BAB 9

Romance Series 2801

Suasana agak meriah di kafe syarikat Berjaya Padu Holdings apabila lunch hour bermula. Kelihatan Chempaka, Fira dan kawan sepejabat sedang leka memilih makanan. Beberapa pasang mata nakal sedang melirik kearah Chempaka. Tanpa mengendahkan sesiapa Chempaka mencari meja yang masih kosong untuk didudukinya. Mereka menjamu selera sambil berbual-bual tanpa memandang sekeliling lagi.
“ Dam,…cuba kau tengok meja depan kita ni. Ada awek cun la…aku pernah nampak awek tu kat office kita”. Sambil memerhatikan meja Chempaka, Razmeen memuncungkan mulutnya menunjukkan kepada Adam.
“ Awek cun mana pula ni Raz. Kau ni tak habis-habis la dengan awek memanjang”. Tanpa mempedulikan permintaan Razmeen selaku sahabat baiknya, Adam tetap menyuap makanan ke mulutnya.
“ Baik kau tengok awek ni, Dam. Nanti kau kempunan. Wow!...cantik sangat ni. Jarang aku jumpa awek cun melecun macam ni kat office kita. Razmeen masih tidak berpuas hati dengan sikap Adam kali ini.
“ Bagi kau semua perempuan cantik. Kalau bontot kuali mak kau di rumah tu di makeup pun kau kata cantik. Pelik aku dengan perangai kau yang pantang jumpa perempuan dahi licin ni. Taubat le…”. Adam sempat menyindir Razmeen
“ Tak adanya aku nak kempunan setakat perempuan-perempuan ni. Berlambak perempuan kat luar sana. Bukannya aku tak tahu dengan perangai kaki perempuan kau tu.” Luahan Adam bagai angin lalu sahaja di pendengaran Razmeen.
Adam tetap meneruskan suapan demi suapan ke mulutnya tanpa mempedulikan sahabatnya yang sedang ralit memerhati kearah gadis-gadis yang dimaksudkannya tadi. Sehingga kelibat mereka hilang pada penglihatannya, barulah dia menumpukan semula pada makanan yang telah tergendala. Adam hampir menyudahkan makan tengaharinya. Terkesan dengan cara Razmeen memandang budak-budak perempuan tadi Adam mula kehairanan. Kalau betul dia orang kerja di syarikatnya masakan dia tidak pernah terserempak dengan mereka. Hakikatnya memang Adam tidak mengenali semua staf di pejabatnya tetapi dia pasti kalau ada pun yang tidak dikenali hanya segelintir kecil sahaja.
Selesai menghabiskan makanan tengahari, mereka berdua menapak keluar dari kafe yang saban hari menjadi tumpuan para pekerja di syarikat ini. Tiada apa yang lebih penting bagi CEO muda syarikat sepertinya selain dari mengejar masa yang sentiasa mencemburuinya. Ada kalanya Adam tidak betah berlama-lama hanya sekadar untuk menghabiskan masa dengan berbual-bual kosong. Siapa tidak kenal dengan Adam Hasif bin Tan Sri Zaid yang memang terkenal dengan sikap ‘gila kerjanya’. Kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Tan Sri Zaid tidak disia-siakan oleh Adam.
“ Rugi kau tak pandang perempuan kat kafe tadi Dam. Sungguh!...aku tak tipu kau. Lawa sesangat tau. Kalau dapat perempuan tadi kat aku, sumpah aku dah tak pandang perempuan lain dah”. Razmeen masih tidak berpuas hati dengan reaksi selamba dari Adam.
“ Tak habis lagi ke isu tadi Raz ?. Aku tak de masa dengan benda-benda remeh macam tu. Nanti kalau aku jumpa yang betul-betul sesuai dengan hati aku…tak payah nak ‘try-try’ aku terus je masuk meminang”. Adam masih memperlekehkan kata-kata dari Razmeen.
“ Kalau yang macam tadi tu, aku gerenti mama aku terus setuju nak pergi meminang. Dah la cantik, Nampak sopan sungguh. Mesti mama aku tak tolak pilihan aku kali ini”. Kaki perempuan macam Razmeen bukan boleh pakai sangat. Baginya semua perempuan cantik. Berbeza dengan Adam yang mempunyai citarasa yang tersendiri berkaitan dengan gadis pilihannya.
Timbunan kerja yang berlambak-lambak memaksa Adam memekakkan telinga dengan setiap cerita Razmeen kali ini. Merasakan dirinya tidak dipedulikan oleh Adam, Razmeen meminta diri untuk ke biliknya.
“ Bagus, bagus, bagus…memang aku nak tanya kau pun tadi, bila nak berambus dari bilik aku ni. Kau tak ada kerja ke? Dari tadi asyik sangat dengan cerita mengarut kau. Telinga aku dah tepu dengan cerita perempuan-perempuan yang kau bawa”.
Selamba aje Razmeen berlalu keluar dari bilik Adam. Bagi mereka berdua tiada istilah ambil hati dalam setiap percakapan mahupun perbuatan. Perhubungan persahabatan mereka berjalan lancar. Sekiranya menghadapi masalah Adam juga akan dicari oleh Razmeen. Begitu juga dengan Adam, Razmeen adalah sahabat suka dukanya. Tiada rahsia antara mereka berdua kecuali berkaitan dengan Chempaka Maisara. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan rahsianya yang satu itu.
Panggilan telefon dari mummynya menyedarkan Adam dari tugasan kerja yang begitu melekakannya. Salam disambut olehnya. Suara mummy jelas di hujung talian. Sesekali mummy pasti akan menelefonnya bagi bertanya keadaan dirinya dan juga Chempaka. Sayang mummy pada Chempaka menyebabkan hatinya juga turut dipagut cemburu. Bagi mummy Chempaka bukan sahaja menantunya tetapi adalah anak perempuan kesayangannya. Sukar untuk Adam membayangkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini pada perkahwinannya dengan Chempaka. Hatinya masih sukar untuk menempatkan Chempaka diruang yang kosong pada sudut hatinya.
Permintaan mummy agar membawa Chempaka ke rumahnya petang nanti wajib ditunaikan. Adam tidak mahu mummynya pula yang akan menjelma di rumah kediamannya bersama Chempaka. Pelbagai alasan telah dikemukan kepada mummynya tadi tetapi tidak diendahkan oleh mummynya. Chempaka pula mesti tidak akan menolak pelawaan mummynya. Susah betul beristerikan Chempaka ni…apa sahaja kata mummynya pasti akan diikuti olehnya. Mana mummy tak sayang menantu nan seorang itu. Adam tetap tidak berpuas hati dengan layanan istimewa mummy pada Chempaka.
‘ Balik nanti tahu le aku nak ajar menantu kesayangan mummy. Sekarang giliran Chempaka mengikut telunjuk aku pula’. Adam tersenyum sendirian apabila mengenangkan sikap Chempaka yang cepat mengelabah apabila membuat kesalahan. Ada masanya dia begitu seronok mengenakan Chempaka. Hatinya terhibur dengan sikap keanak-anakan yang ada pada isterinya.
Teringat pada Chempaka, Adam mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor Chempaka. Deringan masih berbunyi tetapi tidak diangkat. Sekali lagi nombor Chempaka di tekannya. Menanti panggilannya disahut tetapi masih tiada jawapan. Panas hati Adam apabila panggilannya masih belum dijawab. Apabila gagal untuk bercakap ditalian, Adam meninggalkan pesanan melalui masej sahaja. Adam yakin Chempaka mesti membaca masej yang telah dikirimkannya ke telefon milik Chempaka.
Deringan telefon mengganggu kosentrasinya terhadap kerja. Selagi tidak dijawab, dia tahu Chempaka akan membuat panggilan lagi. Dibiarkan seketika deringan telefonnya bernyanyi dan mati sendiri. Sengaja Adam mahu mempermainkan Chempaka. Kedengaran nada masej masuk ke telefonnya. Masej dari Chempaka dibaca oleh Adam.
Permintaan Puan Sri Zaida akan dipenuhi oleh Adam dan Chempaka. Sehabis waktu kerja Chempaka bergegas untuk balik ke rumah. Chempaka tidak mahu Adam sampai dahulu ke rumah nanti. Dia mesti keluar awal dari pejabat bagi menggelakkan dari kesesakan jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience