BAB 20

Romance Series 2801

Setelah malam mula melewati ke angka dua belas, Chempaka terus balik ke biliknya. Dia mahu megerjakan suruhan Allah yang tertanguh. Masih ramai lagi yang sedang menikmati makanan sambil bersembang di pantai. Chempaka mahu merehatkan badan, keletihan sudah mula menjalar ke segenap ruang badannya. Adam masih belum balik ke bilik penginapan mereka. Keadaan ini membuatkan Chempaka begitu selesa untuk berbaring di tilam empuk yang terdapat di bilik itu. Niat Chempaka hanya berbaring sementara sahaja, sekadar melepaskan keletihan yang bersarang dalam dirinya. Seharian menghabiskan masa dengan aktiviti yang memenatkan. Tiada ruang rehat untuknya sejak bertolak pagi tadi.
Kepulangan Adam sedikit pun tidak mengganggu lena Chempaka. Adam sendiri sudah sarat dengan keletihan yang ditampungnya sejak beberapa hari kebelakangan ini. Dia mahu melepaskan segala kepenatan yang mendatanginya. Terbantut seketika niatnya untuk tidur di tilam empuk apabila terpandang sekujur tubuh yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Dipandang sekeliling bilik, terdapat sofa lembut disudut bilik. Tidak sanggup untuk Adam menghabiskan malam yang berbaki ini dengan hanya sekadar tidur diatas sofa. Dia tidak mahu menyusahkan dirinya kerana mahu menjarakkan tidur dengan Chempaka. Dia juga mahukan keselesaan…tidak mahu badannya mengalami sakit-sakit apabila bangun pagi esok.
Setelah keluar dari bilik air dan mengenakan pakaian tidur, Adam membaringkan dirinya disebelah Chempaka. Kesejukan mula menyinggahi kulitnya dan dia tidak mahu membiarkan dirinya tidur dalam kesejukan malam ini sedangkan Chempaka lena dibawah comforter tebal. Perlahan Adam menyelinap dibawah comforter yang menyelimuti badan Chempaka. Selesa…lenanya juga tidak terganggu sehingga ke pagi. Enak sekali apabila Chempaka merasa kepanasan dibawah selimut tebal dengan bantuan kepanasan badan Adam yang berada disisinya. Pelukan kemas Adam menghilangkan kedinginan Chempaka, keadaan sebegini menambahkan keenakannya untuk meneruskan mimpi indah dinihari itu. Dingin pagi ditambah dengan kesejukan aircond membuatkan suhu bilik betul-betul sejuk tetapi tidak menganggu lena Chempaka kali ini.
Nyaring bunyi alarm telefon bimbit milik Chempaka mengejutkan mereka berdua dari lena. Chempaka membuka mata dan cuba menggerakkan badannya tetapi terasa berat. Ditolehnya ke sisi, elok pula kepalanya beralaskan lengan sasa milik Adam. Dia tidak mahu Adam menyedari apa yang sedang berlaku, apatah lagi keadaannya yang tidur beralaskan lengan Adam sepanjang malam tadi. Pelukan erat Adam pada bahagian badannya menyukarkan dia untuk bergerak apatah lagi untuk bangun. Sengaja Adam memejamkan matanya berpura-pura masih lena kerana dia mahu melihat reaksi Chempaka seterusnya. Chempaka cuba menjarakkan dirinya dari Adam tetapi tidak berhasil. Sesekali matanya merenung geram pada Adam yang sedang enak memeluknya. Ditolak perlahan lengan Adam yang sedang melingkari badannya…tidak berjaya. Kehampaan menghantui jiwa Chempaka. Dia mesti melepaskan dirinya sebelum Adam terjaga dari tidurnya…dia tidak mahu Adam nampak semua ini.

Haruman lembut pada rambut Chempaka menusuk hidung Adam dan keadaan ini telah mengundang rasa yang sukar untuk dikawal oleh Adam, sementelah Chempaka masih berbaring disisinya. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya oleh Adam… rambut Chempaka diciumnya terus menjalar ke leher Chempaka. Menyedari yang Adam sebenarnya sudah terjaga kala ini Chempaka cuba melepaskan diri. Pelukan Adam cuba dileraikan tetapi semakin diperkukuhkan. Kedua-dua tangan Adam sudah merangkul badan kecil milik Chempaka. Rontaan Chempaka tidak dipedulikan Adam sebaliknya dia semakin galak mencium seluruh milik Chempaka.
“ Awak!...apa dah jadi dengan awak ni? Saya Chempaka Maisara!!!...bukan girlfriend awak!!!...kita dah sepakatkan? Awak pun tak teringin dekat saya ni. Saya ingatkan awak…saya Chempaka…Chempaka Maisara!!!...please…”. Suara Chempaka menggingatkan Adam berdua nyaring kedengaran di dalam bilik tetapi tidak diendahkan oleh Adam.
“ Emmm…jerit kuat-kuat sikit nanti senang orang sebelah report dekat security resort yang kat sini ada kejadian jenayah. You ni…memang anak angkat tarzan kot…kalau dah pagi-pagi buta macam ni terjerit-jerit, kat sini bukan hutan rimba tetapi pulau yang dikelilingi laut. Kalau you jerit lagi I campak you kat dalam laut…nanti senang jaws kat laut tu dapat breakfast pagi ni”. Sengaja Adam mahu menakutkan Chempaka kerana dia tahu Chempaka mudah untuk disakat. Kenaifan Chempaka menyebabkan Adam senang sekali membulinya. Dalam pada itu… sebenarnya sudah ada sejalur kasih buat Chempaka. Kasihnya semakin merimbun tetapi masih ada sedikit keraguan yang menguasai benaknya. Dia keliru dengan hatinya sendiri…
“ Saya tak mahu menjerit…tapi tu…”. Chempaka menunjukkan lingkaran tangan Adam yang masih melekat pada pinggangnya.
“ Kenapa???...ada apa-apa yang tak kena ke? Tangan I, suka hati I le nak letak dekat mana. Ni…lengan I ni…apa citer pulak??? Dari malam tadi you gunakan untuk jadi bantal, bukan main lena lagi you tidur dengan bantal baru you. Sekarang I nak you bayar ganti rugi sebab you dah gunakan lengan I tanpa kebenaran dari pihak I”. Adam cuba berlagak seserius mungkin…dia mahu menimbulkan gentar dihati Chempaka.
“ Ganti rugi!!!...ganti rugi amendenya…lepaskan saya…bak sini tangan tu saya tengok. Kalau patah ke…lebam ke…boleh le minta ganti rugi…ini macam tak de apa-apa je”. Tangan Adam yang masih enak berlabuh dibadannya ditepis kasar. Adam tidak membantah sebaliknya dia menghulurkan tangannya kepada Chempaka.
“ You nampak tak lengan I ni ada merah-merah sikit…I nak you buat sesuatu…kalau tak, I nak you bayar ganti rugi kerana telah menyebabkan perkara ni. I tak akan bertolak ansur lagi dengan you…lepas sembahyang subuh ni…you buat le apa-apa yang boleh menghilangkan merah-merah kat lengan I ni”. Adam sengaja memprovokasi Chempaka dengan caranya yang tersendiri. Dia tahu kelemahan Chempaka…kelemahan Chempaka adalah senjatanya untuk mengenakan Chempaka.
“ Ya…lepas solat nanti saya akan pastikan lengan awak tak ada tanda-tanda merah tu lagi. Kalau awak nak minta ganti rugi pun dengan saya…saya bukan ada banyak duit…awak lagi banyak duit…awak bagi duit awak dekat saya sikit nanti saya bayar ganti rugi pada awak. Setuju ke tak? Kalau awak nak saman saya juta-juta lagi le saya tak de duit sebanyak tu…habis-habis pun saya kena masuk penjara…awak sanggup ke tengok saya masuk penjara? Kesian mama dengan ayah saya kat kampong…mesti dia orang sedih tengok saya masuk penjara”. Macam-macam andaian yang telah tergambar diruang mata Chempaka.
“ Tak semua ganti rugi mesti dibayar dengan duit…banyak lagi cara lain!!!...kalau lambat, biar I yang masuk bilik air tu dulu…orang dah bagi chance kat dia…lambat-lambat pula”. Adam menolak selimut yang masih menyelimuti sebahagian badannya. Termanggu-manggu Chempaka melihat tindakan Adam.
Sepuluh minit kemudian Adam telah keluar dari bilik air. Badannya kelihatan lebih segar…hanya bertuala sahaja dia melangkah kearah Chempaka. Bagai sudah tahu…Chempaka cepat sahaja berlalu meninggalkan Adam. Dia harus berhati-hati dengan Adam sekarang. Adam berbeza sekali dengan Adam yang dikenalinya sebelum berada di Pulau Pangkor.
“ Chempaka…you mandi jangan lama-lama…I tunggu you, kita solat sama-sama. I nak bagi you pahala lebih ni…cepat!!!...”. Adam mengetuk pintu bilik air sambil memanggil nama Chempaka.
“Jap…jap...jap lagi…tiga minit lagi saya siap. Saya pun nak pahala solat berjemaah…terima kasih”. Chempaka mempercepatkan mandiannya. Dia mahu bersama-sama menunaikan solat subuh pagi ini dengan berimamkan Adam.
Mereka berjemaah subuh bersama-sama. Tangan Adam disalami Chempaka. Ciuman lembut sempat dihadiahkan oleh Adam didahi licin milik Chempaka. Tiada kata-kata yang terluah dari bibir masing-masing, hanya pandangan mata yang berbicara sepi. Renungan Adam yang mempunyai makna tersirat tidak dapat dicerna oleh pemikiran Chempaka. Dia masih terlalu mentah untuk mentafsirkan sesuatu yang tersirat disebalik renungan tajam seorang manusia bergelar suami. Tiada kata-kata yang dapat dibicarakan oleh kedua-duanya. Hening seketika, hanya helaan nafas masing-masing yang kedengaran. Pelik!...di hati Chempaka terselit rasa pelik dengan suasana yang sedang dialaminya saat ini. Selama hampir tiga bulan bersama Adam…inilah kali pertama Adam berlembut dengannya . Kehairanan yang sedang merajai perasaannya dilupakan seketika. Dia tidak mahu mengeruhkan suasana damai pagi ini dengan pertanyaan yang boleh merenggut kedamaian yang sedang dimilikinya tika ini. Chempaka sanggup melewati hari-harinya dengan kebisuan sebegini kiranya Adam menjadi Adam seperti sekarang. Dia sendiri sudah merasa lelah dengan layanan Adam yang tidak boleh dijangkanya. Saban hari Chempaka menerima layanan yang dia sendiri tidak dijangkakan. Dia mahu hidupnya seperti sebelum kejadian malam itu berlaku. Dia mahu aman dan bebas seperti dulu…bukan seperti yang dihadapinya saban hari apabila bersama Adam. Tapi… tahap kemampuannya amat terhad apabila diri sudah terjerat dengan percaturan takdir. Sesekali terlintas dibenaknya untuk berterus terang sahaja dengan keluarganya yang dia sudah tidak sanggup untuk memikul bebanan ini. Adam sendiri tidak mahu mengiktiraf dirinya pada semua…dia sedih dengan perjalanan yang telah ditakdirkan ke atasnya. Kesabaran dan kekuatan yang masih tersimpan seringkali teruji sedikit demi sedikit. Chempaka sedar dia bukan bidadari jelmaan yang cukup sempurna untuk seorang insan sehebat Adam. Cuma…dia mahu Adam mendalami perasaannya yang tidak pernah terluah. Air mata menjadi peneman setia kala Adam memperlekehkannya dengan berbagai cara.
“ Aik…masih bermenung panjang…you tak join dia orang ke pagi ni?. Semalam I dah sembang dengan urus setia program, pagi ni dia orang adakan games. Setiap kumpulan kena adakan peserta. You nak breakfast dengan I ke?. Agak lama Chempaka termenung sehinggakan dia tidak menyedari yang dirinya sedang diperhatikan Adam. Gugup dia apabila Adam menyapanya dengan penuh beradab. Selama ini jarang sekali dia ambil tahu tentang Chempaka. Baginya Chempaka hanyalah budak mentah yang tidak tahu apa-apa lagi.
“ Saya terlupa…saja…merenung diri sendiri. Bestnya kalau dapat jumpa mama dengan ayah kat kampong. Dah lama betul rasanya tak jumpa dia orang. Kalau dulu selalu je balik kampong. Dari Lumut dah tak jauh nak balik Ipoh. Saya ingat dah habis je praktikum nanti, saya nak balik kampong…awak!...boleh izinkan saya balik kampong tak?” Sesuatu diluar jangkaannya sendiri apabila dia mampu meluahkan keinginannya untuk bercuti di kampong bersama mama dan ayahnya.
“ I rasa…perkara tu, kita bincang lain kali. Sekarang ni you nak join dia orang ke tak? Kalau you nak I boleh mintak pihak resort sediakan breakfast untuk kita kat bilik ni. I malas nak minum sorang-sorang kat bilik…kalau you nak temankan I, I nak call sekarang”. Adam masih lagi leka mengadap siaran televisyen yang terpasang sambil bercakap dengan Chempaka.
“ Tak pe…saya nak minum dengan group saya kat bawah. Kalau awak nak awak pun boleh join kita orang breakfast kat sana. Saya siap dulu…kalau awak nak turun dulu…awak pergi le…saya tak nak ada gossip yang pelik-pelik lepas ni”. Chempaka bersiap, sementara Adam masin bermalas di sofa yang mengadap pintu gelangsar bilik.
“ O.k…you tunggu I kat café…I nak ingatkan you sekali lagi…jangan sesekali you nak menggatal dengan mana-mana staff lelaki I. Gatal-gatal nak sediakan makanan untuk dia orang. Jangan nak tunjuk baik sangat. I tak suka!!!...”. hilang sudah kelembutan yang baru berputik sebentar tadi dan telah diganti dengan suara tegasnya memberikan amaran.
“ kena tunggu awak!!!...saya tak nak. Saya takut nanti semua orang ingat saya tergila-gilakan awak, kat kafe saya tak nak dengan awak. Dekat-dekat dengan awak pun saya takut…nanti ada yang datang menyerang saya”. Chempaka menolak cadangan Adam untuk bersama di kafe resort. Sebenarnya dia tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan hubungannya dengan Adam.
“ Kes malam tadi pun masih belum bayar ganti rugi lagi…you tengok apa dah jadi dengan lengan I, nasib baik hari ni mood I baik sikit…kalau tak tahu le apa I nak buat”. Adam mengungkit lagi berkaitan peristiwa malam tadi…Chempaka pun tak ingin tidur atas lengan Adam kalau dia diberi pilihan. Malangnya dia terlena tanpa menyedari lengan Adam yang disangkakan bantal telah menjadi mangsa untuknya melabuhkan kepala malam tadi. Adam memang teruk…hanya kesilapan yang tidak disengajakannya dia terpaksa menghadapi ugutan Adam di pagi hari ini. Adam memang tidak patut!!!...
“ Awak jangan buat macam-macam boleh tak? Saya tahu saya yang salah malam tadi tapi…awak tu…kenapa tak kejutkan saya dulu sebelum nak tidur. Saya tak kisah tidur kat sofa pun…awak yang sengaja nak ambil kesempatan, lepas tu nak salahkan saya. Tak de, tak de, tak de…saya tak akan bayar ganti rugi apa-apa kat awak”. Sambil menyarung tudung di kepala Chempaka membulatkan tekad yang dia tidak mahu mengalah lagi dengan peraturan Adam yang tak masuk akal langsung.
“ O.k…you memang tak nak bayar ganti rugi…I tak akan benarkan you keluar dari bilik untuk hari ni…you tak boleh langgar arahan suami you…kalau you tak takut dosa, you boleh keluar tetapi I tak izinkan you keluar. Terserah pada you…sama ada nak ikut peraturan I atau tak”. Adam sengaja mahu menambahkan kepanasan hati Chempaka…dia tahu, Chempaka tetap akan akur dengan keputusannya. Walau pun baru mengenali Chempaka tetapi dia dapat membaca segala tingkah Chempaka apabila menerima ugutan mahu pun amaran darinya.
“ Awak ni kan…tak habis-habis dengan taktik kotor awak tu. Yalah…yalah…apa ganti rugi yang awak nak saya buat. Jangan awak minta yang tak masuk akal sudah…saya tak janji semua yang awak tuntut akan saya penuhi. Awak pun mesti mengikut syarat dan terma-termanya juga…pertama, tidak boleh melampui batas seperti menyakiti tubuh badan saya… kedua, meminta bayaran yang tidak mampu saya bayar…ketiga, tidak boleh memalukan saya didepan khalayak ramai…kalau awak melanggar peraturan dan perjanjian yang telah saya nyatakan tadi…segala ganti rugi terbatal dan tiada sebarang tuntutan lagi”. Chempaka turut meletakkan syarat-syarat yang dirasakan boleh diguna pakai oleh mereka berdua.
“ Jangan risau…semua permintaan dan syarat-syarat tersebut tidak menjejaskan permintaan I. Ganti rugi yang I mahukan tetap akan dibuat dan tidak ada perkaitan dengan peraturan you. Puas hati???...segalanya diterima. I bersetuju…”. Adam tersengih-sengih memandang Chempaka. Diperhatikan Chempaka dari semua sudut, tidak dilepaskan walau pun sesaat. Chempaka perasan dengan pandangan Adam tetapi tidak dipedulikannya. Lama-kelamaan dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pandangan Adam yang sedemikian.
“ Gatal!!!...”. Satu perkataan yang terkeluar dari mulut Chempaka telah menyedarkan Adam dari perbuatannya. Sejurus kemudian Adam berdiri dan menghampiri Chempaka. Chempaka menyedari Adam sedang mara ke arahnya dan dia harus bertindak lebih cepat dari tindakan Adam.
“ Gatal???...siapa yang gatal? I atau you? Kalau you yang gatal…I memang nak tolong you…sebab buat masa sekarang ni…I tak ada gatal badan atau penyakit gatal. Mungkin you yang ada masalah berkaitan dengan penyakit gatal. You perlukan pertolongan I ke?” Adam semakin menghampiri Chempaka. Tangan Adam sudah mula mahu mendarat di pinggang Chempaka. Belum sempat Adam melingkarkan tangannya, Chempaka terus mengelak dan melarikan diri ke pintu.
“ Oh!...ya…saya keluar dulu. Bye…assalamualaikum…”. Serentak itu pintu bilik penginapan ditutupnya. Adam tidak sempat berbuat apa-apa…perlahan salam Chempaka dijawabnya. Gelakan kuat Adam masih sempat didengar oleh Chempaka. ‘ Eiii…mamat tu memang sengal le…ketawa sorang-sorang macam orang tak betul je. Aku pelik macam mana ramai yang duk terkejar-kejar makhluk macam ni…kalau dia ni bukan laki aku, tak ingin aku dekat dengan makluk yang satu ni…Ya Allah!...jauhilah aku dari perkara-perkara yang tak baik ini. Amin…’. Hati kecil Chempaka masih sempat berbicara sendirian.
Pantas langkahnya diatur ke cafeteria. Chempaka tidak mahu nanti dia terpaksa berjalan seiring dengan Adam. Dia harus cepat-cepat mengambil tempat duduk dan mengambil makanannya. Makin laju jalannya…hampir-hampir dia terlanggar seseorang. Bukan main terperanjat Chempaka apabila mendapati orang yang hampir dilanggarnya adalah seseorang yang sedari tadi berada di dalam mindanya. Makin ingin dijauhinya makin cepat Adam menghampirinya hari ini. Chempaka buat-buat tak nampak dan dia teringin untuk minta maaf.
“ Sombong betul Cik Chempaka ni…dah langgar orang pun masih tak mahu minta maaf. Tak baik perangai macam ni… bak kata orang tua-tua, sudah le bodoh…sombong pula tu. Bodoh sombong namanya…jangan belajar jadi orang bodoh sombong…nanti rugi…”. Sengihan Adam tidak langsung dipedulikan Chempaka. ‘ Kata orang bodoh sombong…yang dia tu, berlagak macam spesies tak mahu hidup lama…masih tak sedar-sedar lagi’. Kutukan Chempaka di dalam hati hanya terpamer pada wajah sahaja. Bibir cantiknya dijuihkan, jelingan tajam dihadiahkan untuk Adam. Semakin lebar sengihan Adam apabila menyedari perbuatan Chempaka yang sedemikian.
“ Tak nak jawab pun bukan I kisah…papa dengan mummy nak breakfast dengan kita sekejap lagi. Jangan lupa ya…tunggu mummy dengan papa kat cafeteria tu!...”. Adam tahu Chempaka tidak mahu mempamerkan kemesraannya dengan Puan Sri Zaida mahu pun Tan Sri Zaid di khalayak ramai. Semakin seronok dia mahu meneruskan permainannya. Dia mahu menyakat Chempaka habis-habisan lantaran inilah peluang terbaik untuknya, apatah lagi bila berada bersama kedua ibu bapanya. Chempaka tidak akan dan tidak boleh berbuat apa-apa melainkan mengikut ke semua kemahuannya. Hati Adam bersorak girang kerana sekejap lagi Chempaka akan duduk semeja dengan keluarganya untuk minum pagi. Buat masa sekarang dia tidak mempedulikan apa tanggapan semua staff terhadap dirinya berkaitan dengan Chempaka Maisara…Nisa pasti akan menggunakan berbagai kaedah untuk mengambil hati Puan Sri Zaida dan juga Tan Sri Zaid. Itu sudah pasti!!!...Chempaka…oh!...Chempaka…
Telefon bimbit yang sengaja disilentkan Chempaka bergetar di dalam poket seluar slack hitam yang dipakainya menandakan ada panggilan masuk. Chempaka semakin melajukan langkahnya kerana dia tidak mahu terserempak dengan sesiapa lagi dalam perjalanannya kali ini. Sekali lagi getaran terasa di dalam kocek seluarnya, laju Chempaka mengeluarkan telefon bimbitnya. ‘Eh!!!...mummy mertuaku, betul ke dia nak aku bersarapan dengan dia ni…macam mana kalau Fira atau ada yang ternampak dia bersama dengan ibu bapa Adam. Jangan ada hendaknya yang terpandang nanti. Seram!!!....’.
“Hello…Assalamualaikum mummy… dah sarapan ke?”. Chempaka memulakan perbualan dengan ibu mertuanya. Dia tidak mahu menjadi menantu yang kurang ajar walaupun antaranya dengan Adam tidak baik sedari dulu. Chempaka tidak mahu membongkar rahsia rumah tangganya kepada sesiapa, apatah lagi kepada keluarga mereka berdua. Rahsia tersebut akan disimpan kejap dalam lipatan hatinya.
“ Waalaikummussalam…Mummy memang nak turun kat café ni…Chempaka tunggu mummy…kita sarapan sama-sama. Tadi mummy dah bagitahu Adam yang mummy nak breakfast sama, ada dia cakap dengan Chempaka? Mummy dah siap ni…papa dah turun tu. O.k, bye…”. Talian diputuskan oleh Puan Sri Zaida. Berdebar hati Chempaka untuk melihat reaksi kakitangan Berjaya Padu Holdings nanti apabila terpandang dia bersama keluarga pemilik syarikat korporat terkemuka itu.
Langkah kaki Chempaka diatur kemas menuju ke dalam café yang mana telah kelihatan Adam bersama Tan Sri Zaid. Chempaka tidak terus menuju ke tempat suami dan bapa mertuanya sedang berbual sebaliknya dia mahu menunggu Puan Sri Zaida di luar café terlebih dahulu. Sambil menikmati pemandangan yang terhidang di depan mata, Chempaka tidak perasan dengan kehadiran ibu mertuanya. Apabila bahunya disentuh oleh seseorang barulah Chempaka menyedari Puan Sri Zaida sudah berada di sebelahnya. Tangan ibu mertuanya disalami dengan tertib bagaikan seorang anak menyalami tangan seorang ibu. Puan Sri Zaida tahu...dia dan suaminya tidak tersalah dalam memilih menantunya. Dia yakin Adam akan bahagia dengan pilihannya yang tidak disengajakan oleh mereka berdua.
“Jom…kita masuk, papa dah lama tunggu kita. Anak dengan papa…kalau dapat bersembang tak ingat dunia dah…mummy pun tak faham dengan mereka berdua tu, asal jumpa sembang dunia mereka je, mummy ni macam tak wujud kat depan dia orang. Nasib baik mummy dah ada Chempaka sekarang ni…taka da bosan sangat”. Omelan Puan Sri Zaida hanya sekadar meluahkan rasa kepada menantu kesayangannya. Dia mahu Chempaka tahu Adam dan suaminya terlalu sibuk dengan dunia korporat mereka dan dia selalu kesunyian…kehadiran Chempaka menerbitkan sirna baru dalam keluarga mewah itu. Bahagia yang dirasai oleh Puan Sri Zaida kadang kala terpancar dari matanya apabila memperkatakan tentang Chempaka Maisara. Niat hati untuk menyunting anak kawan baiknya termakbul jua walaupun dengan cara yang tidak terduga oleh mereka semua. Dia akur dengan percaturan Allah untuk keluarga mereka adalah perkiraan yang paling baik dan indah jika hendak dibandingkan dengan rancangannya sendiri.
Mereka berdua beriringan masuk ke dalam café menuju tempat Adam dan Tan Sri Zaid. Chempaka memperlahankan langkahnya apabila mereka mula menghampiri meja yang diduduki oleh bapa mertua dan suaminya. Dia memberikan laluan untuk Puan Sri Zaida mendahuluinya. Kalau boleh dia mahu agar mummy mertuanya duduk dahulu sebelumnya. Adam memerhatikan tingkah Chempaka yang menghampiri mejanya. Senyuman yang sukar untuk ditafsirkan oleh Chempaka terukir indah dibibir Adam. Tangan mummynya disambut dan disalamnya penuh hormat. Kerusi disebelah papanya ditarik dan dipersilakan mummynya duduk. Chempaka menarik sebuah kerusi di sebelah kiri Puan Sri Zaida, tidak dipedulikan langsung Adam yang sedang ralit memandang ke arahnya.
“Semacam je mummy lihat Adam dok pandang Chempaka ni. Tak puas-puas lagi ke nak tengok muka Chempaka…jangan asyik pandang Chempaka je…nanti tak berusik makanan kat depan Adam tu. Adam dah kenyang ke? Kalau dah kenyang sebab asyik sangat merenung Chempaka…alamatnya papa dengan mummy pun kena diet le…sape yang nak habiskan makanan kat depan ni!...”. Sengaja Puan Sri Zaida mahu mengusik anak menantunya bagi menambahkan keceriaan dimeja mereka. Rona merah begitu ketara mewarnai wajah putih bersih milik Chempaka. Sekali lagi Adam merenung ke arah Chempaka…kali ini memang dia bertujuan untuk mengusik Chempaka. Geli hatinya apabila melihat keadaan Chempaka yang tidak tentu arah apabila dia direnung olehnya.
“ Mummy…memang Adam belum puas lagi mahu melihat wajah menantu kesayangan mummy ni. Kalau boleh Adam nak memerap kat bilik saja…nak tengok dia puas-puas”. Kata-kata Adam yang tidak berselindung langsung itu menambahkan lagi rasa malu yang sedang menyerang Chempaka. Tersentak Chempaka dengan kenyataan palsu dari Adam. Uwekkk… nak termuntah Chempaka dengan lakonan Adam di hadapan ibu bapanya. Kalau bukan memikirkan adab sopan di depan ibu dan bapa mertua, mahu sahaja Chempaka menghadiahkan penumbuk sulungnya ke muka Adam…baru dia sedar siapa sebenarnya Chempaka Maisara yang sering diperlekehkannya ini.
“ Itu le…mummy nak buat majlis persandingan cepat-cepat kat ‘you all’ berdua tetapi masing-masing ada sahaja alasannya. Kalau tak papa boleh sponsor untuk honey moon…cakap je nak ke mana, kita orang belikan tiket dan boleh bercuti berdua. Taka da le macam ni, kemaruk sangat dekat isteri sendiri”. sebaik sahaja ayat terakhir yang terlontar dari mulut Puan Sri Zaida, tersedak Chempaka sehingga belakangnya terpaksa di urut oleh Adam. Perlakuan hipokrit Adam sekali lagi terpaksa dipertotonkan di hadapan kedua ibu bapanya.
“Adam okey je…kalau mummy nak buat majlis minggu depan pun Adam setuju. Lain le…dengan orang disebelah Adam ni…ada saja alasannya. Kalau tunggu persetujuan dari Chempaka, nampak gayanya mummy timang cucu dulu baru kita buat majlis persandingan tu”. Adam sekali lagi membuat kejutan dengan bersetuju untuk mengadakan majlis persandingan mereka berdua dalam masa terdekat ini. Satu lagi perkara yang tidak boleh diterima oleh akal waras Chempaka.
“ Ha…apa lagi Chempaka nak tunggu, papa rasa saranan Adam tu memang ada betulnya. Apa kata habis sahaja Chempaka praktikum dekat office papa nanti, kita uruskan hal ni. Lagi cepat, papa rasa lagi baik. Tak ada lagi papa nak tunggu-tunggu kehadiran cucu sulung kami”. Sendat dada Chempaka kali ini dengan permintaan dari papa mertuanya. Lagi memeningkan kepala Chempaka apabila mereka semua seolah-olah sepakat dalam perkara ini. Adam begitu seronok kerana dapat menguasai perbincangan keluarga kali ini, dia mendapat sokongan penuh dari mummy dan papanya.
“ Nanti Chempaka runding dengan mama dan ayah tentang perkara ni…lagi pun…Chempaka rasa tak lama sangat dah, Cuma tinggal satu semester sahaja lagi Chempaka nak habiskan study. Abang Adam dah setuju untuk tunggu Chempaka habiskan belajar dulu itu hari…kenapa tetiba nak ubah plan pula? Apa-apa pun nanti kita bincang balik ya…mummy…papa…Chempaka tak mahu tergesa-gesa”. Perlahan sahaja patah-patah perkataan di suarakan oleh Chempaka. Kepalanya masih menunduk ke bawah, langsung tidak berani untuk dia mengangkatkan mukanya. Makanan di pinggan hanya dikuis-kuis sahaja tanpa memasukkan ke dalam mulutnya. Tekaknya sudah tidak dapat menerima makanan lagi apabila isu yang dia sendiri kurang pasti diperbincangkan.
“ Tak pe…Chempaka fikirkan dulu. Mummy rasa ramai student university yang dah kawin tetapi masih boleh belajar. Tidak menjadi kesalahan kalau kawin pun…inikan pula hanya nak buat majlisnya sahaja. Lagi cepat kita langsungkan lagi baik…Adam pun dah tak sabar-sabar nampak gayanya tu”. Bagaikan ledakan bom atom yang telah memusnahkan seluruh bumi Nagasaki dan Hiroshima apabila Chempaka mendengar kata-kata dari ibu mertuanya. Adam yang tak sabar-sabar??? Biar betul mamat tiga suku ni…semuanya tak masuk akal dan Chempaka tidak mempercayainya sama sekali…dibiarkan sahaja kata-kata dari Puan Sri Zaida tanpa sambutan. Suasana kembali sepi…hanya kedengaran lagaan sudu dan pinggan sahaja.
Kerlingan garang sempat Chempaka sedekahkan kepada Adam apabila sesekali mata mereka beradu pandang. Hanya sengihan dan senyuman yang penuh makna Chempaka terima dari Adam. Hatinya geram yang teramat dengan cara Adam mempersendakannya kali ini, sementelah lagi apabila berada bersama mummy dan papa mertuanya. Adam sudah keterlaluan…caranya yang ini sukar untuk Chempaka terima. Air matanya hampir menitis kala ini tetapi terpaksa ditahannya. Dia tidak mahu kedua orang tua Adam yang menyayanginya akan kecewa dengan penolakannya untuk menyegerakan majlis mereka. Bukan dia tidak mahu tetapi…dia cukup kenal siapa Adam padanya. Dia tahu Adam masih belum mampu menerima dirinya sebagai seorang insan bergelar isteri…sayu hati Chempaka apabila mengenangkan Adam yang terlalu mudah mengambil jalan untuk menyelamatkan diri sendiri. Dirinya dibiarkan terapung sendiri tanpa ada tempat untuk bergantung. Mampukah dirinya mendepani segalanya secara bersendirian…

Mummy dan papa Adam masih rancak bertanya itu dan ini berkaitan dengan kehidupan mereka berdua. Banyak soalan dari keduanya dijawab oleh anak tunggal kesayangan mereka. Chempaka hanya menyampuk apa yang perlu sahaja. Dia tidak mahu rahsia mereka dapat dihidu oleh ibu mertuanya apabila ada pencanggahan jawapan yang diberikan oleh Adam dan juga dirinya.
“ Hai…auntie…uncle…apa khabar? Lama tak jumpa auntie…auntie sihat ke?”. Suara halus manja Nisa menganggu perbualan mereka sekeluarga. Bagaikan terkena renjatan elektrik Chempaka cuba bertenang agar tidak nampak ketara keresahannya dengan kehadiran Nisa di situ.
“ Alhamdullillah…auntie sihat macam biasa. Nisa macam mana? Auntie tengok makin cantik sekarang ni…Datin Rokiah apa khabar? Lama auntie tak jumpa dengan dia”. Tangan Puan Sri Zaida dan Tan Sri Zaid disalaminya. Hanya senyuman kecil dilemparkan oleh Tan Sri Zaid apabila berhadapan dengan Nisa, anak kepada kawan isterinya. Nisa juga merupakan kakitangan syarikatnya dan dia tahu Nisa seorang pekerja yang berkebolehan, lantaran itu apabila cadangan isterinya dulu untuk mengambil Nisa bekerja dengan syarikat mereka…dia tidak menolak.
“ Mama Nisa macam tu le auntie…ada masa sihat, ada masanya dia terpaksa menjalani rawatan juga di hospital. Maklum le…pesakit kencing manis, mama juga dah ada darah tinggi sekarang ni. Kesian tengok dia macam tu. Mama dah tak boleh nak aktif macam dulu-dulu lagi dah…banyak masanya dirumah sahaja”. Cara mereka berdua berbual seolah-olah mummy dan Nisa sudah saling mengenali antara satu sama lain. Adam tidak mempedulikan kehadiran Nisa disebelah mummynya. Cara suapan makanannya ke mulut bagaikan makanan tersebut terlalu berselera untuknya dan dia tidak mahu diganggu.
“ Sorry…saya minta diri sekejap, saya mahu ke ladies”. Chempaka mahu menggelak dari menjadi pusat perhatian Nisa sekejap lagi…dia mahu menyelamatkan dirinya seketika…buat masa sekarang dia tahu tiada siapa yang boleh menjadi penyelamatnya. Kerusi ditolak ke belakang dan dia cuba bangun tetapi ada tangan yang kejap memegang pergelangan tangan kanannya. Chempaka terpaksa menahan dirinya seketika, dia cuba merungkaikan pegangan Adam pada tangannya. Dia juga takut ada mata yang menyedari keadaan yang terjadi antara mereka berdua.
“ Adam pun nak minta diri dulu…ada hal dengan Razmin…dah janji dengan dia malam tadi. Adam rasa Nisa tak keberatan untuk menemankan mummy makan…Chempaka pun boleh temankan mummy”. Selesai menghabiskan suapannya yang terakhir Adam melepaskan pegangan tangannya pada Chempaka dan dia menekori langkah Chempaka.

“ Apa kena dengan awak ni? Sawan ke apa? Saya nak ke ladies pun awak nak ikut saya…kata ada janji dengan encik Razmin, kenapa ikut laluan ni? Jangan masuk sekali dah…”. Agak tinggi suara Chempaka kali ini. Benggangnya sedari tadi masih lagi belum surut, kali ini Adam menambahnya dengan mengekori dia pula. Sampai pada satu sudut yang agak tersorok, Adam menarik tangannya.
“ Saja nak ingatkan you…jangan nak rapat dengan mana-mana staff lelaki I. You jangan nak menggatal…kalau I nampak, siap you…I tak akan biarkan…I dah ingatkan you…jangan menyesal, jangan marah I atau jangan salahkan I kerana I dah ingatkan you”. Dengusan kuat Chempaka tanda protesnya. Chempaka tidak berminat untuk melawan cakap dengan Adam. Langkahnya sengaja dilajukan, dia tidak mahu Adam mengekorinya lagi. Lega Chempaka rasakan apabila dia selamat di dalam. Masakan Adam mahu masuk sampai ke situ. Setelah Chempaka dapat menenangkan dirinya sendiri, barulah dia keluar dan mendapatkan semula Puan Sri Zaida yang sedang rancak bersembang dengan Nisa.
“ Auntie nak kenalkan Nisa dengan Chempaka…Chempaka ni…”. Belum lagi Puan Sri Zaida menghabiskan percakapannyan, Chempaka cepat-cepat memotong cakapnya.
“ Kami dah sama-sama kenal…Nisa dah tahu berkaitan dengan Chempaka. Nisa ni… memang baik oarangnya. Ramah dan senang untuk Chempaka meminta apa-apa pertolongan berkaitan dengan kerja. Nasib baik ada Nisa, senang kerja Chempaka kat pejabat”. Walau pun terpaksa mencipta perkara yang tidak-tidak, Chempaka lebih rela daripada Puan Sri Zaida menceritakan duduk perkara yang sebenarnya berkaitan dengan dia dan Adam. Bukan main kembang lagi Nisa apabila dipuji terang-terangan oleh Chempaka. Saham dirinya diangkat secara tidak sengaja oleh Chempaka, pada masa yang sama Chempaka merasa selamat berada dalam keadaan yang betul-betul selamat apabila Nisa mengiakan kata-katanya dihadapan Puan Sri Zaida.
Layanan baik dari Puan Sri Zaida menyebabkan Nisa menggantungkan harapan yang tinggi untuk menjadi calon menantu pilihan. Dia akan cuba dan terus mencuba untuk menambat hati Adam dalam menggapai impiannya. Dia tidak akan mengalah walau pun dia tahu Adam hanya melayannya sebagai seorang pekerja sewaktu berada di pejabat dan kesempatan yang ada tetap akan digunakan untuk menggoda jejaka idamannya sejak dulu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience