Bab 5 - SEHARI BERSAMA

Romance Series 10666

Kami pun sampai di Mall. Den menurunkan aku di depan pintu utama Mall. Beberapa pekerja mall memandang padaku. Aku buat tak tahu saja.

Akupun terus saja berjalan hingga tiba ke kedai bungaku. Balqis pembantu peribadiku tak sabar mendengar keputusan perbincangan kemarin.

"Mereka setuju ... jadi dalam masa 1 minggu ni kita akan sibuk sikit.." aku memberitahu Balqis

"Betul ke......!!?? Syukur alhamdulilah." terus balqis memeluk ku.

"Apa yang kecoh kecoh ni.." Haqiem dan Diana tiba-tiba muncul depan pintu.

"Kita dapat kontrak 30k tu.. yang nak buat wedding of the year tu.." kata balqis sedikit berteriak memberitahu.

"Apa..??? " teriak Haqiem dan Diana serentak. mereka pun melompat kegirangan.

"Dah.. dah.... jaga depan... and.. Balqis cari semula pekerja partime kita yang dulu.. saya nak mereka urus dan design bunga dari kebun bunga" arahku.

"Ok boss" jawab Balqis kegembiraan.

Tiba- tiba aku teringat, dah seminggu aku tak tanya khabar Tan sri dan anaknya. Akupun mengambil handphone dari beg dan mula menekan skrin telefon.

*****************

DI PEJABAT TAN SRI

"Morning Tan Sri..." Sherry berdiri memberi hormat kepada Tan Sri.

"Morning Sherry.. any news for me...?? Tanya Tan Sri.

"Jam 9 tadi, Lisa whatsapp tanya khabar Tan Sri dan Aiden. Saya bagi tahu Tan Sri ada batuk batuk sikit, dan..... ni.. ha.. terus datang Halia Madu" sambil sherry menghulurkan botol halia madu kepada Tan Sri.

"Risau betul Lisa dengar Tan Sri kurang sihat" tambah sherry lagi.

"Sherry ada tanya khabar Lisa dan ibunya.." tanya Tan Sri.

"Ada Tan Sri. Mereka berdua sihat alhamdulilah." jawab sherry.

"Syukur alhamdulilah.... Oh ya Sherry .. jangan bagi tahu Lisa yang Aiden ada di Cameron." pesan Tan Sri.

"Ok ... Tan Sri ..!! jangan lupa minum halia madu tu ya." pesan sherry.

*********************

Setelah mendapat berita dari sherry yang Tan Sri kurang sihat, aku sangat susah hati. Kerana terkejut dengar keadaan Tan Sri sehingga saya lupa bertanya khabar Aiden.

"Macam mana orangnya Aiden ni...?? Kacak ke dia..?? tinggi ke...?? Adakah dia seperti jejak idaman wanita malaya..?? atau dia kurus, pendek, muka bulat... tapi kalau saya lihat Tan Sri macam ada campuran arab, walaupun dah berumur masih kelihatan segak dan tampan... selalunya kalau ayahnya sudah kacak.. anaknya mesti lagi lah lebih kacak.." aku bercakap seorang diri.

"Cik Lisa.. ada orang cari.." tiba tiba Diana muncul di depan pintu.

"Siapa...??" tanyaku.

"Lelaki..... handsome cik lisa... maskulin sangattttt... macam ni..." Diana memuncungkan mulutnya seolah olah mencium lelaki tersebut.

Aku tak tahan ketawa melihat gaya diana seperti perempuan gedik yang gatal.

"Dah..dah.. buang gatal tu.. suruh abang maskulin kau tu masuk." arahku pada diana.

Tak lama, Den muncul di depan pintu.

"Sibuk ke...??? " tanya Den dengan senyuman genitnya buat aku tak dapat tahan hatiku dari jatuh hati padanya.

"Tak juga.. masuk lah Den.. silahkan duduk.. sorry lah office saya ni kecil saja" aku berusaha kawal diriku untuk bersikap seperti biasa.

"Napa sampai datang cari saya di sini..??"

"Rindu nak tengok awak.." sekali lagi Den melemparkan senyuman genitnya sambil mengenyitkan mata sebelahnya padaku.

"Ya Allah... betapa indahnya makhluk ciptaanMu yang ada di depan mataku ni..." bisik hatiku.

"hurmm.. banyaklah awak punya rindu" aku berusaha buat selamba depan Den.

"Den nak ajak Lisa Lunch, lepas lunch kita pergi tengok dewan." baru Den menyatakan tujuan sebenarnya kenapa datang cari aku.

"Sekali dengan Ash dan Sya ke ... " tanyaku

"Tak kita berdua je... Ash dan Sya hari ni balik KL. Pergi fitting baju. Lusa baru balik sini." Jelas Den.

"Dah.. jom saya dah lapar ni.. kita kan partner. Ooh ya .. melihat mata awak saya terus lupa.. ni cek untuk bayaran pendahuluan" lalu menghulurkan tu cek padaku.

"Thank you" lalu aku melemparkan senyuman padanya.

Kami pun keluar bersama dari pejabat. Diana, Haqiem dan Balqis tersenyum simpul memandang kami.

"Balqis, saya nak pergi tengok dewan. Mungkin saya tak masuk office lagi. Sampai masa kamu tutup kedai saja ye." pesanku.

"Cik Lisa.. macam ada ayat yang hilang lah....!!" Haqiem bergurau. mereka tiga serentak ketawa.

Den pun datang mendekati kami.

"Apa ayat yang hilang tu...?? Den tiba tiba menyampuk.

"Balqis... Saya nak pergi lunch dulu ye....... tu lah ayat yang hilang" kata Haqiem. Kami serentak ketewa melihat gaya Haqiem yang gedik tu.

"Boleh saya bawa boss kalian pergi Lunch ke....??

"Dengan kami boleh.. tapi En. Handsome kena minta izin dengan ibu boss dulu, sebab selama ni awak lelaki pertama bawa boss kami pergi keluar lunch, berdua pula tu....." Haqiem cuba menyakat Den.

"Saya dah pun minta izin dengan Pn. Aisyah nak bawa boss kamu keluar"

"Wow... So sweet En. handsome ni." kata diana. Tangannya memegang kedua belah pipinya.

Aku pun terus berpaling melihat Den. Den membalas pandanganku dan mengenyiitkan sebelah matanya padaku.

"Dah... jaga kedai baik-baik ye.. sales kurang.. komisen pun kurang" kataku memberi pesan.

Saya dan Den pun jalan beriringan menuju ke pintu utama Mall. Kami melintasi beberapa kedai, banyak mata yang terpaku dan tak berkelip ketika melihat Den.

Kereta Den letak betul-betul berdepan dengan pintu masuk mall. Dia membukakan pintu untukku dan mempersilakan aku masuk ke kereta. Kemudian dia pun masuk dan duduk ke bahagian pemandu.

Setelah kereta mula keluar dari kawasan Mall, aku pun bersuara.

"Den.."

"Yes my dear" jawab Den.

"Lepas ni tak perlulah bukakan pintu kereta untuk Lisa...." aku memalingkan wajahku memandangnya.

"Salah ke...?? atau Lisa takut crush u nampak." Den membalas pandanganku sekejap lalu menumpukan semula pada pemanduannya.

"eeeehhhh... takde lah... selama ni harian Lisa, dari rumah ke kedai. Kalau tak ke kedai, Lisa di kebun bunga." Aku masih memandangnya.

"Selama ni Lisa pernah jatuh cinta ke.... ?? atau pernah bercinta ke....?? atau sekarang ni lisa ada boyfriend ke.....??? bertubi tubi soalan Den.

"Napa tak tanya Lisa 10 soalan terus...."

"Lepas ni saya tanya" Den melemparkan senyuman padaku.

"Saya takde masa nak jatuh cinta atau bercinta. Dulu.. fokus saya belajar. Saya nak masuk U. Nak ubah kehidupan kami sebab masa tu kami hanya hidup menumpang dengan Makcik Rosmah kakak kepada ibu saya. Punya 2 anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Lepas STPM ibu mula tak sihat. Saya terpaksa bekerja sebab ibu dah tak boleh kerja. Saya terpaksa tolak tawaran Masuk U sebab nak jaga ibu. Sekarang ni fokus saya hanya ingin menjaga ibu dan dua insan yang banyak berjasa pada saya dan Ibu" Entah kenapa mudahnya aku meluahkan pada Den.

"Ok Interesting.. Saya nak tanya lagi.. tapi masalahnya kita dah sampai" kata den.

*******************

Setelah selesai makan, kami pun pergi ke dewan hotel. Den betul-betul menjaga dan melayanku seolah-olah kami adalah pasangan kekasih.

Kami terpaksa letak kereta jauh dari hotel kerana ruang letak kereta di hotel telah penuh.

Aku berjalan jauh sedikit di belakang Den kerana banyak kereta yang lalu. Den berhenti, berpaling ke belakang melihatku. Dia menghulur tangannya lalu memegang tanganku dan menarik ku jalan dekat di belakangnya. Aku tak dapat menggambarkan perasaanku.

Aku membiarkan saja perbuatan Den padaku kerana aku berasa selamat bersama-samanya. Den terus memegang tanganku sehingga lah kami masuk ke lobi hotel baru dia lepaskan pegangan tangan kami.

Kami pun menuju ke dewan hotel. Sampai dewan kami pun mula berbincang tentang di mana susun atur bunga, jenis jenis bunga dan warna setiap bunga. Tengah kami berbincang tiba-tiba handphone Den ada panggilan masuk.

Den meninggalkan ku sekejap untuk menerima panggilan tersebut. Tak lama selepas tu Den kembali.

"Urmm.. Lisa.. saya kena balik ke office sekarang ada hal sikit" kata Den.

Kami pun meninggalkan hotel dan menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan Den hanya fokus memandu. Aku mula takut kerena Den memandu dengan laju.

"Den.. Lisa takut.. boleh bagi slow sikit ke" kataku memecah kesunyian dan menyedarkan Den.

"Sorry sayang" jawab Den.

"Haaa... Sayang.....!!! jawabku dengan nada suara yang terkejut.

"Salah ke... ??? jawab Den.

"Dah hilang rasa takut tu...??" sambung Den lagi.

"Awak ni kan selalu nak menyakat saya.. tak baik tau...." kataku merajuk.

Den hanya senyum dan mengenyitkan mata padaku.

Den selalu membuat begitu padaku. Sampai bila hatiku ni boleh bertahan untuk tidak jatuh cinta padanya.

Sampai di Mall Den terus memandu kereta naik ke level 8 dan memakirkan keretanya bersebelahan dengan keretaku. Rupanya keretaku yang mereka katakan kemarin.

Selama ini aku tak perasan kad akses untuk masuk ruang letak kereta yang aku pegang adalah Kad VIP dan lot tempat letak keretaku adalah lot VIP.

"Lisa ikut saya ke pejabat dulu. Nanti saya hantar Lisa balik" Kata Den.

Aku hanya mengangguk tanda setuju kerana aku takut Den tahu itu keretaku.

Aku mula berfikir mencari jalan, bagaimana aku nak bawa keretaku keluar tanpa diketahui oleh Den.

kami berjalan hingga tiba di satu pintu, Den menggunakan Kad yang dia gunakan tadi untuk akses masuk di ruang letak kereta. Pintu tu pun terbuka. Rupanya pintu tu adalah pintu masuk ke pejabat. Den menyuruhku duduk di ruang menunggu sementara dia menyelesaikan beberapa hal pejabat.

Aku melihat ada beberapa staff keluar dan masuk dari pejabat Den. Hampir sejam lebih aku menunggu. Aku melihat jam Di dinding menunjukkan hampir jam 6 petang. Beberapa staff sudah pun balik.

Tiba-tiba aku dapat idea supaya aku dapat bawa keretaku balik. Aku mengambil handphone ku untuk whatsapp Den.

AKU: "Den lama lagi ke..?? Kalau masih lama Lisa nak balik dulu. Lagipun dari semalam kereta Lisa
parking di sini."

DEN: "Kejap I hantar you balik, ada sikit lagi nak buat."

AKU: "Takpe lah Den.. saya tak nak susah kan u. Lisa gerak dulu.. jumpa esok ya.."

Aku pun mula mengangkat punggung dari sofa dan mula nak melangkah. Tiba-tiba Den muncul dia memegang kedua bahuku dan merenung mataku.

"Pls tunggu saya sekejap, lagipun saya dah janji dengan ibu Lisa, Saya akan hantar Lisa balik " kata Den merayu.

"Saya cuma tak nak menyusahkan den" jawabku

"Saya lagi susah kalau Lisa balik seorang diri" lalu jari telunjuk tangan kanannya menyentuh hidungku.

"Mari.... ikut ke office saya " lalu Den pegang tangan saya dan membawa saya ke office nya.

Den membawaku duduk di sofa yang ada dalam pejabatnya. Sementara tu Den mengemas file file dan menyimpannya dalam kabinet file lalu menguncinya.

Aku sebenarnya memang senang bersama Den, entah kenapa aku sentiasa ingin bersamanya walaupun baru 2 hari aku mengenalinya.
Aku suka cara dia melihatku, aku suka senyumannya, aku suka dia mengenyitkan matanya padaku, aku suka dia layan aku seperti aku lah orang yang paling dia sayang, aku suka setiap kali kulitku bersentuh dengan kulitnya, aku suka dia pegang tanganku, aku suka dia panggil aku sayang, aku suka cara dia menyakat aku. Boleh katakan semua pada dirinya aku suka.

"Lisa.. mari kita balik " kata den lalu menghulurkan tangannya padaku.

Aku seperti dipukau, aku sambut huluran tangannya dan kami jalan beriringan dan berpegangan tangan keluar pejabatnya menuju ke kereta.

Sepanjang dalam perjalanan balik ke rumah aku hanya diam dan mula lah mengelamun. Sementera Den fokus dengan pemanduannya kerana kabus mula turun.

Tiba-tiba Den bersuara.

"Lisa marah saya ke...?? pertanyaan Den menyedarkan aku dari terus mengelamun.

"Sebab apa Lisa nak marah..." tanya ku.

"Jadi.. yang diam je tu.. ??" Soal Den lagi.

"Kabus dah mula turun so.. tak nak ganggu u drive" jawab ku bersahaja.

Akhirnya kami pun sampai ke rumah. Aku pun turun dari kereta tapi belum sempat aku melangkah turun Den memegang tanganku.

"Terima kasih Kerena sudi lunch dengan saya dan sudi temankan saya di office tadi." kata Den dengan suaranya yang sangat romantik.

Kenapa tak peluk Lisa je..... eeeehh... gatal nya... " bisik hatiku.

"Esok u temankan saya pula..." jawabku ingin melihat reaksi Den.

"Ke hujung dunia pun saya sanggup temankan u... nak kemana..'' Den bertanya.

"Teman saya kat belakang rumah je.. kita pilih bunga.. nak ke.." tanyaku lagi.

"I like it..' jawab Den.

"Ok..balik nanti hati hati drive ye.. " pesan ku pada Den.

Lalu aku pun mula nak melangkah turun dari kereta.

"Ok Sayang.. " jawab Den

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience