BAB 2

Romance Series 2801

Semua barang telah siap dimasukkan ke dalam beg, barang-barang yang tidak diperlukan telah di kemaskan dan dimasukkan ke dalam kotak untuk di simpan ditempat simpanan barang di stor bloknya di asrama. Penat memang la penat, tetapi memandangkan hari esok merupakan hari terakhir untuk semester kali ini aku lupakan seketika kepenatan yang datang. Gembira untuk balik ke rumah bertemu mama dan ayah. Along dan angah selalu datang menjengukku kat sini, memandangkan pejabat utama mereka berada di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Pejabat along di Bangsar manakala pejabat angah di Ampang.
Alunan lagu kegemaranku kedengaran di telefon bimbit kesayanganku. Cepat-cepat punat kecil hijau di tekan. Mama rupa-rupanya menelefonku untuk memaklumkan bahawa ‘driver-driver’ suruhannya tidak dapat menjemputku untuk kali ini. Aku bersorak gembira kerana impian ku untuk menaiki ETS pasti berjaya. Kempunan aku terubat jua. Mama izinkan aku balik sendiri setelah hampir tiga tahun setengah aku di Kuala Lumpur. Seronoknya tidak terkata lagi.
Kegembiraan dan keseronokkan aku lebur apabila lewat petangnya along menelefon dan mengkhabarkan berita yang tidak ingin ku dengar. Mama, ayah dan Hadif terpaksa balik ke Kelantan atas urusan keluarga kami di sana dan angah pula berada di Jepun buat masa ini. Along tidak dapat mengambil dan menemani aku semasa ketiadaan mama dan ayah kerana terpaksa terbang ke Kuching atas urusan kerjanya. Makcik Zaida akan mengambil aku dan… aku terpaksa tinggal di rumahnya buat sementara waktu sehingga ayah dan mama balik dari Kelantan.
Arahan mama adalah muktamad tambahan mendapat sokongan penuh dari ayah. Ayah berjanji akan datang sendiri ke rumah makcik Zaida untuk menjemput aku nanti. Pelbagai alasan yang munasabah telah aku cipta untuk menggelak dari tinggal di rumah makcik Zaida. Fira telah mencadangkan agar aku balik ke Ipoh bersama dan buat sementara waktu tinggal dirumahnya sahaja. Perancangan aku bersama Fira buntu dan kegagalan menjadi milik aku yang mutlak. Hendak atau tidak aku tidak boleh menolak apabila makcik Zaida menjemputku nanti.
Tepat jam tiga petang, makcik Zaida telah menelefon. Aku diminta menunggunya di asrama penginapanku sahaja . Nanti apabila dia sampai, dia akan menelefonku semula. Aku bersiap ala kadar sahaja. Bukan nak kemana pun, sekadar nak balik ke rumah makcik Zaida. Jam 4.40 petang makcik Zaida sampai di asrama penginapanku. Bergegas aku mendapatkan makcik Zaida. Aku tak nak makcik Zaida merasa susah kerana kelewatanku. Tangan lembut makcik Zaida ku salam dan dengan spontan makcik Zaida memeluk dan mencium pipi kiri dan kananku. Kemesraannya dapat aku rasakan.
“Maaf,…Chempaka menyusahkan makcik. Susah-susah makcik kena jemput Chempaka kat sini pula hari ini. Kalau makcik bagi alamat rumah makcik, Chempaka boleh ambil teksi aje tadi.” Rasa bersalah diluahkan juga.
“Chempaka jangan ingat yang bukan-bukan. Makcik tak rasa susah pun. Kalau Chempaka nak makcik ambil Chempaka kat sini setiap hujung minggu pun boleh. Makcik ada kawan kat rumah, kita boleh bersembang, makan-makan dan yang penting boleh keluar berjalan sama-sama. Makcik tak ada anak perempuan tau!...” bersungguh Puan Zaida menyakinkan Chempaka Maisara. Cara makcik Zaida melayanku menyebabkan aku merasakan sudah begitu lama mengenali orang tua ini. Lemah lembut dan bicara yang begitu teratur menyebabkan aku terpesona dengan karisma yang ada pada dirinya. Hebat sekali makcik Zaida pada pandangan mata kasarku.
Lebih kurang dua puluh minit perjalanan kami memasuki kawasan perumahan mewah tempat tinggal orang-orang kaya. Hatiku berdebar dikala ini. Kawasan perumahan mewah?. Siapa sebenarnya keluarga makcik Zaida ni?. Menyesal pun ada apabila aku tidak pernah cuba bertanya latar belakang keluarga sahabat mama dan ayah pada mereka berdua. Biarlah bukan ada perlunya aku mengetahui berkenaan mereka sekeluaga, yang pasti aku dapat menumpang seketika semasa darurat sebegini. Best juga dapat duduk dalam kereta besar makcik Zaida ni, berangan jadi anak orang kaya apa salahnya. Terjojol keluar anak mata Yati dan Ana sekejap tadi apabila Nampak aku memasuki kereta makcik Zaida.
Lamunan aku dicantas oleh makcik Zaida apabila kami sampai di sebuah rumah banglo yang berpagar cantik. Dari pintu pagar sahaja sudah dapat ku teka betapa mewahnya rumah yang bakal ku jejaki sekejap lagi. Makcik Zaida membuka pagar automatik rumahnya menggunakan remote control sahaja. Wow!!!! terkejut besar aku apabila pintu pagar terbuka, ini bukan halaman rumah tapi padang golf agaknya. Cantik…dan bagiku bukan sahaja setakat cantik tetapi teramat la…cantiknya. Tak pernah terfikir olehku untuk menjejakkan kaki ke rumah yang boleh diumpamakan istana ini.
Terkedek-kedek wanita sebaya umur mama keluar mendapatkan makcik Zaida. “Puan Sri saya minta maaf, saya tak perasan yang Puan Sri dah balik. Saya kat belakang tadi. Ada apa-apa barang yang nak dibawa masuk ke dalam”. Dengan penuh berhemah perempuan tersebut bertanya kepada makcik Zaida. Puan Sri???...Ya!..Allah, aku memanggil makcik Zaida dengan pakcik Zaid sekadar panggilan biasa sahaja. Rupa-rupanya Tan Sri dengan Puan Sri ke mereka berdua ni.
HUH!!!...mati aku kalau kena marah dengan dia orang nanti. Maklumlah pangkat dan darjat ni bukan boleh dibuat main, penat-penat mereka suami isteri dianugerahkan dengan gelaran sedemikian, senang-senang aku tidak menggunakan pangkat yang telah diberikan. Terdiam seketika aku, kelu lidah untuk bertanya dengan makcik Zaida, Oppsss…Puan Sri Zaida kali ini.
“Mariam…nanti bawa beg dan barang Chempaka ke bilik yang telah saya minta kamu kemaskan semalam. Tunjukkan pada Chempaka bilik dia buat sementara ni.” Puan Sri Zaida meminta Chempaka mengikut Mariam ke bilik yang telah disediakan untuk dia selama seminggu di rumah agam ini. Tanpa banyak bantahan, Mariam meminta Chempaka Maisara mengikut nya menuju ke ruang atas. Begitu mewah sekali perabot dan hiasan rumah besar ini. Terpukau mata Chempaka. Orang kampung sepertiku tidak pernah bermimpi untuk memijak lantai rumah mewah sebegini.
“Cik…cik…emm…cik boleh kemas barang dan baju cik kat sini ,ya.” Mariam menerangkan pada Chempaka. Chempaka menggangguk perlahan kepalanya. “Kak Mariam…tak payah bercik-cik dengan saya ni, panggil je nama saya…Chempaka Maisara. Chempaka boleh…Maisara pun boleh…terima kasih, kak Mariam kerana membawa beg dan barang saya ke bilik ni.” Mata Chempaka mengintari bilik yang bakal dihuninya dalam tempoh seminggu bermula saat ini. “Tak payah panggil kak Mariam, panggil kak Mar sahaja Sara”.
Aku memerhati keadaan bilik yang cantik dan memukau pandangan mataku.Aku menghempas badan ke katil,melepaskan lelah ku.Sungguh nyaman dan selesa rasanya.Tentulah mahal harga perabot didalam bilik ini, semuanya barangan import dari luar Negara.Berdetik hatiku. Sungguh bertuah aku dapat tinggal disini ,walaupun sekejap cuma.
Tuk..tuk… pintu bilik diketuk.Dengan perasaan malas aku membuka pintu bilik .Kacau daun betul le…baru aku nak berangan sikit menjadi tuan bilik, dah ada gangguan.
Kelihatan kak Mariam di pintu bilik .
“Kenapa Kak Mar..?” Soal Chempaka kepada kak Mariam.
“Maaf kacau Sara, Puan Sri panggil Sara untuk turun minum petang. Jawab Kak Mariam.
“Kak Mar…saya nak betulkan sikit, boleh tak kak Mar panggil saya Chempaka. Saya rasa janggal pulak bila akak panggil saya Sara. Tak ngam le nama tu dengar saya. Rasa macam anak Puteri Sarah…puteri sultan Brunei yang cantik tu. Iskh…iskh…tak kena betul dengan saya yang tak berapa nak cantik ni.” Kata-kata Chempaka di sambut dengan gelengan dari Mariam.
“Sebagai balasan, Chempaka kena panggil saya makcik Mariam…atau nak glamour sikit makcik Yam.” Tergelak mereka berdua. “cepat sikit Chempaka…Puan Sri tengah tunggu kat bawah tu.” Tanpa berlengah lagi mereka berdua keluar dari bilik.
“Assalamualaikum”. Chempaka Maisarah memberi salam kepada Puan Sri Zaida. Salam disambut perlahan oleh Puan Sri.
“Cukup rehat Sara?. Mari duduk dekat makcik ni, kita minum petang bersama. Ni… ha, ada kuih karipap dan bubur kacang . Sedap nie... Makcik Mariam memang pakar dalam bab-bab masak-memasak ni. Kawan-kawan makcik selalu memuji masakan makcik Mariam. Mari sini, rasa sikit.” Pelawa Puan Sri Zaida sambil memasukkan bubur ke dalam mangkuk.
“ Mana pakcik ?. Tak Nampak pun” . Soal Chempaka Maisara kepada Puan Sri zaida.
Pakcik belum pulang lagi dari pejabat. Sibuk memanjang. Kalau tak pukul 8.00 malam belum tentu sampai rumah. Sebab tu makcik rasa sunyi dirumah tinggal seorang. Ini nasib baik le ada juga si Mariam tu, adalah juga kawan makcik untuk bersembang. Sebab tu makcik suka kalau Chempaka selalu datang sini, boleh temankan makcik. Kekadang tu bosan juga sendirian kat rumah, tak tahu apa nak dibuat. Kalau Chempaka ada, boring-boring macam ni boleh kita bersembang. Nanti tak larat nak melayan kehendak makcik”. Sempat lagi Puan Sri berseloroh dengan Chempaka.
“ Setahu Chempaka… sebetulnya mama ada bagitahu Chempaka yang makcik Zaida ada anak. Maafkan Chempaka, kalau tak menjadi kesalahan pada makcik boleh tak Chempaka tahu mana anak makcik tu?.”
Hanya keluhan kedengaran dari bibir Puan Sri zaida. “Nak harapkan si Adam tu balik sini selalu, bukan nya boleh diharap… Chempaka . Dia tak tinggal dengan kami disini. Lebih suka tinggal sendiri. Katanya lebih senang tinggal sendiri. Dekat dengan tempat kerjanya. Semasa belajar dulu pun bertahun-tahun dia sendirian, sangka makcik apabila dah bekerja nak le…dia tinggal dengan kami tapi nampaknya sampai ke hari ni masih sama. Pakcik dengan makcik tak suka memaksa dia. Terpulang pada dia untuk membuat pilihan hidupnya”. Chempaka hanya mendengar keluhan dari bibir puan Zaida. Kesian pun ada tapi apa boleh buat, dia hanya orang luar yang mampu menjadi pemerhati dan pendengar yang setia kepada Puan sri Zaida.
Keluhan Puan Sri Zaida membuatkan aku terkenang kepada mama. Adakah mama juga merasa sunyi apabila aku dan abang-abang memulakan kehidupan di luar rumah. Berjauhan bukan bermakna aku melupakan mama dan ayah. Sebagai manusia biasa, aku perlu melangkah demi mencari sebuah kehidupan yang lebih baik. Aku pasti mama dan ayah juga mengharapkan aku berjaya mencapai impian aku sebelum terlewat. Mama dan ayah merelakan aku meninggalkan mereka demi mengejar sebuah impian demi satu kehidupan yang lebih bermakna. Umur bukan penghalang…ilmu mesti dicari agar aku tidak kecundang di kemudian hari.
Lamunan ku terbantut apabila Puan Sri Zaida bersuara. “Chempaka balik ke Ipoh lama ke nanti?”. “tak lama la, makcik…dalam dua minggu je. Nanti kena datang sini balik sebab nak cari rumah sewa untuk sementara waktu. Latihan kerjaya tu, Chempaka dah dapat kat syarikat di sekitar sini. Pihak universiti tak benarkan kami menginap kat hostel semasa praktikum ni. Kena dapatkan rumah sewa juga.” Bibir comel Chempaka menerangkan sebaik mungkin pada Puan Sri.
“Lama ke? Berapa lama tu kena menjalani latihan kerja? Kat syarikat mana?”. Banyak soal la pula Puan Sri ni…
“Lama jugak, lebih kurang enam bulan. Itu pun kalau tak gagal semasa praktikum. Syarikat Berjaya Padu Holdings. Teruja pula Chempaka nak menimba pengalaman di syarikat besar macam tu, makcik. Bukan senang nak dapat kat situ. Entah macam mana Chempaka diterima mambuat praktikum kat syarikat tu. Mungkin dah rezeki Chempaka. Makcik doakan Chempaka, ya.” Semanis mungkin jawapan ku berikan. Maklumlah pertanyaan dari Puan Sri. Baik pula Puan Sri yang seorang ni. Biasanya bila aku tengok drama-drama kat televisyen, mak datin-mak datin tu punyalah ‘kerek’ berbeza pula dengan watak Puan Sri yang di depan mata aku ni. Agaknya dah rezeki aku bertemu dengan Puan Sri yang baik macam ni. Berdoa ajelah semoga kebaikan Puan Sri ni terus berkekalan, bukan dengan sesetangah orang sahaja.
Sehabis minum petang, Puan Sri mengajak aku menemaninya berjogging. Katanya ‘kesihatan dapat dikekalkan dengan bersenaman’. Kami berdua bersolat asar dan menukar pakaian agar lebih sesuai. Sebelum keluar Puan Sri Zaida meminta makcik Mariam menutup pintu dan berbagai pesanan lain lagi.
Kami berdua memulakan senaman dengan melakukan aktiviti pemanasan badan yang ringkas sahaja. “jom…kita mulakan. Biasanya makcik datang sini dengan beberapa orang kawan lain. Diaorang mungkin lambat sikit hari ni. Takpe kita boleh mulakan dulu. Chempaka biasa jogging ke? Orang muda biasanya lebih tahan berbanding makcik yang dah berumur ni. Makcik biasanya bersama dengan kawan agar lebih seronok semasa berjogging ni, berbual yang lebihnya dari berlari. Nanti makcik kenalkan Chempaka dengan kekawan makcik kalau terserempak dengan diaorang nanti”.
“Chempaka biasa juga berjogging dengan kawan-kawan kat hostel, itupun kalau ada masa dan tidak sibuk dengan kuliah”. Berjogging memerlukan stamina yang lebih. Tudung yang dipakai Chempaka berombak-ombak apabila dia berlari agak laju bagi menyaingi Puan Sri Zaida. Nampaknya Puan Sri Zaida mempunyai ketahanan yang baik untuk berjonging dalam masa yang lebih panjang berbanding dengan Chempaka. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kebiasaannya membuat senaman dan selalu berjongging. ‘Memalukan kalau aku tak dapat standing dengan Puan Sri ni’. Peluh berjejeran di dahi dan belakang leherku. Aku menyapu peluh dengan menggunakan tuala muka kecil yang dibekalkan oleh Puan Sri Zaida kepadaku sebelum memulakan larian tadi.
Aku tersandar kepenatan di sebatang pokok, manakala Puan Sri masih lagi melakukan aktiviti senamannya. Boleh tahan juga orang tua ni apabila bersenam. Agak-agaknya ada ambik apa-apa makanan tambahan yang gred A kot. Orang banyak duit ni macam-macam boleh beli, duit dah berlebihan tak tahu apa lagi nak dibuat dengan duit. Senang jadi orang kaya tapi tak susah juga hidup orang macam aku ni. Masih mampu hidup senang walau tak semewah orang-orang kaya yang ada kat bumi Malaysia ni.
“Jom kita minum kat mana-mana. Makcik rasa haus la…kat tepi sana ada restoran. Selesa sikit kalau nak bersembang pun.” Tak habis lagi ke nak bersembang makcik ni. Tak penat ke asyik nak bersembang je…layan aje le.
“ Zaida!...Zaida!!!...”
“ La…I tak perasan you ada kat sini. Dah dekat nak balik dah I ni, jom join I kat restoran depan tu jap. Kita minum sambil borak-borak . Dah lama kita tak sembang-sembang, jom la…”.
“ O.k…ni anak dara mana pula, Zaida? Bakal menantu ke?. Tak nak kenalkan pada I ke? Cantiknya…mana you sorok bakal menantu you selama ni?”. Wah, wah, wah…bukan main lagi mulut makcik yang seorang ni. Ini yang aku tak suka dengan orang yang tak ambil insurans mulut ni. Sabar…sabar….Chempaka!!!...
“ You ni kalau cakap dah tak toleh kiri kanan lagi Datin Nora. Naik semput i nak menjawab soalan –soalan you tu. Mana ada bakal menantu i. Kalau ya pun apa salahnya. I tak menghalang, malah i suka pula dengan saranan you tu.” Sambil berjalan ke arah kereta masing-masing riuh sekali perbualan mereka berdua.
‘Tak mungkin aku yang tak mengenali batang hidung anak makcik Zaida, boleh dikatakan bakal menantunya oleh Datin Nora’. Masakan orang tua dari spesies datin-datin ni, dah ketandusan anak-anak dara untuk dipadankan dengan anak bujang masing-masing. Ngeri aku bila difikirkan, jauhkan aku dari perkara yang tak masuk akal ni.
Kereta Marcedes Benz S350L milik Puan Sri Zaida menjalar membelah jalan raya menuju ke restoran yang dimaksudkan olehnya tadi. Kami bertiga duduk di sudut yang lebih privacy dalam restoran tersebut. Restoran mewah untuk orang-orang yang berduit sahaja, kalau tak dengan makcik Zaida tak mungkin aku dapat masuk ke tempat mewah macam ni. Nak harap along atau angah yang bawa…jangan mimpi la…
“ Zaida, you tak nak kenalkan pada i ke? . Eh..jangan you rahsia sangat dengan I pulak. Kempunan la Datin Maria nak berbesan dengan you. Tak sangka you dah ada calon untuk Adam. Takde hujan takde ribut tetiba je bawa bakal menantu ni, dah tak sabar nak timang cucu ke?”. Bisa betul ayat-ayat yang keluar dari mulut Datin Nora. Pelik bin ajaib betul cara mak datin ni bersembang. Ada juga yang bakal makan kasut sukan berjenama ‘PM’ ni, Pasar malam je…
“ I belum sempat nak kenalkan pada you…tapi dah macam-macam you tanya I. Tak tahu yang mana satu I nak jawab dulu. Ni…anak kawan lama I, namanya Chempaka Maisara. You boleh panggil Chempaka. Dah puas hati ke belum ni?...jangan buat spekulasi yang bukan-bukan pula. Tak ada kena mengena dengan Adam buat masa ni…esok-esok tak tahu la pula…kalau dah jodoh dia orang siapa kita untuk menghalang. Betul tak?. I pun suka kalau dapat menantu macam Chempaka ni.” Bidas Puan Sri Zaida.
Aku menyalami tangan Datin Nora dengan muka tak berapa ikhlas. Sekali pandang muka mak datin ni macam pernah aku lihat…tapi…dimana…Argh…lantak la…tak ada kepentingan untuk aku menggingati siapa dia.
Air yang diminta telah siap dihidangkan di depan kami. Air ku minum perlahan-lahan.
“ Cantiknya anak kawan you ni. Chempaka…auntie rasa Chempaka ni mesti bukan anak melayu aslikan? Maknya melayu ke? Atau… apa bangsa bapanya?”. Datin Nora masih membelek wajahku dengan ekor matanya. Kalau aku tak jawab pastinya aku dikatakan anak yang biadab. Mama pun tak pernah mengajar aku menjadi anak yang kurang ajar, pertanyaan dari Datin Nora perlu aku jawab dengan seramah mungkin. Bersama aku, nama mama dan ayah tetap ku bawa besama. “ Mama saya melayu siam dan bapa saya berdarah Pakistan. Datuk saya belah bapa orang Pakistan. Maknanya darah yang mengalir di dalam diri saya ni, melayu-Thailand-Pakistan”. Sambil membuat lawak yang tak berapa nak lawak ku jawab soalan Datin Nora.
“Patut la, muka macam melayu ada sikit…mata macam Aishwarai Rai pun ada, hidung pun boleh jadi penggantung baju…fuh!!!cantiknya Chempaka nie. Dapat jadi menantu auntie pun o.k juga. Nanti auntie kenalkan pada anak bujang auntie. Mahu tak?.” Macam-macam la Datin Nora ni.
Kami tersenyum dengan kata-kata Datin Nora. Puan Sri Zaida pula menyampuk “ dari Chempaka jadi menantu You lebih baik dia jadi menantu I. I tak rasa Adam menolak pilihan I kali ini. Kalau you nak tahu I dah lama nak menjodohkan Adam dengan pilihan I yang nie…jangan pulak you kata I melampau pulak bila tak bagitahu you. Kalau you pun dah berkenan dengan Chempaka, I rasa tak lama lagi you gigit jari la…Datin Nora!”. Terperanjat aku dengan kenyataan dari bibir Puan Sri Zaida.
Hatiku tertanya-tanya, apa kena dengan mak datin berdua ni. Dah tak cukup anak dara dikalangan mereka ke nak dibuat menantu pilihan. Adakah golongan ini semuanya berperangai pelik-pelik. Mereka berdua memang menakutkan aku. Kalau dapat aku melarikan diri buat sementara waktu akan aku sorokkan diri aku. Hai…pelik sungguh perangai dan perlakuan orang-orang kaya ni. Kalau mama dan kekawannya di kampung tak pernah aku kisah cara perbincangan hangat atau gossip panas yang melanda mereka. Normal pada pandangan mataku. Tak pula aneh dan pelik seperti kumpulan mak-mak datin depan mataku ini.
“ Zaida, you bawa la Chempaka datang rumah I nanti. Tapi…kalau you nak datang rumah I, you call dulu. Boleh I prepare apa-apa yang patut untuk kita minum-minum. Chempaka nanti datang rumah auntie dengan auntie Zaida, ya…”. Ramah pula aku rasakan Datin Nora ni…terlebih ramah ke over ramah ni. “ Insya Allah,…kalau ada kelapangan nanti.” Ku balas dengan baik pelawaan darinya. “So, nanti kita jumpa lagi Nora. Puan Sri Zaida meminta diri dan mereka bersalam sambil berpelukan . kemudian giliranku pula bersalam dengan Datin Nora. Sempat lagi dibisikkan ke telingaku agar mempertimbangkan permintaannya untuk memperkenalkan aku dengan anaknya. Takut…takut…takut…tak nak aku bertemu dengan makhluk seperti datin yang sorang ni.
Lewat petang kami membelah jalan raya menuju pulang. Sepanjang perjalanan tak berhenti-henti mulut Puan Sri Zaida menceritakan pelbagai perkara dan aktivitinya bersama dengan kawan-kawan. Bersukan, berpesatuan dan aktiviti-aktiviti amal yang dijalankan olehnya. Aku menjadi pendengar yang baik pada cerita-cerita Puan Sri, sesekali aku mencelah bagi menyeimbangkan perbualan antara kami.
Makcik Mariam memanggil aku untuk makan malam bersama dengan tuan rumah. Sebagai tetamu aku terpaksa akur agar tidak menampakkan sikap kurang ajar. Inilah makan malam pertama aku dirumah agam ini. Pakcik Zaid dah balik agaknya. Jam didinding aku perhatikan, jarum panjang menunjukkan ke angka dua belas manakala jarum pendek menunukkan ke angka sembilan. Agak lewat juga keluarga ini makan malam. Kalau aku dirumah pun lebih kurang jam 8.40 malam tapi…kalau aku di hostel, suka hati aku sahaja untuk makan malam atau lewat malam.
Perlahan-lahan anak tangga yang berkilat cantik itu aku pijak satu persatu. Alahai…anak tangga pun cantik tak terkata apatah lagi permaidani yang tebal lima inci di ruang tamu. Tenggelam kaki kalau memijak karpet rumah mewah ni. Serba-serbi mewah.
Salam ku berikan pada mereka yang berada di ruang makan. Salam ku disambut oleh mereka dengan suara yang sederhana. “ Chempaka…mari duduk dekat makcik ni, kita makan sama-sama. Boleh sembang-sembang dengan pakcik Zaid kamu ni…”. Aku bersalam dengan pakcik Zaid dan melabuhkan punggung di sebelah makcik Zaida. Senyap seketika ruang makan, hanya kedengaran dentingan sudu berlaga dengan pinggan sahaja.
“ Chempaka apakhabar?. Pakcik harap Chempaka selesa tinggal dengan kami di sini. Kalau ada apa-apa, jangan segan bagitahu makcik atau boleh juga bagitahu pakcik. Cuma…pakcik jarang ada kat rumah. Chempaka nak tinggal terus kat sini pun pakcik tak menghalang.” Ramah sekali Tan Sri Zaid bila memulakan perbualan.
“ Saya nak mengucapkan terima kasih pada pakcik dan makcik sebab sudi menumpangkan saya kat sini. Jasa makcik dan pakcik akan saya ingat sampai bila-bila. Saya yang sepatutnya bertaya khabar pada pakcik dulu tadi. Malu saya bila pakcik dengan makcik terlalu baik dengan saya”. Pertanyaan dari Tan Sri Zaid telah aku jawab dengan sehabis baik.
Berdepan dengan pasangan yang baik budi pekerti ini menyebabkan aku teruja untuk mengenali anak mereka. Pada hematku pasti anak mereka mempunyai keperibadian yang baik seperti ibu bapa mereka juga.
Selesai makan malam, Tan sri mengajak aku ke ruang tamu rumahnya. Sambil bersantai di depan televisyen, makcik Mariam menghidangkan kopi panas kegemaran majikannya. Aku menolak pelawaan Tan Sri untuk menikmati kopi. Tekak aku memang tidak boleh menerima minuman tersebut sejak dulu. Bukan dibuat-buat tapi memang semula jadi. Pelbagai isu dan topic kami bualkan. Aku begitu selesa dengan keramahan yang ditunjukkan oleh mereka suami isteri.
Lewat malam baru aku masuk ke bilik yang dikhaskan untuk aku. Mengantuk dan letih, maklumlah petang tadi berjongging dan selepas makan pula diajak bersembang. Sampai aku terlupa untuk menghubungi mama dan ayah. Esok pagi aku mesti menelefon orang tuaku. Akhirnya aku terlena dengan melayan mimpi indahku.
Selepas subuh pagi ini aku menyambung kembali mimpi yang terbengkalai. Entah jam berapa aku terlena semula. Best betul aku tidur dalam bilik mewah ini, macam tidur kat bilik VIP hotel aje lagaknya. Terjaga dari tidur aku melihat jam dinding bilik telah menunjukkan hampir ke angka sepuluh pagi. Terlompat aku turun dari katil. Bergegas aku ke bilik air. Mandi…
Aku turun ke bahagian bawah. Sunyi sahaja rumah ini seolah-olah tidak berpenghuni. Mana semua ni…pakcik Zaid dah tentu ke pejabat. Makcik Zaida??? Makcik Mariam???.
Aku panjangkan langkah ku menuju ke ruang dapur. Makcik Mariam kelihatan sedang mengemas ruang belakang dapur rumah. Aku hairan…rumah yang telah sedia bersih masih belum bersih ke, sampai makcik Mariam tak henti-henti mengelap sana sini. Macam-macam kerja yang tak pernah selesai.
“Puan Sri keluar tadi. Kalau Chempaka nak minum boleh makcik buatkan. Tadi ada makcik masakkan bihun goreng. Kalau nak makan sekarang boleh makcik panaskan. Chempaka tunggu sekejap, ya…makcik cuci tangan dulu”.
Sementara menanti makcik Mariam memanaskan makanan sempat aku menelefon mama bertanya khabar dan memberitahu mama keadaan aku di sini. Bukan aku tak menawarkan diri untuk membantu makcik Mariam tapi dia yang tidak membenarkan.
Aku hanya berehat sahaja di rumah besar ini. Bosan merajai hatiku apabila tidak ada apa-apa yang boleh aku lakukan di saat ini. Sekejap aku ke depan, sekejap aku mengganggu makcik Mariam membuat kerjanya di belakang. “Makcik Mariam…nanti saya tolong makcik masak,ya!. Saya bosan tak de apa nak dibuat ni. Boleh la…makcik”. Terkekeh-kekeh orang tua itu ketawa bagi membalas permintaan Chempaka.
“ Boleh…kalau Puan Sri tanya nanti, Chempaka jawab sendiri. Makcik tak tahu kalau kena marah”. Balas makcik Mariam. Apasal pula nak kena marah. Kalau kat rumah, mama siap marah aku kalau tak tolongnya buat kerja rumah. Terbalik pula budaya hidup orang kaya ni.
“ Tak ada masalah. Nanti saya sendiri akan bagitahu Puan Sri. Bukan makcik yang suruh saya buat tapi saya nak buat sendiri. okey!...dah boleh start sekarang”.
Tanpa menyedari kepulangan Puan Sri, aku dan makcik Mariam rancak bersembang sambil sama-sama melakukan kerja rumah. Puan Sri Zaida mencari-cari Chempaka. Terkejut dia apabila melihat Chempaka sedang membantu Mariam menyediakan makan tengahari mereka. “ Apa Chempaka buat kat dapur ni?”. Pertanyaan Puan Sri memeranjatkan mereka berdua. Chempaka menjelaskan tentang perkara sebenarnya. Puan Sri Zaida tersenyum dan
meminta Chempaka ke depan sahaja.
Chempaka akur dengan kehendak Puan Sri Zaida. Puan Sri Zaida menyatakan yang dia tidak mengejutkan Chempaka pagi tadi kerana mahu Chempaka berehat sahaja di rumah. Katanya dia terpaksa menghadiri perjumpaan persatuan yang disertai olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience