Tidak dihiraukan oleh Chempaka amaran dari Adam sebentar tadi, dia tidak mahu ketika dia sedang leka menikmati panorama laut nan indah sendirian pun masih ada yang menganggu. Berada di dek feri membuatkan Chempaka merasa bebas dari segala-galanya, Chempaka malas mencemarkan ketenangan yang cuba dikecapi dengan menempatkan Adam di dalam minda sedarnya. Hatinya sakit dengan sifat Adam yang mengawalnya sejak dari mula lagi, cuba mengongkong kebebasannya, dia juga seolah mengawal semua perlakuan Chempaka, sehinggakan untuk bersendirian juga menjadi bahan kecurigaan Adam. Adam memang tidak pernah mahu tahu tentang dirinya, kesenangannya dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya. Adam hanya tahu mengarah itu dan ini serta menetapkan sesuatu tanpa persetujuannya. Adam tidak pernah mewujudkan dirinya di dalam hidupnya. Chempaka tahu dia tidak mungkin akan mendapat sebarang tempat di sudut hati Adam.
Setibanya mereka semua di Jeti Teluk Dalam, kenderaan yang ditempah oleh pihak syarikat telah berderet-deret menunggu. Chempaka sengaja melambatkan pergerakkannya kerana dia tidak mahu Adam dapat melihatnya, keadaan ini akan lebih membuatkan dia rasa terganggu. Sebaik dia tiba ditempat kenderaan yang sedang memenuhkan tempat duduknya dengan penumpang, Chempaka ternampak sebuah kenderaan mewah sedang menanti Adam. Seseorang yang lagaknya seperti pemandu, siap membukakan pintu untuk Adam dan pastinya akan membawa Adam ke destinasi yang hendak ditujunya. Sepantas itu juga Adam menyedari Chempaka sedang memandang ke arahnya, dia mengenyitkan mata pada Chempaka dan masih sempat mengukir senyuman yang tidak mungkin dapat Chempaka tafsirkan.
Lebih kurang lima belas minit van yang membawa mereka telah sampai ke Pangkor Island Resort. Semua beg yang dibawa telah diturunkan oleh pemandu van tersebut di lobi resort. Mereka berkumpul dan diminta mendaftar untuk mendapatkan bilik. Chempaka melengah-lengahkan pendaftaran untuknya kerana dia tidak mahu menjadi masalah kepadanya nanti apabila ada yang menyedari namanya telah didaftarkan oleh Adam. dia berlegar-legar di sekitar resort tersebut bersendirian sedangkan orang lain sudah mendapatkan bilik masing-masing. Sekali lagi mereka berkumpul di lobi, penerangan aktiviti dibuat oleh urus setia yang telah dilantik oleh kelab staff dan telah dipertanggung jawabkan dalam urusan selama mereka semua bercuti. Semua orang disediakan dengan pamplet yang boleh dirujuk sekiranya ada yang terlupa acara ataupun aktiviti yang bakal dijalankan.
Semua peserta sudah tidak sabar untuk merehatkan badan masing-masing setelah seharian dalam perjalanan. Keletihan akibat perjalanan yang jauh telah menyebabkan masing-masing tidak sabar mahu mendapatkan bilik. Chempaka menghampiri kaunter pertanyaan dan dia meminta receptionist menyemak namanya terlebih dahulu. Ya!...memang tepat sekali, Adam telah menempahkan bilik untuknya atas nama Adam Hasif Tan Sri Zaid.
“ Puan diminta menunggu di sini sebentar kerana sekejap lagi…pihak kami akan menghantar puan ke suite yang telah ditempah oleh encik Adam”. Pekerja resort tersebut dengan sopan membawa Chempaka untuk duduk di satu sudut yang terlindung dan selesa.
“ Terima kasih…berapa lama saya kena tunggu?”. Chempaka tidak mahu menunggu lama-lama kerana dia takut terserempak dengan mana-mana staff yang lewat dan masih lagi belum mendaftar.
“ Tak lama, sekejap lagi pekerja yang ditugaskan akan datang untuk membawa puan ke bilik puan. Kerja sama puan untuk menunggu amat-amat pihak resort hargai. Sebantar ya, puan…”. Pekerja tersebut meminta diri sebaik dia memastikan Chempaka berada dalam keadaan selesa untuk menunggu pekerja yang bertugas membawanya ke bilik penginapan.
Telefon Chempaka berbunyi dan minta diangkat segera. Tertera nama Adam pada skrin telefonnya, Chempaka menjawab panggilan tersebut. Dia tidak mahu Adam memarahi lagi saat badannya sudah keletihan. Pamplet yang ada pada tangannya dibaca sepintas lalu sementara Adam masih berada di talian.
“ Kenapa lambat sangat ni? You ada kat mana? I dah lama tunggu you kat bilik…jap lagi kalau mummy dengan papa sampai, apa I nak jawab kat dia orang. Mummy tu…wajib cari you dulu, I ni yang teraba-raba nak menjawab nanti. Cepat sikit…jangan nak terhegeh-hegeh, I tahu you mesti sampai kat bilik sebelum mummy dengan papa sampai. I malas nak menjawab soalan macam-macam dari mummy mertua kesayangan you tu”. Amaran demi amaran yang menjadi halwa telinganya apabila bercakap dengan Adam. Belum sempat dia membuka mulut, Adam telah mematikan talian. Semakin gelisah Chempaka dibuatnya.
“ Puan!...saya minta maaf kerana membuat puan tertunggu-tunggu. Silakan…saya akan membawa puan ke bilik penginapan puan sekarang”. Seorang pekerja lelaki yang bersopan dan penuh tertib datang mempersilakan Chempaka ke bilik penginapannya.
“ Oh!...o.k. tak pe…terima kasih kerana memberikan layanan yang baik untuk saya. Jom…kita gerak sekarang”. Chempaka pantas bergerak menyaingi pekerja tersebut. Beg pakaiannya terlebih dahulu telah diambil dan dibawa oleh pekerja resort ke biliknya. ‘Seronoknya menjadi orang kaya…bila menempah bilik yang bagus, layanan juga first class. Bila le…aku nak jadi kaya ni?. Belajar pun tak tentu lagi habis’. Hati Chempaka berlagu kata…anganan tidak lepas dari kotak fikirnya apabila dia mendapat layanan sebaik ini semasa berada di Pangkor Island Resort.
Setelah sampai di bilik yang akan dihuninya, pekerja tersebut mengetuk pintu dengan nada yang perlahan. Cermat sekali cara ketukan pintu dibuat oleh pekerja tersebut pada pengamatan Chempaka. Pintu dibuka dari dalam dan tersembul wajah Adam, sehelai not warna kelabu dihulurkan Adam kepada pekerja resort tersebut. Duit tips menghantarnya ke bilik sebanyak itu. Kalau macam tu, baik aku kerja kat resort macam ni sehabis aku belajar nanti. Lumayan sekali tips-tips yang bakal aku perolehi jika ramai orang-orang kaya menginap kat sini. Silap-silap haribulan aku dapat jodoh dengan hartawan muda yang baik hati dan bertimbang rasa…bukan macam mamat ketul ais kat depan aku ni. Menyampah!!!....
“ Apa lagi yang you buat kat depan pintu bilik tu…tak reti-reti nak masuk ke…kat sini you tak payah nak jadi guard…I memang tak perlukan guard kat bilik ni…masuk!!!...”. Sergahan Adam merencatkan langkah Chempaka untuk masuk ke bilik mewah yang menjadi pilihan Adam Hasif Tan Sri Zaid. ‘ Apakah malang nasib ku ini bersuamikan singa jantan yang terlepas dari hutan Amazon yang tengah kelaparan agaknya. Kalau ikutkan tingkahnya sudah tentu telah lama aku dilenyapkan dari muka bumi Allah…bila le si singa jantan ni nak jadi manusia yang punya perasaan sebagai seorang manusia’. Sikap Chempaka yang suka berangan-angan menjadikan dia lupa…sang singa sedang menunggu untuk membahamnya sebentar lagi.
“ You nak masuk ke you memang nak tunggu kat luar bilik tu? Kalau nak masuk…baik you masuk sebelum I tutup pintu bilik ni. I kira sampai tiga je…satu…du…a…”. belum habis Adam mengira Chempaka telah melompat masuk ke dalam bilik tersebut. Dia tidak mahu Adam akan melakukan perkara yang dimaksudkan. Selama tiga bulan menjalani rutin kehidupan bersama Adam…Chempaka sudah arif tentang sikap Adam yang sedemikian.
“ Emmm…tahu takut…nak terus tercegat dekat situ ke? Jap lagi I nak keluar jalan-jalan sambil makan dengan mummy dan papa. You mesti ikut…bukan you tak kenal dengan mummy, kalau you tak ada…masalah bagi I . kalau you tak nak ikut, you sendiri yang kena bagitahu mummy…”. Chempaka malas melayan bebelan Adam, dia terus menuju ke balkoni bilik yang terbuka. Serbuan angin terus menampar pipi gebu miliknya. Nyaman!...
“ you ikut tak ni? Kalau nak ikut cepat siap!...I dah lapar, I belum makan apa-apa lagi sejak pagi”. Suara Adam sudah kendur dan kedengaran biasa-biasa sahaja, sudah tiada lagi nada marah seperti sebentar tadi. ‘Aikh…dia ni memang pelik bin ajaib sikit…emosinya boleh berubah-ubah dalam sekelip mata. Nak kata spesies sesumpah tak pula aku nampak badannya bewarna hijau…baju hijau pun tak pernah aku nampak dia pakai setakat aku tinggal bersamanya. Spesies yang sefesyen dengan alien kot…’. Chempaka masih bermonolog dengan dirinya sendiri.
Kedengaran air mencurah-curah dari bilik air. Tentunya sang singa sedang mandi…kejap lagi dia pasti akan keluar dan Chempaka mesti bersedia sama ada mahu mengikutinya atau tidak. Telefon dicapai dan nombor mummy mertuanya di dail…deringan kedengaran dan sebelum deringan berakhir kedengaran suara mummy mertuanya menjawab disebelah sana.
“ Assalamualaikum…mummy ada kat mana sekarang ni?”. Selembut mungkin Chempaka cuba bersembang dengan mummy mertuanya.
“ Waalaikummussalam…mummy ada kat bilik, tengah tunggu papa bersiap. Kejap lagi kita nak keluar makan. Adam dah tempah makanan dekat restoran yang selalu kita orang makan. Sedap makanan laut kat situ. Chempaka siap ya…jap lagi kita pergi. Mummy dah tak sabar nak jumpa Chempaka ni…Chempaka nak mummy ke bilik Chepaka ke?”. Terhenti degupan jantung Chempaka dengan pertanyaan dari Puan Sri Zaida. Dia tidak mahu mummy mertuanya datang ke bilik mereka disaat-saat macam ni.
“ Mummy…boleh tak kalau Chempaka tak ikut makan hari ni?. Sebenarnya Chempaka letih sikit…malam nanti kami semua nak kena berada di tepi pantai. Aktiviti berkumpulan akan bermula selepas insyak, diikuti dengan barbeque. Chempaka makan je…dengan dia orang malam nanti”. Permintaan Chempaka membuatkan Puan Sri Zaida serba salah.
“ Jom le…tak nak makan pun tak pe. Chempaka temankan mummy ya!...Chempaka ada nanti mummy seronok sikit boleh jadi kawan berborak. Kalau tak asyik pandang muka papa, pandang muka Adam je…dia orang kalau dapat bersembang dah lupa kat mummy yang duduk sebelah. Pergi siap sekarang…mummy tunggu ni… bagi mummy cakap dengan Adam sekejap”. Puan Sri Zaida mahu bercakap dengan anak tunggal kesayangannya. Chempaka mahu memanggil Adam untuk menyerahkan telefon kepadanya. Berpusing sahaja ingin melangkah menuju masuk ke dalam…Adam tanpa segan silu keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala mandi separas lutut . Chempaka melarikan pandangan matanya dari terus memandang tepat kearah Adam yang berada dalam keadaan sedemikian.
“ Mummy nak cakap ni!...”. Telefon sudah bertukar tangan kini. Sekejap-kejap matanya melirik ke arah Chempaka. Tidak dipedulikan oleh Chempaka sebaliknya dia masih meneliti helaian kertas yang diambilnya dari pihak urus setia berkaitan dengan agenda sepanjang mereka berada di Pulau Pangkor. Setelah selesai bercakap dengan mummynya, Adam menghampiri Chempaka dan di serahkan semula telefon milik Chempaka.
“ Kenapa tak siap-siap lagi. Mummy nak you ikut sekali dengan kita orang makan jap lagi”. Suara Adam yang memang garau sengaja ditekankan agar lebih mempengaruhi Chempaka mengikuti kehendaknya.
“ Kalau saya tak nak pergi boleh tak?. Saya penat le…nak rehat jap ni”. Chempaka bersuara tetapi tidak memandang ke arah Adam kerana dia tidak berani untuk bertentang mata dengan sang singa jantan yang sedang memerhatinya. Kalau tidak di pandang matanya, timbul sedikit keberanian di hati untuk menyuarakan kehendak diri sendiri.
“ Mummy nak you ada sekali!!!...you faham ke tak ni?. I nak you siap sekarang juga. Setengah jam lagi I nak you siap, kalau tak…siap you”. Adam sudah mula berubah menjadi dictator yang berkuasa veto. Bila keadaan ini yang wujud, Chempaka tidak berani lagi untuk bersuara apa-apa. Bergegas dia masuk ke bilik air tanpa berfikir panjang lagi.
“ Mandi jangan lama-lama sangat. Tahu le…dari pagi lagi tak mandi. Mummy dah telefon ni…dia minta kita siap cepat”. Adam mengetuk-ngetuk pintu bilik air Chempaka kerana dia merasakan Chempaka mandi terlalu lama sedangkan dari awal-awal lagi dia sudah berpesan agar bersiap cepat.
“ Chempaka!...cepat le…I nak ambik jam tangan I yang tertinggal kat dalam tu. You boleh keluar sekarang ke tak? Kalau tak…I pecahkan pintu ni”. Suara Adam yang kuat memanggil namanya membuatkan Chempaka serba salah. Keluar ke tak ni…agh!!!...keluar je le…
Chempaka menahan malu dan dengan perlahan dia membuka pintu bilik air. Dia bukan biasa berkeadaan begitu bila berdepan dengan lelaki…ini semua gara-gara nak cepat tadi. Dia terlupa untuk membawa masuk bersama pakaian yang hendak dipakai selepas mandi sebentar tadi. Dengan teragak-agak Chempaka melangkah keluar dari bilik air, dia tidak mahu Adam memandang dia dalam keadaan sedemikian. Malunya tidak dapat ditahan lagi…hanya berkemban menggunakan tuala yang telah disediakan oleh pihak resort dia keluar dari bilik air untuk mendapatkan beg bajunya.
Pandangan mata Adam terpaku pada sekujur tubuh milik Chempaka dan tidak dapat dialihkan dari memandang keindahan fizikal milik Chempaka yang terbentang di depan matanya. Dia tidak menyangka dalam remang-remang senja begini…matanya dipukau oleh pandangan yang tidak mungkin dapat dia lupakan seumur hidupnya. Dalam usia tiga puluh dua tahun hidupnya, inilah kali pertama dia melihat sesuatu yang indah dan amat menggetarkan jiwa lelakinya. Chempaka umpama jelmaan sang puteri yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya saat ini. Sungguh!...dia tidak tahu mengapa dia boleh memandang Chempaka dari sudut yang berbeza buat pertama kalinya. Pandangan seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang telah di halalkan untuknya. Air liur yang ditelan terasa tersekat dirongkongnya apabila melihat langkah Chempaka menghampiri tempat meletak pakaiannya.
Diperhatikan Chempaka tidak berkedip-kedip matanya. Dari rambutnya yang hitam lebat kebasahan…begitu mempesonakan jiwa lelaki yang cuba dipertahankan. Air mandian masih menitik di hujung rambut Chempaka menambahkan resah yang sedang bersarang di jiwa lelakinya. Chempaka tidak dapat menggelak dari membiarkan sekujur badannya yang hanya berkain tuala menjadi santapan mata nakal Adam. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya oleh Adam untuk meneliti diri Chempaka dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada di depan mata kala ini dengan sia-sia. Persis penganalisis…dia membuat penilaian ke atas setiap inci tubuh badan Chempaka. Muka, leher, rambut, bibir dan segala-galanya milik Chempaka menjadi bahan pengamatan Adam.
“ Awak…boleh tak awak keluar kat balkoni sekejap. Saya tak selesa nak bersiap apabila awak ada depan saya macam ni…”. Selesai menuturkan kata-kata memohon jasa baik Adam untuk memberikan ruang kepadanya bersiap, helaan nafas kelegaan dihempuskan oleh Chempaka.
“ Kenapa you nak kena rasa tak selesa pula bila I ada kat bilik ni? I tak ada buat apa – apa pun kat you. I o.k je”. Adam masih berdiri mengadap Chempaka. Dia tidak akan ke mana-mana dan peluang untuknya berada dalam keadaan begini mungkin tidak akan di perolehi sekali lagi. Kesempatan yang ada akan dimanfaatkan oleh Adam kerana baginya peluang mana-mana lagi. Hatinya bersorak kegembiraan dengan keadaan sekarang.
‘ Hampas betul si singa jantan ni. Dia memang tak rasa apa-apa, dia tak tahu ke macam mana perasaan aku ni. Malu dah tahap petala bumi!!!...jangan time cam ni tuala yang aku pakai pula terlondeh…lagi le seronok mamat tak faham bahasa ni tengok segala-galanya yang menjadi hak peribadi aku !!!... Oh, tidak!!!... Iskh!!!...mana tempat aku nak menyorok ni, muka dah rasa tebal tiga inci dah... Beg baju pula tersilap letak…kalau kat atas sofa ke…atas katil ke…atau paling tidak kat dalam almari senang sikit aku nak ambil, ni…kat lantai. Kalau aku duduk mencanggung membelakangkan dia, apa yang dia nampak?. Susahnya nak ambil baju kat dalam beg ni…aku nak buat macam mana ni?’.
“ Apa lagi yang tak kena dengan you ni…sampai bila you nak berdiri kat situ? You nak I tolong you apa-apa ke?” Seronok sungguh Adam melihat telatah Chempaka yang berada dalam keadaan serba salah. Mukanya yang kemerahan akibat malu menambahkan lagi kecomelannya di mata Adam.
“ Tak payah!...saya tak nak awak tolong apa-apa. Awak nak tolong apa???”. Soalan Chempaka yang agak keras membuatkan Adam menghampiri Chempaka. Dekat dan semakin dekat…
Adam mendekati Chempaka dan mengelilingi Chempaka, tiba-tiba sahaja dia berhenti betul-betul di belakang Chempaka. Hempusan nafas Adam dapat dirasai oleh Chempaka mengena lehernya yang terbuka dan masih ada titisan air mandian. Semua anggota badan Chempaka menggeletar tiba-tiba. Sejuk selepas mandi ditambah dengan aircond yang terpasang pun tidak mampu menyebabkan dia menggeletar sebegini tetapi apabila Adam berada di belakangnya menyebabkan dia tidak dapat menahan rasa seram sejuk lagi.
“ Nak tahu apa yang I nak tolong you…I nak tolong pakaikan baju untuk you, boleh ke?” Suara Adam dibisikkan tepat pada cuping telinga Chempaka. Terasa suara Adam begitu hampir sekali pada pendengaran Chempaka. Meremang seluruh badan Chempaka seketika.
Pinggang Chempaka dipeluk erat dari belakang oleh Adam sementara Chempaka merasa lehernya sedang dicium oleh Adam. Chempaka tidak mahu Adam menaklukinya menggunakan cara yang dia sendiri tidak merelakan. Chempaka cuba melonggarkan pelukan Adam pada pinggangnya dan dia memusingkan badan kearah Adam. Tuala yang dipakainya juga turut terlerai dan melurut jatuh ke lantai. Terngaga mulut Adam menyaksikan adengan yang tidak disengajakannya itu. Didakap kejap badan Chempaka dalam pelukannya sambil dia menikmati harum wangian rambut Chempaka.
Sekujur badan Chempaka menjadi kejang. Urat sarafnya terbius dengan perlakuan lemah lembut Adam terhadapnya kini. Terlalu lembut membelainya kini…kalau dia tidak mengenali siapa Adam sebelum ini, sudah pasti Chempaka akan jatuh hati pada kelembutan Adam. Lelaki sebaik Adam tidak akan dilepaskannya untuk terus menjadi pelengkap hidupnya di dunia dan juga penemannya di akhirat nanti. Sayangnya…Adam yang berada dalam anganannya tidak sama seperti Adam yang berada bersamanya ini. Chempaka terbuai dengan layanan yang diberikan oleh Adam dan dia terlupa keadaannya kini seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Dengan mata yang terpejam, dia membiarkan Adam meneroka seluruh badannya tanpa bantahan.
Ring…ring…ring…jeritan telefon bilik penginapan mereka yang nyaring mengejutkan Adam mahupun Chempaka…Adam menjarakkan badannya dari Chempaka dan sambil itu sebuah senyuman yang penuh makna dihadiahkan kepada Chempaka. Sebuah ciuman penuh bernafsu Adam berikan disaat dia meleraikan pelukan untuk menjawab panggilan telefon. Chempaka mengambil peluang yang terbentang didepan mata untuk mendapatkan semula tuala yang tersadai di hujung kaki dengan menyeret sekali beg pakaiannya menuju ke bilik air. Masa yang ada dimaafaatkan sebaik mungkin kerana dia tidak mahu lagi menjadi santapan mata rakus milik Adam. Adam masih cuba menyakat Chempaka dengan mahu menarik beg pakaian yang diseret Chempaka.
Adam merapikan pakaiannya dan dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Begitu mengasyikkan dan sungguh manis untuk dijadikan kenangan semasa bercuti di Pulau Pangkor. Chempaka masih di dalam bilik air. Dia mahu bersiap seringkas mungkin. Kalau boleh buat masa ini dia tidak mahu bertentang muka langsung dengan Adam. Malu!!!...dia tersangat malu dengan apa yang telah di alaminya dengan Adam sebentar tadi. Mana mungkin dia tidak akan terserempak dengan Adam, sedangkan selama disini mereka akan duduk sebilik kecuali jika Adam menghadiri apa-apa tugasan nanti. Itu pun kalau ada, kalau tak ada… sama seperti sekarang.
“ Chempaka…mummy dah call I banyak kali ni, cepat keluar…I janji, I tak akan usik you lagi. Keluar cepat!...papa dah lama tunggu kita untuk makan. Papa lapar tu…”. Adam cuba berdiplomasi dengan Chempaka kerana dia tidak mahu Chempaka mengubah fikiran saat-saat akhir begini. Mummy sudah semestinya akan menyalahkan dia dua ratus peratus. Chempaka tetap tidak bersalah di mata mummy dan papa kerana mereka berdua cukup kenal dengan sikap menantu kesanyangan mereka berdua.
Serentak dengan itu pintu bilik air terbuka dan terpampang wajah Chempaka yang kemerahan akibat dari rasa malu yang masih menebal. Dia berpura-pura tidak memandang wajah Adam sambil menghampiri almari solek. Adam masih leka memerhati gerak geri Chempaka sambil mengenakan jam di perkelangan tangan kanannya. Chempaka mengenakan solekan nipis dan ringkas sahaja. Tudung dikenakan sedondon dengan warna baju yang dipakainya. Adam bersahaja memerhatikan setiap perbuatan Chempaka pada petang ini. Sejurus kemudian Chempaka bangkit dan mencapai beg tangannya, sementara Adam masih selesa bersandar pada sofa empuk yang terletak disudut bilik tersebut. Chempaka leka mencari-cari perfumenya dan setelah ditemui, sedikit wangian tersebut di sembur pada pergelangan tangannya.
“ Tak payah wangi-wangi sangat…nanti kita tak turun makan pula. I kalau tak makan sekarang pun dah tak kisah…janji I dapat you!...”. Gurauan Adam menyesakkan dada Chempaka. Nafasnya mula rasa tersekat-sekat apabila Adam menghampiri dirinya. Cepat-cepat dia mengelak tetapi masih sempat ditarik tangannya oleh Adam. Sekali lagi Chempaka tidak dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh Adam padanya. Dia tidak mahu Adam mengambil kesempatan atas kelemahannya untuk kesekian kalinya.
Jam di pergelangan tangan Chempaka telah menunjukkan ke angka 6.40 petang, sedangkan mereka berdua masih lagi berada di dalam bilik. Adam masih lagi tidak mahu melepaskan Chempaka turun ke bawah. Dengan kudrat yang tak seberapa Chempaka cuba mengagahkan diri menolak Adam supaya menjarakkan kedudukan mereka sekarang. Adam hanya tersengih memandang raut muka Chempaka yang sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
“ Tadi kata nak cepat…mummy mesti dah lama tunggu kita. Jom kita gerak sekarang”. Chempaka cuba menarik perhatian Adam agar cepat keluar dari bilik penginapan mereka dan pastinya akan lebih menyelamatkan Chempaka dari terus menjadi buruan Adam. Tanpa mendapat kebenaran dari tuan punya badan satu ciuman telah menyinggahi pipi mulus milik Chempaka. Haruman yang dipakai oleh Chempaka meresap terus ke jantung hati milik Adam. Adam terus merenung Chempaka dan membuatkan muka Chempaka terus berubah kemerah-merahan.
“ Jom!...nanti membebel pula mummy kesayangan you sebab dah lama tunggu kita kat restoran kegemaran papa. You nak cancelkan ke? Kalau tak jadi pergi pun tak jadi masalah pada I . malam nanti kita masih ada makan-makan kat tepi pantai anjuran syarikat”. Adam cuba memprovok Chempaka sahaja lagaknya.
“ Eh!...saya nak pergi. Siapa kata saya tak nak pergi? Kalau tak nak pergi kenapa tadi minta saya bersiap cepat-cepat”. Chempaka mencapai sandal dan terus meluru ke pintu dan dengan sekelip mata sahaja dia dapat meloloskan dirinya.
“ Jalan laju-laju tu…you tahu ke kat mana restoran yang kita nak pergi wahai Puan Chempaka Maisara. Kalau tak tahu, you tunggu I kat lobi. Jap lagi I ambil kereta dan kita pergi. Jangan lupa!!!...you jangan nak senyum-senyum kat sesiapa kat bawah tu nanti”. Sambil melangkah dengan pantas Adam meninggalkan Chempaka jauh dibelakang. Dia mahu mendapatkan keretanya terlebih dahulu.
Sampai sahaja di lobi, Chempaka dapati Adam sudah berada di sana dan melambai-lambai ke arahnya. Chempaka berjalan dengan pantas kerana dia tidak mahu ada mata-mata yang mengenalinya ternampak mereka berdua. Dia tidak mahu sebarang spekulasi berkaitan perhubungannya dengan Adam. Kepalanya sudah cukup berat untuk menanggung beban yang tidak tertanggung oleh dirinya. Kalau boleh dia mahu kembali ke zaman kanak-kanak riangnya berada disamping mama dan ayah. Itu semua tidak mungkin untuk dia kembali ke zaman kegemilangannya menjadi anak manja mama dan ayahnya.
Sebaik sahaja masuk ke perut kereta, Chempaka menggesa Adam agar sepat-cepat bergerak. Dia tidak mahu berlama-lama berada diperkarangan resort sewaktu berdua-duaan dengan Adam. Mata-mata yang mengenali mereka berdua pasti sekejap sahaja boleh meneropong perkara sebegini…dia tidak sanggup menjawab segala persoalan yang bakal timbul dan boleh menjadi isu paling sensasi di Berjaya Padu Holdings.
Chempaka membisu sepanjang perjalanan mereka menuju ke restoran yang ditempah oleh Tan Sri Zaid. Matanya memandang ke luar tingkap kereta. Dia tidak sanggup memandang wajah Adam gara-gara peristiwa yang telah dilalui oleh mereka berdua tadi. Sesekali mata Adam melirik ke arah Chempaka. Dia tidak mahu menyakiti perasaan Chempaka dengan kata-katanya lagi kala dia melihat Chempaka masih mahu mengelakkan diri darinya. Sesekali sahaja senyuman kecil jelas terukir dibibirnya yang berkumis nipis. Chempaka masih sempat menangkap senyuman yang tersembunyi di ulas bibir Adam. Keadaan ini menambahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Adam yang sedang leka dengan pemanduannya. Gelombang amarah Chempaka telah mencapai darjah kepanasan yang boleh merentungkan sesiapa sahaja saat ini.
“ Menyampah!!!...”. Terkeluar juga perkataan tersebut dari bibir nipisnya. Makin lebar senyuman Adam apabila dia dapat menangkap perkataan yang terluah dari bibir Chempaka.
“ Apa???...sampah!...I dah pastikan kereta ni bersih dan tak de sampah. Siapa yang buat sampah kat dalam kereta ni pulak”. Sengaja Adam buat-buat tidak dengar apa yang disuarakan oleh Chempaka sebentar tadi.
“ Bencinya!!!...”. sekali lagi Chempaka mengumam dengan nada perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Adam. Sakit hati Chempaka tidak dapat ditahan lagi…kalau boleh biar dia tidak terus bersama dengan lelaki disebelahnya ini. Tapi…macam mana??? Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
“ Apa yang you terkumat-kamit tu? Tengah hafal doa ke? Atau memang you dah tak sabar-sabar nak makan bersama dengan I kat restoran tu? Kalau you nak cepat-cepat sampai…kenapa buat hal tadi? Sekejap je lagi kita sampai…”. Ketawa kuat Adam membuat hati Chempaka terbakar hangus tika ini. Kalau dapat dia lenyapkan Adam dari muka bumi ini…pasti dia akan lakukan sesuatu untuk melenyapkan musuh nombor satunya ini.
“ Penyibuk!!!...”. Suaranya sudah tidak dapat dikawal lagi. Satu cubitan yang kuat dihadiahkan oleh Chempaka ke bahu Adam. Air mata sudah merembes keluar kerana menahan rasa yang berbuku sedari tadi. Adam mengaduh kesakitan akibat cubitan berbisa dari Chempaka yang agak kuat. Mendesis suaranya bagaikan bunyi ular yang sedang menanti mangsa sambil matanya mencerlung melihat Chempaka. Terbit rasa bersalah dihati Adam apabila melihat air mata Chempaka mengalir perlahan dipipi comelnya.
“ O.k…I minta maaf!...”. Perlahan permohonan maaf dihulurkan kepada Chempaka. Tisu lembut beberapa helai ditarik dari kotak dan dihulurkan kepada Chempaka. Chempaka membiarkan sahaja huluran tisu dari Adam. Adam memberhentikan kereta dan meminta Chempaka mengelap airmatanya. Tisu disambut dan airmatanya dilap perlahan. Adam sekadar memerhatikan perbuatan Chempaka. Setelah suasana kembali tenang, Adam memulakan kembali pemanduannya yang tertangguh tadi.
Kereta yang dipandu oleh Adam berhenti di satu restoran yang ekslusif. Adam menatap wajahnya seketika dicermin pandang belakang kerata. Chempaka masih membatukan dirinya di tempat duduk. “ Jom…kita keluar”. Ditariknya tangan Chempaka agar keluar dari kereta. Chempaka melangkah keluar dan berdiri disisi kereta. Perlahan Adam memusingkan kepala Chempaka mengadap kepadanya. Dia masih sempat membetulkan tudung Chempaka dan mengelap pipi Chempaka yang masih ada kesan airmata. Hidung Chempaka yang kemerahan akibat tangisan dicuit Adam. Chempaka cuba mengelak tetapi masih sempat disentuh oleh Adam. Kunci kereta diserahkan Adam kepada pekerja restoran tersebut untuk diparking. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam restoran dan telah disambut oleh pekerja restoran yang berada di depan pintu restoran.
“ Silakan…”. Mereka dijemput dan dipelawa masuk. Adam menghampiri recepcionist yang bertugas dan mereka berdua telah diiring ke meja yang mana mummy dan papanya sedang enak menjamu selera. Setelah ucapan terima kasih diberikan oleh Adam kepada pekerja restoran tersebut yang mengiringi meraka ke meja yang ditempah, pekerja tersebut telah berlalu. Mereka berdua bersalam dengan kedua ibu bapa Adam. Adam menarik kerusi untuk Chempaka dan barulah dia duduk di sebelah papanya.
“ Sorry…Adam terlambat sikit. Chempaka ni, penat… tertidur pulak dia…tu yang kita orang lambat ”. Adam beralasan dengan ibu bapanya. Yang kurang enaknya apabila Adam menggunakan namanya untuk menyelamatkan diri. Chempaka mendiamkan diri sambil meneliti jari-jari tangannya. Puan Sri Zaida leka memandang wajah menantu kesayangannya tetapi tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.
“ Adam…ada apa-apa yang tak kena ke dengan kamu berdua ni?” setelah agak lama memerhati barulah mummynya bersuara.
“ Tak ada apa-apa, macam biasa je…mummy. Kenapa mummy tanya Adam macam tu?”. Giliran Adam pula memerhati ke arah mummynya sambil bertanya soalan. Hatinya dipagut kerisauan andainya mummy dapat mencium keadaan perhubungan mereka yang sebenarnya.
“ Mummy nampak macam Chempaka tak gembira. Dia menangis ke tadi? Hidungnya macam merah je… Mummy ni dah tua…jangan nak sorok apa-apa dari mummy”. Kata-kata mummynya menyentap tangkai hati kedua-dua mereka. Mereka berdua bertatapan seketika. Adam ligat mencerna ayat agar dapat menyakinkan mummynya bahawa mereka berdua baik-baik sahaja.
“ Kan tadi Adam dah bagitahu mummy yang Chempaka penat sikit, dia tak tahan aircond kereta yang Adam pasang masa kat dalam kereta. Dia dah macam nak selsema je tu…betul tak Chempaka?”. Soalan yang menagih jawapan spontan Chempaka menyebabkan Adam mengajukan pertanyaan sedemikian.
“ Ala…mummy ni…Chempaka tak ada apa-apa le…betul tu, Chempaka cuma kepenatan sahaja. Perjalanan jauh sangat…sampai je, terus masuk bilik yang aircondnya dah takat nak beku…anak mummy ni mana tahan dengan panas so…bilik kita orang dah jadi bilik sejuk beku…ni le yang Chempaka jadik macam ni…kat dalam kereta pun bukan main sejuk lagi. Chempaka tak tahan sejuk je”. Jawapan Chempaka bukan sahaja menyakinkan Puan Sri Zaida tetapi lebih kepada memberikan kemenangan kepada Adam.
“ Adam…kamu lepas ni, jangan pasang aircond tu sampai memudaratkan orang lain. Adam kena ingat yang sekarang ni Adam sudah berdua. Adam kena fikrkan keselesaan Chempaka juga, bukan untuk Adam je…Adam sekarang ni dah berkongsi apa sahaja dengan Chempaka walaupun benda yang kecil tau!...”.
“ Semua orang tak nak makan ke? Sekarang ni kita kenyangkan perut dulu kemudian kita sambung lagi lepas solat maghrib”. Kata-kata dari Tan Sri Zaid di sambut dengan deraian ketawa mereka berempat. Mereka makan dengan berselera sekali. Chempaka juga turut berselera sekali dengan hidangan yang telah ditempah itu.
“ Mummy malas nak join malam ni. Nak rehat je kat bilik. Kalau Chempaka nak join dengan kelab mummy, boleh daftar sekarang…kelab rehat antarabangsa”. Tergelak Chempaka dengan pelawaan dari mummy mertuanya.
“ Mummy berehat le kat bilik mummy. Chempaka tak nak jadi pengganggu mummy dengan papa. Tak nak kacau daun!...lagipun malam ni, kita orang kena ikuti aktiviti yang telah dikhaskan untuk semua staff”. Alasan yang diberikan oleh Chempaka cukup kukuh dan munasabah. Tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal alasan tersebut.
“ Tak penat ke Chempaka nak join dengan staff lain tu? Mummy rasa…Chempaka berehat je kat bilik dan temankan Adam berehat. Nanti diaorang tu akan faham…mummy tak nak apa-apa yang buruk berlaku dekat menantu mummy ni”. Puan Sri Zaida mahu Chempaka mendapatkan rehat yang cukup dan dia tidak mahu Chempaka mengikuti aktiviti yang padat semasa mengikuti percutian anjuran syarikat mereka.
“ Mummy…perkara kecik je…Chempaka tak rasa satu bebanan pun. Abang Adam boleh berehat kat bilik sendirian sementara Chempaka membuat aktiviti dengan staff yang lain. Kalau dia nak…dia boleh join kita orang malam ni”. Cadangan Chempaka disambut dengan senyuman dari Adam. Chempaka sebenarnya hanya mahu bermanis mulut sahaja dihadapan keluarga Adam. Harapannya agar Adam tidak menerima pelawaannya sebentar tadi.
Share this novel