BAB 6

Romance Series 2801

Chempaka dibawa oleh Adam ke rumahnya. Chempaka tertegun melihat rumah Adam yang begitu kemas dan menarik. Jenis pengemas juga dia ni. Teratur susunan perabot dan bukan main rapi lagi barang-barang yang dijadikan hiasan dalaman rumahnya.
“ Bilik you kat atas, sebelah bilik I. Apa-apa senang nanti. Mummy datang pun dia tak boleh syak apa-apa tentang kita, sebab bilik kita kat atas sebelah menyebelah aje.” Barang-barang Chempaka telah di letakkan di bilik yang bakal digunakan Chempaka oleh Adam sejak dari hari balik kampung tempuh hari.
“ Awak…saya nak bincang dengan awak ni…ada pekara penting …” Bagitahu Chempaka. “ O.k. Apa dia… you boleh cakap sekarang dengan I. kita bincang sama-sama. You boleh bagitau I apa dia perkara yang you nak bagitau I tu”.
“ Emmm…saya nak minta dari awak ni … izinkan saya tinggal kat rumah sewa. Bilik kecil pun jadi le… untuk sementara waktu ni. Boleh tak?...”. bicara Chempaka.
“ Tak boleh!!!...you nak tahu apa sebabnya, mummy tu bila-bila masa sahaja akan datang buat sport check kat sini nanti. You faham tak ni”. Balas Adam. Terkedu Chempaka apabila suara Adam memecah keheningan antara mereka.
Sebak terasa di setiap relung hatinya. Tidak bolehkah Adam memberikan sedikit ruang untuknya. Ruang untuk dia mencerna semula setiap kejadian yang telah mengheretnya ke dunia yang tidak terjangkau oleh dirinya. Di dalam mimpi pun dia tidak pernah mengizinkan minda di bawah sedarnya untuk merangka kejadian yang sedemikian apatah lagi di alam realiti kehidupannya.
Lama sekali suasana hening menyelubungi mereka berdua. Hanya hempusan nafas masing-masing yang mengisi ruang. “ you tak nak masuk tenguk dulu bilik you kat atas tu. Nanti nak apa-apa you boleh bagitahu i. I dah letih ni,…nak naik atas rehat. Lepas ni kita kelur beli barang dapur dan kita makan kat luar aje.” Arahan yang diberikan oleh Adam hanya mampu di terimanya tanpa boleh disangkal.
Adam meninggalkan Chempaka sendirian di ruang tamu. Dengan langkah panjang-panjang Adam mendaki tangga naik ke ruang atas. Mengeluh Chempaka memikirkan keadaan diri yang tiada kesudahannya. Sampai bila dia harus hidup dalam dunia yang tiada berpenghujung. Dia pasrah kini, apa yang terjadi akan diterimanya dengan hati yang terbuka. Buatlah apa sahaja yang dia suka.
Lambat-lambat kakinya diatur ke bilik. Buat pertama kalinya Chempaka menapak ke ruang atas rumah milik Adam. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia akan menjadi penghuni di rumah ini. Esok dia akan membuat tinjauan jarak rumahnya dari tempat praktikumnya. Walau apa yang terjadi, Chempaka mesti kuatkan semangatnya untuk mrngharungi liku-liku hidupnya bersama Adam Hasif.
Selesai solat maghrib di bilik masing-masing, Adam mengetuk pintu bilik Chempaka. “ Dah siap ke?. Jom kita keluar makan lepas tu, i nak bawa you beli barang-barang dapur. Kat dapur tu, bukan ada apa-apa yang boleh di masak. Selama ni, i tak pernah masak. Yang i tahu masak air aje, itu pun dalam setahun ada la… dua tiga kali. Itupun kalau you rajin nak masak nanti. Hari ni aje i ada masa untuk keluar beli barang-barang dapur atau barang apa sahaja yang you nak. Kalau tak tunggu minggu depan, you ajak mummy aje.” Bagitahunya pada Chempaka.
Untuk tidak memeningkan kepalanya yang memang dah sedia pening dengan cara Adam melayannya, Chempaka hanya mengikut sahaja rentak Adam. Selagi tidak menyusahkan dirinya, akan diikut sahaja kemahuan Adam. Berpakaian agak kasual, Adam kelihatan begitu tampan tambahan dengan gayanya yang penuh berkeyakinan…Chempaka yakin sesiapa sahaja pasti menoleh dua kali apabila bertembung dengannya.
Adam memilih sebuah restoran makanan ala barat untuk menjamu selera pada malam ini. Chempaka hanya mengikut pilihan Adam sahaja. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memasuki restoran semewah ini untuk menjamu selera. Sebagai anak kepada pegawai di jabatan kerajaan dan ibunya hanya seorang guru, meraka hanya makan di restoran biasa-biasa sahaja apabila keluar makan bersama ahli kelurga sesekali. Bersederhana sahaja tetapi mereka tetap mesra.
Menu disuakan kepada Chempaka. “ You buat pilihan dulu. Kalau you boleh kongsi makanan dengan i, why not, you kongsi dengan i aje. You pun bukan makan banyak sangat kan?. Lain le, kalau you rasa nak buat tempahan lain. I tak rasa you boleh habiskan makanan tu nanti. Cadangan Adam aku terima dengan baik. Lagi pun tekak aku bukan biasa dengan makanan pelik-pelik sangat macam ni.
Hidangan telah tersedia dihadapan aku. Aku hanya melihat cara Adam membahagikan makanan tersebut ke dalam pinggan kosong untukku. Aku bukan biasa makan makanan barat ni. Aku menjadi pemerhati buat seketika. Takut juga tersilap potong nanti terpelanting pisau ke depan pula. Aku tak mahu Adam memperendahkan aku lagi.
Adam menyedari yang Chempaka sekadar menguis-guis sahaja makanan yang tehidang di hadapannya. Pinggan Chempaka diambil dan digantikan dengan pinggannya. “ I nak you makan sekarang. Daging tu, I dah potongkan untuk you. Kalau you tak suka, I boleh order yang lain untuk you”. Adam sempat memerhati kearah Chempaka.
Suapan Chempaka diperhatikan oleh Adam. “ You suka tak? Kalau you tak suka I boleh minta menu yang lain untuk you”. “ O.k saya boleh makan, sedap. Tak payah order lagi. Terima kasih.” Balas Chempaka. Suasana makan malam mereka yang berlatarkan muzik, menambahkan suasana romantic bagi pasangan yang sedang hangat bercinta. Adam sempat mengerling pada wajah Chempaka. Terpengun seketika dirinya apabila melihat raut wajah Chempaka yang mempesonakannya.
Tanpa mempedulikan Adam makanan di pinggannya mesti dihabiskan. Suka tak suka itu bukan alasan baginya untuk membazirkan makanan yang menjadi rezekinya pada malam ini. Sesekali air buah di sedutnya perlahan.
“ Hai!...Dam!!!...rindunya kat you. Lama you tak call I. mana you menghilang. Miss you very much…you tak rindu kat I ke?”. Sapa seorang gadis penuh gaya.
“ Hai…Nisa. Macam mana you ada kat sini?. You dengan siapa?.” Balas Adam balik. Tidak menjawab soalan Nisa padanya.
“ I datang dengan kawan tapi…tadi tetiba dia dapat call, ada hal. Jadi I pun ingat dah nak balik. I Nampak you. Boleh I join you?”. Tergedik-gedik le pula aku tengok perempuan yang berpakaian tak cukup kain ni. Ini spesies yang datang dari ceruk mana, aku sendiri pun tak tahu.
“ Sure…you boleh join I. Nisa I kenalkan you, Chempaka”. Tangan ku hulurkan tanda perkenalan. Tak salah bagiku untuk menambahkan kenalan. Kerusi di sebelah Adam di duduki oleh Nisa. Rancak sekali perbualan antara kedua-duanya. Berbeza sekali cara Adam melayan Nisa berbanding cara dia melayanku.
Suasana beku dan kaku telah mula bertukar rentak apabila Nisa banyak menguasai perbualan antara mereka. Gayanya yang manja dan terlebih mesra memang merimaskan aku. Aku seolah-olah tidak wujud diantara mereka. Adakah bagi mereka berdua aku adalah halimunan yang tidak punya jasad dihadapan mereka sekarang.
“ Awak!...saya minta diri dulu. Saya rasa saya perlu beredar memandangkan masih ada perkara yang perlu saya selesaikan”. Chempaka bangun dan menghulurkan tangan kepada Nisa. Dengan langkah yang agak laju, Chempaka mencari pintu keluar dari restoran itu. Panas hatinya apabila melihat adengan yang tak sepatutnya terjadi di depan matanya .
Entah ke arah mana langkah kakinya harus dibawa, bukannya dia tahu sangat persekitaran dia berada sekarang. Nasibnya agak baik kerana kawasan tersebut mempunyai banyak teksi. Teksi di tahan dan alamat rumah Adam disebutnya. Nasib masih menyebelahinya kerana sempat melihat alamat rumah Adam tadi. Kunci rumah memang tiada dalam simpanannya. Kalau Adam lambat balik…berembun dia kat luar pagar rumah ni.
Selesai membayar harga tambang teksi, Chempaka keluar dari teksi tersebut. Syukur…apabila melihat pagar rumah tidak berkunci. Rezeki memang menyebelahinya. Menunggu di halaman rumah lebih baik daripada menunggu di luar pagar . Boleh duduk di kerusi taman mini milik Adam sambil memerhati ikan-ikan peliharaannya di kolam tersebut.
Boring menunggu Adam . Sejam berlalu, bayang Adam masih belum kelihatan. ‘ Ke mana pula mamat senteng ni pergi. Aduhh!...teruk aku nak menunggu dia ni’. Chempaka rasa menyesal meninggalkan Adam di restoran tadi. Hati kecil Chempaka tertanya-tanya, kenapa dia bertindak melarikan diri tadi. Cemburukah dia dengan kemesraan Adam terhadap Nisa tadi?.
Tertidur Chempaka di kerusi luar rumah. Langsung tidak terjaga dengan kepulangan Adam. Letih…letih… menunggu Adam sehingga Chempaka terlena nyenyak tanpa menyedari langsung kepulangan Adam.
Adam tercari-cari kelibat Chempaka apabila masuki perkarangan rumahnya. Tiada bayang Chempaka Maisara yang kelihatan. Pintu masih berkunci. Chempaka tidak memiliki kunci rumahnya untuk dia membuka pintu. Meliar mata Adam memerhatikan di sekitar taman mininya. Ya!..Allah!!!...sekujur badan Chempaka kelihatan di atas kerusi. Nyenyak betul tidurnya. Perlahan-lahan Adam mendekati Chempaka. Dicuit-cuit tangan Chempaka tetapi tidak memberikan sebarang tindak balas. Hanya tepisan tangan sahaja oleh Chempaka.
Adam membuka pintu rumahnya dan mengangkat badan Chempaka untuk dibawa masuk. Nak letak kat mana pulak dia ni…kat sofa ruang tamu ke?...Ahh!!!...letak aje le kat lantai ni. Biar padan dengan muka dia. Nak tinggalkan aku sangat tadi. Kalau apa-apa jadi kat perempuan ni nanti, aku juga yang susah. Bawa aje terus ke biliknya. Nampak aje badan kecil tapi berat mengalahkan batu. Satu persatu tangga di daki dan terus di bawanya Chempaka ke tingkat atas. Diletakkan Chempaka di katilnya. Pintu bilik Chempaka berkunci. Untuk tidak menimbulkan sebarang masalah, Adam membawa Chempaka tidur di biliknya sahaja.
Azan subuh berkumandang sayup-sayup. Telinga Chempaka masih boleh menangkap bunyi laungan azan tersebut, mungkin juga kesunyian di pagi subuh membuatkan kemerduan alunan azan begitu jelas di pendengarannya.
Diraba selimut yang menyelimuti badannya. Berlainan benar selimut yang digunakannya berbanding selimut sebelum ini. Lampu tidur yang agak suram menyukarkan Chempaka untuk mengecam dia di mana sekarang. Bantal di angkat dan diteliti oleh Chempaka. Bantal ini juga bukan bantal miliknya. ‘Aneh!... macam mana aku boleh berada di bilik ini. Malam tadi aku tertidur di halaman rumah Adam. Siapa yang membawa aku ke bilik ini?’.
Dalam kebinggungan Chempaka mencerna otaknya untuk mencari jawapan tetiba jantungnya berdegup kencang apabila terasa berat di bahagian bawah kakinya. Berat dihempap oleh sesuatu. Terjerit kecil Chempaka apabila mendapati di atas katil tersebut bukannya dia bersendirian. Dia tidur berkongsi katil dengan seseorang. Siapakah orang yang berani menceroboh biliknya ini?.
Pantas sekali dia melompat turun dari katil bertilam empuk yang telah digunakan pada malam tadi. Diperiksa pakaian yang dipakainya, masih lagi memakai pakaian yang dipakai semasa keluar makan bersama denganAdam malam tadi. Chempaka msih berpakaian lengkap hanya tudungnya sahaja entah kemana.
Lampu bilik tidur dipasangnya. Terang benderang bilik akibat daripada sinaran cahaya lampu. Alangkah terkejutnya Cempaka apabila mendapati Adam yang sedang enak memeluk bantal mengalihkan badannya untuk mengelakkan cahaya lampu. Betul-betul tidur mati.
Perlahan-lahan Chempaka menutup semula suis lampu yang dipasangnya. Berdiri seketika Chempaka sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Beredar dari bilik mamat ni, adalah jalan yang paling baik buat masa ini. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Chempaka meloloskan diri dan berjalan dengan langkah yang paling perlahan agar tidak mengejutkan tuan punya bilik.
“ Pelik betul ni…nak kata aku berjalan sambil tidur, tak pernah pun selama aku hidup kat dunia ni, aku buat kerja pelik macam ni…tak ada sesiapa yang pernah bagitahu aku berkenaan tabiaat yang satu ni. Zara yang pernah duduk sebilik dengan aku pun tak pernah merungut pun”. bebel Chempaka sendirian.
Selesai mandi dan solat subuh, Chempaka mengetuk pintu bilik Adam. " Awak!!!... bangun!!!...dah lewat ni. Bangun la…subuh dah nak habis ni”. Sambil mengetuk pintu, Chempaka memanggil Adam untuk bangun.
“ Liat betul la dia ni nak bangun pagi. Malam tadi balik lambat sangat, dah susah nak bangun pagi. Aku tak kejut karang, aku sama tanggung dosa dia tak solat subuh ni”. Terkejut Chempaka apabila pintu bilik Adam terbuka. Adam menjegilkan biji matanya ke arah Chempaka.
“ Kenapa tak masuk je…dah nak jadi jaga pulak pagi-pagi buta ni. I tak perlukan jaga kat dalam rumah ni. You nak kejutkan I pun tak payah terjerit-jerit kat luar pintu ni…masuk je. Pintu bilik I ni, tak berkunci dan I takkan kunci selagi you ada kat dalam rumah I ni”. Adam menarik tangan Chempaka dan membawa Chempaka masuk ke biliknya. Alangkah terkejutnya Chempaka apabila menyedari tangannya ditarik oleh Adam.
“ Apa kena dengan awak ni…buat apa saya kena masuk bilik awak ni?. Saya Cuma nak kejutkan awak sembahyang subuh je.” Chempaka merentap tangannya dari pegangan Adam.
“ I nak you kemaskan bilik I setiap pagi dan sediakan pakaian untuk I pergi kerja. Sarapan pagi…terpulang pada you. Kalau you rajin nak bancuhkan minuman pun boleh”. Adam memberikan tugasan pada Chempaka.
“ Lagi satu… jangan keluar mana-mana tanpa pengetahuan I. Semalam dah mula buat hal. Buat apa you tinggalkan I dengan Nisa kat restoran tu?. Lain kali you buat hal lagi…tau le I ajar you. Perangai macam budak-budak je…meyusahkan I, tau tak ?. Rungutan Adam tidak terhenti di situ sahaja. Kedengaran masih belum berpuas hati sehingga dia masuk ke bilik air.
Sambil mengemas bilik Adam, Chempaka berkira-kira untuk meminta kebenaran keluar dari Adam bagi melihat syarikat yang akan menjadi tempatnya menjalani latihan kerja nanti.
Terbuntang biji mata Chempaka apabila melihat Adam keluar dengan hanya bertuala dari bilik air. Merah muka Chempaka menahan malu. Wajahnya dipusingkan ke arah lain bagi memberikan ruang kepada Adam memakai pakaiannya.
“ Awak…saya nak minta kebenaran keluar hari ni. Saya nak pergi ke syarikat tempat saya nak buat latihan amali. Bolehkan???...saya kena pergi juga”. Nekad Chempaka memberitahu Adam.
“ You nak pergi dengan siapa?. Nak naik apa?”. Soal Adam pada Chempaka.
“ Saya pergi sendiri…naik teksi. Balas Chempaka.
“ Nope…I tak benarkan”.
“ Kenapa dengan awak ni?...saya Cuma nak ke tempat tu je…”
“ Nanti I bagitahu mummy minta dia bawa you ke sana.” Adam menunjukkan sikap prihatinnya pada Chempaka. Tersalah dengar ke telinga Chempaka ni.
“ Tolong betulkan tie I ni.” Glup!!!...ini pun kerja aku ke?.
“ Awak…saya tak tahu nak pakaikan tie ni. Boleh tak awak pakai sendiri. Bila saya dah pandai nanti, saya akan tolong awak”. Masam muka Chempaka sambil membetul-betulkan cadar katil tempat tidur Adam.
“ Chempaka!...bila you bercakap dengan I, you pandang muka I. I tak suka you pandang benda lain. You tahu tak…I, nak you betulkan tie ni. I tak kata you yang kena pasangkan tie ni kat I”. macam-macamlah Si Adam ni.
“ O.k. Kalau salah jangan nak marah saya pula.”
“ Kalau tak buat macam mana nak tahu salah atau pun tidak”.
“ Awak memang suka buli saya aje…lepas ni, buat sendiri”.
“ Baru sehari dua duduk bilik asing-asing dah pandai melawan, nampaknya.”
“ Saya tak ada niat pun nak melawan awak. Memang betulkan? Saya ni mangsa buli awak je.”
“ You nak buat ke tak ni?. Kalau tak…tungguuuu!!!….I akan pastikan benda yang lebih hebat selepas ini.”
“ Buuuaaattt!...ugut saya je, macam tak ada kerja lain yang nak dibuat”.
“ Meh…cepat sikit. Terhegeh-hegeh macam orang tua lama”. Kasar bunyi suara Adam.
Chempaka menghampiri Adam. Adam membongkokkan sikit badannya bagi memudahkan Chempaka membetulkan tali lehernya. Wangian yang dipakai oleh Adam begitu mengkhayalkan diri Chempaka. Tepesona seketika dibuatnya.
Adam tidak pernah mengambil pusing perasaan dan hati Chempaka. Baginya Chempaka sekadar rakan serumah yang mesti diperlakukan sebagai seorang kawan. Kalau bukan kerana mummy yang selalu membuat pemantauan ke atas perhubungannya dengan Chempaka, sudah lama Chempaka di lepaskan. Adam merasakan Chempaka juga sepertinya, yang tidak pernah mempedulikan pertalian yang ada antara mereka berdua.
Sunyi dirasakan oleh Chempaka setelah Adam meninggalkannya sendirian. Termenung sejenak mengenangkan takdir hidup yang tidak pernah diduganya. Andai dia mampu mengubah keadaan ini, ingin sekali dia lari dari kenyataan hidup sebegini. Dia tidak ingin hidup terikat seperti ini. Peritnya hanya dia yang lebih mengerti.
Deringan telefon memeranjatkannya dari menungan. Puan Sri Zaida menelefonnya bagi memastikan Chempaka sudah bersiap untuk ke Berjaya Padu Holdings. Mereka bersembang seketika. Chempaka hanya mengambil masa kurang dari setengah jam untuk bersiap. Setibanya Puan Sri Zaida di pagar depan rumah Adam, hon kereta dibunyikan. Bergegas Chempaka mendapatkan mummy mertuanya.
Lebih kurang empat puluh minit perjalananan, mereka telah sampai di Berjaya Padu Holdings. Ternganga mulut Chempaka melihat syarikat yang bakal dijejakinya nanti.
“ Emmm…inilah syarikat yang Chempaka nak kerja nanti. Mummy rasa Chempaka perlu ada kereta bagi memudahkan Chempaka berulang alik ke tempat kerja”.
“ Buat masa sekarang rasanya Chempaka tak perlu kereta lagi. Nanti kalau Chempaka dah betul-betul kerja, baru Chempaka boleh beli kereta”.
“ Atau Chempaka tumpang aje Abang Adam untu ke tempat kerja. Tempat kerjanya pun sekitar sini sahaja. Mummy rasa dia tak keberatan untuk menolong Chempaka”.
“ Tengok dulu keadaannya macam mana nanti. Chempaka kena bincang dulu dengan abang Adam, sebelum membuat sebarang keputusan”. Bangga sekali Puan Sri Zaida dengan sikap Chempaka yang sebegini. Memang tepat Chempaka Maisara menjadi menantunya walaupun dengan cara yang sedemikian.
“ Chempaka ikut mummy Shopping jap. Mummy nak beli barang sikit. Nanti Chempaka pun boleh beli baju untuk kerja”.
“ O.k mummy. Chempaka boleh temankan mummy beli barang. Tak jadi masalah pun bagi Chempaka. Baju-baju Chempaka masih boleh dipakai dan rasanya Chempaka tak perlu beli baju baru untuk kerja nanti. Kerja kejap je…bukan kerja betul-betul pun”. Tergelak Chempaka dengan kelakuan ibu mertuanya itu
Dari satu kedai ke satu kedai telah dijelajahi oleh Puan Sri Zaida bersama Chempaka. Puan Sri Zaida telah membelikan baju-baju, kasut dan beg tangan untuk menantu kesayangannya itu. Bukannya murah barangan yang dibelikan kepada Chempaka. Semuanya berjenama terkenal. Berkali-kali Chempaka menolak apabila diminta memilih barang-barang tersebut. Akhirnya dengan berat hati Chempaka menerima pemberian dari Puan Sri Zaida.
Lewat petang barulah Puan Sri Zaida menghantar Chempaka balik. Chempaka mempelawa ibu mertuanya singgah dahulu tetapi ditolak olehnya. Setelah Chempaka masuk ke dalam rumah, Puan Sri Zaida terus beredar.
Letih sekali dirasakan oleh Chempaka. Selepas mandi dan menukar pakaian, Chempaka kelihatan lebih segar dari tadi. Perlahan Chempaka menuruni tangga untuk ke dapur. Bertembung dengan Adam yang baru balik dari kerja. Tiada sepatah kata yang keluar dari ulas bibir Chempaka. Hanya pandangan mata sahaja yang beradu. Adam berdehem beberapa kali.
“ Mana mummy bawa you shopping tadi?”.
“ KLCC. Awak dah makan?”.
“ Dah…tak ada soalan lain ke nak tanya I, selain dari makan. Balik-balik itu aje yang you tanya I”. mendatar sekali nada suara Adam. Direnungnya Chempaka tajam. Tidak berani Chempaka mengangkat mukanya. Menunduk sambil menguis-nguis hujung jari kaki pada permaidani yang dipijaknya.
‘ Iskh…apa kena pulak le mamat sekor ni? Tak ada ribut, tak ada hujan tetiba je berangin satu badan malam ni’. Jangan aku yang terkena angin puting beliungnya sudah. Adam masih memerhatikan Chempaka tanpa berkedip matanya. Seksi sekali Chempaka pada pandangannya. Baju tidur yang dipakai Chempaka agak nipis. Chempaka termalu sendiri apabila melihat cara Adam memerhatikan dirinya.
“ Awak!!!...kenapa tengok saya macam tu?.”
“ Saja…tak boleh ke? Saja nak tengok. Tak salahkan?”.
“ Memang tak salah…tapi, saya tak suka awak tengok saya macam tu”.
“ You yang salah. You saja nak goda I kan?”.
“ Apa yang awak merepek ni. Bila masa saya nak goda awak pula ni?”.
“ You salah sebab pakai baju macam ni!!!...itu bukan salah you ke? Kalau you pakai macam ni…I terkam you lain kali, you jangan salahkan I tau!”.
Terkejut Chempaka dengan kata-kata Adam. Adam masih belum berganjak dari anak tangga. Chempaka terkaku di tempatnya berdiri tanpa bergerak. Chempaka tidak sanggup menjadi santapan mata nakal Adam lagi. Dia dengan lagak berani bergerak menghampiri tangga apabila menyedari Adam menyandarkan badannya ke dinding.
Pantas pergerakan Chempaka menjauhi Adam. Chempaka bergerak ke ruang dapur. Adam mengekori Chempaka dari belakang tanpa disedari oleh Chempaka. Tanpa memasang lampu dapur, Chempaka menghampiri peti ais, manakala Adam semakin mendekat. Jus jambu batu dikeluarkan dari peti ais dan dituang ke gelasnya.
Chempaka berpusing ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada lembaga di belakangnya. Chempaka menjerit dengan agak kuat. Adam memasang lampu dan ruang dapur menjadi terang benderang. Chempaka kelihatan pucat dan menggigil ketakutan.
“ Kenapa tak pasang lampu?. Ini I la…itu pun nak takut”. Chempaka menjadi tak keruan apabila Adam menghampirinya.
“ Bagi jus tu…I pun haus ni”. Chempaka menghulurkan kotak minuman tersebut tetapi tidak disambut oleh Adam.
“ Boleh tak you tolong tuangkan ke dalam gelas. I nak jus tu, you hantarkan kat depan. Lepas mandi I nak you tunggu I kat depan. I nak you temankan I tengok tv malam ni. Esok hari minggu, I tak kerja. Boleh tidur lewat. You tunggu sampai I turun bawah”.
Tanpa mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang telah diberikan, Adam terus berlalu dari situ. Dasar hati daun kayu kering, langsung tiada perasaan. Berlagak bagus memanjang. Menyampah pula yang timbul dihati Chempaka.
Sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku ada baiknya Chempaka menukar baju tidurnya dengan pakaian yang lain. Bergegas Chempaka memasuki biliknya dan memakai baju tidur jenis lain. Pijama lebih sesuai agaknya bila berdepan dengan mamat tak cukup sekupang ni. Chempaka kembali ke ruangan menonton.
Derap tapak kaki semakin menghampiri Chempaka. Adam mengambil tempat bersebelahan dengan Chempaka. Terasa sesak nafas Chempaka akibat dari denyutan jantungnya yang semakin menggila. Berdebar-debar hatinya apabila tercium wangian yang dipakai Adam.
“ Aikh…apa kena dengan you ni? Tadi you pakai baju lain kan? Kenapa tetiba je you dah tukar baju tidur lain? You takut dengan I ke?”. Letih Chempaka nak menjawab pertanyaan tak masuk akal dari Adam.
“ Saya tukar baju tadi sebab dah tertumpah air. Buat apa nak takut dengan awak. Awak pun manusia macam saya juga kan? Lain le kalau awak dari alam lain”. Alasan yang agak kukuh bagi Chempaka, tanpa menyedari bahawa kata-katanya bakal menjerat diri sendiri.
“ Betul-betul you tak takut dengan I ke?”.
“ Kenapa nak takut dengan awak pulak”.
Adam semakin mendekatkan jarak kedudukannya dengan Chempaka. Chempaka menjauhkan dirinya dengan Adam. Adam sengaja mengenakan Chempaka. Terasa seronok pula dapat mempermainkan Chempaka saat ini. Adam mendekatkan lagi dirinya dengan Chempaka sehingga tiada ruang langsung untuk Chempaka lari. Terkaku Chempaka disebelah Adam.
Tangan Adam telah mendarat di paha Chempaka. Spontan Chempaka bangun dari sofa yang didudukinya. Adam dengan pantas memegang dan menarik Chempaka sehingga Chempaka terduduk semula di sofa.
Suasana menjadi hening seketika. Hanya helaan nafas Chempaka sahaja yang kedengaran di saat ini. Adam mencium jari jemari Chempaka berulang kali. Chempaka terleka seketika dengan perbuatan Adam ke atas dirinya. Rambut Chempaka dielus lembut oleh Adam. Badan Chempaka dipeluk Adam dengan eratnya. Chempaka membiarkan perlakuan Adam keatasnya tanpa menolak. Belaian Adam begitu membuai perasaan Chempaka ketika ini. Adam menunduk dan saat bibirnya menyentuh seulas bibir Chempaka…Chempaka terkejut dan bagaikan baru tersedar dari mimpi. Badan Adam ditolak sekuat tenaganya.
Chempaka berlari mendaki tangga dan terus masuk ke biliknya. Tangisan tidak dapat dibendung lagi kala ini. Chempaka merasa malu kerana membiarkan Adam menguasai dirinya tadi. Adakah dia merelakan perlakuan Adam terhadapnya. Mengapa Adam sanggup mengambil kesempatan pada dirinya, andai tiada rasa kasih dan sayang padanya.
‘Berdosakah aku menolak keinginan dia untuk bermesra dengan aku? Arghh…bukan boleh percaya mamat kepala angin tu, ada masa terlebih mesra pula dengan aku.’ Adam terpana sendirian apabila menyedari perlakuannya pada Chempaka. Bukan disengajakan tapi…memang sudah diragka dari awal lagi sejak melihat keadaan Chempaka tadi. Tak salah rasanya perlakuan sedemikian. Normal bagi pasangan suami isteri yang mempunyai rasa kasih dan sayang.
Tidak secubit pun rasa bersalah bersarang di hati Adam. Dia berlagak seolah-olah tiada apa-apa sahaja yang telah berlaku antara mereka malam tadi. Bukannya dia tidak Nampak warna muka Chempaka yang bertukar warna apabila terserempak dengannya. Adam sengaja membuatkan Chempaka serba salah. Hatinya seronok sekali mempermainkan perasaan Chempaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience