Kelihatan sebuah teksi memasuki perkarangan rumah lisa.
Keluar 2 orang wanita dari perut teksi tersebut.
"Di sini 2 beranak ni menyorok rupanya" suara geram rosmah kedengaran.
"Cantinya mak.. " Riska teruja melihat bunga bunga yang ada di halaman rumah.
Rosmah dan riska pun berjalan menuju ke rumah lisa. Mereka tidak sedar ada sepasang mata lelaki memerhati mereka. Ketika tiba di depan pintu, Rosmah terus mengetuk pintu dan memanggil nama Aisyah tanpa memberi salam.
"Aisyah... Aisyah.. buka pintu ni...!!" Rosmah dengan nada suara yang tinggi memanggil adiknya.
Tidak lama, pintu pun di buka dan muncul makcik Timah depan pintu.
Alangkah terkejutnya makcik Timah melihat Rosmah dan Riska.
"Rosmah... Riska... kamu nak buat apa datang sini....!!??" makcik Timah bertanya keheranan.
"Aisyah mana...!!??" bentak rosmah.
"Kalau ia pun cari Aisyah.. bagi salam lah dulu..." sindir makcik Timah.
"Aku kakak dia.. tak perlu nak salam salam bagai..!!" jawapan angkuh dari Rosmah.
"Ya.. engkau kakak dia.. tapi ni bukan rumah awak...!!! Sedar diri lah sikit...!!" Tekanan darah makcik Timah mula naik.
"Timah.. apa yang bising-bising dekat luar ni...?? tanya aisyah dari dalam rumah lalu berjalan menuju ke pintu utama.
"Kak Ros... Ris... ????
**************************
DI KEDAI BUNGA LISA
Kenapa hatiku aku tiba-tiba gelisah... Aku membuat keputusan untuk balik ke rumah. Aku mencapai handbegku, dan mula mengatur langkah... langkahku terhenti, tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku berpusing kembali ke mejaku lalu mrngambil beg kertas yang di dalamnya adalah pemberian Den lalu aku berpusing kembali dan mula mengatur langkah keluar dari pejabat kecilku.
"Aqis.., Dian, Qiem... saya pergi lawat kebun ya.. sampai masa u all tutup kedai dan balik." Pesan ku lalu terus tergesa gesa melangkah menuju ke Lif yang boleh sampai ke tempat letak kereta di tingkat 8.
Sampai ke tingkat 8, aku pun keluar dari Lif dan untuk keluar ke tempat letak kereta, aku menggunakan kad akses untuk membuka pintu tersebut.
Akupun keluar dan berjalan menuju ke keretaku. Dari jauh aku melihat ada sesuatu di atas Bonet depan keretaku.
Aku mempercepatkan langkahku menuju ke kereta. Sesampai di situ aku melihat ada 3 kuntum bunga rose warna merah. Di setiap tangkai ada tertulis 1,4 dan 3. Perasaanku tertanya tanya siapa pengirim bunga ini dan siapa yang tahu ini keretaku. Mungkin orang salah letak lalu lupa.
Aku mengambil bunga tersebut ada kad berbentuk hati di selit di celah-celah bunga. Aku baca isi kad tersebut:-
"DRIVE CAREFULLY MY DEAR"
LOVE YOU ~ DEN
"Aduhhh..Den dah tahu ni keretaku.... wow sweetnya dia" aku bercakap sendiri.
Aku tidak pernah terima pemberian bunga dari sesiapa atau dari mana-mana lelaki selama ini, lagipun aku kan penjual bunga. Aku sudah terbiasa dengan bunga. Hari ini baru aku dapat rasa bagaimana perasaan apabila menerima bunga dengan utusan cinta. Satu perasaan yang sukar ku gambarkan.
Aku tahu maksud bunga tersebut 1,4,3 tu membawa maksud I LOVE YOU. Ramai pelangganku yang menempah bunga begitu. Jika beginilah perasaan menerima bunga dari orang yang menyintai kita.. mahu saja aku terima bunga setiap hari dari Den.
Sebenarnya kalau ikut hatiku yang gelojoh, ingin saja aku terus memakai pemberian tu sewaktu Den memberi padaku.. tapi aku harus melihat kesungguhan Den. Sedalam dan setinggi mana dia mencintaiku.
Jujur aku katakan, kali pertama melihat Den aku sudah terjatuh hati padanya. Cuma keegoan hatiku menafikannya.
Aku pun tak tahu apa isi di dalam kotak tersebut. Tekaan ku.. kalau bukan gelang tangan, mesti rantai Leher. Aku putuskan sampai rumah baru aku membukanya.
Aku pun terus memandu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan hatiku berdebar debar saja.
*************************
DI PEJABAT AIDEN
ZACK : "En. Aiden.... !!! "
AKU : " Oh.. sorry Zack.. awak tolong jaga Pn.
Aisyah. Pastikan tangan perempuan tu tak
tak sampai ke badan Pn. Aisyah. Saya
akan ke sana sekarang.
ZACK : "Ok.. En. Aiden."
Zack menamatkan panggilan.
Aku pun tergesa-gesa hendak keluar office tiba-tiba handphoneku berbunyi lagi. Tertera nama Alex di skrin. Alex ialah pengawal peribadi yang aku upah untuk menjaga Lisa.
AKU : "Ya Alex..."
ALEX : "En. Aiden.. Saya sedang mengekori Cik
Lisa balik ke rumahnya."
AKU : "Alex tolong jaga Cik Lisa... jangan ada
tangan sesiapapun sampai ke badan Cik.
Lisa.. Faham..."
ALEX : "Faham En. Aiden"
Aku terus memutuskan talian dan bergegas ke tempat letak kereta.
" Den...!! awak nak pi mana ni...??? Ashraff mengejarku dari belakang.
"Ash.. mari ikut saya ke rumah Lisa"
Ashraff pun naik kereta dan bersamaku menuju ke rumah Lisa.
********************************
DI RUMAH LISA
"Haa.. muncul pun engkau Aisyah...!!!" rosmah bercekak pinggang melihat Aisyah.
"Aisyah tak tahu pun Kak Ros datang.."
"Tak tahu ke.. pura-pura tak tau..!!"
*******************************
Aku memasuki kawasan rumah, aku terkejut melihat makcik rosmah dan Riska ada di depan rumah tengah bercakap dengan ibu. Mereka menolah melihat ku setelah sedar ada keretaku memasuki perkarangan rumah.
Aku pun letak keretaku di garaj lalu cepat-cepat turun dari kereta.
"Assalamualaikum" aku memberi salam.
"Walaikumsalam" hanya ibu dan makcik Timah yang sambut salamku.
Aku terus mendapatkan ibu, melihat keadaan ibu jika ada apa-apa kecederaan.
"Oohh.. rupanya sini kamu dua beranak menyorok ye..." makcik rosmah bercekak pinggang memandang aku dan ibu.
"Apa masalahnya ni makcik.. datang rumah orang marah-marah.." Aku mula berani di depan makcik rosmah. Mungkin dulu aku akur saja demi ibu yang masih sakit tenat dan terpaksa pula menumpang di rumah makcik rosmah.
"Ewah-ewah.... dah berani kau sekarang ya Lisa, dah rindu nak kena pelampang aku ke..??
"Bagi pelampang je mak... bagi sedar diri sikit Lisa ni..." Riska mula menyalakan api pada makcik rosmah.
"Siapa yang tak sedar diri ni Ris.. aku ke kau.. sedar sikit ye jangan tak tahu malu... ni rumah aku.. tanah yang kau pijak tu tanah aku." aku tak tahu kenapa aku boleh jadi berani menghadap makcik dan Riska.
"Kurang ajar kau sekarang ye..!!" Makcik Rosmah mula melangkah ingin mendekati ku dan ibu, langkah makcik terhenti saat melihat sebuah kereta mewah memasuki kawasan rumahku dan itu adalah kereta Den.
Terlopong Riska saat melihat Den turun dari kereta. Makcik pun terpaku seketika.
Den terus melangkah menuju ke tempatku dan ibu di ikuti oleh Ashraff, namun sempat dia menjeling melihat Riska dan makcik.
"Assalamualaikum..." seperti biasa den menyalam lalu mencium tangan ibuku, di ikuti oleh Ashraff.
Makcik Rosmah dan Riska melihat kehairanan.
"Napa datang sini ...?? bisikku pada Den.
"Rindu awak.... suka bunga tu...?? " balas den membisik ke telingaku.
"Lisaaa... tak nak kenal kan kami ke...??" tiba-tiba suara Ris berubah tone jadi lembut.
Kerana tak ingin Den syak apa-apa, akupun menurut kata Lisa.
"Den.. Ash..kenal kan, ini sepupu Lisa... " belum sempat aku kenal kan, Ris melangkah dengan lenggokan badannya mendekat dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Den.
"Riska.." lalu melemparkan senyuman dan renungan yang menggoda. Nak muntah hijau aku melihatnya. Den hanya bersikap seperti biasa
saja.
"Oohh... Saya Ash dan ni Den" nak tergelak aku ketika Ash yang menyambut huluran tangan Ris. Dengan muka tak tahu malunya itu.. Ris masih hendak menghulurkan tangan pada Den.
"Dan ini Makcik Rosmah.. kakak ibu Lisa" aku bersikap seperti biasa saja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Timah.. bawa tetamu kita masuk" arah ibu pada makcik Timah.
Ibu dahulu melangkah masuk ke dalam rumah, aku dan Den jalan beriringan di belakang ibu.
"Rosmah...!!, Riska...!! mari lah masuk... Makcik Timah jalan beriringan dengan Ash masuk ke dalam rumah. Rosmah dan Riska membuntuti mereka dari belakang dengan perlahan. Rosmah membisikkan sesuatu kepada Riska.
"Ris, goda lelaki yang bernama Den tu.." bisik Rosmah pada Ris.
Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah milik Lisa. Mereka terpegun dengan hiasan dalaman rumah tersebut.
"Cantik nya rumah Lisa mak.." bisik Lisa.
" Cantik pun kalau hasil dari jual badan, takde maknanya" balas rosmah.
Mereka pun melangkah menuju ke arah aku dan ibu yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Den dan Ash duduk di bahagian ruang santaiku. Sementara makcik Timah sedang menyediakan minuman untuk kami semua di dapur.
Tak lama makcik Timah pun muncul lalu menghidangkan minuman untuk kami semua.
"Aisyah .. dalam rumah ni ada berapa bilik...??? tanya Rosmah.
"ada 3 bilik .. kenapa tanya...?? soal ibu semula.
"Kami nak tinggal sini dalam 2 minggu. Tapi kalau Ris dah dapat kerja sini.. mungkin kami akan tinggal terus di sini. Sementara tu aku dan Ris nak guna seorang satu bilik... ertinya 2 bilik.." dengan sikap angkuhnya yang salah tempat kali ini.
"Maaf makcik.. ketiga tiga bilik kami dah guna dah.. bilik ibu, bilik Lisa dan bilik makcik timah. Ada satu bilik kosong tapi dekat belakang dapur" jawabku.
"Aku tak nak tahu tu bilik siapa...!! yang aku nak .. aku dan Ris ada seorang satu bilik...!!" bentak makcik Ros. Aku mula risau dengan ibu.
"Makcik.. kalau nak tinggal sini Lisa boleh benarkan.. makcik dan Ris boleh tinggal di bilik yang di belakang dapur. Tapi kalau nak minta seorang satu bilik tu Lisa tak boleh nak tunaikan. Lebih baik makcik dan Ris cari rumah sewa.."
Dengan perasaan marah, makcik Ros berdiri lalu melangkah menghampiriku, dia mula mengangkat tangannya ingin menamparku.. tiba-tiba satu tangan telah memegang tangan makcik lalu menolak sehingga makcik terundur berapa langkah dan terus terduduk semula di sofa.
"Don't touch her....!!" Keras suara Den memarahi makcik Ros. Jelas terpancar wajah terkejut makcik Ros. Aku terkesima dengan perbuatan Den yang melindungi aku. Jika Den tak halang confirm lebam pipiku. Lalu Den melabuhkan punggungnya di bahu sofa disampingku.
"Lisa ok ...??? " Den bertanya dan aku hanya menggangguk kan kepalaku. Ash dan makcik Timah hanya berdiri kaku di belakang sofa yang kami duduki.
"Aunty Aisyah... Den rasa.. Aunty suruh je balik orang yang datang tanpa di undang ni.. Den tak suka lah ada orang nak buat kacau dekat rumah Aunty ni.. " Den memandang tajam pada makcik Ros dan Ris.
"En. Den tak perlu masuk campur, En. Den tak tahu apa-apa.....!! Rosmah membalas pandangan mata Den.
"Apa yang saya tak tau....???? Den mengerutkan dahinya.
"Untuk pengetahuan En. Den.. dari rumah, kereta dan tanah .. ni semua hasil dari penjualan diri...!!! Ris pun heran lah dengan En. Den ni.. Lisa ni pelacur....!!!!???
Dengan pantas ibu berdiri dan menghayun langkah ke tempat Ris.. tanpa berlengah ibu terus menampar Ris.
Paakkkk...
"Sungguh biadap mulut kau Ris.... !!! Kak Ros...!!! Sila keluar dari rumah ni... Aisyah tak nak tengok muka kamu berdua. Aisyah tak ada kakak atau anak buah seperti kamu yang berhati busuk.. sila keluar sekarang......!!!!!!!!
Buat pertama kalinya saya lihat ibu marah. Ibu seperti Naga yang dikejutkan dari tidur yang panjang. Den berdiri lalu pusing kebelakang membisikkan sesuatu pada Ash. Ash hanya mengganggukkan kepalanya lalu mengeluarkan handphone dan mula menekan-nekan pada handphonenya.
"Aisyah....!!!! Berani kau tampar anak aku... !!! merah menyala mata Rosmah seperti singa kelaparan yang ingin menerkam mangsanya.
"Mak... sakit mak... " suara Ris merengek manja dengan ibunya. Rosmah memegang pipi Ris lalu mengusapnya dengan manja.
"haaa.. terima lah akibat dari mulut kau yang biadap tu..!! kali ini makcik Timah bersuara.
"Timah... !!!! aku pun tak tau lah.. apa 2 beranak ni bagi kau makan.. sampai kau lupa yang kau tu dibawa lari oleh Lisa.. dan jadikan kau orang gaji di sini... sedarlah Timah...!!!
"Apa Ros...??? Lisa bawa aku lari....???? terkejut makcik Timah...
"Lisa yang tolong aku saat aku menderita di dera oleh anak menantu ku sendiri. Seminggu aku masuk hospital. Lisa bawa aku tinggal bersama supaya Aisyah ada teman di rumah.. tapi aku yang tawarkan diriku jadi pembantu di rumah ini.. mereka tidak pernah layan dan anggap aku sebagai pembantu di rumah ni..." makcik timah memberi penjelasan.
"Kak Ros... lebih baik Kak Ros dan Ris keluar dari rumah ni sekarang... sebelum ada apa-apa hal buruk yang berlaku.. Aisyah dah tak boleh tahan dah perbuatan kak Ros terhadap Aisyah selama ni.. " aku lihat ibu berusaha menahan marahnya sehingga badan ibu menggigil seperti orang menahan ketagihan dadah.
"kau berani halau aku aisyah.... ??? kau lupa ke dulu kau menumpang di rumah siapa ahrrrr......!!!??
"Kak Ros lupa ke .. rumah tu sebenarnya rumah siapa.. ??? Masa hidup Aisyah tertekan sampai Aisyah jumpa pakar psikiatri kerana tak boleh terima kematian arwah, masa tu kak Ros menggunakan kesempatan menukar nama pemilik rumah atas nama kak Ros.. Bertahun Aisyah tinggal di rumah sendiri dengan membayar sewa. Selepas ini Aisyah akan tuntut kembali rumah itu.. kita akan jumpa di mahkamah...!!!" Aku masih terpaku mendengar apa yang ibu baru katakan sebentar tadi.
"kauuuu.....!!!!!" dengan pantas makcik Ros berdiri dan menghampiri ibu, tangannya mula bergerak ke atas bersedia untuk menampar ibu.. belum sempat makcik Ros menghayunkan tangan ke pipi ibu, tiba-tiba 2 orang lelaki masuk ke dalam rumah, dengan pergerakkan yang pantas dia telah berjaya menghalang tangan makcik dari sampai ke pipi ibu.. manakala yang seorang lagi telah menahan Ris dari bergerak.
"Alex.. Jack.. tolong bawa mereka keluar dari rumah ni.. hantar mereka balik ke tempat tinggal mereka..." arah Den kepada dua lelaki tu.
"Kamu tunggu ye.. hari ini hari kamu....!!! lelaki itu terus mengheret makcik Rosmah keluar dari rumah walaupun makcik rosmah masih berteriak marah dan tak henti mengeluarkan kata-kata yang kesat.
Kami mengikuti perlahan lahan dari belakang sampai ke kaki lima. Kami hanya memandang dari kaki lima rumah Alex dan Jack membawa Ris dan ibunya masuk ke dalam kereta. Kereta yang mereka naiki, perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah.
"Ibu.. Lisa masuk bilik dulu.. Kepala Lisa berdenyut-denyut.." Ibu membenarkan. Masa aku melangkah meninggalkan mereka, aku dengar Den memanggilku.
"Lisa....."
"Biarkan dulu Lisa Den.. dia nak bertenang tu.. esok ok lah tu..." sayup sayup aku dengar suara ibu.
Share this novel