Semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kenyataan. Sepahit mana pun realiti kehidupan ini, Chempaka harus tabah dan kuat menempuh ujian dan dugaan yang mendatang. Tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang telah tertulis buatnya. Seorang anak manja keluarga, terpaksa mengharungi ranjau kehidupan sendirian tanpa ada yang dapat membantu tika diri hampir lemas dengan permasalahan hidup.
Alam rumah tangga yang tercipta hasil dari sebuah perkahwinan yang tak dirancang telah menyeret Chempaka ke lembah kehidupan yang amat menyakitkan. Adam masih seorang suami yang kaku dan beku. Hatinya masih kekal seperti itu, tak punya perasaan. Membiarkan hari-hari Chempaka berlalu tanpa makna dan dia sendiri tidak mahu memaknakan sebuah perkahwinan.
Dunia mereka berdua terpisah dalam sebuah kehidupan yang telah bersatu. Hari-hari yang Chempaka lalui begitu mendera hati dan perasaannya. Adam menyedari keadaan dirinya bersama Chempaka tidak ubah seperti orang asing. Untuk melepaskan Chempaka adalah satu perkara yang agak mustahil. Mummynya begitu menyayangi Chempaka.
“ Eh…apa yang kau menungkan ni. Dah tak de kerja lain ke?. Ini tempat kerja tau…bukan tempat berangan”. Fira mengejutkan Chempaka dari khayalannya.
“ Mana kau tahu aku tengah berangan. Aku tengah fikirkan masalah Negara ni”. Sengih Chempaka.
“ Banyak le…kau punya masalah Negara. Bukan aku tak kenal dengan kau. Ada masalah ke?. Kalau kau rasa nak kongsi masalah kau tu, aku boleh pinjamkan telinga aku untuk dengar masalah kau”. Fira masih cuba meneka duduk perkara sebenarnya.
“ Tak de apa-apa le…aku nak berangan sikit pun tak boleh. Bukan aku menyusahkan siapa-siapa pun. Tambahan pula aku tak perlu gunakan sebarang kos pun untuk berangan macam ni. Kalau kau nak join aku punya club pun boleh. Dipersilakan …”.
Geram Fira dengan jawapan dari Chempaka. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja di sekeh-sekehnya kepala Chempaka. Malas Fira melayan perangai Chempaka yang satu ni. Masih tak berubah, dari minggu pertama mengenali Chempaka sehingga ke saat ini, masih Chempaka yang sama. Tetap utuh dengan sikapnya yang suka berahsia.
“ Berangan, berangan juga…kerja mesti jalan, jangan asyik berangan je…encik Hazril tengah tunggu kau tu. Cepat pergi jumpa dia kat bilik dia. Dia nak kau siapkan kerja yang di minta semalam. Dah siapkan ke?. Dia cari kau tadi, wahai cik Chempaka sayang”. Fira memerli Chempaka secara tak langsung.
“ Dia nak jumpa aku?...”. Chempaka menggunakan jari telunjuk menunjukkan ke arah mukanya.
“ Ya!...dengan kau la. Dengan sape lagi yang ada kat sini”. Balas Fira.
“ O.k. aku pergi dulu. Doakan yang baik-baik untuk aku”. Chempaka melangkah ke bilik encik Hazril. Raut wajahnya cuba diceriakan.
Berdebar hatinya semasa mengetuk pintu bilik encik Hazril. Ketukan pertama tiada sahutan. Ketukan kedua lebih kuat dan seterusnya ketukan semakin kuat. Kedengaran suara memintanya masuk.
“ Assalamualaikum encik Hazril. Ada apa encik Hazril nak jumpa saya?.” Dalam menahan debar di hati, Chempaka memandang encik Hazri yang sedang ralit memerhati dokumen di hadapannya.
“ Waalaikummusallam…sila duduk Chempaka. Memang saya nak jumpa dengan Chempaka. Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dalam projek yang bakal awak kendalikan bersama Fira kali ni”. Hazril memandang Chempaka dengan pandangan yang tajam sekali.
“ Kenapa encik Hazril tak panggil Fira sekali untuk membincangkan projek tersebut? Saya rasa kami berdua perlu mendengar keterangan dari encik Hazril. Fira dah tahu ke hal ini?”. Berani sungguh Chempaka memberikan pendapatnya.
“ Tadi saya dah bincangkan bahagian yang patut Fira kendalikan dalam projek tu nanti. Ini adalah kerja-kerja yang patut awak pula buat”. Encik Hazril tersenyum sesaat ketika memerhatikan kekalutan yang terpamer di wajah cantik Chempaka.
“ Oh!...ya ke? Tak ada pula Fira bagitahu saya. Terus-terus sahaja dia minta saya jumpa encik Hazril”.
“ Itu tak jadi masalah. Kita teruskan perbincangan yang sepatutnya”.
“ O.k. Saya setuju. Silakan encik Hazril”.
Perbincangan antara Chempaka Maisara dengan encik Hazril selaku penyelia tugasan mereka berdua berjalan lancar. Sememangnya Chempaka dan Fira beruntung kerana mendapat penyelia yang baik dan bertimbang rasa dalam melaksanakan latihan mereka. Tidak ada banyak masalah dalam menjayakan praktikum mereka di syarikat gergasi ini.
Encik Hazril bercadang untuk membawa mereka berdua keluar makan pada masa makan tengahari nanti. Chempaka dan Fira bersetuju dengan cadangan dari encik Hazril. Semasa waktu rehat, encik Hazril telah membawa mereka berdua makan di salah sebuah restoran yang tidak berapa jauh dari pejabat mereka.
Dalam keseronokkan mereka menjamu makan tengahari, ada sepasang mata yang asyik memerhati mereka bertiga. Selang beberapa buah meja dari tempat mereka duduk, Adam dan beberapa orang rakannya sedang leka bersembang sambil makan. Mata Adam tidak lepas dari memerhati ke arah meja yang diduduki oleh Chempaka, Fira dan Hazril. Segala gerak geri Chempaka diperhatikan.
‘ Apa kena dengan aku ni?’. Hatinya panas semasa terlihat akan perlakuan pemuda yang dirasakan seperti dikenalinya sedang bersembang dengan Chempaka. Lelaki mana yang tidak cemburu apabila melihat isteri sendiri berada di depan mata bersama lelaki lain tanpa pengetahuannya. ‘ Cemburukah aku???. Kenapa perlu Chempaka berada bersama lelaki tersebut. Argh!!!...bukannya aku cemburu, Cuma tahap kerisauan aku melebihi segala-galanya saat melihat Chempaka bersama lelaki lain’. Adam masih cuba untuk menafikan kata hatinya.
Sepulangnya dari makan tengahari, Adam berada dalam mood yang kurang baik. Air mukanya kelihatan tegang sekali. Tanpa punca yang pasti anginnya berubah dan mepengaruhi semangat kerjanya hari ini. Tak pasal-pasal semua staf kat pejabatnya menikus selepas lunch hour hari ini.
Keramahan encik Hazril memudahkan lagi perjalanan tugasan yang telah diberikan kepada mereka berdua. Senang hati Chempaka dengan kerjasama yang begitu baik dari encik Hazril. Hari-harinya di pejabat adalah hari yang menceriakannya. Rakan-rakan baru di pejabat begitu menyenangkan.
“ Ril, bukan main lagi kau melayan budak bawah seliaan kau tu. Ada apa-apa ke?”. Tanpa mengetuk pintu biliknya dahulu Naqib dengan selamba menarik kerusi di hadapan Hazril.
“ Banyak handsome muka kau. Tak bagi salam jauh sekali nak ketuk pintu bilik aku, terus je terjah aku. Kau ingat ini rancangan melodi kat tv ke, main terjah-terjah je…”. Hazril malas melayan pertanyaan rakan baik selaku rakan sekerjanya itu.
“ Woit!...aku tanya ni, mana satu yang kau berkenan sangat. Yang cantik jelita tu ke?. Kalau aku yang di beri peluang menjadi penyelia dia orang, tahu la aku nak mengayatnya. Hahaha…”. Ketawa lepas Naqib menyebabkan Hazril tersenyum sumbing. Hazril memang kenal sangat dengan perangai Naqib yang memang terkenal dengan sikap playboynya.
“ Itu kau bukan aku Qib. Sebab tu, pihak atasan percaya kat aku dan memberikan tugasan tu kat aku. Kalau bagi kat kau sebagai penyelia, aku percaya markah penuh pasti menjadi milik budak-budak tu. Kesian kat budak-budak tu nanti”. Hazril masih galak mempersendakan Naqib.
“ Sampai bila dia orang kat sini. Ril,…kau tolong aku. Aku nak kau rekomenkan aku kat salah seorang dari mereka berdua. Mana tahu lepas ni aku boleh jadi baik sikit”.
“ Malas aku nak layan kau ni. Kau kan lagi terror dari aku. Mana boleh aku pula yang nak mengajar kau bab-bab macam ni. Lain la…aku ni. Teruna idaman Malaya. Si Chempaka tu…dari aku rekomen dekat kau baik aku promosi diri aku sendiri kat dia. Ada juga faedahnya. Dah la comel…fuhh!!!...kalau aku dapat le, garenti aku tak pandang lain dah”.
Tak pernah-pernah Chempaka mendapat panggilan dari Adam sejak dia memulakan tugasannya di Berjaya Padu Holdings. Tetiba pula mamat berlagak bagus ni, menelefon dia pula. ‘ Apa nak pula ni?’. Deringan telefonnya masih nyaring berbunyi, dibiarkan sahaja. Buat-buat tak dengar sahaja. ‘ Eh!...masih berbunyi lagi. Nak apa pula ni? Angkat ke tak ni. Angkat ke tak, angkat le…’ lantas tangannya mencapai telefon. Butang hijau ditekan pantas.
“ Hello!...Assalamualaikum…”. Salam di berikan tanda berbahasa Chempaka pada si pemanggil.
“ Waalaikummusallam…ngapa you lambat sangat jawab bila I call? Telinga you dah pekak ke?.” Kemarahannya pada Chempaka kali ini tidak dapat dikawal lagi.
“ Awak ni kenapa marah-marah saya? Apa saya dah buat kat awak? Lambat jawab telefon pun nak mengamuk macam ni. Besar sangat ke salah saya pada awak?”. Perlahan sekali suara Chempaka menuturkan ayat-ayat protesnya pada Adam.
“ I nak you balik awal dari kerja. I tak nak you merayap mana-mana mulai sekarang. You faham ke tak?”.
“ Eh!..kenapa pula? Nanti saya nak singgah beli makanan kat kedai yang selalu saya beli makanan tu. Lambat sikit saya sampai rumah. Malam ni saya nak makan apa kalau saya tak singgah?”. Chempaka masih kehairanan dengan arahan dari Mr.Hubby kepala anginnya.
“ I kata balik terus. Itu pun you tak faham ke?. Tak kenyang-kenyang lagi ke? Tadi bukan main lagi you makan kat restoran tu? Bukan main lagi you dengan lelaki tu? I tak kira you balik. Jangan singgah mana-mana”.
“ Oh!...o.k. Awak nak belikan makan malam saya ke?”.
“ Tak ada maknanya I nak belikan makan malam untuk you. Balik rumah… you masak untuk kita makan malam. Faham ke tak?”. Kemarahan Adam dapat dirasakan oleh Chempaka melalui nada suaranya yang kasar dan keras.
Selepas talian dimatikan, Chempaka berasa sungguh hairan dengan tingkah Adam kali ini. Hantu apa yang merasuknya kali ini. Perangainya yang pelik sungguh sukar untuk diramalkan oleh Chempka.
‘ Kena balik awal. Kena masak. Selepas ini apa lagi yang dia nak aku buat’. Bila mummy hantar orang gaji ke rumah pada hujung minggu, ditegahnya. Kerja rumah kononnya boleh dia lakukan bersama aku. Tup-tup bila sampai masanya, aku sorang-sorang juga yang kena buat.
Bukan susah bagi Chempaka dalam urusan masak-memasak ni. Dia telah dilatih oleh mama sejak memasuki alam remaja lagi. Setakat nak masak makan malam yang ringkas bukan masalah besar baginya.
Adam sengaja mahu mengenakan Chempaka. Sejak melihat Chempaka makan tengahari bersama lelaki tersebut hatinya betul-betul terganggu. Perasaan kepunyaan begitu menebal di hatinya. Chempaka adalah haknya. Haknya yang mutlak dan tidak boleh di kongsi dengan sesiapa. Walaupun perkahwinannya tanpa perancangan tetapi dia tetap merasakan yang Chempaka adalah miliknya yang kekal.
Mungkin sudah tertulis bahawa Chempaka adalah jodohnya. Jodoh yang tak disangka dan tak dijangkakan oleh mereka berdua. Tanpa sesiapa mengetahui status sebenar perhubungan mereka. Puan Sri Zaida sudah merancangkan satu majlis persandingan akan diadakan buat keduanya nanti. Adam dan Chempaka akan diraikan dalam satu majlis gilang gemilang nanti. Pada masa itu semua orang akan tahu bahawa mereka sudah bermenantu dan hanya menunggu masa untuk menanti kehadiran orang baru dalam keluarganya.
Chempaka balik ke rumah yang didiaminya bersama Adam. Sejurus selepas solat asar, Chempaka masuk ke dapur. Semua rak diselongkar olehnya. Masak yang simple-simple sahaja. Ikan dan ayam dikeluarkan dari peti ais. Chempaka memulakan skill memasak yang sudah berbulan ditinggalkan. Hampir jam lapan malam barulah Chempaka selesai menyediakan juadah makan malamnya.
Tergesa-gesa Chempaka masuk ke biliknya bagi membersihkan diri. Seusai sembahyang maghrib, Chempaka turun ke ruang rehat keluarga. Chempaka pasti Adam sudah balik semasa dia sedang sibuk memasak tadi. Kelihatan Adam sedang terbaring di atas sofa sambil menonton siaran berita.
“ Awak…saya dah siapkan makan malam. Awak nak makan sekarang ke? Boleh saya hidangkan”. Sesopan mugkin Chempaka cuba mengembalikan mood Adam. Bimbang tersilap lagi dia bakal mengeruhkan suasana.
“ Chempaka!...you masak apa?”. Kedengaran suaranya agak mendatar sahaja.
“ Saya buat ayam masak merah, ikan goreng dan sayur campur”. Balas Chempaka.
“ You siapkan. Kejap lagi kita makan”. Ceria sedikit suaranya di pendengaran Chempaka.
Tanpa membuang masa, Chempaka beredar ke dapur bagi menghidangkan makan malam mereka. Bergetar hati Chempaka buat pertama kalinya menyediakan masakan buat Adam. Mereka hanya makan berdua di kala ini. Sesekali mata Adam menjeling ke arah Chempaka. Chempaka jadi penasaan dengan renungan tajam mata Adam.
“ I nampak you tadi kat restoran. Lelaki mana dengan you tadi tu? Ada I izinkan you keluar dengan mana-mana lelaki lain? Tak adakan? Kenapa you tak call I dulu sebelum you keluar dengan mana-mana lelaki? I tak suka dan tak mahu you keluar dengan mana-mana lelaki lain selain I”.
Terkejut Chempaka dengan pertanyaan-pertanyaan dari Adam. Macam mana Adam boleh tahu dia keluar dengan encik Hazril tadi. Tiada sepatah ayat yang mampu Chempaka keluarkan dari ulas bibir comelnya. Nasi dipinggan hanya dikuis-kuisnya sahaja. Terbantut terus seleranya apabila persoalan demi persolan yang diajukan oleh Adam.
“ Chempaka!...I Tanya you ni. You dengar ke tak?”.
“ Errr… dengar. Awak saya bukannya keluar berdua dengan encik Hazril tadi. Kami keluar bertiga. Fira pun ada sama”.
“ Encik Hazril? Siapa dia tu? I tak suka you keluar lagi dengan mana-mana lelaki”. Adam masih meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Chempaka.
“ Encik Hazril tu, penyelia saya. Tadi…dia yang nak belanja saya dengan Fira. Tak manis kalau saya nak menolak. Lagi pun saya bukan ada apa-apa dengan dia. Dia hanya penyelia saya je…”.
“ Kalau you nak…I pun boleh belanja you makan hari-hari tau!!!...tak payah terhegeh-hegeh dengan orang lain. You tu isteri I, ingat tu. Faham ke tak ni?”.
“ Saya faham le…awak aje yang betul. Ingat saya ni budak sekolah ke?”.
“ Satu lagi…habis kerja terus balik. Jangan nak melencong mana-mana pulak. Jangan nak menjawab je…sikit-sikit protes. Mulai sekarang you mesti masak untuk I”.
Hanya anggukan kepala sahaja yang dapat Chempaka lakukan. Adam meminta Chempaka membancuhkan milo panas untuknya. Penat betul melayan kemahuan mamat sengal ni. Ada-ada sahaja yang tidak kena di matanya perlakuan Chempaka.
Malam ini Chempaka bercadang mahu menghabiskan masanya di bilik sahaja. Tetiba sahaja pintu biliknya diketuk dari luar. ‘ Malasnya nak melayan kemahuan dia ni.’ Sebaik pintu bilik dibuka, terpacak Adam di depannya. Diperhati Chempaka dari hujung rambut ke hujung kakinya. ‘ Iskh…apa lagi yang tak kena ni?’
“ I nak you turun bawah. Temankan I tengok tv. Tak payah tunjuk alim dengan I. nak tukar baju bagai. I ni husband you…tak de maknanya you nak tutup aurat you kat I”. Matanya masih melekat pada Chempaka.
“ Nak saya temankan awak tengok tv? Dah buang tabiat ke apa awak ni?”. Terjojol keluar anak mata Chempaka memandang Adam.
“ I tak kira, you kena temankan I. kalau tak I dukung you bawa turun bawah”.
“ Tak payah nak dukung saya. Saya boleh turun sendiri. Awak turun dulu. Sekejap lagi saya turun. Ada hal sikit saya nak buat ni”.
“ Nope. I nak you ikut I sekarang juga. Cepat…I tunggu you”. Ketegasan Adam membuatkan Chempaka mengalah.
“ Nak paksa-paksa orang pula. Bukan ada hantu pun nak takut apanya. Sesedap dia je…nyampah betul le dia ni”. Sambil turun tangga sempat lagi Chempaka mengomel sendirian.
“ Tak puas hati ke? I tak kira, selagi I tak naik atas untuk tidur you pun kena duduk bawah. Tak boleh naik bilik. Jangan asyik nak melawan cakap aje”.
Tangan Adam lincah mencari mana-mana chanel yang di rasakan menarik di kaca tv. Sesekali dia mencuri pandang pada hempaka. Hati Chempaka masih geram dengan perlakuan Adam padanya. Bagi menambah tahap kemarahan Chempaka terhadapnya, Adam meminta Chempaka duduk di sofa yang sama dengannya.
Chempaka masih begitu naïf dengan corak permainan yang Adam cuba mainkan. Seketul hati milik Chempaka tidak dapat meneka setiap perlakuan yang akan Adam lakukan. Chempaka cuba menjarakkan duduknya dari Adam. Tanpa rasa bersalah Adam baring di atas sofa yang diduduki Chempaka. Kakinya sengaja dilunjurkan ke arah Chempaka. Terletak elok kaki Adam di atas ribaan Chempaka.
“ Chempaka!...I nak you picit kaki I. Lenguh pula malam ni. Tak kan nak picit kaki I pun tak boleh. Best ni…kalau you tak nak, I bagitahu mama you yang you derhaka kat suami you”. Ugut Adam.
“ Bila masa saya kata tak nak picit kaki awak. Ada saya jawab macam tu? Bak sini, saya picit kaki awak. Kalau tambah sakit jangan kata saya dera awak pula. Awak ni bukan boleh percaya sangat. Asyik nak kenakan saya je”.
Dengan senyuman kemenangan, Adam menarik kaki seluarnya. ‘ Macam mana aku nak picit dia ni. Aku bukan pandai mengurut, setakat urut mama tu aku pandai le…’. Dengan selamba badaknya kaki Adam masih berada di ribaannya.
“ Awak nak saya urut kat kaki mana? Kiri ke kanan?”. Chempaka sudah naik geli geleman apabila terpandangkan kaki Adam. Bulu kaki sahaja sudah mengalahkan bulu kambing.
“ Urut dua-dua. Kaki saya ada dua belah. So,..you urut kedua-duanya sekali. Tak jadi masalahkan?”.
“ Memang tak jadi masalah tapi…kalau makin sakit, jangan nak salahkan saya lagi”. Bahasa sindiran nampaknya kali ini digunakan oleh Chempaka. Kalau masih tak faham lagi…memang mamat ni tak belajar bahasa melayu.
“ I nak you urut untuk menambahkan kelegaan I, bukan untuk menambahkan sakit kat kaki I ni. Apa yang you tahu…kalau nak urut sikit pun tak pandai”. Bukan main lagi mamat ni kenakan aku.
Isyarat badan Chempaka telah menunjukkan yang dia memang betul-betul mengantuk. Keletihan dan rasa mengantuk yang tidak dapat dikawalnya lagi menyebabkan Chempaka tertidur di sofa yang di dudukinya. Adam masih leka menonton tanpa menyedari Chempaka telah terlena.
Hampir jam satu pagi, Adam mula rasa mengantuk. Sesekali kelihatan dia menguap panjang. Apabila dia menoleh pada Chempaka, dia dapati Chempaka telah terlena sambil duduk. “ Dah tidur rupanya. Macam mana ni?. Kesian pula nak tinggalkan dia kat sini”. Adam berbicara sendirian apabila terpandangkan Chempaka yang sedang lena.
Dicempung badan Chempaka untuk dibawa ke bilik. Tanpa berfikir panjang, Adam membawa Chempaka masuk ke biliknya bukan ke bilik Chempaka. Dibaringkan badan Chempaka di atas katil miliknya. Chempaka tidur tanpa sedar di mana dia telah di tempatkan oleh Adam. Sikap Chempaka yang sebegini memang dimaklumi oleh Adam.
Adam memerhatikan wajah Chempaka yan begitu polos dalam lenanya. Setiap inci wajah Chempaka diperhatikan Adam. Begitu menawan dan mempersonakan pada pandangan matanya. Naluri lelakinya juga turut bergetar serentak dengan debaran di dadanya. Wajah Chempaka ditelitinya dengan penuh debaran. Tanpa dapat dikawal olehnya, Adam merapatkan wajahnya ke wajah Chempaka. Bibir lembut Chempaka diciumnya. Bergetar jiwa lelakinya.
Tanpa rangsangan pun Adam sudah mula terasa Chempaka mempunyai aura keperempuan yang cukup kuat. Tidak mustahil baginya, kalau Chempaka memberikan perhatian dan layanan yang sepatutnya dia akan tergoda dengan aura yang ada pada diri seorang Chempaka Maisara.
Perlahan-lahan wajah Chempaka diusap lembut. Sekali lagi pipi mulus Chempaka menjadi sasaran Adam. Terpukau seketika Adam melihat wajah yang menjadi milik Chempaka. Pinggang Chempaka di peluk kemas oleh Adam. Tanpa menyedari perkara yang belaku, Chempaka tidur dengan lena sekali.
Apabila terjaga dari tidur akibat silauan matahari yang mencuri masuk ke kamar peraduan milik Adam, Chempaka amat terkejut apabila dia mendapati dirinya berada bersama Adam di atas katil kepunyaan Adam. Adam masih lagi tidur tanpa rasa terganggu. Termalu sendiri Chempaka apabila mendapati bukan sahaja mereka berdua berkongsi katil malahan berkongsi satu selimut.
Adam masih memeluk Chempaka dan keadaan ini menyukarkan Chempaka untuk bangun. Semakin kuat pula pelukan Adam apabila Chempaka cuba untuk melepaskan dirinya. Parah ni kalau dibuatnya dia terjaga nanti. ‘ Iskh!...dia ingat badan aku ni bantal peluk dia ke. Semakin kemas pula pelukan dia kat aku ni’.
Dalam pada Chempaka berusaha melepaskan dirinya, Adam sudah terjaga. Sengaja di kemaskan pelukannya. Haruman rambut Chempaka masih sempat ditangkap oleh hidungnya. Sengaja dia mendekatkan badannya ke badan Chempaka. Mahu melihat sejauh mana kesungguhan Chempaka meloloskan diri dari pelukannya.
Chempaka menolak badan Adam dengan tenaganya yang tak seberapa. Tak sedikit pun meninggalkan kesan kepada Adam. ‘Eh…tidur mati ke mamat ni. Dah nak patah tulang-tulang aku di buatnya. Apa penyakit dia ni. Memang dia tidur cara macam ni ke?’. Pelik juga kelakuan tidur dia ni. Seteruk-teruk aku pun tak pernah tidur selasak dia ni.
Setelah puas berusaha cara baik untuk melepaskan dirinya, Chempaka mula menolak badan Adam. Masih tidak memberikan sebarang tindak balas. Adam makin mengeraskan badannya.
“ Awak!..”. Chempaka menggerakkan badan Adam sambil memanggil nama Adam berulang-ulang kali. “ Awak!!!...lepaskan saya. Saya nak bangun ni!!!”. Kesabaran Chempaka sudah sampai ke kemuncaknya. Di jeritnya nama Adam dengan sekuat hatinya.
Adam seolah-olah terperanjat dengan jeritan itu. “ Pagi-pagi dah menjerit macam bini tarzan ni apahalnya?”. Sengihan Adam membuatkan kemarahan Chempaka semakin berapi.
“ Apahal???...awak tanya saya pula. Apa awak dah buat dengan saya malam tadi? Macam mana saya boleh tidur kat bilik awak? Awak sengajakan?. Awak nak cabul kehormatan saya. Betul tak?”. Melihat reaksi Adam yang selamba, seolah-olah tiada apa yang berlaku menambahkan lagi darjah kemarahan Chempaka.
“ I tak rasa I mencabul you. Kalau you tak puas hati dengan apa yang telah berlaku, you boleh fail saman kat I. kalau you nak I boleh rekomenkan peguam yang paling handal untuk you”. Dengan senyuman meleret Adam tidak mempedulikan kemarahan yang bersarang didada Chempaka Maisara. Adam tetap menang bergaya kali ini. Sambil baring telentang dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan dibawah kepala, Adam cuba menunjukkan reaksi bersahaja.
“ Awak!...masih tak nak mengaku lagi. Semalam minta saya temankan awak tengok tv. Sekarang awak bawa saya ke bilik awak pula. Macam mana janji awak dengan saya sebelum ni? Awak memang jahat!!!...tak ada perasaan”. Chempaka masih melempiaskan api kemarahannya.
“ Memang I tak nak mengaku salah sebab you yang ikut I masuk bilik ni. You sedar tak? Malam tadi I dah halang you tapi you yang masuk juga bilik I. Sekarang siapa yang cuba cabul siapa? I tak sedar bila masa I terpeluk you. I ingat you ni bantal peluk I. Sekarang I salah ke you yang salah?”. Tanpa rasa bersalah langsung Adam mengenakan Chempaka.
“ I tak peduli…disebabkan you dah menumpang tidur kat bilik I malam tadi, you wajib mengemas bilik I sekarang. Kalau you nak selamat you kena ikut arahan I. Kalau tak…you sendiri tahu akibatnya”. Sambil bangkit dari katil Adam sempat merapatkan mukanya ke muka Chempaka. Dengan selambanya dia memeluk pinggang Chempaka dan meniup telinga Chempaka mengunakan mulutnya.
Akibat terkejut dengan perlakuan Adam, Chempaka terkaku seketika. Hanya tersedar apabila Adam telah meloloskan dirinya ke dalam bilik mandi. Dengan pergerakan yang pantas Chempaka mahu menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh Adam sebentar tadi. Kalau boleh dia mahu kerja-kerja mengemas bilik Adam siap sebelum Adam keluar dari bilik mandi.
Belum sempat Chempaka keluar dari bilik Adam, pintu bilik air sudah terbuka. Dengan menggunakan ekor matanya sahaja Chempaka melihat Adam. Malu untuk melihat secara terus. Adam hanya memakai tuala mandi sahaja. Chempaka terburu-buru mahu keluar tetapi telah dihadang oleh Adam. Kaki Chempaka terlanggar bucu katil dan badan Chempaka tergolek jatuh ke lantai. Sakit sangat tetapi kerana berang dengan perbuatan Adam, Chempaka cuba bangun sendiri tanpa meminta bantuan Adam.
Adam cuba membantu dan berlagak tidak bersalah. Chempaka menepis tangan Adam dari terus memegang tangannya. Gagal lagi untuk bangkit akibat dari kakinya yang sakit. Sedaya upaya dia bangun juga. Adam hanya melihat perlakuan Chempaka.
“ Degil!...tak kena tempat”. Adam masih galak mengenakan Chempaka.
“ Tepi la, orang nak lalu ni. Sibuk!!!...”. Dengan langkah yang masih terhecot-hecot Chempaka menapak keluar dari bilik Adam.
“ Chempaka!!!...jangan lupa buat sarapan special sikit tau!”. Sambil tergelak kecil Adam masih tidak berpuas hati dengan sikap Chempaka. Mesti dikenakan cukup-cukup kali ini. Adam dapat melihat sikap keanak-anakan masih ada dalam diri Chempaka. Seronok sekali apabila dapat mengenakan Chempaka. Terhibur hatinya melihat kemarahan Chempaka apabila dikenakan olehnya.
Share this novel