalam sahaja. Dari Jeti Teluk Dalam,kira-kira 2 kilometer sahaja kami akan menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk ke tempat penginapan yang terletak di Pantai Puteri Dewi. Dari penerangan awal yang telah diberikan semasa perjumpaan sebelum bertolak ke Pulau Pangkor tempoh hari, semua peserta akan menginap di Pangkor Island Beach Resort.
Sebaik sahaja Chempaka mendekati lorong berbaris untuk memasuki feri yang tertera nama Pulau Perhentian, matanya dapat menangkap kelibat Adam…dup…dap…dup…dap…hati Chempaka berdetak hebat. Matanya melilau-lilau mencari Adam untuk memastikan pandangannya tadi memang kelibat Adam. Memang sah!...Adam sedang menarik luggage menuju barisan untuk menaiki feri yang sama dengan kami. Sebaik Chempaka masuk ke perut feri, Hazril sedia membantu menyambut bagasinya. Kalau tak terkial-kial juga Chempaka mahu mengangkat begnya tadi. Fuh!!!...lega Chempaka apabila ada yang sudi menolong di saat sedemikian. Berat juga beg tersebut kalau hendak dijinjing oleh badannya yang kecil molek itu. Sebaik Hazril meletakkan bagasi Chempaka di satu sudut meletak barang, dia segera mendapatkan Chempaka dan duduk betul-betul di seat sebelah Chempaka. Chempaka sengaja memilih tempat duduk di tepi tingkap. Dia mahu menikmati panorama laut sepuasnya. Hatinya dan laut bagaikan bersatu buat masa ini. Keseronokkan tergambar jelas pada raut wajahnya apabila melebarkan pandangan ke laut lepas.
“ Amboi…bukan main lagi Hazril, tak menyempat-nyempat lagi ni. Aku ingat nak berborak dengan Chempaka tadi tapi…kau dah potong line aku, bila masa kau sampai ni…aku tak nampak pun. Masa kat bas tadi Mahayati tak bagi chance kat aku nak berkenalan mesra dengan adik manis sebelah kau…tup tup kau pulak dah jual minyak urat kat dia”. Sebaik sahaja Naqib berlalu untuk mencari tempat duduk, Adam melewati seat yang diduduki oleh Chempaka, Hazril dan tiga orang staff yang lain. Hanya Hazril seorang sahaja lelaki yang berada di barisan mereka.
“ Naqib kau ni memang pantang tengok yang berdahi licin…semua nak disapu, aku ni telah diamanahkan oleh pihak syarikat untuk menjaga dia orang semua tau!...anak asuhan aku…aku wajib menjaga keperluan mereka sama ada di sini atau di pejabat”. Hazril juga tidak mahu mengaku kalah.
Semasa melewati seat yang diduduki oleh Chempaka, Adam sempat memandang ke arah Chempaka dengan pandangan yang tajam. Mata mereka bertentangan seketika…ada getar di dada Chempaka. Pandangannya seolah-olah menghantar isyarat amaran kepada Chempaka. Direnungnya Chempaka dengan tidak berkelip.
“ Boss!...sini…”. Suara halus merdu memanggil Adam masih sempat ditangkap oleh gegendang telinga Chempaka.
“ Ada tempat kosong ke sebelah you? Kalau tak ada…I cari tempat kat belakang je…sebelah sana tu macam ada seat kosong”. Suara parau Adam kedengaran membalas sapaan tadi.
“ Sini…tempat ni sengaja I sediakan untuk you. Tadi masa kat jeti, I nampak you tengah baratur…so, I stand bykan tempat ni untuk you. Jom le…kat sebelah I ni”. Siapa pula yang tengah buat drama kat dalam feri ni…nak termuntah pula Chempaka apabila mendengar suara gatal semacam dari gadis tersebut.
“ Thanks Nisa…you memang selalu baik untuk I, you tak pernah menghampakan I walau pun dalam situasi macam ni”. Bukan main seronok lagi Nisa apabila Adam membalas pelawaannya dengan baik. Kesudian Adam memberikan harapan yang tinggi kepada Nisa. Bukan mudah untuk menundukkan bos yang seorang ini. Nisa bertekad dia akan menggunakan kemahiran memikat yang sedia ada padanya untuk menundukkan Adam kali ini.
Sewaktu Adam menuturkan bait-bait ayat yang boleh menyentap tangkai hatinya, dia berpura-pura tidak mendengar sahaja. Gasak engkau le…geli telinganya mendengar cara Nisa berbual dengan Adam. Si Adam ni pun satu…gatalnya tidak bertempat. Masakan dengan minah gatal tak cukup kain tu pun boleh menjadi…kata-kata dari kak Yati yang memuji kebaikan Adam cuba ditangkis Chempaka. ‘ Lelaki baik dan tinggi keperibadiannya takkan melayan perempuan gedik semacam tu…ahhh!!!...kak Yati bukan tahu sangat siapa Adam si bossnya itu. Tokoh korporat muda yang berkaliber konon…tokoh keparat ada le…’. Getus hati Chempaka yang sedang menggelegak apabila melihat perlakuan Adam dan Nisa sebentar tadi.
Beberapa orang dari kalangan mereka menuju ke dek feri untuk menikmati pemandangan laut lepas. Chempaka tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Dia bangun dan mendaki tangga untuk ke tingkat atas, ke bahagian yang tidak berbumbung di dalam feri tersebut. Semasa mahu melangkahkan kakinya ke bahagian tersebut, dia sempat menoleh ke belakang dan Adam sedang memandangnya. Chempaka tidak menyedari yang Adam mengekorinya sewaktu dia menaiki tangga tadi. Tidak dihiraukan Adam dan dia sengaja mengambil satu sudut yang agak sempit di bahagian dek yang terbuka. Hempusan angin pantai dapat dirasainya terus ke muka. Adam menghampirinya dan dengan agak perlahan suara Adam menjengah ke cuping telinga Chempaka. “ Be have your self !!!...walau kat mana pun dan apa sahaja situasi, you tetap milik I yang mutlak. Jangan nak menggatal dengan mana-mana lelaki”. Terkedu Chempaka dengan amaran keras dari Adam.
Share this novel