Bab 13 - NIAT TERGENDALA

Romance Series 10666

Aiden sudah tak dapat kawal api kemarahannya. Dia meleraikan pelukan tangan Ris dari lengannya dengan kasar.

"Hey perempuan murahan....!!!! Terkejut semua staff hotel dan customer yang ada di situ mendengar teriakan Aiden lalu Aiden terus menampar muka Ris.

Paaakkk.. !!!!! Jatuh terduduk Ris di lantai.

"Aduuuhhhh!! Ris kesakitan sambil memegang pipinya.

"Awak memang perempuan murah ek..., perempuan tak tahu malu.. saya dah tolong awak dan ibu awak tinggal di hotel ini dengan syarat jangan ganggu Lisa .. tapi apa yang awak dah buat ahrrrr ....!!!! Awak mereka reka cerita untuk menyakitkan hati Lisa.. termasuk perbuatan awak sebentar tadi...!!" Aiden mengangkat tangannya dan ingin menampar Ris semula tapi Ash cepat cepat menahannya.

"Cukup Den.. bawa bersabar...."

"Macam mana nak sabar Ash...!!! Dia menyakiti Wanita yang sangat aku sayang....!!!

Beberapa staff yang ada disitu terkejut mendengar. Rupanya Lisa buah hati En. Den. Mereka berbisik sesama sendiri.

Aiden belum puashati, dia ingin mendekati Ris tapi Ash menghalangnya.

"Eehhh...perempuan.. kau dengar sini ya ... aku nak.. kau dan mak kau keluar dari hotel aku sekarang.. !!!

Den pusing lalu cepat cepat mengatur langkah ke dewan untuk mencari Lisa. Ash mengejarnya dari belakang. Sya menjeling Ris sambil berjalan mengikuti Ash di belakang.

Sesampai mereka di dewan, Lisa tiada di sana. Aiden bertanya kepada Haqiem di mana keberadaan Lisa.

"Cik Lisa pi washroom tadi en. Den" jawab Haqiem tanpa mengetahui apa yang telah berlaku di luar dewan tadi.

"Ash.. u hantar Sya balik dulu.. dah lewat ni"

"Ok Den.. kami gerak dulu." Ash memegang tangan Sya dan mereka pun jalan beriringan keluar dewan."

Sementara Den duduk di satu sudut untuk menunggu Lisa. Tiba-tiba handphone Aiden ada panggilan masuk dari tan sri.

"Haqiem.. nanti chat saya kalau Lisa dah balik ye.." Aiden pun berjalan keluar dewan setelah mendapat panggilan dari ayahnya.

Hampir 5 minit Aiden keluar dari dewan, Lisa pun sampai.

"Berat betul ujian hatiku hari ini.. hari ini aku dah buat keputusan ingin memberitahu Den yang aku juga menyintai dia.. tapi.. berbagai halangan dan dugaan pula yang terjadi.. aku keliru.. siapa yang harus aku percaya.. Ris ke .. Den..?? Melihat keadaan tadi.. apa yang Ris katakan macam betul saja.. lagipun masuk hari ini.. baru 6 hari aku mengenali Den... ahrrr... " Bisik hati lisa.

"Cik Lisa.. tadi En. Den datang cari cik Lisa..." Haqiem mengejutkan Lisa dari terus dalam dilema.

"Qiem, Aqis, Dian.. kita pi mandi dulu, lepas tu kita dinner baru kita balik sini" ajak Lisa.

"Saya pun nak rehat sekejap.. nanti kita balik sini jam 8 malam ni ye" Sahut Si Mr. wedding Planner, Mr. Louis.

Mereka semua pun keluar dari dewan dan balik ke bilik masing masing.

*******************

DI SUITE ROOM TAN SRI

"Aiden.. can u explain this...?? Lalu tan sri menghulurkan handphonenya pada Aiden. Terkejut Aiden melihat video insiden yang berlaku di lobi hotel tadi.

"Itu Ris sepupu Lisa.. Dia dah reka cerita pasal dia dan Aiden.. Aiden tarik dia bawa keluar dari hotel nak marah dia.. kenapa dia reka cerita dan bagitahu Lisa.. kebetulan Lisa lalu di situ dia ambi kesempatan memeluk lengan Aiden.. Aiden dah tak boleh tahan bah.. Aiden nampak perubahan di wajah Lisa.. tadi Aiden cari Lisa
di dewan tapi Lisa takde bah.. Aiden takut kehilangan Lisa bah.. macam mana kalau.. Lisa percaya semua tu dan dia menolak lamaran Aiden...???

"Wow.. you are so sweet..." Sherry tiba-tiba menyampuk memuji Aiden.

"Lihatlah siapa Abah dia...." jawab tan sri tak mau kalah lalu pura-pura membetulkan kolar bajunya.

"Saya terpaksa lah bagi tan sri menang sebab tan sri kan boss saya..." Tan Sri senyum simpul pada sherry.

Aiden rasa bahagia melihat Abahnya sudah boleh tersenyum dan bergurau senda. Lama Aiden tak melihat abahnya berkeadaan begitu. Sikit pun dia tidak punya perasaan syak wasangka pada Sherry dan abahnya.

"Aiden rehat dulu.. nanti jam 7, balik sini dinner dengan Abah bawa Ash sekali... pasal Lisa tu.. nanti abah suruh Sherry uruskan lagipun Sherry teringin sangat jumpa Lisa."

"Thanks bah.. Aiden keluar dulu..."

Aiden pun berdiri dan mula melangkah ke pintu. Sebelum Aiden membuka pintu .. Aiden berpaling semula melihat sherry.

" Sherry.. Saya keluar dulu ya.. jaga abah saya ye.. apa apa hal call saya"

"Position saya dah tukar ke jadi babysitter...?? jawab sherry bergurau. Aiden dan tan sri serentak tergelak mendengar gurauan Sherry.

**********************

Setelah selesai makan malam, Aiden, Sherry dan Ash pergi ke dewan sementara Tan Sri pula ada perjumpaan dengan peguam syarikat dan vicky penyiasat peribadinya serta 3 anak buahnya.

Sherry dapat mengesyaki sesuatu yang pelik disitu, kenapa kali ini tan sri tidak membenarkannya hadir dalam perjumpaan tu.

Sementara Lisa dan 3 staffnya sudah berada di dewan meneruskan kerja mereka yang belum selesai. Lisa telah meminta agar Haqiem, Balqis dan Diana sentiasa ada bersamanya.

"jangan biarkan saya hanya berdua dengan en. Den." arahnya.

Mereka bertiga hanya saling berpandangan dengan penuh tanda tanya.

"Tapi .. kenapa Cik Lisa...?? tanya Haqiem.

"Saya hanya perlu ruang untuk saya berfikir sama ada nak terima lamaran dia atau tak..." jawab
Lisa.

"But... why....??? terkejut Haqiem.

"Kalau cik Lisa tak nak... saya nak.. siapalah yang taknak dengan En. Den.. dah lah kacak.. maskulin.. jutawan.. romantis lagi.. perempuan gila pun suka dia tau.." kali ini balqis pula bersuara.

"Dah... dah.. buat kerja dulu.."

Kelihatan Den, Ash dan Sherry ada di pintu utama dan sedang berjalan masuk ke dalam dewan. Ash mengubah hala tuju menuju ke tempat Mr. Louis, mr. wedding planner dia. Sementara Den dan sherry mengatur langkah menuju ke tempat Lisa.

"Den.. you jangan banyak cakap dengan Lisa ye .. biar aku yang handle dan atur... trust me... " Sherry beritahu Aiden. Aiden hanya mengangguk kepalanya.

Aiden dan Sherry pun sampai ke tempat Lisa dan staffnya yang sedang menyusun bunga dengan arahan Lisa.

"Hai.. semua.. saya erry.. aunty den.." terkejut Aiden tapi Aiden buat seperti biasa saja.

"Hai ... " mereka semua menyambut salam perkenalan dari Sherry. Tiba-tiba mata sherry terpaku melihat Lisa.

"Oh my God... ni mesti Lisa kan.." Sherry mendekati Lisa, memandang berhadapan dengan Lisa, lalu kedua dua tangannya memegang lengan Lisa.

"Ye saya Lisa.. macam mana Ms. Erry kenal Lisa...?? lisa bertanya keheranan.

" You are so beautiful... your eyes.... OMG.." Sherry takjub melihat kecantikan Lisa.. terutama mata Lisa sungguh mempesona. Lisa masih terpaku disitu.

"Now i know.. Why den fall in love with you.. like he lost his mind.. mandi tak basah.. makan tak kenyang.. tidur tak lena..beacuse of you... you're so natural beauty....." Sherry memeluk Lisa lalu membisikkan sesuatu ke telinga Lisa

"Den sangat sayang dan mencintai awak.. please love him too..." Lisa terkejut mendengar tapi dia buat riak seperti biasa. Sherry pun meleraikan pelukannya pada Lisa.

Den datang mendekat pada Lisa.

"u dah makan...??? Den memulakan bicara.

"Dah.." sepatah ja Lisa menjawab.

"Lisa.. tadi petang tu.." belum habis ayat den Lisa dah potong.

"Sorry en.Den.. saya tak berminat nak tahu.. beacuse now.. saya sangat sibuk.. kami dah buat seperti yang en.Den nak.. pemilihan bunga dan warnanya tapi mr. louis tambah beberapa bunga dan warna.. so sekarang ni saya kena gubah semua bunga tambahan yang mr.louis nak ni.. " jawab Lisa dengan lembut walaupun lisa masih sakit hati dengan Den. Dia harus bersikap profesional.

"Ok.. Can you let me help you...." Den merenung mata Lisa. Lisa sudah tidak tahan menepis renungan Den padanya.

"U Free ke...??? sindir Lisa..

"For you i always free....." lalu den mengenyitkan matanya pada Lisa.

"Bagi kenyitan mata u tu pada org lain..." lisa bercakap tanpa memandang Den.

"Are you jealous....??? cemburu tanda sayang.... " Den melemparkan senyuman pada Lisa dan mengenyitkan matanya semula untuk Lisa.

"Amboiii... kalau begini.. dah sampai masa wedding pun belum selesai lagi kerja tu.. " gurau sherry. Lisa tersipu malu..

Lisa dan Den pun bekerjasama menyiapkan gubahan bunga dan susun atur setiap bunga seperti tiada apa apa yang berlaku antara mereka.

Mereka pun berhenti buat kerja tepat jam 11 malam, dan balik ke bilik masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience