Sekali lagi Chempaka kelam kabut setelah selesai menyempurnakan perintah Allah. Solat maghrib telah selamat ditunaikan secara sendirian kerana mereka kembali ke bilik agak lewat tadi. Walau sesibuk mana atau secepat mana sekalipun dia tidak akan mengabaikan suruhan Allah yang satu ini. Jeans hitam di padankan dengan blaus labuh kain cotton lengkap dengan tudung sekali menyerlahkan peribadi pemakainya. Chempaka nampak sederhana dalam kecantikan asli yang sememangnya menjadi perhatian ramai orang. Solekan tipis sahaja dikenakan kerana dia memang tidak suka mengenakan solekan berlebihan apatah lagi bagi acara santai yang sebegini. Blaus berbunga kecil berwarna biru lembut menambahkan kesederhanaan cara berpakaian Chempaka.
“ Awak…saya keluar dulu, ya. Acara malam ni dah nak mula…nanti habis je…saya terus balik bilik. Kalau awak nak tidur dulu, awak tidur je…tak payah nak tunggu saya. Saya bawa kad kunci spare ni”. Chempaka menghampiri balkoni tempat Adam sedang menikmati pemandangan malam, balkoni yang menghala ke arah laut memang cantik dan begitu starategik sekali.
“ O.k…take care!...you berani ke jalan sorang-sorang kat luar tu? Kalau you nak I boleh temankan you”. Baik sangat Adam malam ni…apa kena dengan dia ni? Jangan-jangan dah tersampuk dengan puteri laut. Sejak masuk bilik asyik sangat berada di balkoni bilik. Eiii!!! Seram pulak Chempaka dibuatnya kalau betul si Adam ni kena sampuk dek jemmbalang laut yang berupa puteri yang cantik jelita.
“ Insya Allah tak de apa-apa. Awak tak perlu temankan saya. Saya rasa kat luar sana tu masih selamat untuk saya, lagipun…ramai kawan-kawan saya ada kat sana”. Sengaja Chempaka menekankan perkataan kawan-kawan agar Adam tidak risau dia keluar sendirian.
“ Kawan-kawan you ramai kat sini…kawan-kawan mana pula yang ramai tu? I tak pernah tahu yang selama ni you ada ramai kawan kat sini. Boleh you kenalkan I dengan kawan-kawan you tu nanti?” Adam sengaja mahu melengah-lengahkan Chempaka untuk keluar. Ada rasa yang terbit disudut hatinya untuk melepaskan Chempaka sendirian malam ini. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas Chempaka. Terbit rasa gusar dihatinya andai ada sesuatu berlaku pada Chempaka Maisara.
“ Mana ada kawan-kawan lain. Semuaya kawan-kawan saya kat Berjaya Padu Holdings, staff awak juga kan? Buat apa awak nak berkenalan…semua tu kenalan awak dan pekerja awak yang sedia mengenali awak”. Chempaka menerangkan agar Adam tidak berprasangka terhadapnya.
“ Awak!...saya dah lambat ni. Doakan saya selamat sampai kat tempat dia orang berkumpul. Malam ni ada barbeque kat tepi pantai. Kalau boring sorang-sorang kat bilik, boleh turun join kita orang”. Setelah memohon kebenaran dari Adam, Chempaka bermanis mulut mempelawa Adam menyertai acara yang diadakan pada mala mini. Acara pertama mereka pada hari ini.
Setelah menghampiri lokasi yang akan berlangsungnya acara bakar membakar pelbagai jenis makanan yang telah disediakan oleh pihak resort, Chempaka mencari-cari kelibat Fira. Walaupun mereka telah dipisahkan dalam kumpulan yang berbeza, Chempaka tetap mahu bersama Fira. Sudahlah dia sendirian didalam bas melayani berbagai-bagai karenah dan usikan terhadapnya seharian tadi, sedangkan Fira selesa bersandar enak didalam kereta encik Razmin. Kelihatan kumpulan-kumpulan kecil sudah bersedia untuk memulakan tugasan masing-masing. Sebelum apa-apa, Fira mesti dicarinya.
Beberapa tempat pembakar sudah tersedia untuk digunakan. Hanya menunggu untuk digunakan sahaja. Setiap kumpulan akan disediakan dengan menu makanan masing-masing. Mereka akan bertukar-tukar makanan nanti. Pasti meriah…set karoke juga disediakan oleh pihak resort. Dari kejauhan Chempaka sudah dapat melihat kelibat Fira sedang sibuk menolong ahli kumpulannya menyediakan persiapan untuk aktiviti yang akan berlangsung sekejap lagi. Perutnya sudah kekenyangan, dia tidak mempedulikan makanan yang sudah sedia terletak diruang khas. Beberapa orang yang bertembung dengannya sempat menegur Chempaka dan semua sapaan mereka dibalas dengan baik oleh Chempaka. Matlamatnya Cuma satu…dia mesti berjumpa dengan Fira.
“ Amboi!!!...bukan main susah aku nak jumpa kau. Telefon tidak berjawab…dah lupa kat kawan kau yang cantik jelita ni ya…sejak dapat berkawan dengan encik Razmin yang handsome tu…”. Perut Fira dicubit halus oleh jari runcing Chempaka. Terkejut Fira apabila mendapat cubitan yang tidak disangka-sangka dibahagian perutnya dan merupakan bahagian anggota badan yang sensitif. Terlatah-latah Fira kerana terkejut dengan cubitan yang diterimanya.
“ Kejap lagi aku bagitahu kau sebab musabab yang menyebabkan rakan kau yang tengah meletop ni susah untuk dihubungi. Buat sementara aku tangguhkan dulu penjelasan kepada kau. Aku tengah sibuk sikit ni…tak pasal-pasal nanti ahli group aku tak memanggang apa-apa kat tempat pemanggang tu…” . Lurus jarinya menunjukkan kearah tempat pembakar yang sedang dihidupkan apinya.
“ Sekarang aku kena siapkan kerja aku dulu…nanti masa makan kita makan sama-sama dan kita sembang puas-puas”. Fira berpura-pura sibuk menyediakan bahan-bahan perapan untuk bahagiannya. Dia tahu Chempaka tengah menunggu penjelasannya. Sengaja dia mendera perasaan sahabatnya.
“ Okey!...aku akan tuntut penjelasan dari kau. Terlampau seronok sangat naik kereta mewah encik Razmin, sampai kau terlupa kat aku yang tersengguk-sengguk kat dalam bas sorang-sorang. Tak pe…ada ubi ada batas…ingat…kalau aku dapat kau, pasti aku balas juga”. Umpama orang merajuk Chempaka melangkah meninggalkan Fira yang tersengih-sengih melihat telatah Chempaka.
“ Chempaka!!!...aku nak jawab pantun kau tu…ada ubi ada batas, tadi aku naik kereta kau naik bas…”. Chempaka makin berbuku dengan Fira yang tak habis-habis mahu mengenakannya. Sempat dia berhenti melangkah dan berpusing ke belakang, Fira ditenungnya dengan geram. Semakin galak Fira mentertawakannya. Pantas dia menyambung langkahnya menghampiri ahli groupnya yang lain.
Ramah Chempaka menyapa rakan-rakannya yang lain. Semua sibuk menolong antara satu sama lain. Ada di kalangan mereka yang duduk-duduk sahaja sambil bersembang. Chempaka menawarkan pertolongan untuk membantu apa-apa yang patut.
“ Hai!...pasti sedap kita punya ayam ni…cuba tengok siapa yang sedang perap tu?”. Chempaka terkejut dengan sapaan secara tiba-tiba di belakangnya.
“ Hai…”. Chempaka hanya membalas dengan sepatah kata sahaja. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan dengan salah seorang bos di situ yang merangkap sahabat baik Adam. Semua pekerja Berjaya Padu Holdings tahu kehebatan encik Razmin dalam bab pikat memikat perempuan. Chempaka tidak mahu terperangkap dengan encik Razmin…dan dia juga tidak mahu Fira menjadi mangsa kepada seorang kasanova hebat seperti ini.
“ Boleh saya tolong? Banyak ayam-ayam ni…kalau tak keberatan, cik Chempaka boleh tunjukkan kat saya macam mana nak perapkan ayam –ayam ni”. Razmin betul-betul bertindak seperti hendak menolong Chempaka dan sekarang dia sudah betul-betul berada disebelah kanan Chempaka. Chempaka serba salah kala ini tetapi tidak tahu untuk menolak pertolongan yang hendak diberikan, rasanya tidak sesuai untuknya menolak huluran bantuan dari encik Razmin memandangkan dia adalah ketua kumpulan mereka di sini mahupun di pejabat.
“ Boleh…apa salahnya kalau encik Razmin nak menolong. Saya tak sangka pula…encik Razmin ni sudi membantu kerja-kerja macam ni”. Cempaka sendiri tidak tahu tujuan encik Razmin mahu menolongnya sama ada iklas dari hatinya atau ada yang tersurat disebalik kebaikan yang dihulurkan. Bagi Chempaka sesiapa pun boleh membantu apa sahaja kerja yang hendak dilakukan. Tidak ada sebarang prasangka buruk terhadap ahli kumpulan sendiri.
“ Sebenarnya saya memang tak tahu sangat kerja-kerja yang melibatkan acara masak-memasak macam ni. Kalau ada yang sudi memberikan tunjuk ajar pada saya, insya allah…saya boleh buat dengan baik macam yang cik Chempaka buat tu!...”. Razmin mula mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh Chempaka untuk menghasilkan perapan ayam yang sedap untuk dibakar. Bagi Chempaka pengalaman bersama mamanya amat berguna sekali. Tidak sia-sia mama menurunkan ilmu memasak kepadanya selama ini. Hanya Chempaka dan Razmin sahaja orang yang menyediakan ayam untuk dipanggang sekejap lagi.
“ Cik Chempaka, bila kita boleh bakar ayam-ayam ni? Cemburu pula bila tengok group lain dah mula membakar. Wauuu!!!...aromanya memang mencabar keimanan saya dah ni”. Razmin tanpa malu-malu menunjukkan rasa kurang sabarnya untuk membakar ayam-ayam yang telah diperapnya sebentar tadi.
“ Encik Razmin…kalau orang yang jaga tempat pembakar dah siapkan bara apinya, kita dah boleh mula bakar ayam ni”. Chempaka mengarahkan encik Razmin supaya mendapatkan ahli yang ditugaskan untuk menghidupkan api sehingga mengeluarkan bara bagi membuat pembakaran.
“ Amboi Chempaka…akak dah pelik sikit ni, Chempaka dah jadi pengarah sekarang ni…kalau kat office bukan main lagi encik Razmin tu bagi arahan kat kita semua. Hebat betul le Chempaka ni…dah naik pangkat dah ni kiranya. Bukan senang encik Razmin tu nak dengar arahan orang. Ilmu apa yang Chempaka guna sampai dia boleh dengar cakap Chempaka…siap ikut telunjuk Chempaka lagi tu…”. Kak Mahayati menghampiti Chempaka dan dia mula menggiat Chempaka dengan encik Razmin.
“ Ya ke kak…saya pun tak tahu dia jenis macam tu. Saya nampak dia jenis yang senang bekerjasama. Saya tak nampak dia jenis orang yang susah untuk memberikan kerjasama macam yang akak cakapkan”. Jawapan Chempaka menunjukkan dia masih naïf dalam menilai seseorang.
“ Baik ada makna tu, Chempaka…hati-hati. Akak tak nak nanti Chempaka cepat membuat penilaian terhadap orang yang baru Chempaka kenal. Buaya besar tu…jangan masuk ke mulut buaya pula dah le…”. Mahayati cuba menyampaikan perangai sebenar Razmin kepada Chempaka secara kiasan dan dia tidak mahu berterus terang kerana takut nanti dianggap penyibuk dan suka menjaga tepi kain orang.
“ Insya Allah…saya akan cuba mengawal diri saya dari termasuk ke mulut buaya besar kak. Lagipun…hanya tinggal seminggu sahaja lagi saya kat pejabat tu. Saya kak, kalau yang jenis spesies besar-besar ni…memang saya tak suka. Saya takut!...tengok taringnya pun saya dah gerun…apatah lagi kalau nak masuk ke dalam mulutnya. Tak pasal-pasal nanti habis saya dibahamnya. Gigi tu tajam sangat…kak Yati tengok tak gigi buaya tembaga lagi tajam tau!...”. Terburai juga ketawa mereka berdua selepas saja Chempaka menghabiskan ayat terakhirnya.
“ Ada-ada je jawapan Chempaka yang menggelikan hati akak. Siapa yang dapat Chempaka ni mesti bahagia…dah le cantik pandai pula mengambil hati orang, kalau akak yang pompuan ni pun boleh tertawan dengan Chempaka…orang lelaki lagi le…jawabnya tak tidur malam le, encik Razmin malam ni. Jangan layan lebih-lebih Chempaka…akak tak mahu ada yang tidur kat luar pintu bilik Chempaka malam ni”. Cara Chempaka melayannya bagaikan Mahayati telah dikenalinya bertahun-tahun membuatkan dia juga menyenangi gadis manis di hadapannya. Cara pergaulan dan tutur katanya begitu menarik hati sehingga boleh mem,buat sesiapa sahaja boleh jatuh hati kepadanya.
“ Kalau hati orang dah saya ambil semua…mana saya nak simpan hati-hati tu nanti. Peti ais rumah akak saya pinjam ya!...tak lama…saya pinjam jap je”. Chempaka membalas balik kata-kata Mahayati dengan menimbulkan tanda tanya di benaknya.
“ Apahal Chempaka nak pinjam peti ais rumah akak? Apa kena mengena hati orang dengan peti ais rumah akak pula? Jangan nak kelentong akak tau…sekilas ikan di air akak dah tahu jantan betinanya. Ni…apa Chempaka nak kenakan akak kali ni. Peti ais kat rumah itu hak peribadi akak, mana boleh bagi orang lain pinjam termasuk Chempaka. Kalau nak juga pinjam peti ais, rasa-rasa akak kat rumah encik Razmin tu…peti ais dia cukup besar”. Mahayati sengaja buat-buat tak faham dan dia sengaja mahu mengenakan Chempaka kali ini. Asyik dia sahaja yang terkena dengan Chempaka.
“ Saya tak nak pinjam peti ais encik Razmin, saya nak pinjam peti ais akak. Akak punya mesti cantik…peti ais yang ada lambang ‘love’ lagi baik kak, memang sesuai untuk menyimpan hati-hati yang telah diambil tu…pasti segar dan sentiasa membeku kat dalam peti ais rumah akak”. Chempaka tidak mahu mengalah dan dia juga tahu kak Yati sudah kehabisan idea mahu berlawan kata dengannya.
“ Saya dengar macam ada orang sebut nama saya je. Ada sesiapa yang panggil nama saya ke? Kalau tak mengaku…malam ni pasti ada jelmaan saya yang datang cari orang yang telah menyebut-nyebut nama saya tadi. Baik mengaku sebelum terlewat”. Kehadiran Razmin bersama mereka membuat suasana bertambah gamat jadinya. Masing-masing tidak mahu mengaku dan saling menunding jari ke arah satu sama lain.
“ Tak ada maknanya saya nak panggil nama encik Razmin. Silap -silap saya bergaduh besar dengan ‘my husband’ kalau dia tahu yang isteri kesayangannya ni…asyik sebut nama encik Razmin aje. Hah!..masa tu sape nak jawab dengan suami saya…dah tentu-tentunya encik Razmin pun tak nak jawab kan?. Lain le…kalau Chempaka ni, tak de sape nak marah. Sebut le…sejuta kali pun nama encik Razmin tak pe…betul tak?”. Sengaja Mahayati mahu menduga kedua-duanya, dia mahu melihat reaksi mereka dengan perangkapnya.
“ Untuk pengetahuan kak Yati, saya pun memang suka kalau cik Chempaka menyeru nama saya sejuta kali… termasin mulutnya, ada juga jodoh saya nanti. Tak ade la saya ni hidup membujang sepanjang zaman. Saya dah bersedia nama saya disebut cik Chempaka berjuta kali ni…untung-untung cepat pula jodoh saya dengan orang yang menyebut nama saya tu. Tak gitu kak Yati”. Bagaikan memasang jerat sahaja lagaknya Razmin apabila menuturkan kata-kata sebegitu.
“ Betul…betul…betul…akak memang suka kalau dalam masa terdekat ni ada bos-bos kat Berjaya Padu Holdings mendapat jodoh cepat, lagi-lagi encik Razmin kita ni. Apa lagi nak cari…semua dah ada, cuci kaki aje nanti bakal calonnya. Lain le macam kak Yati ni…semua kena cari sendiri sampai dah penat nak mencari tak juga dapat cuci kaki…hari-hari dok cuci tangan je kat sinki pejabat tu”. Kak Mahayati ni betul-betul menyokong encik Razmin ke buat-buat sahaja…sokong membawa rebah ni. Kak Yati pun ada ciri-ciri mengampu juga ke…tukang ampu sana dan ampu sini…huhuhu…parah juga kalau semua kakitangan mahu tunjuk baik depan bos sendiri.
Wajah Chempaka sudah kemerahan. Dia tidak selesa dengan cara Mahayati dan encik Razmin yang terlalu berterus terang. Chempaka tidak lagi menunjukkan minat dengan perbualan mereka berdua. Dia susah hati sekiranya Adam mendapat tahu yang dia sering menjadi bahan usikan kepada staff-staffnya, sikapnya kembali bertukar menjadi jelmaan singa jantan. Mereka semua sudah mula memanggang sendiri apa sahaja yang mereka sukai. Keseronokan dapat dirasai oleh setiap orang. Mereka makan sambil bersembang antara satu sama lain termasuk Chempaka. Dia terlupa sejenak berkaitan dengan diri Adam yang ditinggalkan bersendirian di bilik penginapan mereka.
Muzik latar dipasang dan suasana telah berubah. Suasana bising mula berkurangan, mood masing-masing bertukar apabila majlis mereka diserikan dengan alunan muzik yang begitu mengasyikkan. Mereka bagaikan berada dalam dunia yang berbeza dan suasana mula riuh kembali apabila urus setia kelab membuat pengumuman kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan suara boleh ke depan dan menyanyi menggunakan muzik iringan. Lagu-lagu sudah disediakan oleh pihak urus setia malam ini.
Tepukan gemuruh apabila muncul seseorang untuk menyanyi di ruang set karoeke yang telah disediakan. Mata Chempaka yang bulat semakin dibesarkan untuk memastikan bahawa pandanganya betul dan bukan dia tersalah pandang. Adam sedang memilih lagu untuk di nyayikannya. Chempaka tidak menyangka Adam akan muncul di situ dan akan menyanyikan lagu untuk diperdengarkan kepada kakitangannya. Sunyi seketika kerana semua orang sedang memberikan tumpuan kepada Adam. Chempaka juga tidak mengetahui selama ini Adam mempunyai bakat yang baik dalam bidang nyanyian.
“ Sebelum lagu kegemaran ini diperdengarkan, I nak setiap yang mendengar dapat menghayatinya sebagai hiburan semata-mata. I memang meminati lirik lagu ini dan ia I tujukan untuk seseorang yang memahami diri I untuk hari ini mahu pun hari-hari yang mendatang. Hayatilah bersama…”. Suara Adam jelas menarik perhatian orang yang mendengarnya. Lagu yang pernah didendangkan oleh kumpulan Zabarjad yang satu masa dulu sering dimainkan dicorong-corong radio menjadi pilihannya. Lagu yang bertajuk ‘karam’ begitu merdu dipendengaran oleh Adam sehingga ada yang terbuai dan terikut-ikut menyanyi bersama. Bait-bait liriknya betul-betul dihayati oleh Adam semasa menyanyikan lagu tersebut.
‘Dapatkah putik kan menjadi bunga,
Kiranya cuaca sering gerhana,
Dapatkah kasih bersemi selamanya,
Atau pun aku harus berserah kepadanya,
Yang Maha Esa….’
Semasa Adam sedang mengalunkan lagu tersebut, Nisa dengan penuh gaya mendekati Adam dan menyerahkan sekuntum bunga. Tepukan dan siulan nakal kedengaran dari peserta yang lain. Chempaka sempat memerhatikan telatah Adam semasa Nisa bersalam dan menyerahkan bunga liar yang dipetiknya di sekitar tempat tersebut. Anggukan dan senyuman tersungging di bibir Adam. Bukan main seronok lagi Nisa apabila Adam menyambut huluran tangannya. Tepukan begitu gamat apabila sahaja Adam menghabiskan nyayiannya. Langkah Adam diaturkan ke tempat Razmin dan bebarapa orang lagi pegawai mereka sedang menjamu selera.
“ Wow!...Dam!!!...kau masih hebat macam dulu le. Aku rasa percutian kali ini memang terbaik sebab kau sendiri turun untuk join kita orang malam ni…dah berapa lama syarikat adakan trip macam ni…ini baru first time kau join dari mula”. Razmin menyambut salam yang dihulurkan oleh Adam dan serentak bahu Adam ditepuk lembut.
“ Bosan pula aku sendirian kat bilik…tak ada apa yang aku nak buat. Nak tidur… awal sangat lagi…kat sini aku pun tak tahu mana nak lepak. Nak tak nak, aku cari group kita kat sini…boleh sembang-sembang”. Adam melilau memerhati setiap peserta yang ada di situ.
“ Tahu pun bosan…tapi kali ni…aku tak nak lepaskan peluang…kau tahu tak, ada ikan emas yang nak aku pancing kali ni”. Bahasa kiasan yang digunakan oleh Razmin membuatkan Adam terdiam. Apa maksud Razmin dengan ikan emas yang hendak dipancingnya.
“ Sejak bila kau pandai menggunakan bahasa kiasan bagai ni…ikan emas mana pulak ni? Setahu aku ikan emas bukan ikan air masin…itu ikan air tawar. Kalau kau nak memancing ikan kembong ke, ikan bawal ke…baru le aku boleh terima. Sekarang ni kita kat laut…bukan kat sungai”. Adam sengaja mahu mencungkil rahsia yang ingin disampaikan oleh Razmin.
“ Aku tahu le…sekarang ni kita berada kat pulau yang dikelilingi oleh lautan dan ikan emas yang aku nak pancing ni…jenis lain sikit. Nanti aku nak tunjukkan kat kau!...jangan kau sambar dia dari pancing aku pula nanti”. Razmin semakin melebarkan senyumannya.
“ Ikan emas ni ikan emas terpilih…aku akan pancing betul-betul sampai dapat. Ini memang aku target untuk simpan kat dalam akuarium di rumah aku sahaja. Untuk hiasan rumah aku nanti…pasti berseri-seri rumah aku”. Semakin tidak sabar Adam untuk mendapatkan jawapan dari Razmin.
“ Straight to the point…bahasa aras tinggi macam ni mana aku nak faham. Cuba kau terangkan kat aku dengan bahasa yang paling senang dan ringkas supaya senang aku nak faham”. Adam sudah mula menunjukkan muka tidak puas hatinya dengan cara Razmin bercakap kali ini.
“ Dam…kau masih ingat tak, masa kita makan kat kafe syarikat ada awek yang cun melecun yang aku berkenan dulu tu. Hah!...aku dah jumpa balik dah budak perempuan tu. Rupa-rupanya selama ini dia tu bekerja kat pejabat kita je…nanti jap lagi aku tunjukkan kat kau”. Beria-ia benar Razmin cuba menyakinkan Adam bahawa gadis cantik manis yang ditemui di kafe syarikatnya bakal menjadi pilihan yang tepat untuknya.
“ Mana aku tahu kat syarikat kita ada gadis yang kau maksudkan. Cantik sangat ke dia tu? Angau semacam je kau ni. Kau memang pantang jumpa gadis dahi licin, semua kau kata cantik”. Adam tidak mahu melayan kemahuan Razmin kalau berkaitan dengan perempuan…baginya Razmin tidak boleh hidup andainya tidak didampingi dengan perempuan walaupun sehari.
Kelihatan Nisa menghampiri mereka dengan membawa sepinggan makanan dan segelas air. Senyuman manis bak gula dihadiahkan Nisa buat Adam. senyuman Nisa dibalas Adam dan juga Razmin. Sikap Adam yang senang untuk didampingi menyebabkan Nisa tersalah anggap. Dia menyangka layanan baik dari Adam selama ini adalah bunga-bunga harapan yang akan memekar wangi untuknya. Dia tidak akan mengalah untuk memenangi hati Adam selagi dia tidak mendengar sendiri penolakan Adam terhadap keinginannya.
Buat masa ini Nisa tahu saingannya begitu hebat untuk merebut hati anak tunggal kepada usahawan terkemuka itu. Pesaing yang memang harus dihapuskan adalah Shila…sejak dari dulu lagi dia terlalu cemburu dengan kejayaan Shila mendapat tempat yang paling atas di hati Adam. Adam mensia-siakan kasih yang dihulurkan semata-mata mahu menjaga hati Shila. Peluang yang ada akan digunakan olehnya sebaik mungkin. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat merebut hati seorang lelaki yang telah dipuja olehnya sekian lama.
Dengan lenggang lenggok yang sengaja dibuat-buatnya Nisa menghampiri Adam. pinggan makanan disuakan kepada Adam. Adam menyambut dan mengucapkan terima kasih kepada Nisa. Nisa dipelawa untuk menikmati makanan yang dibawanya untuk Adam. Bukan main bangga lagi dia kerana dapat duduk berdekatan dengan Adam. Razmin hanya memandang sepintas lalu sahaja memerhati pada Nisa yang seakan-akan ingin menggoda Adam.
“ You tak nak ajak Razmin sama ke makan makanan yang you bawa ni?” Adam buat-buat tanya Nisa.
“ Sorry…I tak perasan encik Razmin pun ada kat sini tadi. Encik Razmin nak apa-apa ke? Boleh saya minta sesiapa tolong ambilkan”. Untuk menutup kesilapannya Nisa cuba mengambil hati Razmin.
“ It’s o.k Nisa…kalau betul-betul you nak tolong I, you minta gadis yang bertudug biru kat sana tu, bawakan I makanan yang sama dengan apa yang telah you bawakan untuk encik Adam”. Jari Razmin menunjukkan ke arah Chempaka yang sedang leka membantu peserta lain mengambil makanan. Adam juga turut memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Razmin.
“ Betul-betul ke encik Razmin nak saya minta Chempaka bawakan makanan untuk encik Razmin ni. Kalau betul…saya bagitahu dia sekarang. Tak ada yang marah ke? Nanti saya yang kena pula. Apa-apa pun saya tak nak bertanggung jawab”. Nisa sengaja mahu menduga hati Razmin dan dia juga mahu melihat sejauh mana kesungguhan Razmin untuk memikat hati gadis yang menjadi idaman ramai pekerja Berjaya Padu Holdings.
Chempaka menghampiri Razmin dengan membawa makanan yang telah diminta melalui Nisa sebentar tadi. Dia tidak mahu dirinya dilabel oleh mereka sebagai orang yang susah untuk memberi pertolongan apabila ada yang memerlukan. Baginya apalah sangat sekadar memenuhi permintaan kecil dari encik Razmin. Langkahnya semakin menghampiri tempat Razmin dan kelihatan Nisa juga turut ada bersama. Dia tidak pasti siapa lagi seorang yang membelakanginya, dia mahu menghantar makanan tersebut dan dia tidak bercadang untuk berlama-lama.
“ Chempaka sini!!!…harapkan Nisa tak merasa saya nak makan malam ni. Bukan dia ingat kat saya pun…lain le kalau dekat CEO ni, cepat-cepat je hidangan istimewa sampai. Nasib baik ada orang yang masih sudi bawakan untuk saya. kalau tak kempunan saya malam ni”. Razmin melambai tangannya ke arah Chempaka dan memandang langkah Chempaka yang semakin menghampir.
“ Kalau encik Razmin nak tahu…saya hanya bawa makanan yang istimewa hanya untuk orang yang istimewa sahaja. Kalau encik Razmin mahukan yang istimewa, biar Chempaka sediakan untuk encik Razmin…pasti akan menjadi istimewa. Makan pun pasti bertambah sedap…kalau encik Razmin tak caya, nanti rasa dan bagitahu saya. Pasti kelazatan makanan yang disediakan oleh Chempaka berganda-ganda sedapnya”. Kata-kata Nisa menimbulkan resah di hati Chempaka. Renungan tajam Adam membuatkan Chempaka serba salah. Dihulurkan pinggan berisi makanan kepada Razmin. Deheman Adam menarik perhatian mereka semua termasuk Chempaka. Sekilas muka Adam dipandang dan mata mereka sempat beradu seketika. Tidak tentu arah Chempaka dibuatnya.
Gara-gara terperasan dengan tenungan Adam pada dirinya, Chempaka tidak lagi betah berada lama disitu. Dia meminta diri kononnya masih ada beberapa kerja yang masih belum diselesaikan. Razmin menghalang Chempaka dan dia meminta Chempaka menemaninya makan terlebih dahulu. Serba salah Chempaka dengan permintaan spontan dari Razmin. Dia tidak mahu anggapan yang bukan-bukan dari pihak Adam. Bahasa badan Adam sahaja sudah cukup menyakinkan Chempaka dia tidak dibenarkan berada lama di situ.
“ Adam…untung le kau, makan pun ada yang meneman. Aku ni…nak minta orang tu teman pun tak sudi”. Suara Razmin sengaja dihibakan untuk menarik perhatian Chempaka.
“ Encik Razmin pun tahu kan…saya bukan tak sudi tetapi masih ada kerja yang kena saya buat kat sanu tu. Nanti makanan yang hendak dipanggang kehabisan, kesian ahli-ahli dalam group kita nak makan. Tugas saya kena sediakan makanan yang diperap tu, saya minta maaf”.
Alasan yang munasabah dan boleh diterima pakai setakat ini. Dia mahu menjaga perhubungan dengan semua orang tidak kira pihak atasan mahupun rakan-rakan yang sama taraf dengannya. Keluhan kedengaran dari mulut Razmin. Kehampaan jelas tergambar pada raut wajahnya dengan penolakan Chempaka menemaninya makan.
“ O.k, Dam…aku pun tak nak kacau daun, kau dengan Nisa makan le…nak bersuap pun boleh. Baik aku ikut Chempaka, boleh juga aku tolong-tolong dia kat sana”. Seraya dengan itu, Razmin berdiri dan berjalan beriring dengan Chempaka menuju ke tempat membakar makanan mereka.
Adam tidak sempat berkata apa-apa kepada Razmin apabila begitu pantas dia meninggalkan dirinya dan Nisa. Kini hanya dia dan Nisa sahaja berada dalam jarak yang agak jauh dari kumpulan peserta lain. Sambil makan mereka berdua berbual-bual santai. Hati Adam berbuku dengan tindakan Razmin mengekori Chempaka. ‘ Tak guna punya kawan…Razmin ni memang nak kena dengan aku!...bini kawan pun nak dikebasnya. Siap kau!!!...sekali dapat kat aku, jangan harap aku nak lepaskan senang-senang kat orang lain. Razmin ni pun satu…dah tak
de orang lain ke yang dia suka, budak hingusan tu juga yang dia hendak’. Adam tidak menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada sesiapa kerana dia harus mengawal rasa hatinya dari ditonjolkan kepada umum terutamanya kepada Chempaka Maisara.
Setelah habis sepinggan makanan yang dibawa oleh Nisa, Adam mengajak Nisa menghampiri peserta lain yang sedang sibuk dengan berbagai-bagai aktiviti. Jam telah menunjukkan ke angka 11.30 malam. Suasana masih meriah dengan acara berkaroeke, nyanyian lagu-lagu yang telah disediakan oleh pihak urus setia. Masih ada yang rancak bersembang-sembang sambil menjamu makan. Chempaka juga tidak mahu ketinggalan, kesempatan yang ada digunakan untuk mencari Fira. Berbagai-bagai persoalan berkaitan dengan Fira masih belum terjawab dan…inilah peluangnya untuk mencungkil rahsia Fira.,
Razmin mencari-cari kelibat Chempaka yang tadi masih ada bersamanya. Sekelip mata sahaja Chempaka menghilangkan diri darinya. Sambil mendengar dendangan nyayian karoeke dari staff kewangan, melilau mata Razmin cuba mencari di mana Chempaka berada. Adam mendekati Razmin kerana dia ternampak Razmin berseorangan sahaja sedang menjamu selera sambil menikmati alunan suara seorang staffnya. Dia juga turut memanjangkan lehernya mencari bayang Chempaka di situ. Tidak nambak kelibat Chempaka bersama Razmin atau berada di kawasan yang berhampiran dengan tempat Razmin makan.
“ Mana awek yang kau nak tunjukkan kat aku tadi? Kata kau ada kat dalam group kita ni…dari tadi aku tak nampak pun awek yang kau maksudkan. Kau memang nak sorokkan dari aku ke? Jangan salahkan aku pulak kalau tetiba aku terbekenan dengan ikan emas kau nanti”. Sengaja Adam mahu mengusik Razmin kali ini. Lain macam sahaja lagak Razmin apabila bercerita tentang seseorang yang sedang dikejarnya untuk dijadikan sebagai teman istimewanya kali ini.
“ Susah sikit le yang ni…kalau perempuan-perempuan yang pernah aku jumpa sebelum ni…kenyit mata sikit dan hembus-hembus ayat yang sesuai pasti melekat dekat aku. Yang satu ni, nampak macam senang tetapi…susah sikit le. Nampak gayanya aku kena bekerja lebih keras lagi nak dapatkan dia ni…jinak-jinak merpati, dah aku nak rapat-rapat dengan dia…dia cabut lari pula”. Penerangan Razmin menambahkan lagi tahap ingin tahu Adam, siapakah sebenarnya orang yang sedang diburu oleh Razmin kali ini.
“ Kau jangan berteka - teki sangat dengan aku…mana orangnya? Tak kan dengan aku pun nak berahsia. Yang mana satu ni…kesian lagi!!!...siapa le yang malang bakal menjadi mangsa buaya macam kau ni Raz. Jangan orang yang baik-baik dah…kalau kau nak ngap pun biarlah yang sesuai je”. Pertanyaan Adam mengundang tawa Razmin. Dia terasa dengan kenyataan yang yang keluar dari mulut Adam tetapi…kebenarannya memang tidak dapat disangkal olehnya.
“ Dam…apa pendapat kau tentang budak Chempaka yang sedang menjalani latihan kat syarikat kita tu? Aku tengok budak tu…ada ciri kelainan dari perempuan-perempuan yang pernah aku jumpa sebelum ni”. Razmin sudah tidak berselindung lagi dengan Adam. Dia mahu Adam tahu siapa sebenarnya yang ingin dikejarnya kala ini. Terkejut Adam dengan pertanyaan dari Razmin berkaitan dengan Chempaka. Kalau bukan Chempaka yang menjadi perhatian Razmin mungkin dia tidak kisah tetapi apabila sahaja nama Chempaka yang menjadi intaian sahabatnya, dia menjadi panasaran.
“ O.k…”. Tiada ulasan lagi yang mampu Adam berikan apabila Razmin meminta dia memberikan pendapatnya. Dia tidak menyangka isteri yang dinikahinya hampir empat bulan itu yang menjadi gadis impian Razmin.
“ Kau ni biar betul…setakat o.k aje. Tadi beria-ia benar nak tahu…kau kenal Chempaka ke tak ni…kalau kau nak tahu…perempuan yang aku minta bawakan makanan untuk aku tadi tu. Perempuan melayu terakhir tu…mana boleh o.k je”. Razmin benar-benar inginkan pendapat dari Adam kerana dia tahu Adam mempunyai cita rasa yang tinggi terhadap perempuan. Kalau Adam juga mengangumi Chempaka, ini bermakna Chempaka berada dalam kelasnya yang tersendiri dan mungkin tiada bandingannya dengan perempuan-perempuan yang pernah menjadi teman istimewanya.
“ Aku tak tahu nak menilai tentang perempuan sangat. Lain le kau..sering bertukar ganti. Kalau tak sesuai dengan selera kau sahaja, kau campak…kalau kau rasa menepati cita rasa tu…lama sikit dapat bertahan”. Adam sekadar melepaskan pendapatnya berdasarkan pengalamannya mengenali Razmin. Dia malas mahu memanjangkan isu Chempaka kali ini. Dia sendiri tidak tahan mendengar pujian dari Razmin untuk Chempaka. Chempaka hanya miliknya sama ada Razmin tahu atau pun tidak. Sesekali tidak akan dibiarkan Chempaka jatuh ke tangan sahabat baiknya.
“ Aku ingat kalau aku dapat mendekati dia lepas ni, aku memang dah bersedia untuk serius. Aku nak ibu aku masuk merisik dia dan sah-sah lepas ni, aku menjadi tunangan dia. Tak de sesiapa lagi yang boleh mengganggu dia lepas ni”. Bergerak-gerak kerongkong Adam menelan air liurnya apabila mendengar anganan Razmin yang jauh.
“ Angau dah kau ni Raz…tak kan baru sehari jumpa dah siap berangan nak bertunang dengan dia. Entah-entah dia dah ada kawan lelaki ke…dah ada tunang ke…atau…dah bersuami. Mana kita tahu…jangan nak merapu le. Dah jadi kes teruk dah ni…angau tahap petala bumi dah kau ni”. Adam jadi pelik dengan kesungguhan Razmin yang mahu mendapatkan Chempaka kali ini. Dia tidak tahu Razmin menyimpan hasrat yang begitu tinggi untuk mendekati Chempaka.
“ Aku tak rasa yang Chempaka dah bertunang atau bersuami…kalau orang yang dah bertunang atau yang dah berkahwin, sekurang-kurangnya ada tersarung cincin di jari manisnya. Aku tak nampak pun…sah-sah dia masih belum terikat lagi. Kalau setakat teman lelaki, tak ada masalah…”. Dari cara percakapannya Adam tahu yang Razmin memang bersungguh kali ini. Dia tidak main-main dengan keinginan untuk mendekati Chempaka.
Share this novel