"Kos pembedahan jantung ibu cik sebanyak RM25,000 " terduduk aku mendengar jumlah tersebut.
"Ya Allah..dimana lah aku nak cari duit sebanyak tu.. tolong lah aku ya Allah"
Tiba - tiba berlaku sedikit keributan di ruang depan hospital tersebut. Kelihatan para petugas kecemasan mengusung seorang pesakit masuk ke ruang Emergancy Room. Kelihatan seorang lelaki berpakaian koprat, umur dalam lingkungan 40an. Dengan wajah yang penuh kerisauan. Aku terdengar lelaki tu merayu kepada doktor yang bertugas.
"Doktor.. tolong selamatkan anak saya.. dia satu-satu anak saya" katanya.
"Pihak kami sudah cuba cari penderma hati yang sesuai dengan anak Tan Sri.. tapi sehingga sekarang belum ada hati yang sesuai dengan anak Tan Sri" jawab Doktor tersebut sambil menepuk nepuk belakang lelaki tersebut.
Aku cuba memberanikan diri mendekati lelaki yang bergelar Tan Sri itu. Aku sanggup lakukan apa saja demi menyelamatkan nyawa ibuku.
"Assalamualaikum" Aku memberi salam.
"Walaikumsalam" Tan Sri Menyambut salam ku.
"Minta maaf Tan Sri, bukan saya nak curi dengar perbualan Tan Sri dengan Doctor sebentar tadi.. kalau Tan Sri tak keberatan, saya sanggup mendermakan hati saya kepada anak Tan Sri. Tapi.. saya juga perlu bantuan Tan Sri.." kataku.
Tidak tahu dari mana datang keberanianku berkata begitu terhadap seseorang yang baru saja ku jumpa.
Terkejut Tan Sri mendengar dan wajahnya perlahan lahan berubah seperti ada sinar harapan.
"Sekiranya hati anak sesuai dengan hati anak saya... saya Janji saya akan beri bantuan apa saja untuk anak.. Nama anak siapa ..??? " soal Tan Sri padaku.
"Nur Elisa Cassandra Binti Rowan Abdullah" jawabku.
"Saya perlu RM25,000 untuk pembedahan jantung ibu saya, hanya dia saja yang saya ada di dunia ni.." sambungku
"Mari kita masuk ke bilik doktor dulu.." ajak Tan Sri.
************
"Syukur alhamdulilah Tan Sri.. hati gadis ini sesuai dengan hati anak Tan Sri" jelas doktor tersebut.
"Ya Allah.. terima kasih ya Allah kerana Engkau telah menghantar Malaikat ini untuk menyelamatkan nyawa anak ku" kata Tan Sri dengan penuh bersyukur.
Tan Sri pun berlutut di depanku, menangis memandangku sambil memegang tanganku dan berkata..
"Terima kasih.. Saya akan tunaikan janji saya pada awak.." kata Tan Sri.
Doktor pakar bedah pun datang menghampiri kami berdua.
"Tan Sri .. boleh kita mula kan.. " sambil menghulur 2 borang untuk di tandatangan, untuk saya dan untuk Tan Sri.
"Anak dah bersedia.." tanya Tan Sri padaku
Aku mengganggukkan kepalaku.
"Nur Elisa Cassandra.. mari ikut saya" kata doktor bedah, akupun berdiri dan berjalan perlahan mengikuti doktor dari belakang meninggalkan Tan Sri berseorangan di ruangan menunggu. Aku menoleh kembali bila aku terdengar nama ku di panggil.
"Nur Elisa..." tiba tiba Tan Sri memanggil ku.
"Panggil saya Lisa Saja Tan Sri.." jawabku
"Apa yang Lisa impikan dalam hidup lisa" soal Tan Sri.
"Lisa impikan tinggal bahagia bersama ibu di sebuah rumah yang di sekelilingnya penuh dengan keindahan bunga sebab ibu suka bunga terutama bunga rose. keadaan yang aman dan tenang tanpa gangguan atau caci makian" sambil aku membayangkan jika benar impian ku menjadi kenyataan alangkah indahnya.
"Di mana tempat yang ibu Lisa suka" tambah Tan Sri.. menyedarkan ku dari lamunan.
"Ibu suka Cameron Highland sebab sana banyak bunga Rose dan tenang.." jawabku lagi..
"Minta maaf Tan Sri.. saya terpaksa bawa Lisa masuk Wad dahulu.." Kata Doktor Gaddafi menghentikan perbualan kami berdua.
"Doktor.. tolong masukan Lisa dan Ibu nya di Bilik VIP." Pesan Tan Sri kepada doktor Gaddafi
"Terima kasih Tan Sri" kataku dan perlahan lahan meninggal kan Tan Sri berseorangan di situ.
***************
Setelah gadis itu masuk kedalam dewan bedah aku terus menghubungi seseorang.
"Assalamualaikum.. tolong siasat siapa gadis bernama Nur Elisa Cassandra Binti Rowan Abdullah."
"Baik Tan Sri .." suara seorang lelaki di hujung talian.
*****************
"Assalamualaikum Tan Sri "
"Walaikumsalam.. dah dapat maklumat pasal gadis tu ke.."
"Sudah Tan Sri, Nur Elisa Cassandra berusia 22 tahun, ayahnya orang sweden tapi dah meninggal sewaktu gadis itu berusia 3 tahun. Ibunya pula ada penyakit jantung dan sekarang keadaan ibunya di tahap yang kritikal jika tidak di lakukan pembedahan dengan segera. Nur Elisa juga mendapat tawaran sambung belajar di Australia tapi terpaksa menolak kerana masalah kewangan. Sekarang ni gadis tersebut terpaksa bekerja untuk membiayai kos perubatan ibunya, dan mereka menumpang tinggal dengan kakak ibunya serta 2 anaknya, tapi jirannya ada memberitahu bahawa kedua beranak tu mereka layan seperti orang gaji.
"Ok.. terima kasih banyak.. Nanti bayaran, setiausaha saya akan transfer ke akaun awak"
"Terima kasih Tan Sri... kalau perlu apa apa call saya saja"
Tidak lama selepas itu handphone Tan Sri bergetar lagi, kali ini tertera nama Dr. Gaddafi.
"Assalamualaikum Tan Sri.. saya Doktor Gaddafi, saya call ni nak bagi tahu Tan Sri bahawa Ketiga tiga pembedahan telah selesai dan berjalan dengan lancar.. Gadis tersebut telah sedar tapi condition nya masih lemah dan kami belum membenarkan sesiapa datang melawatnya. Ibunya serta Anak Tan Sri belum sedar lagi.. bagaimanapun kedua-dua mereka memberikan tindakan yg positif"
"Syukur Alhamdulilah..Terima kasih banyak banyak doktor.."
"Itu sudah tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang doktor Tan Sri.. dan itu saja info yang saya dapat berikan buat masa ini.. jika ada apa apa perkembangan saya akan info terus kepada Tan Sri.. Assalamualaikum.."
"Walaikumsalam"
"Terima kasih Ya Allah" ucap Tan Sri penuh kesyukuran.
"Saya perlu lakukan Sesuatu sebelum Zakiah balik dari bercuti" bisik hati Tan Sri.
Zakiah adalah isteri kedua Tan Sri, setelah isteri pertama Tan Sri meninggal dalam kemalangan 5 tahun yang lalu.
"Sherry .. tolong masuk ke bilik saya sekejap"
"Baik Tan Sri" jawab Sherry selaku setiausaha Tan Sri . Sherry pun terus bergerak pergi ke bilik Tan Sri.
"Apa apa perkara yang perlu saya catat dan laksanakan tu Tan Sri.." sambil mengambil tempat duduk.
"Saya nak awak cari sebuah rumah di Cameron Highland dan kereta Proton X70 beli atas nama Nur Elisa Cassandra Binti Rowan Abdullah, dan tolong check jika Lot Kedai di Mall kita di Cameron Highland masih ada kosong, jika ada beli atas nama Nur Elisa juga. Dan beritahu bahagian kewangan, masukkan RM5000 setiap bulan ke akaun Nur Elisa. Dan yang sangat penting sekali, tolong rahsia kan perkara ini dari Isteri dan anak anak tiri saya.. ini Fail Lisa, jangan ada sesiapa tahu siapa Lisa dan dalam ni ada cek 100k atas nama lisa, tolong masukkan dalam akaunnya" Pesan Tan Sri sambil menghulurkan fail Nur Elisa kepada Sherry.
"Ini kah gadis yang mendermakan hatinya pada Aiden Tan Sri" Soal sherry.
"ya sherry.. jika bukan kerana Lisa.. saya mungkin telah kehilangan Aiden selama lamanya. Apa yang saya berikan ini tidak setimpal dengan pengorbanan yang dia telah lakukan untuk Aiden.."
"Saya tak sabar nak jumpa lah dengan Lisa ni Tan Sri"
"Dia gadis yang kecil molek, wajahnya Ayu sedap mata memandang dan matanya biru.... ok cukup pasal Nur Elisa.. oh ya.. dan hubungi En. Hisham supaya datang ke pejabat jumpa saya.. ada perkara penting saya nak bincang" arah Tan Sri
"Baik Tan Sri.. saya keluar dulu.." jawab sherry.
Tiba tiba handphone Tan Sri bergetar tertera nama Hisham Lawyer di skrin telefon.
"Assalamualaikum.. Panjang umur kau Hisham"
"Walaikumsalam.. Eh.. Napa..?? Tan Sri tengah cari saya ke..??
"iya..boleh awak datang ke pejabat saya ke.. tengahari ni.. saya nak tambah wasiat baru dan tentang syer syarikat"
" Penting sangat ni Tan Sri.. baik lah saya gerak sekarang pi office Tan Sri"
*************
Hari ini aku dan ibuku dibenarkan keluar dari hospital setelah sebulan kami di rawat selepas pembedahan, Tan Sri menempatkan kami di bilik VIP. Layanan doktor dan jururawat cukup baik .
Aku lebih dulu berkemas dan pergi ke bilik ibuku untuk membantu ibu mengemaskan barang barangnya.
"Lisa dah sebulan lebih kita tinggal di sini, lepas kita keluar dari sini kita nak tinggal di mana..?? Ibu tak nak balik ke rumah tu lagi..Ibu tak sanggup lihat Lisa terus terseksa.." keluh ibu dan terus memeluk tubuhku.
"Lisa masih ada sedikit duit simpanan. Seminggu ni kita tinggal hotel dulu sementara Lisa cari rumah sewa yang murah untuk kita. Lisa pun tak nak balik ke rumah tu.. mereka lah yang menyebabkan ibu sakit.." kataku menenangkan ibu.
"Lisa.. siapa nama anak Tan Sri tu.. ibu dah lupa lah nama dia.." soal ibu ingin tahu.
"Aiden Mikhail namanya bu. Umur 26 tahun" jawabku memberitahu ibu.
"Lisa tak nak jumpa dia dulu sebelum kita keluar dari sini..ke..??" tanya ibu lagi.
"tak perlu lah bu.. Lisa takut Lisa jatuh cinta pula dengan dia .. hahahaha.. " kataku bergurau dengan ibuku.
"Kalau boleh Lisa tak nak dia tahu siap Lisa bu.. Perangai anak orang kaya ni lain sikit ibu.. mereka bukan biasa atau suka bergaul dengan orang macam kita yang kelas bawah ni.. tu sebab saya merayu dengan Tan Sri supaya merahsiakan indentiti saya dari anaknya ataupun keluarganya. Lisa hanya berharap lepas apa yang semua telah berlaku, Lisa dapat hidup tenang dengan ibu walaupun kita serba kekurangan.
Tanpa kami sedar, sepasang telinga telah mendengar perbualan kami sebentar tadi.
"Baik Betul hati budi anak ni" bisik Tan Sri dalam hati.
Tiba-tiba pintu bilik tolak dari luar, muncul Tan Sri di balik pintu.
"Assalamualaikum" Tan Sri memberi salam.
"Walaikumsalam" jawab kami serentak.
"Dah siapa berkemas" soal Tan Sri
"Sudah Tan Sri" jawabku.
"Mari lah.. saya hantar balik" kata Tan Sri memberitahu.
"Eh.. takpe lah Tan Sri .. Kami tak nak menyusahkan Tan Sri lagi " balasku.
"Apa yang susah.... bukan saya yang drive. Dah Lisa.. Izinkan saya hantar kamu balik untuk kali ini saja" desak Tan Sri.
"takpe lah Lisa.. lagi pun Tan Sri dah ada pun di sini" kata ibu menerima pelawaan Tan Sri.
"Baiklah ibu" jawabku
"Hantar kami di KL Sentral saja ya Tan Sri" sambil mengukir senyuman untuk Tan Sri
"ok" jawab Tan Sri.
Kami pun keluar dari bangunan hospital, kelihatan kereta vellfire Tan Sri sudah menunggu di depan. Kami pun masuk kedalam kereta, aku duduk di bahagian belakang, ibu dan Tan sri duduk di depan. Setelah hampir sejam, aku baru menyedari jalan yang kami lalui bukan jalan menuju ke KL Sentral, aku terus melihat ibuku tapi ibu tidur lena di tempatnya. Aku berani kan diri bertanya pada Tan Sri.
"Tan Sri.. saya rasa jalan ni bukan jalan menuju ke KL Sentral.. saya rasa kita dah jauh melepasi simpang jalan ke KL Sentral" Kataku
"Saya nak bawa Lisa dan ibu Lisa ke satu tempat dulu.. lepas tu baru saya hantar ke KL Sentral " jawab Tan Sri.
Aku rasa tak sedap hati. "Mungkin Tan sri nak buat sesuatu yang tak baik kepada kami berdua" bisik hatiku.
Aku mula memikirkan yang bukan bukan. Tiada sudah pikiran yang positif di otak ku, semuanya negetive.
"Tan sri.. tolong jangan apa-apa kan saya dengan ibu saya.. tolong bagi peluang saya hidup dan menjaga ibu saya.." tanpa sedar aku terlepas kata untuk Tan Sri.
"Astagafirulahalhazim... Lisa...hahahahaha" Terlepas tawa Tan Sri , geli hati mendengar kata-kataku..
"Lisa fikir saya nak bunuh Lisa dan ibu lisa ke...hahahaha.. " Tan Sri masih ketawa geli hati.
Aku menganggukkan kepalaku, makin kuat Tan Sri ketawa. selama sebulan aku mengenali Tan Sri, aku tidak pernah melihat wajah ceria Tan Sri seperti yang aku lihat sekarang.
"Tak kan lah saya nak bunuh malaikat yang telah memberi kehidupan kepada anakku... lagipun saya dah anggap Lisa seperti anak saya sendiri" Tan Sri memberi keyakinan padaku.
"Maafkan Lisa Tan Sri.. Lisa panik tadi.." kataku.
"Lebih baik Lisa tidur dulu.. nanti saya kejutkan kalau kita dah sampai.. percaya dengan saya lisa" Kata Tan Sri lagi.
************************
Suara ibu ku bertanya sesuatu pada Tan Sri mengejutkan aku dari tidur. Aku melihat keluar tiba-tiba aku terbaca CAMERON , memang jelas aku baca walaupun pandanganku masih kabur kabur di sebabkan baru terjaga dari tidur.
"Kita nak buat apa sampai ke sini ni Tan Sri.." ibu ku bertanya kepada Tan Sri.
"Bawa bertenang Pn. Aisyah, tunggu kita sampai dulu baru saya jelaskan.. dah dekat dah ni.. " lembut suara Tan Sri menjawab soalan ibuku.
Aku lihat wajah ibuku berubah menjadi ceria melihat pemandangan indah di sepanjang perjalanan kami. Ibu tersenyum kegembiraan melihat bunga rose yang kadang-kadang terlihat di tepi-tepi jalan.
Aku mula rasa kereta bergerak perlahan dan masuk ke satu simpang, di situ kelihatan sebuah rumah satu tingkat berkonsepkan English Style. Halaman rumah tersebut sangat indah di penuhi oleh bunga-bunga rose yang disusun atur dengan cantik di dalam pasu. Kelihatan juga sebuah kereta yang di tutup dengan pembungkus kereta.
"Rumah siapa ni Tan Sri " tanyaku.
"Lisa bawa ibu keluar dari kereta dulu.." kata Tan Sri tanpa menjawab soalanku.
Aku memapah ibu keluar dari perut kereta vellfire tu. Aku heran melihat pemandu dan pembantu peribadi Tan Sri mengeluarkan beg aku dan ibuku dari kereta. Tan Sri sudah dahulu menunggu di depan pintu rumah tersebut.
Dia memanggil aku dan ibuku datang ke tempatnya. Setelah kami sudah bersamanya di depan pintu, Tan sri pun mengeluarkan Serangkai Kunci dari poket seluarnya.
"Lisa tolong buka pintu rumah ni.." sambil menghulurkan kunci tu kepadaku.
Aku pun membuka pintu rumah tersebut dengan kunci yang Tan Sri berikan padaku. Setelah pintu terbuka Tan Sri menyuruhku masuk dahulu. Aku memberi salam terlebih dahulu dan melangkah masuk dengan kaki kanan ke dalam rumah tersebut diikuti oleh ibuku dan Tan Sri menyusul di belakang ibuku. Tan Sri membawa kami duduk di sofa yang sangat mewah di ruang tamu rumah tersebut.
"Lisa Suka rumah ni .."kata Tan Sri bertanya padaku.
"Maksud Tan Sri..?? " Soalku masih kebingungan.
Dalam masa yang sama pembantu peribadi Tan Sri pun datang dan memberikan 3 file serta 2 rangkai kunci.
"Lisa.. saya ada beberapa hadiah buat lisa. Tapi.. sebelum saya beritahu Lisa apa hadiah tu.. saya mahu Lisa berjanji akan menerima semua hadiah yang saya berikan dengan ikhlas" Kata Tan Sri dengan wajahnya yang serius kali ini.
Aku dan ibu saling berpandangan. Masih dalam keadaan kebingungan dan penuh tanda tanya..
"Kalau saya tolak.." jawabku ingin kepastian.
"Lisaaa..." seolah olah ibu tidak bersetuju dengan jawapanku.
"Saya tidak akan halalkan 25k tu.. " balas Tan Sri dengan nada yang serius.
"Tan Sri... jangan buat lisa terlalu banyak terhutang budi dengan Tan Sri lagi " jawab ku sambil menangis.
"Saya yang terhutang budi dengan Lisa.. Lisa telah menyelamatkan satu-satunya anak saya.. satu-satunya pewaris Sri Awana Holding dan satu-satunya penerus generasi keturunanku. Apa yang saya berikan ini masih tidak dapat membalas apa yang Lisa sudah berikan kepada keluarga dan keturunan muzzafar." Jelas Tan Sri pada saya.
Saya mendiamkan diri sejenak. Berfikir sebijak mungkin agar apa-apa keputusan yang saya ambil, baik untuk kedua belah pihak.
"Lisaaa.." Suara ibu memecahkan kesunyian.
Aku mengangkat wajahku memandang ibu. Ibu menganggukkan kepalanya padaku tanda memintaku menerima pemberian Tan Sri. Aku terpaksa membalas anggukan ibu kerana tidak mahu ibu kecewa. Sekarang ni, ibu segala galanya bagiku. Jika menerima pemberian Tan Sri dapat membahagiakan ibu, akan aku lakukan.
"Baiklah Tan Sri.. saya setuju menerima pemberian Tan Sri dengan ikhlas.. tapi.. saya harap Tan Sri juga pegang janji kita. Identiti saya sebagai penderma hati pada anak Tan Sri haruslah di rahsiakan dari Aiden serta keluarga Tan Sri." kataku memberi jawapan.
Tan Sri tersenyum kegembiraan mendengar jawapan yang saya berikan. Dia membuka ke tiga tiga file tersebut dan menyusun di depanku.
"Ini kunci dan geran rumah atas nama Lisa. Dan ini kunci dan kad kereta atas nama lisa juga. Ini kunci dan geran lot kedai di Mall Cameron juga atas nama Lisa dan ini buku bank Lisa, Saya minta maaf.. saya telah mengambilnya tanpa pengetahuan Lisa. Saya sudah masukkan 100k ke dalam akaun Lisa untuk Lisa memulakan perniagaan di kedai tu nanti dan setiap bulan akan ada masuk 5k ke akaun Lisa." Aku dan ibu berpandangan tanda terkejut mendengar apa yang Tan Sri baru katakan sebentar tadi. Aku tak boleh menolak kerana aku sudah bersetuju menerima semua pemberian Tan Sri.
"Mari Lisa dan Pn. Aisyah.. kita tengok kereta di luar " Kata Tan Sri mengajak aku dan ibu keluar.
Sesampai kami di luar, pemandu dan pembantu peribadi Tan Sri membuka bungkusan yang menutup kereta tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat kereta idamanku ada didepan mata, Proton X70. Aku tak dapat menahan airmataku dari mengalir. Kejutan demi kejutan yang Tan Sri berikan pada aku dan Ibu.
Share this novel