BAB 1

Romance Series 2801

“ Chempaka!!!!!...” jeritan nyaring mama memanggil namaku, bukan satu perkara asing . Mama bukan boleh dibuat main dengan satu - satu perkara yang menjadi pantang baginya. Aku masih leka membaca majalah yang baru ku beli semalam. Derap tapak kaki mama makin hampir dengan pintu bilikku. “Chempaka….Chempaka!!!!...” bingit telingaku. Marah mama semakin menjadi-jadi apabila aku masih berdiam diri. Ketukan kuat di pintu bilik tidurku memaksa aku untuk membukanya.
“Apa kamu buat terperap kat dalam bilik ni?. Dari tadi mama panggil , sepatah haram pun tak menjawab. Apa nak jadi ni, chempaka”. Bebelan puan Hanum masih belum reda. “ Mama… hari cuti cam ni la Chempaka nak bangun lambat sikit pun”. Reaksi Chempaka Maisara masih sama. Kalau amarah Puan Hanum menggila sekalipun, dia masih tegar bersikap biasa seperti tidak ada apa-apa. Sikapnya yang begini bisa mencairkan hati Puan Hanum.
“ Pantang tok nenek mama ni…anak dara bangun meninggi hari tau!!!. Masa duduk rumah dengan mak bapak le kena belajar urus rumah tangga. Bukan ingat nak senang je”. Leteran Puan Hanum tidak meninggalkan sebarang bekas dihati Chempaka Maisara. “ Mama nanti sekejap lagi Chempaka buat kerja rumah,ya. Sayang mama ni…”. Ciuman lembut singgah dipipi Puan Hanum. Senyuman melakari bibir Puan Hanum. “ Chempaka bangun cepat tau”. Tangan Chempaka ditarik oleh Puan Hanum. Terbangun Chempaka dari katil. Lambat-lambat dia mengikut langkah Puan Hanum. Selesa dengan cara mamanya melayan mereka adik-beradik. Kasih sayang Puan Hanum pada mereka semua tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa. Pun begitu mereka adik-beradik tidak pernah menyalah gunakan kebaikan dan kebebasan yang diberikan oleh ayah dan mama. Bagi dirinya, mama dan ayah adalah segala-galanya dalam kehidupan mereka semua. Mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari Puan Hanum dan encik Razak. Ayah jarang bersuara tetapi sesekali jika ayah memberikan pendapat dan nasihat, mereka tahu itu adalah satu peringatan buat mereka semua.
“Chempak!!!... nanti tolong mama basuh bilik air tetamu dan semua bilik air kat tingkat bawah ni, ya. Mama nak siapkan kerja-kerja kat luar rumah tu sikit. Boleh tolong mama ?.” Arahan dan pertanyaan serentak disuarakan Puan Hanum kepada satu-satunya anak perempuan tunggalnya. Chempaka tidak pernah dilebihkan oleh mereka suami isteri. Mereka tidak pernah dibeza -bezakan dalam mendidik anak-anak. Demi kesempurnaan anak-anak, ketegasan diterapkan dalam mendepani kepelbagaian ragam dan karenah keempat-empat anaknya. Jika ada yang dirasakan tidak bersesuaian dengan tingkah anak-anak ketegasan digunakan. Anak-anak seumpama buluh, yang semestinya wajib dilentur dari rebungnya lagi. Alhamdullillah kini mereka suami isteri boleh tersenyum bangga dengan pencapaian akademik mahupun peribadi anak-anaknya. Mendengar cakap dan mudah untuk dinasihati.
‘Mama ni, aku pula yang diminta membersihkan bilik air.’ Gumam Chempaka sendirian. Baru nak tolong apa-apa yang patut, dah kena buat perkara yang paling tak disukainya. Sesekali menolong mama tidak menjadi apa-apa masalah baginya walau terpaksa mencuci bilik air. “Makcik Zaida nak datang sini petang nanti. Cepat Chempaka bersihkan bilik-bilik air tu, nanti boleh bantu mama kemas kat beranda depan pula”. Suara mama memecah gegendang telingaku. “Mama…mana angah ngan along ni? Mana aci Chempaka yang buat semua ni. Dia orang mana boleh lepas macam tu aje, asyik Chempaka seorang yang kena kemas rumah bila masa cuti”. Angah ngan along kamu hari ni, ada hal kerja. Hadif pula ada kelas tambahan. Buat kerja biar ikhlas, nanti dapat ganjarannya. Jangan ingat nak berdengki je…awak tu dah la perempuan. Cepat sikit, kerja tak jalan lagi tapi mulut bising mengalahkan murai”.
Seharian menolong mama membuatkan badanku terasa sengal-sengal. Selepas solat zohor, terusku rebahkan badan ke katil. Lega rasanya…jangan pula mama memanggil untuk membantunya menyediakan minum petang. Tidur menjadi agendaku saat ini.
Didapur kelihatan Puan Hanum sedang sibuk menyediakan juadah minum petang. “Jadi ke Zaida datang ke rumah kita petang ni, Hanum?. Datang dengan Zaid ke?.Berapa lama Zaida kat sini?. Soal encik Razak. “Jadi bang, tadi baru dia call saya. Banyak sangat soalan abang tu, boleh tak tanya satu-satu. Mana satu saya nak jawab dulu ni. Katanya datang dengan Zaid la…esok Zaid ada meeting dengan rakan niaganya dekat-dekat sini, petang esok baru dia orang balik. Lama betul tak jumpa dia orang kan, bang?.” “Emmm…ada la dekat sepuluh tahun dah kita tak jumpa dia orang. Nasib baik juga ada telefon, boleh la bertanya khabar”. Jawab encik Razak.
Bunyi riuh orang bersembang di ruang tamu menyebabkan langkah kaki Chempaka terhenti dari terus mendekat. Sudah sampai ke makcik Zaida ni. Mama tak pula memanggil aku untuk bertemu dengan tetamu kali ni. Nama makcik Zaida dan pakcik Zaid bukan nama asing bagiku. Walaupun aku sendiri sudah mula lupa akan wajah kedua-duanya, namun nama mereka sentiasa segar di ingatan aku. Mama dan ayah selalu menceritakan perihal kedua-dua mereka pada ku. Sahabat baik mama dan ayah semenjak zaman muda lagi. Jarang berjumpa kerana kekangan tanggung jawab masing-masing tetapi tidak pernah terputus hubungan.
“La…yang duduk tercegat kat situ buat apa?. Mari mama kenalkan dengan pakcik Zaid dan makcik Zaida kat depan tu. Tadi mama nak kejutkan Chempaka, tapi mama tengok sedap aje tidurnya.Tak jadi mama nak bagitahu yang tetamu kita dah sampai. Jom ikut mama ke depan. Tentu dia orang pun dah tak sabar nak jumpa dengan Chempaka, tau. Dari tadi asyik Tanya pasal Chempaka, je.” Terang mama padaku. Berdebar pula dadaku kali ni, macam nak jumpa dengan bakal mak mertua aje lagaknya. Kelakar pula aku rasakan. Dengan agak malu, aku mengekori mama menuju ke ruang tamu.Tangan aku menjadi sejuk dengan tiba-tiba. Macam mana boleh jadi macam ni…nak kata malu, tak juga. Buat malu aku je…
“Ya, Allah!...dah besar panjang dah Chempaka ni. Makcik jumpa Chempaka masa tu masih kecik lagi, rasanya kalau tak salah umurnya dalam tiga belas tahun kot. Dah jadi anak dara sunti dah. Cantik …Tak lama lagi bermenantu la, Hanum dengan Razak. Tak gitu?.” Aku diraih ke dalam pelukan makcik Zaida. Mama hanya tersenyum, manakala ayah tergelak kecil. “bermenantu macam mana pula Zaida, belajar pun belum habis. Memasak apa tah lagi,belum tentu menjadi. Dah la tu, masih perangai macam budak-budak. Esoknya dibuat betul-betul kawin, memeningkan kepala laki aje. Semua yang ada ketawa serentak dengan jawapan mama. Mama ni memang nak kena ni… ada pula memalukan aku depan tetamu. Malam ni nampaknya makcik Zaida dan pakcik Zaid tidak jadi tidur dirumah kami. Ayah beriya-iya mempelawa tetamunya tidur disini tetapi memandangkan pagi-pagi lagi pakcik Zaid kena berada di tempat muasyarat, mereka terpaksa tidur di hotel yang sama agar tidak terlewat. Bagi orang berniaga, masa adalah segala-galanya selain dari wang.
Lega hatiku apabila pakcik Zaid dan Makcik Zaida tidak jadi bermalam kat rumahku. Terasa hilang semangat apabila ayah dan mama bertubi-tubi mengajak mereka bermalam dirumah.
“Fuh!... lega.” Gumamku perlahan. Mama memerhati perlakuanku dari jauh sedari tadi. “Tak elok macam tu, Chempaka. Mama tak rasa keluarga pakcik Razak tu, menyusahkan kita pun.
“Ya…Chempaka tahu ma, tapi tak selesa la bila mereka ada kat sini. Makcik Zaida tu macam mana orangnya ma. Chempaka tengok mereka macam tak biasa aje ngan rumah kita, ni” soalan maut dari aku untuk mama. Bukan aku tak tahu, mama terlalu menyayangi sahabat lamanya itu.
“Mama tak rasa macam tu, dia sahabat mama sejak zaman mama remaja lagi. Kami berpisah pun disebabkan masing-masing dah berumah tangga. Dia terlalu baik bagi mama. Banyak pengorbanan dia pada mama. Mama tak mungkin mampu untuk melupakan jasa baik dia pada mama. Terlalu banyak untuk mama ceritakan. Chempaka kena ingat satu perkara, persahabatan yang sejati akan berakhir dengan kematian sahaja. Maksud mama persahabatan kami tidak pernah ada akhirnya. Mama sayang makcik Zaida kamu tu.”
Sukar untuk aku tafsirkan dengan kata-kata apabila mama menyatakan bahawa dia terlalu menyayangi sahabatnya itu. Jarang sekali mama meluahkan rasa pada sesiapa tentang hatinya. Ini bermakna yang makcik Zaida terlalu dekat dengan hatinya.
“Chempaka tahu, mama sayang sangat kat makcik Zaida tu. Cuma,Chempaka rasa belum betul-betul kenal makcik Zaida dengan pakcik Zaid buat masa ni. Mungkin satu hari nanti Chempaka akan lebih mengenali mereka berdua dan dapat menerima mereka sebagaimana mama harapkan”. Helaan nafas anak gadisnya jelas dipendengaran puan Hanum.
Pakcik Zaid dan makcik Zaida berjanji akan datang lagi jumpa mama bila mereka turun ke Ipoh. Mama dan ayah begitu gembira dengan janji kawan lamanya. Aku macam biasa, mampu tersenyum atas kegembiraan orang tuaku. Mereka masih sempat bermanis mulut mengajak aku datang ke rumah mereka apabila tamat cuti semester nanti.
Masih seperti hari-hari yang lepas apabila masih bercuti aku tidak akan melepaskan aktiviti kegemaranku. RTM…ha…ha…ha!!!...Rehat, Tidur dan Makan…seronok sakan aku, bila dapat melempiaskan rindu pada kegemaran yang satu ini. Opsss…bukan kegemaran yang satu tapi, tiga sekaligus. Maka bertuah le, mana-mana jejaka yang mendapat aku sebagai teman sejatinya. Bukan sahaja tidak berlaku pembaziran makanan bahkan jimat perbelanjaan bil api dan duit untuk shopping. Berkat dari sikap aku yang ini pasti jejaka yang bertuah tu, cepat menjadi kaya raya. Al-maklum le…mendapat calon isteri yang jenis pandai berjimat. Hanya satu persoalan setakat ni yang masih belum terjawab dimindaku. Siapakah jejaka bertuah yang mampu merebut hati perempuanku ini.
Masa begitu pantas berlari. Tinggal empat hari sahaja lagi sisa cuti yang berbaki. Kesedihan sudah mula beraja dihati. Bukan mudah untuk aku berangkat semula ke kampus setelah satu bulan lebih aku berada disisi mama dan ayah. Malas pula nak kembali mentelaah pelajaran ni. Fira pasti menanti kedatanganku ke kampus kali ini. Cuti yang agak panjang menjadikan kerinduan kami seperti tidak terbendung lagi, mengalahkan pasangan yang sedang hangat bercinta.
Along akan menghantar aku ke kampus. Mama seperti biasa tidak akan mengizinkan aku untuk berdikari dalam bab-bab sebegini. Terkadang aku juga teringin menaiki bas ekspres apabila kembali ke kampus nun di Kuala Lumpur. Merasai sendiri pengelaman menaiki kenderaan awam bersama kekawan untuk pulang ke kampus tentu menyeronokkan.Cemburu aku dengan rakan - rakan yang selalu balik sendiri mengunakan bas sebagai pengangkutan pulang ke kampus.Entah bila akan menjadi kenyataan .Rasanya seperti umpama mimpi di dalam mimpi je kalau mama izinkan.Kata mama ‘biar along atau angah yang menghantar mahupun mengambil aku, kerana lebih selamat’. Susah juga menjadi anak perempuan tunggal didalam keluarga . Langsung tidak diberikan kelonggaran dalam bertindak seperti kawan-kawan yang lain. Along atau angah pula terlebih rajin dalam hal-hal yang melibatkan aku. ‘body guard’ tidak bertauliah memang sesuai untuk keda-dua abangku. Jawatan yang tidak perlu dibayar gaji.
Tepat jam 8.00 pagi Along datang mengambilku.Seperti biasa aku mencium tangannya,tanda aku menghormati dan menyanginya sebagai abang sulungku.
“Along!..lain kali bagitahu mama yang adik kesayangan along ni dah boleh berdikari sendiri apabila nak balik ke kampus tau. Bukan Chempaka balik sendiri, Fira boleh temankan. Chempaka teringin nak naik ETS macam Fira la, along. Best tau, nanti lain kali along tolong bagi alasan sikit bila mama minta hantar Chempaka ke kampus. Bukan satu jarak yang dekat untuk ke Kuala Lumpur tu”. Alasan yang boleh diguna pakai oleh Chempaka bagi membantunya dalam misi kali ini. “Emmm…apa-apa pun, tunggu la dulu.Tengok keadaan le,kalau Along tidak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tentu Along yang datang mengambil atau menghantar pulang Chempaka kat hostel. Kalau tak turn dengan angah”. Jawapan skema dari along.Ini pun nasib baik ,Along tidak jadi pergi ke Kuching menghadiri mensyuarat. Ditunda beberapa minggu lagi. Balas Along.
Nampak gayanya sampai ke tua aku ada driver tak bergaji ni. Nak buat macam mana dah itu yang terpaksa aku akui dengan kebaikan dari mama dan abang-abang penyayang yang telah Allah anugerahkan kepada aku.
“Along…”
“yup,…ada apa lagi ni? Cepat turun ambil barang,beg dan segala khazanah yang telah dibekalkan oleh mama tu kat belakang kereta. Jangan nak susahkan along lagi. Ni, along dah hantar depan pintu hostel dah cukup baik. Jangan harap along yang akan angkat dan bawa naik ke bilik pulak.Entah apa yang dibawa balik berat semacam je . Batu kut ni. kata Along kepadaku.” Macam selalu ayat yang keluar kedengaran dari mulut Along apabila hantar aku kat asrama.Aku hanya tersenyum dan menggangkat kening mendengarnya…
“By the way, thanks a lot…alongku sayang . tak payah mengada-ngada nak hantar sampai pintu bilik. Bukan tak tahu niat yang tak ikhlas tu. Nak intai anak dara kat hostel ni la tu…semua anak dara kat sini dah berpunya tau!..along jangan mimpi nak dapat anak dara yang cantik rupawan macam orang kat sebelah along ni sudah.” Tergelak besar Fazrin mendengar kata-kata dari mulut adiknya tadi.
“Nak balik nanti call along atau mama dulu, senang along nak hantar driver datang ambil cik Chempaka Maisara kat sini.” Celah along. “kali ni, apa terjadi pun Chempaka nak balik sendiri. Tak kira, nak balik naik ETS sampai stesen Ipoh. Nak juga!..please…” Fazrin masih terkekeh-kekeh gelak bagi mengenakan adiknya.
“Hati-hati along bawa kerata ya!. Kalau ngantuk along boleh la borak dengan stereng, dengan tingkap kereta ke atau apa-apa je yang bersesuaian dengan along. Masa tu...tak de le along boring sangat”. Sepantas kilat tudung yang dipakai oleh Chempaka terasa macam mahu tertanggal dari kepalanya. Siapa lagi yang punya angkara kalau bukan alongnya yang cuba membalas dendam.
“Rasakan…kenakan along lagi. Itu baru sikit nanti ada sambungannya.” Tangan along disalami Chempaka dan macam-macam pesanan dari Fazrin untuk adik kesayangannya. Chempaka tahu dan faham tentang itu. Nasihat dan pesanan dari seorang abang untuk bekalan hari-harinya diperantauan ini.
Semester baru bermula lagi. Tiada yang menarik selain melangkari hari-hariku dengan menghadiri kuliah dan aktiviti kampus. Sepanjang semester ini aku harus menyiapkan diri bagi menghabiskan sisa-sisa pengajianku. Tak lama lagi aku akan memilih syarikat untuk aku membuat latihan amali. Pening juga apabila nak memulakan latihan kerja ni, lagi lambat lagi bagus bagiku. Mahu atau tidak aku perlu melengkapkan pengajianku dengan megikuti latihan kerja.
Telefon yang dihadiahkan angah sempena hari jadiku yang ke 21,berbunyi tak berhenti-henti. Dah tahu aku tengah mandi, siapa yang suruh telefon. Tunggu la aku selesai mandi dulu, kalau ya pun nak berbunyi. Tahu la ring tone aku tu sedap tapi rasanya tak kena la pula bila time-time macam ni berlagu tak henti-henti. Tak rajin aku nak angkat bila sudah dalam bilik air. Terdetik juga dihatiku jangan-jangan ada panggilan penting dari mana-mana pihak.
‘FUH…dua belas kali panggilan tak berjawab. Siapa yang terlebih rajin menelefon aku ni??????? Mama!!!...
“Hello…assalamualaikum ma.” Sapaku apabila panggilan ku disahut oleh mama. “Mana Chempaka pergi?. Mama call berbelas-belas kali tapi tak dijawab ni”. “ Chempaka mandi tadi. Mana nak kemana-mana ma, tengah sibuk sekarang ni…tengah siapkan assignment akhir ni…” Jangan tersalah jawab sudah dengan mama. Apa alasan pun mesti disuarakan janji menepati skema jawapan mama.
Aku mesti menyuarakan kerunsingan pada mama tentang masalah aku untuk mendapatkan tempat melakukan latihan amali. Aku mesti mendapatkan tempat di sekitar Lembah Klang sahaja, itu kehendak Fakulti pengajian aku. Sudah berpuluh-puluh tempat aku mohon tetapi tetap tidak mendapat jawapan. Bagaimana kesudahan pengajian ku kalau tidak berjaya mendapat tempat praktikum. Aku tak mahu pengajian ku tertangguh gara-gara tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana syarikat bagi melengkapkan pengajian ini.
Mama telah meminta aku menghantar permohonan ke satu syarikat yang memungkinkan aku diterima. Tanpa bertangguh aku telah mengikut arahan mama. Semoga rezeki menjadi milik aku kali ini, Amin…
Syukur…atas pertolongan mama aku berjaya dipanggil untuk latihan di satu syarikat yang besar dan lebih menggembirakan aku, Fira juga turut mendapat tempat bersama dua orang lagi rakan sekelas kami. Ini bermakna kami berempat akan ditempatkan di Syarikat Berjaya Padu Holdings. Megah juga aku rasakan bila dapat membuat latihan di syarikat yang gah dan ternama di ibu kota Kuala Lumpur ini. Cepat-cepat kami membuat balasan dan mengepilkan bersama-sama apa-apa yang berkaitan dengan bidang pengajian kami berempat. Doaku mudah-mudahan kami ditempatkan di satu bahagian kerja yang sama. Pelbagai persoalan bermain dimindaku tentang situasi baru apabila berada di tempat kerja nanti. Bekerja dengan syarikat gergasi pula tu…
Tinggal satu semester sahaja lagi selepas selesai latihan amali aku berada di perut ilmu ini. Aku mesti berjaya dengan baik semasa latihan amali nanti dan akan menyambung satu semester yang berbaki dengan cemerlang. Aku wajib menempatkan diriku sebaris dengan along dan angah apabila mendapat ijazah nanti. Ijazah kelas pertama…along dan angah tidak boleh memperlekehkan aku lagi. Aku mesti menandingi mereka dalam segala hal agar aku dapat seiring dengan mereka berdua. Tentang kerja tak pernah aku fikirkan buat masa sekarang dan rasanya tak perlu aku fikirkan sehingga semester depan.
Fira tetap menjadi rakan aku yang paling setia. Sejak hari pertama aku mendaftar di Fakulti pengajianku dan sehingga kini masih bersama aku dalam masa senang dan susah. Bila aku perlu dia setia menjadi pendengar terbaik untukku waima dalam perkara-perkara kecil sahaja. Siapa tak kenal pasangan belangkas di Fakulti pengurusan perniagaan ini…sudah tentu nama aku dan Fira!!!..gandingan yang mantap. Kalau orang lain berpasangan dengan berlawanan jenis, aku rasa Fira adalah pasangan akun yang paling sesuai untuk aku buat masa ini. Aku tidak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan lelai. Belum masanya lagi…nasib kau la Fira dapat kekasih ‘terang’ seperti aku. Hahaha!!!...
“Chempaka!...”
“Ya, cakap la Fira, aku dengar ni…apa halnya?. Tak pernah aku tengok kau kalut semacam je bila nak cakap dengan aku.” Balasku lembut. Aku kehairanan apabila melihat Fira bagaikan ibu ayam kehilangan anak kali ini. “Chempaka…kau jangan marah atau terasa hati kalau aku bagitahu kau ni”. Penuh bimbang Fira suarakan. “Apa lagi ni Fira, beralas-alas kau cakap ni? Terus-terang je la…tak de maknanya aku nak marah kau”. Chempaka tidak beriak masih seperti tadi. “mak aku nak aku duduk dengan makcik aku masa kita praktikum nanti. Makcik aku dah setuju dengan cadangan mak aku. Macam mana ni? Kau? Mana kau nak tinggal nanti”. Penjelasan Fira tidak memeranjatkan. Bagi Chempaka dimana dia akan tinggal selama masa praktikum tidak penting buat masa ini.
“Fira, kau jangan susah hati dengan benda remeh macam ni. Nanti tahu la aku nak bincang dengan mama dan ‘bodyguard’ aku pasal perkara ni. Jangan pening-peningkan kepala kau, tentang perkara ni anggap sahaja dah selesai. Aku tak jadi masalah. Pandai la mereka dan keluarga mereka nak selesaikan masalah aku tu.” Begitu mudah Chempaka Maisara menyelesaikan perkara yang menjadi masalah kepada Fira tetapi bukan masalah besar bagi dirinya. Walaupun sebelum ini mereka pernah berbincang dan telah bersetuju untuk menyewa bersama di sekitar tempat kerja sementara yang telah memilih mereka berempat.
Lapang dada Fira mendengar penjelasan dari Chempaka. Chempaka selalunya begitu, tidak pernah memberatkan kepala dengan perkara yang dianggap mudah. Bukan sebulan dua dia mengenali Chempaka, sudah dihafal segala sikap dan sifatnya. Walau sesukar manapun masalah yang menimpa masih boleh bermanis muka dan tenang sahaja. Lembut pada luaran tetapi mempunyai semangat sekeras tembok China nun jauh di negeri China.

Share this novel

Hayat
2020-09-22 10:07:18 

cepatlah update.. tido pukul 4 tau semalam nak bg habis baca...


NovelPlus Premium

The best ads free experience