Bab 7 - HARI PERTAMA

Romance Series 10666

Hari ini aku awal datang ke pejabat. Aku selesaikan beberapa hal pejabat dan hal penyelewengan Farouk. Aku di beritahu oleh Mansor yang Farouk tengah bercuti di Sabah. Dia menghabiskan duit syarikat dengan berjoli perempuan sana sini.

Aku sudah memberitahu Lisa tengahari aku akan temankan dia di kebun bunga. Tak sabar nak jumpa Lisa. Hari ini misiku untuk membuat Lisa jatuh hati padaku bermula.

Aku dah kumpul semua bukti-bukti tentang penyelewengan Farouk , Aunty Zakiah dan Alisa. Aku Email semuanya kepada Abah dan kirim juga dengan perkhidmatan kurier.

Setelah semua selesai aku mula gerak hendak ke rumah Lisa. Sewaktu hendak menaiki kereta, aku melihat kereta X70 masih ada di situ. Aku mula meneka itu kereta Lisa.

Setelah memandu hampir 15 minit, aku pun sampai di rumah Lisa, aku menurunkan kakiku untuk turun dari kereta dan mengatur langkah menuju ke pintu rumah Lisa. Aku baru melangkah 5 langkah tiba-tiba pintu terbuka, kelihatan wajah yang bisa buat aku sakit merindu muncul di balik pintu melemparkan senyuman padaku. Aku membalas senyumannya dan mengenyitkan mata padanya. Mata kami bertaut dan aku terpukau oleh mata biru membuat aku berkali kali jatuh cinta padanya.

"Miss me..??" tanyaku ketika aku suda di hadapannya. Ingin saja aku memeluknya dan mengucup bibirnya yang seksi tu.

"Makcik Timah miss u. Dia dah masak ikan keli asam pedas dan kerabu pucuk paku untuk u." jawab lisa lalu membawaku masuk ke dalam. Kami jalan beriringan terus saja ke meja makan. Kelihatan makcik Timah dan Pn. Aisyah sudah menunggu di meja makan.

"Hai En. Handsome, mari makan tengahari bersama. Sila duduk.." Makcik Timah bergurau denganku.

"Terima kasih Kak Timah. Sekali lagi saya langkah kanan ni" aku melayan gurauan makcik Timah.

"Ada orang tu suru kita masak untuk partnernya" kata makcik Timah membongkar rahsia.

"Owh.. i see.. that's mean... orang tu rindu saya le.." jawabku dan melirik Lisa yang duduk disebelahku. Makcik dan ibunya berpandangan lalu mereka ketawa.

"Kami cuma partner saja lah...." jawab Lisa.

"Den nak makan guna tangan ke guna sudu...??? tanya lisa.

"Saya nak guna tangan lah... " kataku pada Lisa.

Lisa pun mengambil kendi tempat basuh tangan yang berada di hujung meja dan meletaknya di hadapanku. Lisa mengangkat kendi tu dan menyuruhku meletak tanganku di tempah basuh tangan lalu menuang air dari dalam kendi ke tanganku. Aku pun membasuh tanganku. Setelah aku selesai, Lisa meletakkan semula kendi basuh tangan itu di tempat asalnya.

Lisa pun mengambil piringku lalu mencedokkan nasi ke piringku. Bahagia rasa hati. Lisa meletakkan piringku dengan kemas di hadapanku. Dia mencedok ikan keli asam pedas dan menyimpan di piringku lepas tu dia mengambil pula kerabu pucuk paku dan letak di sebelah ikan keli.
"thank you my dear" kataku dan mengenyitkan mataku padanya.

Lisa buat-buat tak dengar saja. Tapi aku boleh lihat perubahan wajahnya menandakan yang dia senang dengan panggilan itu. Ibu Lisa dan makcik Timah hanya jadi pemerhati pada gelagat kami berdua.

"Aisyah.. patutnya kita makan dalam bilik je ni.. kita duduk makan salah meja ni..." gurau makcik Timah yang buat kami semua ketawa.

Selepas makan tengahari, Lisa pun membawa aku masuk ke kebun bunga miliknya. Aku sangat teruja melihat keindahan dan kecantikkan kebun bunga yang diusahakan oleh Lisa, ibunya dan makcik Timah.

Keluasan kebun bunga tu dalam 2 ekar. Terdapat 5 buah pondok . 4 pondok di setiap penjuru dan satu pondok di tengah-tengah. Kelihatan ada 3 pekerja sedang memindahkan anak-anak bunga dari tapak semaian ke pasu bunga.

Lisa pun membawaku menerokai kebun bunganya. Dia memberi penghormatan untuk ku memilih setiap jenis bunga dan warna. Sedang kami berjalan menyusuri tempat tapak semaian bunga, Lisa tiba-tiba tergelincir dan hendak jatuh, syukur aku sempat merangkul pinggangnya dan tanpa sedar aku menariknya terus dekatku dan Lisa dengan tak sengaja memelukku, aku pun tanpa sengaja membalas pelukannya.

Aku dapat rasa degupan jantung Lisa dan mungkin Lisa pun dapat rasa degupan jantungku.

Lisa pun meleraikan pelukannya, tapi jarak kami masih terlalu dekat sehingga aku masih boleh rasa hembusan nafasnya menerpa daguku. Memandangkan lisa seorang gadis kecil molek dan ketinggian hanya setakat di bawah telingaku saja. Tanganku masih merangkul pinggang Lisa, manakala kedua tangan lisa di dadaku. Pandangan mata kami bertemu. Ingin saja aku mencium dia saat ini.

"Sabar Den.." bisik hatiku.

"Hurrmmm.. Den... thanks..." kata lisa dan merenggangkan sedikit jarak kami.

"Lisa ok " tanyaku, tanganku yang masih merangkul pinggangnya aku lepaskan, kini tanganku memegang tangan Lisa.

"Lisa ok.. cuma kaki Lisa ada sakit sikit, mungkin akibat tergelincir tadi." jawab lisa.

Aku terus mengangkat Lisa dan mendukungnya lalu membawanya ke pondok yang paling hujung dan terlindung.

"Dennn.. turunkan Lisa.. Lisa masih boleh jalan lah" rungut lisa.

"Saya tak nak kaki u tambah cedera... tangan tu paut di leher saya.. kang nanti kita dua-dua jatuh. kataku menakutkan Lisa. Kedua dua tangan Lisa terus berpaut di leherku.

Sampai di pondok aku membuka kasut Lisa dan mendudukkan dia di atas meja manakala aku duduk di kerusi. Aku mengangkat kakinya dan meletakkannya di pahaku.. Aku pelan-pelan mengurut kaki Lisa yang sakit. Aku perasan Lisa curi-curi memandang wajahku.

"Cuba gerakkan kaki lisa.. masih sakit ke...?? tanyaku.

Lisa menggerakkan kakinya dan mula mengukir senyuman.

"Tak sakit lagi lah.. pandailah den urut " jawab lisa kegembiraan.

Aku pun ikut Lisa duduk di atas meja. Aku duduk bersila menghadapnya. Lisa pun memusingkan badannya menghadapku.

"Lisa... kemarin Lisa ada menyebut tentang 2 insan. Boleh saya tahu siapa mereka bagi Lisa." tanyaku. Lisa lama merenungku kemudian baru dia bersuara.

"Kenapa den nak tau..??" Lisa memulangkan pertanyaan.

"Saja nak tahu.. mana tahu tu boyfriend Lisa ke...?? atau insan istimewa dalam hati Lisa ke..?? Sebab.. mungkin kita akan bersama sama setiap hari dalam seminggu ni. Jadi Den tak nak kerena Den hubungan Lisa dengan 2 insan tu terjejas." aku cuba mengumpan lisa.

"Lisa cerita pun Den takkan faham" jelas Lisa.

"Fahamkan saya..." aku terus pasang umpan.

"Hurrrmm.. Baiklah.. " dengan mudah

Lama Lisa berdiam diri. Aku hanya menunggu. Lisa tarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya dan mula bersuara.

"Insan yang pertama ni dah 50 tahun. Lisa dah anggap dia seperti ayah Lisa. Dia orang yang banyak berjasa pada Lisa dan ibu Lisa. Dulu kehidupan kami sangat daif. Dia hadir menunaikan semua impianku dan ibuku...
Insan yang kedua ni anak kepada insan yang pertama ni dia lah penyelamat yang menyelamatkan ibuku... Cuma.." Lisa terhenti airmata mula bertakung di kelopak mata.

"Cuma apa Lisa... ??? tanyaku tidak sabar.

"Lisa hanya dapat berdoa dan menjaga mereka dari jauh.. itu yang buat hati lisa sakit. Berbanding Lisa jaga ibu yang ada di depan mata Lisa." Lisa mula menangis.

Aku menyapu airmata lisa yang mula mengalir di pipinya.

"Kenapa tak jumpa...??" Soal ku lagi.

"Darjat kami terlalu jauh berbeza. Tu sebab Lisa tidak mahu insan yang kedua tahu dan kenal siapa Lisa. Lisa tidak mahu dia berprasangka buruk terhadap Lisa. Lisa tidak mahu ada cacian dan makian lagi. Lisa Boleh hadapi tapi ibu tidak akan dapat lalui itu semua." luah lisa bersama linangan airmatanya.

"Lisa... tidak semua yang tinggi darjatnya bersikap seperti apa yang Lisa fikirkan." aku cuba memujuk Lisa.

"Lisa dan ibu pernah lalui tu semua." luah lisa lagi.

Aku boleh rasa yang Lisa dan ibunya hidup terseksa semasa tinggal dengan makciknya.

"Lisa... " kataku sambil memegang tangan lisa dan merenung matanya.

"Sekiranya insan kedua tu dah tahu Lisa siapa.. dan dia langsung bukan seperti yang lisa fikirkan.. apa yang akan Lisa Lakukan" soal ku tak sabar ingin tahu jawapan Lisa.

"Lisa belum terfikir sampai ke situ." jawab lisa keliru.

"Fikirkan Lisa.. Lisa tak terfikir ke mungkin insan kedua tu juga terseksa mencari Lisa, ingin menjaga Lisa atau ingin Menyayangi Lisa tapi dia tak tau Lisa siapa..?? tak kenal Lisa..?? soal ku bertubi tubi. Aku tak dapat kawal emosiku.

Lisa merenungku lama. Aku harap dia tak mengesyaki apa-apa padaku.

"Kalau perkara mustahil ni jadi kenyataan.. Lisa sanggup berlutut di hadapanya memohon maaf kerana telah menyeksanya begitu lama" Jawab lisa dengan tekad.

"Aku akan tunggu masa tu nanti" bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience